Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012 Dari Aku

 (Gambar ini bukan hasil terbaik aku tapi ok laaa daripada aku copy and paste hasil kerja orang hehe..)

Assalamuilaikum…Hari nih hari Sabtu bertarikh 31 December 2011, dimana hari ini merupakan tarikh terakhir  untuk aku updatekan blog  seripelangidivra dalam tahun 2011 ni. Tapi jangan salah anggapan pula, ayat aku tadi bukan bermakna aku nak menghentikan blog aku nih hehehe.Sebaiknya aku harus updatekan entri aku seawal yang mungkin sebelum line aku jadi putus-putus menjelang tengah malam nanti..tau je la karenah broadband time camtu..samelah juga dengan sms, mms dan segala macam perkhidmatan yang dijangka akan tergendala kerana penangan tahun baru 2012 nanti hehehe...Hmm..Saat ini aku terkenangkan hari pertama aku buat blog nih,perasaan aku sedikit tersentuh bercampur gembira. Kehadiran penggunjung yang keluar masuk ke blog ni diluar jangkaan aku sendiri.Maaflah kalau aku nyatakan disini bahawa pada mulanya aku kurang yakin dengan blog aku sendiri tapi kini aku mampu tersenyum melihat perkembangan dan peningkatan jumlah pembaca blog ini walaupun aku sedar yang blog aku nih masih tergolong dalam ketegori “Newbies”.Rasanya masih terlalu jauh untuk aku banggakan tapi aku tetap rasa bersyukur kerana diberi perhatian hehehe..

Pernah juga aku luahkan dalam entry pertama aku dulu bahawa aku tak mengharapkan sejuta penggunjug untuk jenguk blog aku nih,kalau dah ada seorang pun dah cukup bagus tapi Alhamdulillah..penggunjung  yang datang melebihi target aku..Ye laa..jumlah yang aku harapkan pun cuma seorang mean melepasi target aku wakaka....Cuba aku letak 1000 orang aritu,agaknya aku leh kecewa hari nih kut tapi  mujurlah aku tak tamak ngeeee..Syukur sesangat kerana blog aku mula tersebar kemerata dunia. Percaya tak bahawa aku tak promot blog aku lebih2 sebabnya aku mahu melihat sendiri dimana kemampuan aku atau kekuatan blog aku nih.Dan dengan bangganya  juga aku  ingin war-warkan disini bahawa aku cuma kongsikan link/address/website seripelangidivra ini cuma kepada 5 orang sahaja setakat ini dimana mereka ini adalah antara orang terdekat dan sahabat rapat aku sendiri..dan pastinya mereka juga istimewa bagi aku hehehe.Seganlah juga nak promot merata oiiii...maklumlah aku tak hebat mana kwang3x...Selebihnya aku serahkan kepada penggunjung itu sendiri untuk datang dan pergi atau menilai blog aku nih.Aku percaya setiap blog ada keistimewaan sendiri jadi untuk itu, aku bergantung kepada secebis keyakinan yang ada dalam diri aku ketika itu.Moga-moga dengan sambutan yang diberi aku menjadikan aku lebih yakin dan tidak mudah fed-up,putus asa atau lemah selepas itu.Insyaallah dengan izin dariNya,aku akan cuba teruskan dan memperbaiki kandungan blog ini selagi aku masih sihat ataupun semampu yang mungkin.Terima kasih kepada family, teman2, follower2 dan blogger2 yang sudi menapak dan meluangkan masa seminit dua untuk singgah membaca sebentar di blog aku nih.

Oklah cukup bercerita tentang itu,seeloknya kita cerita tentang tahun 2012 yang bakal kita sambut beberapa jam lagi.Sesungguhnya  kehadiran 2012 menjadikan ayat aku agak skema hari ini, mungkin aku dibawa oleh mood yang agak dramatis lalu tertempias ke blog aku ni hehe..Seperti yang kita tahu, beberapa jam,minit atau saat lagi kita akan melangkah ke Tahun 2012. Hmm..detik 12 malam adalah penamat untuk tahun 2011.Waktu ini,aku mula terkenangkan bahawa kita sekali lagi akan meninggalkan 1 tahun yang bagi aku banyak memberi kenangan pahit,manis atau meninggalkan sejarah dan sesuatu yang aku sendiri sukar untuk gambarkan disini.Biarpun banyak benda yang aku kira masih banyak belum aku gapai untuk tahun 2011 nih,tapi aku tetap yakin dan berdoa agar tahun 2012 nih akan memberi aku lebih banyak kekuatan dan sinar untuk meneruskan sesuatu yang aku mulakan dan semoga hasrat yang pernah aku kuburkan suatu masa dahulu akan tercapai suatu hari nanti.Insyaallah setiap niat dan doa yang baik itu akan sentiasa didengar oleh Allah.Ingatlah,sama ada langkah kita besar atau kecil,itu bukan ukurannya tapi yang penting dalam hidup ini.. kita telah berusaha untuk memulakan sesuatu sebagai bermulanya langkah pertama kita.Terpulanglah kepada kita untuk menjadikan ia satu langkah yang terbaik atau sebaliknya.Melangkahlah dengan tenang agar ia menjadi lebih bermakna suatu hari nanti… Dan sebelum aku sudahi entry terakhir untuk tahun 2011…Sekali lagi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat anda semua yang setia dengan blog seripelangidivra ini.Semoga kehadiran tahun 2012 juga menjadi tahun yang paling bermakna dan penting dalam hidup anda semua.Aku doakan juga semoga kalian semua diberi kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki selalu.Sambutlah kehadiran tahun baru ini dengan sebaik yang mungkin,terpulanglah bagaimana cara kita menyambutnya... yang penting kita raikannya dengan cara tersendiri agar ia menjadi antara salah satu tahun yang terbaik dalam hidup kita.Siapa tahu ia akan menjadi antara kenangan yang terhebat anda dan boleh dikenang zaman berzaman.Jangan lupa sematkan azam dan semangat baru! Selamat Tahun Baru 2012 dari aku buat semuaaaa!!! YEAYYYY!!!!

Nota: Rupanya entri aku sudah genap 100 sehingga semalam,dan entri ini telah menjadikan semuanya berjumlah 101 post untuk 2,3 bulan nih hehehe...Perasaan aku?? Mestilah rasa hebattt wehhhh ekekeke...

Friday 30 December 2011

Top 10 Entri Terbaikku

Rajin lak jiwa aku malam nih,tetiba tergerak hati nak selak balik entri aku yang lepas2. Apa yang aku cari pun,aku sendiri tak tahu. Sebenarnya tak terlintas pun ketika ini untuk update apa2 entri tapi disebabkan sebentar tadi aku terclick butang statistik tetiba datang lak idea nak senaraikan 10 entri aku yang paling gemar dikunjungi atau paling mendapat sambutan..huhu..Walaupun entri2 aku yang lain kurang mendapat sambutan tapi itu tak menjadi masalah,kerna masih terlalu awal untuk aku meneka.Yang aku publish nih pun adalah antara terhot untuk 2 bulan je sebab blog aku pun baru je lagi.Dapat kunjungan pun aku dah bersyukur sesangat.Siapa tahu,tahun depan insyaallah aku akan buat untuk 12 bulan pulak..Moga2 angka tu lebih menarik untuk aku tayangkan dalam entri baru masa tu ye hehehe..Datang mood ngegada aku malam nih hahaha.Ada aku kesahhhhhh??? (^,^)

Tentu ada juga kengkawan yang nak tahu kedudukan entri aku yang paling top kannnnnn hehehe..Kalau taknak ambik port tu..dok diam2 sudaaaa... :-D.Bagi mereka yang teringin nak tau tu..aku leh sharekan..Takpe..takpeeee...malam nih aku baik hati sikit(<--- baik hati ke or nak menunjuk nih? ampes jer kannn hahaha)..Jadi aku sudi sharekan entri aku yang terhangat sebulan dua nih...kiranya meletoplah jugaaaakkkk....Wehhh..ini bukan aku sendiri yang pepandai buat kajian hokey...nih berdasarkan jumlah kunjungan perunik daripada pembaca seluruh pelusuk dunia.Terima kasih buat semua yang sudi singgah kat blog aku nih hehehe....Nampaknya blogspot dah permudahkan kerja aku untuk melihat sendiri, manakah entri aku yang paling ngetopppp...Nak tau ranking Top 10 entri terbaikku tahun 2011? Sila lihat gambar dibawah.Yeay!


Tadaaaa...ni la Top 10 entri aku yang paling mendapat sambutan...syukur ler..kurang2 ada la jugak orang nak bace kuikuikui

Ni lak antara lokasi pembaca2 blog aku..bestnya tengok angka2 pembaca unik untuk blog aku,tambah2 bila yang datang jenguk blog aku nih datangnya dari serata dunia hehehe Aku hairan nape ranking ke-2 datangnya dari Rusia...Rakyat Malaysia banyak situ kut ekkk hehehe..Salam kenal buat semua yeee!! Makaceh sekali lagiiii...

Lirik Buta- Faizal Tahir

Hah!!..Faizal Tahir???..Wahhh..dengar jer new single "Buta" Faizal Tahir dah keluar huhu..Aku pun jadi huru-hara...Pehhh...dialah antara salah seorang artis lelaki Malaysia yang aku amat kagumi..suara mantappppp!!!.Gara-gara "Buta",sempat aku skodeng facebook Faizal Tahir sendiri jap tadi dan baca segala latest update daripada dia,maklumlah dah minat memang ler wajib add kuikuikui...Yer arrr..dah keluar pun new single Buta awal bulan aritu cuma aku jer tak alert..slow tul aku nih kannnn..hadeiiiii...tak pasan lak Hmm.. lepas nih aku plan nak try cari full album dia pula hehehe..Sorry ye...aku saje jer canang kat sini kuikuikui..

Baru tadi aku dengar lagu bertajuk Buta daripada Faizal Tahir,seperti biasa..lagu-lagu dia tak pernah mengecewakan atau menghampakan telinga aku cuma kali ini aku perlu banyak ulang dengar baru terasa auranya ngeeee.Lirik2 yang digunakan very direct to the point hokeyyy...ala-ala flying kick gitu.Jadi tak salah akuj katakan bahawa tiap lirik yang digunakan agak berhantu hehehe..maksud aku power giler,takde tapis2 dah!!..Pendek kata lirik nih nak pesan kat kita agar "Jangan Buta hati oiiii!!" ekekeke.....Oklah macam biasa, lepas dengar aku biasanya salin lirik satu persatu....rajinlah sangatttt!! Then mulalah tempek kat blog aku ni biar nampak cunnnnn...Kalau ada yang nak cari lirik lagu Buta daripada Faizal Tahir leh la baca sini tapi kalau ada yang nak dengar lagu Buta tu leh la cari sendiri lagu tu ye.Yeay!

Buta by Faizal Tahir

Mampukah dirimu bertahan begitu,
Benarkah begini mahumu terus sembunyi,
Untuk apa selama ini,
Diriku yang selalu disini,
Butakah kamu

Bukan tak pernah ku memberi kata.
Ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal

Mampukah jantungmu menahan semua
Sedarkah perit pun tak perlu,
Biarku hapus
Untuk apa diriku ini,
Yang mampu kau terus punyai,
Butakah kamu

Bukan tak pernah ku memberi kata
Ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal

Luruh keringat bertahan
Hati jiwaku serahkan
Terabai tersisih jauh
Tuhan tolong buka mata hatinya
Buka mata aku didepanmu
Buta!
Buka mata!
Aku kan Ada!

Bukan tak pernah ku membuat kau rasa sempurna
Bukan tak pernah ku memberi semua yang ku ada
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kaukan sedar
Terlewat dan sesal
Ataupun ku yang Buta!

Thursday 29 December 2011

Ungunya Cinta - Logik

Semalam tengok telemovie Ungunya Cinta..aikk..Ungunya Cintaaaa???? Sebelum nih takde nampak pun promo2 kat tv tentang citer nih ker aku yang tak pasan huhu.. Sob..sob...sobbbb. tempias citer semalam masih aku terasa.Satu lagi Telemovie yang menyentuh hati aku huwaaaa...very sad ending...Jiwa kental pun jadi cair wooooo.... sadisssss..Pas tengok citer Ungunya Cinta semalam..hati aku lak yang rasa sayu semacam...emo lah pulakkkkk ekekek..Dipendekkan citer,aku tengok telemovie tu pun secara tak sengaja.Choyy..choyyy..choyyyy...Ungunya Cinta nih sebenarnya rancangan yang aku tak ketahui,kebetulan jer jari jemariku tertekan remote ke channel astro ria 104 huhu Biasanya aku alert dengan citer2 ala2 camnih tapi kali nih aku hampir2 terlepas lak..Semalam aku cuma bernasib baik cikit kut sebab tu dapat tengok hehehe.

 (Image Sourch: Google search)

Nak tau sinopsis citer Ungunya Cinta?..hehehe..Aku tengok jalan citer Ungunya Cinta nih agak simple tapi walaupun simple tetap mampu menyentuh hati kecil aku nih hokeyyy...dasyatlah jugaakkk kuikuikui....Dari semalam aku tercari-cari lagu tema untuk telemovie nih ,mana tau dapat lirik untu lagu tema nih....tapi tak jumpa gak so aku abaikan dulu.Agaknya terlalu banyak lagu background yang digunakan untuk telemovie nih sampai aku pun tak tahu yang mana satu lagu temanya hehehe...Hmm...Ungunya Cinta nih berkisarkan tentang seorang pemuda bernama Andi yang aku leh katakan dia merupakan seorang yang tergolong dalam ketegori pemuda atau pelajar yang bermasalah.Dengan mendapat keputusan yang kurang memuaskan ketika belajar di Autralia telah membuatkan keluarganya menggambil keputusan untuk membawa Andi pulang ke Malaysia dan menyambung semula pelajarannya di Malaysia.

Kebimbangan ibu Andi berterusan bila melihat prestasi dan kemerosotan pelajaran anaknya sehingga menggambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada anak gadis kawannya sendiri yang bernama Ungu sebagai guru tuisyen.Manakala Ungu yang merupakan seorang gadis ceria serta mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian itu terpaksa melupakan seketika minatnya demi untuk membantu ibunya bekerja.Bermula dengan pertemuan pertama yang tak disengajakan diantara Ungu dan Andi dihadapan pintu pagar sekolah telah mengeruhkan lagi keadaan saat pertemuan kedua dan seterusnya.Kesabaran Ungu dalam melayan karenah Andi akhirnya telah membawa kepada bibit2 cinta diantara mereka sehingga suatu hari Ungu terserempak dengan Andi yang ketika itu bersama seorang wanita di pintu pagar sekolah dan menimbulkan rasa cemburunya.Kesudahannya cerita ini bila cinta yang dipendam diantara mereka masih tidak dapat diteruskan kerana Andi telah mengalami barah otak sehingga membawa maut.

(Image Source: Google search)


Nahhhh..ni sinopsis yang ringkas dan cukup detail daripada aku tapi baca je tak cukup...cerita nih memerlukan penghayatan yang lebih daripada penonton so kene tonton babeeeee hehehe..Kemantapan pelakon seperti Shahriaz, Leez Rosli, Didie Alias dan Sharifah dalam Ungunya Cinta begitu mengkagumkan..thumb-up dari aku untuk watak-watak yang dilakonkan oleh mereka..Dari sudut lain,aku melihat telemovie ini memang masuk akal sebab dalam hidup nih tak semua perkara tu adanya happy ending...kekadang hidup kita nih lebih banyak yang berakhir dengan sad ending ..tol takk?? hehe...So untuk telemovie nih aku leh cakap memang logik..logik..dan tersangatlah logik sekalipun berakhir dengan kematian hehehe.Walaupun Ungunya Cinta berakhir dengan perpisahan yang tragis tapi aku tetap happy sebab adanya telemovie yang berjaya bermain dengan emosi penonton dan mengajar kita sesuatu...Moral of the story?? Yup,perjalanan hidup kita mungkin berbeza tetapi apa-apapun berlaku pada takdir kita, belajarlah menghargai hidup dan orang sekeliling kita.Yeay!

Wednesday 28 December 2011

Jiwa Klasik

Hmm..2 hari tak update blog aku dah rasa pelik hehehe..Pagi nih tak seperti hari-hari sebelumnya,terasa sunyi lak rumah mak dan ayah aku bila family kakakku dah kembali ke tempat diaorang pagi semalam.Takde lagi kedengaran bebudak berlari-lari, memekik, menangis, minta itu ini dan takde gak teman bermain puteriku huhu Nak buat camne, lepas nih pun aku lak yang mengikut jejak langkah mereka so takleh nak cakap apa..sekolah pun nak buka tak lama lagi huhu..

Dengan keadaan yang sepi aku pun mula layan tv ngan puteriku walaupun aku jarang layan tv waktu pagi...takde mende nak buat wehhhh...hehehe...Choy..choyy..choyyy..tengah aku syok2 layan drama Kau Dan Aku musim ke-2 di Astro Ria pagi nih,sambil layan karenah Aril,Hafiz,Aninth,Akim dan ramai lagi pelakon yang seangkatan denganya.Pehhhh...tetiba diaorang menyanyikan lagu bertajuk "Mulanya Di Sini" dendangan asal group Freedom.Wahhh..dah lama aku tak dengar lagu nih.Uhukkk...lagu nih menggembalikan nostalgia zaman hingusan hokeyyyy. Percayalahhhhh yang aku memang hafal setiap patah perkataan lagu nih ekeke...Maklumlah zaman bebudak dulu aku memang suka heret radio beso gedebak ayah aku semata-mata nak menghafal lagu2 latest zaman tu kuikuikui Dan antara lagu favourite aku time tu ialah lagu "Mulanya Disini" hehehe..So disebabkan drama Kau Dan Aku tu, pagi nih aku tempek setiap lirik Mulanya Disini kat blog aku pula.Pagi nih tetiba jiwa aku jadi jiwa klasik hahaha..Yeay!

 Mulanya disini by Freedom

Mulanya disini,
Bagai terulang lagi,
Kisah yang indah,
Antara Kita berdua

Sehingga disini
Tiada berpaling lagi,
Kita berteman,
Seiring jalan sehaluan

Sama-sama menjejak mimpi
Sama-sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama-sama gunung didaki
Sama-sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya disini
Kukenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya disini
Kukenali hatimu
Sehingga kini
kita akan terus berlagu

Sama-sama menjejak mimpi
Sama-sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama-sama gunung didaki
Sama-sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Dihadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan
Ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Ooo..sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

Sama-sama menjejak mimpi
Sama-sama mencari dan menanti
segalanya direstui cinta sejati
Sama-sama gunung didaki
Sama-sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai


Monday 26 December 2011

Christmas Yang Merisaukan

Kebiasaannya kalau aku nak buat sesuatu entry untuk menggekalkan tarikh penting dalam sesuatu hari tu, aku akan update entry sebelum jam 12 malam supaya entry aku tidak jatuh pada hari selepasnya.Tapi nampaknya untuk 25 December 2011 iaitu satu tarikh penting gak bagi aku dah terlepas dan entry nih pula nampaknya telah jatuh pada 26 December 2011 huhu..Ni semua gara-gara keletihan dan kerisauan aku yang berganda dan seterusnya membawa aku untuk mematikan semua fikiran yang entah apa2...erkk..panjang berjela penerangan aku tapi sebenarnya maksud aku ialah aku menidurkan diri sejurus masuk ke kamar tidur ..No laptop hokeyyy...so blog pun senyap untuk 25 Dec huhu..adeiii nyosal tak update pun ada nih hahaha

Walaupun aku terlepas tapi itu tak bermakna aku harus melupakan segala words2 yang harus aku update untuk 25 haribulan...Takpe biar aku imbas kembali sejarah semalam ekekeke..Dipendekkan cerita,sambutan Christmas kali nih membuatkan aku tak menang tangan...Wajah2 yang tak pernah aku nampak sebelum ini tetiba semuanya berdiri depan mata.Dalam hati tertanya2 gak siapakah yang datang berkunjung ke rumah ayah dan mak aku nih maklum bukan semua yang aku kenal hehe.Kiranya Christmas kali nih membawa aku untuk berjejak kasih dengan cousin mazeeeeennn yang tak pernah aku kenali sebelum ini.Pehh...walaupun sebelah paginya agak sesak dengan jadual dapur ( biasalah mak aku still nak masak menu yang dasyat2 gak ngeee )dan melayan tetamu segalakkkkk tapi sebelah petangnya pula aku dan satu family berkesempatan berkunjung ke rumah pakcik2, makcik2 serta datuk aku huhu..Berjamlah juga bertandang kerumah mereka semua tapi aku tetap rasa seronok sebab berpeluang beramah mesra dengan mereka walaupun pada mulanya kami agak sibuk.

Dengan keadaan cuaca Christmas yang tak menentu kali ini,sekejap hujan sekejap berangin sehingga tetiba keadaan paras air naik mendadak..Hadeiiii...part yang paling aku malas nak fikir time Christmas macam nih ialah bila datangnya tanda2 banjir.Petang tu balik je dari rumah saudara mara, kepala aku jadi serabotttt pula..Keadaan depan rumah yang biasanya agak senyap dan lengang tetiba petang tu bertukar menjadi kelam kabut dan bising huhu Halamakkkk!! di tepi2 jalan dipenuhi dengan deretan kereta yang ingin mengelak banjir juga huhu..Kiranya kawasan rumah ayah dan mak aku lebih tinggi daripada orang lain tapi itu pun belum menjamin untuk bebas daripada banjir kerna dijangka air akan terus naik untuk hari2 yang akan datang juga.Siapa tak gelisah weiiii...kalau kita lihat orang lain dah risau,hati aku pun dah ada tanda2 risau gak arr.Kang kereta orang lain selamat..kereta aku lak yang tenggelam depan rumah huwaaaa..Maklum keta kecil jer so resiko pun tinggi gak huhu..So aku ingat plan aku akan bertukar untuk esok hari;Christmas yang merisaukan tapi untuk langkah berjaga2 dan menghilangkan rasa sesak didada aku 2,3 hari yang akan datang maka aku buat plan megejut dengan Mr.Hubby demi keselamatan yang hakikiiiii wakakaka.Thumb-up untuk kebijaksanaan aku esok hari..(^,^)Yeay!

Ni baru setengah kereta yang park depan rumah ayah dan mak aku,tapi sebenarnya jarak antara kereta pada sebelah malam menjadi semakin rapat disebabkan lebih ramai yang ingin menyelamatkan kereta masing-masing.Air depan rumah dah mula masuk ke kawasan rumah dan malam  tu gak..rumput hijau depan rumah tenggelam dengan cepat,nasib baik la takde hujan..kalau tak...... ade gak kereta bawah rumah nih terpaksa park tengah2 jalan huhu..owhh..semuanya jadi sempittt huhu

Saturday 24 December 2011

Merry Christmas weh!

Ho..ho..ho..(<--pinjam gelak Santa Claus jap :-p) Haduiii..patah pinggang aku hari nih..dari pagi sampai ke malam baru dapat rehatkan badan dan minda.Penat woooo..hari nih memang terasa sangat keletihan aku gara-gara tolong Mak,Ayah dan adik-adik nak sambut Christmas esok hari.Walaupun aku dan kakak cuma berhari Raya je sekarang tapi itu tak menghalang kami untuk sama2 memariahkan Christmas bersama Mak dan Ayah...choyy..choyyy..choyyy..jangan sesekali lupakan orang tua kita hokeyyy...Didikan yang ayah dan emak berikan sejak dari kecil lagi iaitu untuk mengutamakan keluarga telah sebati dalam diri kami sampaikan dah beranak pinak begini tetap kuat dalam hati masing2.Tiap kali Christmas menjelma,kami berdua  wajib balik kampung kecuali ada perkara yang tak dapat dielakkan je.Nak jaga hati orang tua pun ye jugak..ye laaa..kalau salah sorang adik-beradik tak balik, takut nanti mak dan ayah rasa tak sedap hati lak..dah la anak cuma 4 je oiii hehehe.....Hmmm cian kan perasaan mereka nanti....

Hari nih macam2 kerja aku buat termasuk la kakak aku...tukar kain langsir...angkat sofa kesana ke mari...kemas2 satu rumah yang dah macam tongkang pecah dah ni arrr...adeiii..tu belum aktiviti kat dapur keluarkan segala pinggang mangkuk dan segala peralatan untuk esok.Peluh lak tak henti2 mengalir keluar dari liang roma aku ni haaaa..rasa slim je badan aku bila terlebih keluar peluh nih..perasan kurus jap wakakaka..Ayat aku macam mengeluh je kat atas tu kannn??? Ehh tak arrr,aku bukan mengeluh sebab buat semua tu,aku mengeluh sebab rasa penat je hehehe..Saja nak korang tau betapa sibuknya aku hari nih..busy sampai tak hingatttttt. Mujurlah dinner Christmas malam nih tak akhir sangat, kalau tak dah tentu aku terlentok kat kerusi sementara tunggu mak,ayah dan adik2 balik dari Church hehehe..

Sebelum aku akhiri entry ni(<--rasa berucap atas pentas lak hahaha) Dikesempatan ini aku dan Mr.Hubby serta Puteriku ingin mengucapkan Merry Christmas buat Keluarga tersayang(mak,ayah dan 2 adik lelaki aku),datuk,aunty,uncle,cousin,suku sakat,kengkawan,follower,blogger dan semua penganut beragama Christian kat seluruh dunia.May this Christmas be so special that you never ever feel lonely again and be surrounded by loved ones throughout! Ho..ho..hoooo...Merry Christmas Weh!..

Oh ye..Hari nih kita orang makan masakan daripada air tangan Mak tersayang..so kerja aku cuma tolong kupas2 bawang je.Sempat aku capture untuk ditayang kat sini sebelum dihidang untuk makan malam tadi....sempat aje2 aku nih kannnn hahaha Yuhuuu...Nampak macam tak seimbang menu malam nih tapi tetap kami bantai sampai licin sebab terlupa nak beli sayur-sayuran,biasanya tiap tahun ada menu sayur campur tapi tahun nih terbabas lak hahaha Takpelah..yang penting duduk makan sama2 dan bersyukur dengan rezeki yang ada.Yeay!


Daging masak hitam..yummyyy..sedapnyeee...manisss hehe..

 Ayam kukus herba..nih masak ala2 cina..guna akar kayu segala..hehehe...mudah je buat nih walau nampak serabot je dalam pic hehehe

 Sup ayam berjagung..antara favourite kakak aku hehehe..

 Kari ayam bersama kentang...tak pekat dan tak cair...memang mak aku masak style camni tapi aku sukeee...sedap wooooo.. hehe..

Family Gathering

Wohoooo..23/12/2011 akhirnya merasa gak aku join Family Gathering kat Hotel malam nih.Makan malam keluarga yang aku nanti2kan sejak zaman aku bebudak lagi,dimana waktu tu aku tertunggu2 ayah ajak satu keluarga gi makan kat hotel mewah..zaman aku suka beranganlah katakannn hehehe..Dah tua bangka camni baru nak merasa Family Gathering kat Hotel (^,^)...Biasanya tiap tahun kitaorang gathering kat rumah ayah dan mak je.Cara turun temurun kut..bila dah biasa maka jadi la trend dan seterusnya jadi ala-ala tradisilah pulak  hehehe..

Bukan juga maksudnya tak pernah makan kat hotel..ade la juga..tapi tu pun untuk function dinner2, Majlis Perkahwinan dan Lunch time aku kursus2..hayoooo...terlalu formallll maaaa!!..aku memang tak suka sangat melainkan takleh dielak jer aku join hehe...Majlis formal camtu agak membosankan aku,skema banget sehhhh...hehe...Tapi alhamdulillah gathering kali nih ada kelainan cikit daripada tahun2 sebelumnya walaupun sambut cara kecil-kecilan je..Ye laaa...nama pun Family Gathering so cuma kalangan adik beradik,menantu,cucu2 dan atuk aku je yang join..belum sampai tahap ajak satu kampung hokeyyy!!!..Ni pun berkat usaha Kakak dan Abang Ipar aku yang bermurah hati nak sponser makan kat Hotel malam nih..Yippieeeee..bestnyeee..Makaceh untuk Keluarga Kakak aku tu yee sebab sanggup sponser kitaorang semua hehehe..Moga2 lebih dimurahkan rezeki lepas nih.Then belanja kita orang lagiiii..Yeayyyy!!!

Perasaan aku? Mestilah happy sesangattt..atuk aku pun nampak happy jer masa balik dari makan malam tadi.Ape lak tak happy..bukan selalu dapat kumpul ngan adik beradik dan makan keluarga camni ditambah ngan keluarga kitaorang pun dah berkembang juga nih..Yang dulunya cuma 6 orang dah kini berkembang menjadi 12 orang..mujur ler kilang kakak aku maju cikit dapat gak cover aku ekekeke......Pehhhh..inilah peluang untuk kitaorang pose sanaaaa....pose siniiii bersama family tercinta.Aku dan kakak aku memang excited gilerrr sejak dari pagi tadi..biasalaaaa tak saboooo...Part pose tu memang wajib walau aku sedar badan dah kembang serendang tapi still teringin nak pose..ngegada tol aku nih..What to do?..what to do?....pasrah jer laaa wakakaka..Nape? Ingat family jer berkembang? choyyy...maleh aku nak explain ekekeke..Lagi berita best yang aku dengar dari kakak sebentar tadi bahawa ayah bercadang nak buat gathering camni lagi dimasa akan datang dan mungkin akan menjadi Annual Dinner Event bagi family kitaorang dan mungkin hotel yang dipilih juga lain2 tempat bagi tahun2 yang akan datang hehehe..Syoknye aku dengar.Yeay!.

 Sebagai buktilah katakannnn hehehe..Kita orang buat gathering kat Hotel Kingwood..

 Amboiii..semua dah kelaparan nampakkk hehehe...Ini baru menu yang pertama..belum ke dua,ketiga,keempat,kelima,keenam dan seterusnyaaa..mane tak kembang hehehe

 Cuba teka,tangan sape tuuu? hehe...gebunyeee kwang3x..:-s

 Ambik jangan tak ambikkk...bakal jadi pelayan pun dia jugakkk..adik aku yang paling brutal huhu

 Hadeiii..air teh panas letak dalam gelas camnih lakk..

Hampir2 licinnnnn...Mr.Hubby nampak sangat dah lapar kuikuikui

Semua benda dia tak nak makan..cuma benda nih je dia nak telan? adeiii..rugi jer bawak gi hotel hehe..cian anak aku woii..masih sakit gigi hehehe...ingat tuu..selak balik entry lama aku ye kalau tak tau hehe..

Fesyen landakkk...huhu..ni la adik ngan anak buah aku.Mamat yang paling ensem time tu..hehe..pehh..puji adik sendiri lak :-s

Sila pandang ke kanannnnn..wajah otai2 untuk family aku ngeeeee

Sempat je2 la kakak aku nih... :-s Bebudak nih kalau bab main hp memang juara..yang tiada dalam gambar tengah busy melantak sebelah aku ngeeeee...

Ni la datuk aku...penuh bergaya dan macho wooo..hehehe..ensem tak? hehehe

Mr.Hubby and Me!..korang kalau tak kenai aku..ngadap ler entry aku yang nih..penuh gambar aku dah..hehehe..Hadoiii..nape separuh je pic nih?kacau tol tangan Mr.Hubby! Hilang lak dagu aku dibuatnya hahaha.. Gelak pasal ape pun aku tak pasti ..lupa dah ..beriya jer budak kat sebelah tu hehehe..

Tempah 1 meja jer..nasib baik orang lain takde tempah gak..bebas cikit bersuara.. hehehe..

 Bergambar bersama datuk tersayang..generasi yang pupus hehehe

Sekali aku cakap pose bebas,semua pakat buat pose yang entah apa2..Yang overnye mestilah aku sebab aku ler sibuk nak pose camtu hahaha..Perangai bergurau family yang tak leh dielak..semua pakat buat hal kwang3x..tengok mak aku yang cun tu..siap pegang bahu ayah dia macam boyfriend lak hahaha..cian ayah aku tau dia tak wat camtu pun hahaha...

 Bergambar ngan mak dan ayah nampak macam adik2 beradik lak kitaorang nih..hahaha..

 Family kakak aku..meriahnyeeeee..woweeeee hehehe

Cute tak? hehehe...
Mr.hubby, Puteriku and Meeeee..kwang3x... :-D

Sebelum balik,mak aku sempat ajak pose depan Hotel lak..huhu..layan je laaa..janji dapat bergambar ngan datuk sudahhhhh...hehehe..

Nota: Gambar ramai2 aku serahkan pada Abang Ipar aku aje yang ambik sebab camera dia lagi canggih dari camera aku hahaha..so gambar beramai2 aku takde ye..jangan lak buat isu hahaha..







Friday 23 December 2011

Bestnya Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Haaa..macam mane semua,ada join aku tengok astro 104 tak malam nih? Dah tengok telefilem yang kita nantikan selama berminggu-minggu nih? ekekeke..Adehh..dalam gelap sambil mengadap laptop, aku masih tersengih sorang2 bila terkenangkan telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang sebentar tadi.Tak sabar lak nak share kat sini lepas tengok telefilem tu.Analitik aku untuk entry tu pun nampak naik mendadak lepas telefilem nih ditayangkan..hadeiii...menakutkanlah jugakkk...tak penah2 naik mendadak camnih..Aku patut rasa bersyukur gak entry aku dapat sambutan tapi dalam masa yang sama aku tetap seram hehehe...

Mak aiiihhhh...mulanya aku fikirkan citer nih jiwang karat,taktau lak banyak yang kelakar,emo pun ada gakkk ekekek..Pehhhh...satu rumah pecah perut gelak disebab citer nih wakakaka..hadoiii laa,kelakar siotttt...sesape yang nonton telefilem BMSKB tu, tau la kelakar yang macam mana maksud aku tu hehehe.Hmmm..camne nak mula ekk..Sampai ke saat ini,aku masih terkenangkan watak gadis gedik dan super bengap yang dikenali sebagai Kina iaitu best friend kepada heroin dalam telefilem nih (erkkk.. walaupun aku dengar macam diaorang panggil Tina je tadi..ngeee.).Sejujurnya walaupun watak Kina dalam citer nih cuma sebagai pelakon pembantu,aku rasa watak dia agak menarik dan menonjol daripada watak utama dalam telefilem nih.Nampak macam pelik dan selamba je kannn tapi seperti yang aku katakan selalu...yang pelik itulah yang kita suka nak lihat..tol takk?? hehehe..Serius aku memang memuji lakonan minah tu(aku taktau nama dia sebenar daaa) dan suka..sukaaa..sukaaaaa sangat dengan watak gedik Kina tu tadi.Antara words yang suka aku dengar yang keluar daripada mulut Kina ialah  "Sorry to say ekk.." ..word2 yang lain aku tak pat nak ingat sangat sebab kebanyakkan ayat yang keluar dari mulut dia memang tunggang langgang..Pendek kata gelagat dia begitu mencuit hati kita sebagai penonton...cute tol kannn... :-D

Walaupun aku asyik bercakap tentang watak Kina dalam entry aku yang nih,itu tak bermakna aku membelakangkan watak Alia (lakonan Elfira Loy) dan Andy (lakonan Randy Pangalila) iaitu hero dan heroin dalam Biar Mimpi sampai ke Bintang nih.Helllooo..watak hero dan heroin tetap superrrr hokeyyy..itulah kelebihan watak utama..ada jer something yang memikat hati kita hehehe..Sebenarnya dua watak utama nih masing2 ada kekuatan sendiri.Ye laaa..Alia dengan sikapnya yang agak kurang yakin dengan kehidupan dia yang serba kekurangan atau lebih senang aku katakan agak merendah diri manakala Andy pula memegang watak pemuda yang berada yang mempunyai sikap agak terburu-buru dalam menilai sesuatu tapi masih ingin mencuba untuk memperbaiki.Gabungan dua pelakon ini aku kira sememangnya nampak serasi dan diserikan lagi dengan beberapa watak2 pembantu yang ngetopppp dan kita sendiri tahu kekuatan mereka masing-masing.Oklah aku tak la nak komen lebih2 cuma aku leh katakan disini..telefilem nih memang besttttt..dan sesuai untuk semua peringkat umur..kalau tak nonton or terlepas telefilem nih tadi tentu ada yang rasa rugi hehe..Tapi aku pun berharap Pihak Astro akan membuat ulangan lagi lepas nih sebab aku sendiri pun masih tak puas tengok Alia,Andy dan Kina hehehe..Harap ade je laaaa..Owh ye..terima kasih buat pegunjung blog aku secara sengaja or tak..Sesungguhnya korang buat aku happy malam nih.Yeay!

Ni 3 entry aku yang bercakap tentang tajuk yang sama..leh click kalau rajin termasuk lagu yang aku bubuh kat youtube gak..

3.http://www.seripelangidivra.blogspot.com/2011/12/sekali-lagi-untuk-mencintaimu.html

 Sape tak seram weii..tengok analitik aku ni..adeii tak sampai 5 minit telefilem tu habis tetiba analitik aku naik mendadak hingga mencecah ratusan penggunjung yang masuk blog aku sebelum tiba jam 12malam untuk tarikh 22 Dec..terlopong aku nih sebab kebanyakkan carian di google menggunakan kata kekunci yang sama atau mencari lirik lagu Untuk Mencintaimu iaitu lagu tema untuk Biar Mimpi Sampai Ke Bintang..Tu baru analitik untuk 22 Dec belum masuk yang 23 Dec kwang..kwanggg..kwanggggg

Thursday 22 December 2011

TV Bravia Baru


Tadaaaaaa.... cantik tak?? cantik takkk??? Winkkk..winkkkkkk... (^,^) Kelasssssss gituuuu hehehe..Hadeiiii...nih bukan tv AKU(<--saja bagi bold dan guna font besar cikit..biar jelas ngeee) mahupun tv Mr.Hubby daaa..Ni la tv baru Mak dan Ayah aku kwanggg..kwangg..kwangggg..Dari semalam aku dok tahan napas taknak share dalam blog kononnyalah kannnnnn... tapi apakan daya perasaan teruja aku melebihi segala-galanya.Selagi aku tak taip kat sini selagi tu dalam kepala aku nih tersusun segala word yang indah2 hehehe.Ni la ala-ala menunjuk alaf baru semua guna internet wakakaka..ampes jer kannn..Oii..aku cakap aku teruja tadi kannn so tak salah aku tayang kat sini..Itu kan sebahagian daripada mood dan perasaan aku huhu Sengaja aku tempek gambar tu sebab aku rasa kalau takde gambar rasa macam tak ada "pelangi" je entry aku yang nih :-D...Sibuk jer aku kannn padahal bukan tv aku pun tuuuu...Alaaaaa..bila difikirkan balik,suka hati aku ler nak buat apa,nih kan blog aku so hak aku le nak buat apa pun kannn kuikuikui

Cayalah ayah aku nih,dah pencen baru nak beli Tv beso gedabak camnih..mana tak terlopong bijik mata aku semalam ....bukan takat aku yang terliur..aku rasa satu rumah pun terbeliak kut..anak2 dan menantu segalakkk rasa tercabar wakakaka...Pehh..nampaknya citarasa ayah aku kali nih leh tahan gak walaupun aku tahu 2 adik lelaki aku yang turut bersubahat dalam pemilihan tv nih..Aku tau tuuuu hehehe....Korang ingat aku nak percaya ayah aku pilih tv camni?..Takde nyeee...TV LCD Sony Bravia 40 inci tu wehhh siap leh guna USB segalak...tv nih selera muda mudi hehehe..Selera ayah aku simple jer..aku tau sangatttt..hehehe.Takpelah..mungkin dah niat ayah dan mak aku kut takpun penangan pencen dan christmas nak tiba nih hehe..Tv lama pun dah ada tanda2 gak nak sakit tu huhu

Seingat aku la kannn..ni la tv yang paling besar yang pernah ayah miliki sepanjang dia bekerja dulu sampai la tv baru masuk rumah semalam.Aku tumpang gembira dengan usaha ayah dan emak selama ini sampai aku leh lihat perubahan2 yang kami lalui dari tv hitam putih sampai tahap ayah dan mak aku jadikan aquarium ikan waktu aku kecik2 dulu disebabkan terlalu sayang nak buang  hahaha..Then bertukar kepada pelbagai brand yang ngetop2 dan kekadang tersasar ke brand yang takpernah aku dengar kuikuikui...Dan dari size tv comel...sederhana dan sekarang beli size yang aku rasa agak besar untuk ayah dan emak aku.Nampaknya tiap kali balik kampung lepas nih ,puasa hati kami dan cucu2 sekalian alam dan semestinya terkebil-kebil mengadap tv baru nenek dan datuk diaorang..Syukur ler dapat tumpang sekaki... hehehe..Yeay!

 Owh kotak nih...saja aku tayang kat sini...aku kan begitu detail sekali..so semua benda aku nak capture hahaha..

Wednesday 21 December 2011

Buku "Guide To Managing Yourself"

"If you are not to find yourself simply falling in with
whatever happens at the time,
you have to draw a line across your life and decide
what you want to do.
If there's a better way to do it...use it..."

Cuaca hujan pagi nih membuatkan satu badan aku menggigil kesejukan.Rasa macam tertelan ais ketul2 lak tekak nih..sejuk wooooo.Dengan keadaan cuaca yang sejuk camni, aku tak bercadang nak buat apa2 aktiviti luar rumah kecuali dalam fikiran aku nak baca buku yang ayah aku bagi semalam.Buku lama sebenarnya..itupun buku yang ayah aku jumpa dalam kotak time kemas2 barang petang semalam.Hobi ayah aku memang macam tu,suka selongkar barang2 lama yang mak aku dah simpan berkotak-kotak dan bertahun-tahun ngeeee..Entah siapa empunya buku nih,aku pun tak pasti..ahhh..malas aku nak ambik port sangat yang penting tajuk buku nih menarik minat aku untuk membacanya..Terdetik dalam hati..rasa rugi lak kalau tak baca hehehe....Memandangkan aku free cikit pagi nih so aku try habiskan buku nih semampu aku..guna bijik mata dan otak dengan kelajuan paras full speed ekeke.Berpinar bijik mata aku walau buku ni tak tebal mana punnnn..62 mukasurat je hehehe.Macam kejar masa lah pulakkkk..ngegada je aku kan..Orang nak berlagak tarer memang macam tu ekekeke..Entah apa yang aku nak kejar pun aku tak tahu.Agaknya perangai aku memang macam nih, selalu nak cepat habiskan sesuatu yang aku mulai kut..tak sabar tolll hehehe..

Bercakap tentang buku yang dah habis aku baca nih iaitu buku yang bertajuk "Management Guide to Managing Yourself".Tak banyak yang perlu aku simpulkan tentang buku nih...semua pun dah tau,tajuk buku ni dah cukup menggambarkan isi kandungan dalam buku nih..dah tentu semua tahu buku ni ala-ala motivasi kannnnnn....Dah lama aku tak baca buku berbentuk motivasi camni kwang3x..Buku-buku yang ada dalam simpanan aku semuanya berbentuk hiburan takpun buku2 yang aku perolehi daripada kursus2 yang aku ikuti sepanjang tahun nih.Semuannya penting bagi aku tapi proses menghabiskan sesebuah buku yang tebal agak menggambil masa cikit sebabnya aku lebih suka membaca dalam mood aku yang rajin untuk mengadap buku2 dan ditambah dengan suasana yang tenang dan sunyi baru aku rasa syokkkk hehehe..Dalam buku yang aku baca nih..aku tertarik dengan satu perenggan yang ditulis begini..

"IF YOU HAVE NOT DECIDED WHAT YOU WANT FROM YOUR LIFE,YOU WILL ALMOST CERTAINTLY FIND YOURSELF GOING IN THE WRONG DIRECTION.IT MAY BE THAT YOU HAVE NOT YET TAKEN STOCK OF YOUR SITUATION OR CHOSEN WHICH RESPONSIBILITIES YOU ARE PREPARED TO SHOULDER AND WHICH ONES TO REJECT. POSSIBILY YOU ARE NOT VERY WELL ORGANIZED OR YOU MAY BE RESISTING CHANGE.IN ANY EVENT,YOU ARE NOT ON TRACK OR IN FULL CONTROL."



Best tak ayat dia..hehe..tu baru aku taip sikit..selebihnya korang carik la sendiri buku nih ye kalau nak baca.Emm..antara tajuk penting dalam buku nih lak ialah seperti:-

1. Juggling Your Life
2. Understanding Yourself
3.being Effective
4.Taking Charge
5.Getting On With Others
6.Livine Positively

Jujurnya aku tak nak la cakap buku nih best sangat,cukup aku komen yang buku ini boleh dibaca sekadar untuk memotivasikan diri dan boleh aku katakan sesuai untuk mereka2 yang berminat untuk menguruskan diri dengan lebih teratur.Aku ingat lagi time kecik-kecik ayah selalu kata... Bila kita baca apa2 buku pun,kalau tak banyak ilmu yang kita perolehi lepas kita baca,dapat sikit2 pun jadi laaa..so tak la bengap sangat..tol jugak kannnn ekekeke...so meh la kita amalkan ilmu membaca hehehe..
'Dari Zero kita cuba jadi Hero" Yeay!

Tuesday 20 December 2011

Dia Sakit Gigi

Image Source: Google Search

Hari nih ada Appointment pukul 2pm di hospital.Berjamlah juga tunggu petang hinggalah saat yang ditunggu pun tiba hehehe..Hari ni lak terasa lambat je kannn...Tapi alhamdulillah selesailah sudah Appointment Puteriku dengan Doktor Gigi petang tadi.Rasa risau aku pun dah berkurangan daripada sebelumnya..tapi tu pun belum tentu melegakan aku juga lepas nih.Hati ibu mana yang tak terusik weh tengok anak tengah tahan sakit walaupun cuma sakit gigi.Larat ke perasaan kite tengok dan dengar anak mengeluh nangis tiap malam sebab tak dapat tidur dek kerana sakit gigi..Puteri aku baru umur 6 tahun hokeyyy..sensetif gak jiwa aku ni dibuatnya oiii... dah la anak sorang ekeke....Bak kata pepatah.."Cubit peha kiri,peha kanan pun terasa juga"...Ingat tuuu..jangan lak buat2 lupa hehehe..

Hmm...Dah dua hari berturut2 aku keluar masuk hospital dan jenguk bahagian klinik kesihatan gigi gara-gara puteriku mengalami sakit gigi yang berpanjang.Hadeiii.. tarikh appointment lak bertukar-tukar..sepatutnya temujanji anak aku lambat lagi..lepas Christmas rasanya.Tapi tetiba semalam call suruh datang hari nih lak..Mujur la dipercepatkan appointment tu..aku pun tak la rasa dup dap dup dap lama sangat.Alahaii..ciannya puteri aku nih, sakit gigi pun doktor still takdapat nak buat apa-apa memandangkan semuanya gigi susu.Setakat tampal cikit-cikit je mana yang berlubang.Tak sesuwaiiiiii untuk dicabut hokeyyyy!!!!..Bawah umur maaaaa..Owhh..keciannya dia sakit gigi...

Rasanya ini kali ke 4 aku bawa anak aku gi klinik doktor gigi.Kalau gi klinik yang sama leh jadi tebal 10inci kulit muka aku nih dibuatnya,nasib baik la klinik yang dituju tu semuanya lain2 tempat so kureng cikit tekanan nak explain kat doktor gigi ekekeke.Ye laa kalau jumpa doktor yang sama,kene lak masalah gigi anak yang sama..aku nak jawab apa lak? Sia-sia jer kene flying kick free aku dua beranak woii hahaha..Yang hebatnya part gi klinik gigi nih ialah bila tengok gelagat puteri aku tu arrr...biasanya aku tengok bebudak takutkan doktor gigi tapi puteri aku nih macam bangga jer walaupun aku siap cakap giginya akan dicabut.Pehhh..leh dia buat muka macam cool jer..macam takde perasaan pun ada gak.Nih berani betul ke or sesaje buat berani?kompius akuuuu..wakakaka..Hadoii..itulah part perangai dia yang sukar aku nak faham tapi takpelah..jadi mudah kerja aku sebagai mama dia.Tak perlu buat adegan pujuk memujuk depan khayalak ramai.Takde adegan kejar megejar macam aku biasa tengok kat klinik gigi .Takde jeritan ..pekikkan atau tangisan yang perlu aku hadapi or membingitkan telinga aku...Rilexnya jiwa aku tengok dia dok santai2 time doktor gigi tengah skodeng isi mulut dia..desperate ke camtu? or tanda-tanda orang dah pasrah? ekekeke....

Apa-apa pun, aku harap setelah ditampal cikit2..kesakitan gigi anak aku berkurangan daripada sebelumnya.Lepas nih aku hanya perlu bersedia pula untuk sakit gigi yang berulang kerana doktor gigi tu sendiri dah beritahu aku mungkin akan mengalami keadaan yang sama seperti sebelumnya sehingga gigi baru tumbuh.Huii...kene bertahan lagi la nampaknya puteri aku tu ye so aku pun harus bersedia untuk karenah dia diwaktu yang akan datang.Yakin Boleh je laaa...Yeay!

Nota: Thumb up untuk Pembantu Pembedahan Gigi  di hospital petang tadi yang berhempas pulas mengurus  Puteri aku, .Layanan, tuturkata dan nasihat dia kat anak aku is the best...choy..choyy..choyyy..siap bagi no handphone lak tu andaikata aku ada apa2 masalah dimasa yang akan datang..Thanks ye nurse!




Monday 19 December 2011

Lagu dan kenanganku

" The Whispers turn to Shouting :-O
The shouting turn to Tears :'(
My tears turn into Laughter :-)  "

Malam nih hujan lebat kat luar,selebat hujan didalam hati kut..pinjam ayat sasterawan jap hehe Letihnya minda aku akhir-akhir nih,sampai aku rasa macam nak beryoga sorang2 dalam bilik dan bawa roh aku yang tengah hesteria nih gi bertapa di puncak Gunung Everest dengan harapan dapat membeku sejam dua..serabotttttt pun hilangggg...Woweeeee...bestnyeeeee :-D...Dengan selsema,demam dan migraine yang bermaharaja lela camnih buatkan aku jadi semakin tak bersemangat..Mood aku malam nih macam malap jer so aku banyak layan lagu youtube yang buat aku agak tenang sehingga jari jemariku tertaip tajuk satu lagu dibahagian search...hati aku jadi tersentap lakkkk huwaaa :'(  Itu lagu kenangannnnnn...

Lagu I'll Stand By You nih menginggatkan aku pada arwah Aunty Martha atau lebih senang aku panggil Aunty Nona yang telah  meninggal  dunia dan selamat dikebumikan di Holland seminggu selepas hari Raya 2011.Arwah pernah menyanyikan lagu nih untuk aku suatu ketika dulu setiap kali aku cakap kat dia aku tengah down huwaaa...cedeynyaaa...Hati aku makin sayu dengar lagu nih bila teringat kenangan2 aku ngan arwah..dialah kawan,guru bahasa dutch dan dialah juga aku anggap cam ibu tempat aku bergurau senda huwaaa..."Ik hou van jou aunty..mis jou ook :'( ".Sayangnya dia kat aku sampai tahap tiap hari dia sms, call dan tinggalkan msg offline untuk aku walaupun dok jauh dan tengah sakit teruk camtu.Sesungguhnya aku rindukan saat2 camtu..hmm..takde ape yang aku leh aku taipkan kat sini sebab kasih sayangnya tak terucap dengan kata-kata..Pemergian mengejut selamanya membuatkan aku rasa macam hilang tempat mengadu lak huhu.Tapi takpelah walau dalam sedih aku tetap percaya...Mungkin Tuhan lebih sayangkan dia..Aku sentiasa berdoa semoga rohnya sentiasa dilindungi dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Kita yang hidup nih jangan berputus asa dan harus teruskan perjalanan hidup kita selagi mampu.Yeay!


Nota: 14/12/1966 merupakan tarikh lahir arwah dan ini bermakna beberapa hari lepas adalah harijadi arwah..kebiasaannya tiap tahun aku jeritkan "Happy Birthday Aunty Nonaaa" kat telinga arwah( via calling2 laa..)tapi start tahun nih aku jerit dalam hati je huhu...and Link lagu tu aku copy dari youtube..entah sape punye clip lagu i'll stand by you nih..perasan gak ada spelling yang salohhh..tapi aku tetap tempek kat blog aku nih just untuk suka2..so thanks to owner vclip lagu tu..huhu


Sunday 18 December 2011

Sekali lagi "Lirik Untuk Mencintaimu"( Lagu Tema Biar Mimpi Sampai Ke Bintang)


Hmm..cuba tengok carta kat atas tu.Ni adalah analitik terkini untuk blog aku.Minggu nih je yang keluar masuk blog aku hampir majoritinya mencari kata kekunci yang sama di google ataupun yahoo search.Nampaknya entry aku yang bertajuk " Lirik Untuk Mencintaimu (OST Biar Mimpi Sampai Ke Bintang)" mendapat sambutan dikalangan kengkawan semua..Dan aku leh teka,semua excited nak nonton citer nih ek hehehe..sabar jer lah yeee..kita sama2 tunggu 2,3 hari lagi hehe..

Memandangkan ramai yang jenguk blog aku sebab entry yang nih dengan happynya walaupun tengah separuh selsema, aku sediakan untuk korang lirik lagu Untuk Mencintaimu iaitu lagu tema untuk telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang di youtube pula.Maaflah kalau aku buat simple je kali nih sebabnya aku tak suka semak2 time mood turun naik macam nih ekeke..oklah semoga semua enjoy ye. (^,^)..Oh ye..makaceh sekali lagi untuk semua yang rajin skodeng entry aku hehehe..Yeay!



Puisi Dari Kawan

Titis-titis embun.
Terhimpun menjadi selaut kasih,
Yang penuh dengan perasa,
Yang tak mungkin untuk dimegerti,
Terkadang alunnya memukul tepian pantai kasih,
Dan tatkala ia membadai bagai gelora,
Yang menghempas tanpa belas,
Hingga terkesan bagai tikam-tikaman si pendendam,
Yang penuh amarah,
Senyum si pari-pari,
Melembut dan membelai hati yang lara,
Menanti kasih pada yang tiada...

Appsss..jangan fikir aku lak yang buat puisi nih,yang biasa baca puisi aku tu tau le camne bunyi puisi aku hehehe..Ni la salah satu puisi yang dicipta oleh kawan aku.Puisi nih tak bertajuk jadi aku bubuh tajuk "Puisi Dari Kawan" je sebagai title entry nih.Dah berkurun gak aku simpan puisi ni kat handphone tapi baru hari ni tergerak hati nak publish kat blog nih,mean bila aku dah publish sini..kat handphone akan didelete ye..sebabnya kat sini lebih senang aku belek dan dah tentu menapak selamanya hehehe.

Percaya tak, tiap kali aku ulang baca puisi nih..aku rasa macam ayat puisi nih saling tak berkaitan..rasa tak faham pun ada gak.Bunyi macam frust jer ek..(^,^)..Tapi apa pun pandangan aku,itu tak penting..yang penting aku hargai usaha kawan aku tu..yang bersungguh2 mencipta puisi ini untuk aku.Love you frenz!Yeay!


Nota: Nak baca versi yang aku buat lak..sila click link nih -->Puisi Teman

Layan lagu Pokok

Selamat Hari Mingguuuuu!!...Selamat Berhujung Mingguuuu!!..Hmm..Hari ahad yang sering ditunggu oleh kita semua untuk bersantai2 bersama family dan kengkawan.Tapi bagi aku hari nih agak kosong,panas dan sekaligus mematikan segala hasrat aku nak gi ke mana2 tapi memang aku tak keluar pun hari minggu hehehe..Macam biasa aku masih fobia keluar hari minggu sejak bertahun2 yang lampau ..fobialah sangatttt!!!..hahaha.. So macam biasa, aku lebih suka membiarkan setiap hari ahad aku tanpa sebarang aktiviti hahaha

Dengan keadaan pagi yang agak sepi walaupun ditemani bunyi teriak puteri dan anak2 buahku,tetap aku rasa macam solo hahaha...Tak apalah kekadang perasaan tu datang dengan sendiri..tol tak?? Aku selalu sebut macam tu supaya aku tak rasa down sangattt haha..Suasana pagi yang sedikit hening nih membawa aku untuk melayan lagu "Pokok" dari Group Meet Uncle Hussein Ft Hazama...Banyak kali gak ulang dengar sampai tangan aku gatal jer nak copy link youtube lagu tu untuk dimasukkan dalam blog aku nih.Makaceh la untuk owner videoclip nih yer..aku minta izin untuk pinjam dan lekat seumur hayat blog aku masih hidup.Tolong jangan didelete yeee hehehe..Aku suka sangat dengar lagu nih dan juga clip nih,simple je kannn..Meh la kita layan sama2.Yeay!

 


Ulasan Aku Bukan Tomboy

"Kehadiran Farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berperwatakan lelaki.Kali pertama melihat Farisha di sebalik topeng lelaki,mereka mula jatuh hati dengan gadis itu.Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar "pengkid" antaranya Bell dan Sam"

Haaaa..ayat diatas tu aku salin bulat2 dari cover dvd "Aku Bukan Tomboy" yang aku beli..Pernah dalam entry yang lepas2 aku taip dalam blog yang aku nak tengok citer nih kann?? hehehe..Akhirnya aku berkesempatan gak tengok movie nih.Sebenarnya dah banyak hari gak aku nak mengulas citer nih tapi disebabkan kesihatan aku yang tak menentu 2,3 hari nih jadi niat aku pun tergendala berhari-hari kuikukui.Hmm..kalau ikut sinopsis yang ditulis diatas mungkin semua pun dah faham macam mana jalan citer Aku Bukan Tomboy nih ye.Nampak macam simple je kan tapi sebenarnya citer nih padat dengan pengajaran.Aku leh ketegorikan movie nih dalam ketegori yang tak membosankan sebab ada part2 yang membuatkan kita tersenyum,ketawa,geli dan kesian pulak...Itu aku rasa laa..taktau la camne korang tengok nanti .Pendapat masing2 kan berbeza.Tapi bagi aku citer 'Aku Bukan Tomboy" nih best gak walaupun kekadang aku rasa part endingnya macam ada yang tergantung je..timbul tanda tanye dibuatnya hehe..

Sebenarnya citer nih mengisahkan seorang gadis yang bernama Farisha dimana dia telah kehilangan ibu sejak dari kecil dan dijaga oleh ayahnya sendiri.Perwatakan Farisha yang agak kasar telah menimbulkan kebimbangan terhadap ayahnya dimana dia risau anak gadisnya sukar menemui jodoh suatu hari nanti.Manakala pertengkaran diantara Bell dan Sam iaitu pengkid yang menaruh perasaan cinta terhadap Farisha sejak dari bangku sekolah lagi turut mengganggu perjalanan hidupnya. Tekanan dalam menghadapi pengkid2 tersebut telah merapatkan hubungan persahabatannya dengan Harry yang tanpa disedar telah memendam perasaan terhadap Farisha.Manakala pertemuan tak sengaja telah menemukan dia dengan Burn yang merupakan seorang jejaka yang lurus bendul.Sifat Burn yang terlalu jujur membuatkan Farisha tertarik sehingga menimbulkan perasaan cemburu Harry terhadap Burn.Dan disebabkan kehadiran dua jejaka itu maka telah menyerlahkan sifat kewanitaan dalam diri Farisha.Siapakah yang berjaya memikat hati Farisha dan bagaimanakah penerimaan keluarga Burn?Nak tahu lebih lanjuttttt?? heheh..tengok la "Aku Bukan Tomboy" sendiri..kang aku citer semua jadi tak best lak .Yeay!

Thursday 15 December 2011

Meragam lagi

Image Source: Yahoo Search

Argggghhhh!!!..kureng asem tol ahhh....Nak mencarut pun ada nih huwaaaaa....Bila nak baik nihhh??? Fed-up tollll ahhh!!!...Dari pagi sampai ke malam lum reda2 gak perut nih.Yang aku lagi bengang bila mengenangkan hari ni je dah berpuluh kali aku keluar masuk klinik "Dr.Tan",ngalahkan rumah kedua pulakkkk huwaaaaa...siot tol ahhh!!..mane larat camnii..Meragam lagi..dan lagi ..dan lagiii!!..Baiknya bila pulak??..Adui laa..dugaankah ini? huhu

Aku makan ape semalam ek sampai perut aku meletop2 hari nih???...Rasanya takde la menu pelik yang aku telan semalam.Family aku pun makan menu yang sama gak tapi nape cuma perut aku jer yang meragam nih...asemmm tolll...Nasib badan ler camnih...alergic???...Sensetifff??...Ahhh!!ada aku kesah dahhh..cam ape tahhhh..huwaaaa...Minum ubat yang kakak dan ayah aku suruh pun dah,tapi still gak membuak2..macam takde ape2 perubahan pun nih.Minum 100plus lak kunun2 nak kembalikan tenaga yang telah hilang..adeiii..ye la tu..minum air gas then memulas balikk..tahniah untuk itu huhu...Mak aku lak suruh minum air teh pekat..leh pakai ke cara nih? Huhu..malas nak fikir lebih2..ikut je la petua2 yang ada nanti...janji dapat melegakan sudahhhhh!..Yeay!

Wednesday 14 December 2011

Lemau

Adusss..tengahari nih aku rasa keboringan tahap gaban, pandang keliling semua dah rebah kebumi..maksud aku pas makan semua jadi lemau macam ular kekenyangan.Time matahari terpacak atas kepala,time tu la jugak nak membuta..Hadeiii...Tak baik untuk kesihatan ye tapi apa nak buat,itulah perkara yang paling gemar kita lakukan tambah2 bila datang perasaan malas hehe..Maaf ye kengkawan kalau terasa tapi aku bercakap berdasarkan diri aku sendiri,mane tak gempal siottttt aku ni haaaa kuikuikui..Tengahari camnih tulang temulang aku jadi cam berat je sampai nak ngadap tv pun aku takde selera,masuk bilik tidur juga le jawabnyeeee huhu

Tak banyak yang aku nak kongsikan disini walaupun dah sehari menyepi.Jadual aku yang agak padat 2 hari lepas,nampaknya agak kosong hari nih.Perjalanan balik kekampung sendiri semalam turut memenatkan aku sampai jiwa ini terasa tak mampu menanggung derita lagi wakakaka.Jadi dengan waktu yang terluang begini, lebih molek rasanya aku berlabuh sebentar selama sejam dua untuk menggumpul kembali tenaga aku yang hilang dan tak cukup tidur disebabkan puteriku sepanjang malam tak tidur lena kerana menggalami sakit gigi.Apa lagiiiii... Jom le berlayar sama2...Tido timeeee!!..Owh ye sebelum tu meh la tengok gambar yang aku publish nih hehehe..Yeay!

Kentang goreng yang paling ngetop di Pasar Malam Sibu,tempat lain pun ada gak..saja tayang sebabnya kentang goreng nih dibeli pada hari jadi ayah aku iaitu 12/12/2011..huhu..ada makna aku cakap camtu tapi biarlah rahsia ngeeee...

 Macam2 rupa gula2 puting zaman sekarang nih, rasa kelakar jer bila tengok bebudak2 nih sumbat dalam mulut masing2 ekekeke..Dibeli oleh kakak aku yang berjiwa seni dalam pemilihan benda2 camni hehehe..senilah sangatttt!! :-D

 Yummy sodapnyeeee ikan bakar Mak aku nih....dapat ikan yang fresh camnih lagi menjilat jari aku dibuatnya oiiii...terbaekkk wokkkk!!!

Topeng yang aku belikan untuk bebudak nih, harga satu cuma RM2.90 ..Aku rembat benda nih pun sebab aku dah kekeringan idea nak cari benda apa untuk bebudak nih.Ambik yang murah2 sudah..kalau beli yang mahal2 kang dibuang camtu jer..play save hahaha....

Monday 12 December 2011

Lirik Untuk Mencintaimu (OST Biar Mimpi Sampai Ke Bintang)

Golek2 atas katil pagi nih sambil pasang lagu Untuk Mencintaimu yang dinyanyikan oleh band dari Indonesia iaitu Kumpulan Seventeen buatkan suasana bilik tidur aku macam dalam mood sentimental pula ditambah dengan cuaca hujan kat luar hehehe...Pehhh..penangan lagu nih kuat gak hingga membuatkan seawal ini aku berusaha menyalin satu persatu senikata lagu nih.Semakin aku dengar semakin aku suka lak hehehe..Aku semakin teruja bila mengenangkan lagu ni adalah lagu untuk tema telefilem "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang" yang akan ditayangkan di astro tak lama lagi.Uhhhh..tak sabar rasanyaaaa (^,^)

Dah banyak kali gak dengar lagu yang bertajuk "Untuk Mencintaimu " sebelum nih cuma baru pagi ni je aku terpanggil untuk meletak lirik lagu nih dalam blog aku.Hmm..Lirik yang simple dan pendek je..rasanya lagu nih mudah untuk dihafal hehee..Tapi bagi kita sebagai pendengar,lagu yang simple,bermakna dan menusuk kalbu la yang menjadi tarikan..tol takkk..hehehe..Untuk lagu nih aku memang suka sesangatttt!!Yeay!

Untuk Mencintaimu (OST Biar Mimpi Sampai Ke Bintang)

Apa yang harus aku lakukan
Untuk membuat kau mencintaiku
Segala upaya telah kulakukan untukmu
Apa yang harus aku tunjukkan
Untuk membuat kau menyayangiku 
Inilah aku yang memilih kau untukku
Kerna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu 
Tak akan menyerah dan takkan berhenti mencintaimu
Ku berjuang dalam hidup untuk slalu memilikimu
Seumur hidupku setulus hatiku hanya untukmu
Wooo..kerna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu
Tak akan menyerah dan takkan berhenti mencintaimu
Ku berjuang dalam hidupku untuk slalu memilikimu
Seumur hidupku setulus hatiku hanya untukmu
Seumur hidupku setulus hatiku uhhhh...

Followers