(Gambar ini bukan hasil terbaik aku tapi ok laaa daripada aku copy and paste hasil kerja orang hehe..)
Assalamuilaikum…Hari nih hari Sabtu bertarikh 31 December 2011, dimana hari ini merupakan tarikh terakhir untuk aku updatekan blog seripelangidivra dalam tahun 2011 ni. Tapi jangan salah anggapan pula, ayat aku tadi bukan bermakna aku nak menghentikan blog aku nih hehehe.Sebaiknya aku harus updatekan entri aku seawal yang mungkin sebelum line aku jadi putus-putus menjelang tengah malam nanti..tau je la karenah broadband time camtu..samelah juga dengan sms, mms dan segala macam perkhidmatan yang dijangka akan tergendala kerana penangan tahun baru 2012 nanti hehehe...Hmm..Saat ini aku terkenangkan hari pertama aku buat blog nih,perasaan aku sedikit tersentuh bercampur gembira. Kehadiran penggunjung yang keluar masuk ke blog ni diluar jangkaan aku sendiri.Maaflah kalau aku nyatakan disini bahawa pada mulanya aku kurang yakin dengan blog aku sendiri tapi kini aku mampu tersenyum melihat perkembangan dan peningkatan jumlah pembaca blog ini walaupun aku sedar yang blog aku nih masih tergolong dalam ketegori “Newbies”.Rasanya masih terlalu jauh untuk aku banggakan tapi aku tetap rasa bersyukur kerana diberi perhatian hehehe..
Pernah juga aku luahkan dalam entry pertama aku dulu bahawa aku tak mengharapkan sejuta penggunjug untuk jenguk blog aku nih,kalau dah ada seorang pun dah cukup bagus tapi Alhamdulillah..penggunjung yang datang melebihi target aku..Ye laa..jumlah yang aku harapkan pun cuma seorang mean melepasi target aku wakaka....Cuba aku letak 1000 orang aritu,agaknya aku leh kecewa hari nih kut tapi mujurlah aku tak tamak ngeeee..Syukur sesangat kerana blog aku mula tersebar kemerata dunia. Percaya tak bahawa aku tak promot blog aku lebih2 sebabnya aku mahu melihat sendiri dimana kemampuan aku atau kekuatan blog aku nih.Dan dengan bangganya juga aku ingin war-warkan disini bahawa aku cuma kongsikan link/address/website seripelangidivra ini cuma kepada 5 orang sahaja setakat ini dimana mereka ini adalah antara orang terdekat dan sahabat rapat aku sendiri..dan pastinya mereka juga istimewa bagi aku hehehe.Seganlah juga nak promot merata oiiii...maklumlah aku tak hebat mana kwang3x...Selebihnya aku serahkan kepada penggunjung itu sendiri untuk datang dan pergi atau menilai blog aku nih.Aku percaya setiap blog ada keistimewaan sendiri jadi untuk itu, aku bergantung kepada secebis keyakinan yang ada dalam diri aku ketika itu.Moga-moga dengan sambutan yang diberi aku menjadikan aku lebih yakin dan tidak mudah fed-up,putus asa atau lemah selepas itu.Insyaallah dengan izin dariNya,aku akan cuba teruskan dan memperbaiki kandungan blog ini selagi aku masih sihat ataupun semampu yang mungkin.Terima kasih kepada family, teman2, follower2 dan blogger2 yang sudi menapak dan meluangkan masa seminit dua untuk singgah membaca sebentar di blog aku nih.
Oklah cukup bercerita tentang itu,seeloknya kita cerita tentang tahun 2012 yang bakal kita sambut beberapa jam lagi.Sesungguhnya kehadiran 2012 menjadikan ayat aku agak skema hari ini, mungkin aku dibawa oleh mood yang agak dramatis lalu tertempias ke blog aku ni hehe..Seperti yang kita tahu, beberapa jam,minit atau saat lagi kita akan melangkah ke Tahun 2012. Hmm..detik 12 malam adalah penamat untuk tahun 2011.Waktu ini,aku mula terkenangkan bahawa kita sekali lagi akan meninggalkan 1 tahun yang bagi aku banyak memberi kenangan pahit,manis atau meninggalkan sejarah dan sesuatu yang aku sendiri sukar untuk gambarkan disini.Biarpun banyak benda yang aku kira masih banyak belum aku gapai untuk tahun 2011 nih,tapi aku tetap yakin dan berdoa agar tahun 2012 nih akan memberi aku lebih banyak kekuatan dan sinar untuk meneruskan sesuatu yang aku mulakan dan semoga hasrat yang pernah aku kuburkan suatu masa dahulu akan tercapai suatu hari nanti.Insyaallah setiap niat dan doa yang baik itu akan sentiasa didengar oleh Allah.Ingatlah,sama ada langkah kita besar atau kecil,itu bukan ukurannya tapi yang penting dalam hidup ini.. kita telah berusaha untuk memulakan sesuatu sebagai bermulanya langkah pertama kita.Terpulanglah kepada kita untuk menjadikan ia satu langkah yang terbaik atau sebaliknya.Melangkahlah dengan tenang agar ia menjadi lebih bermakna suatu hari nanti… Dan sebelum aku sudahi entry terakhir untuk tahun 2011…Sekali lagi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat anda semua yang setia dengan blog seripelangidivra ini.Semoga kehadiran tahun 2012 juga menjadi tahun yang paling bermakna dan penting dalam hidup anda semua.Aku doakan juga semoga kalian semua diberi kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki selalu.Sambutlah kehadiran tahun baru ini dengan sebaik yang mungkin,terpulanglah bagaimana cara kita menyambutnya... yang penting kita raikannya dengan cara tersendiri agar ia menjadi antara salah satu tahun yang terbaik dalam hidup kita.Siapa tahu ia akan menjadi antara kenangan yang terhebat anda dan boleh dikenang zaman berzaman.Jangan lupa sematkan azam dan semangat baru! Selamat Tahun Baru 2012 dari aku buat semuaaaa!!! YEAYYYY!!!!
Nota: Rupanya entri aku sudah genap 100 sehingga semalam,dan entri ini telah menjadikan semuanya berjumlah 101 post untuk 2,3 bulan nih hehehe...Perasaan aku?? Mestilah rasa hebattt wehhhh ekekeke...