Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 27 February 2012

Puisi Untuk Teman/Rakan/Kawan


Hmm..Aku menerima beberapa respon positif dan email daripada pembaca blog yang meminta aku mencuba untuk mengarang puisi berkisar tentang Teman/Rakan/Kawan dalam salah satu entry aku.Tapi baru hari ini aku tergerak hati untuk mengarang satu puisi yang aku rasa ada kaitan dengan yang diminta dan sekaligus aku letakkan di youtube. Owh ye..terima kasih juga kepada rakan2 yang subcribe aku diyoutube ye.. hehehe. Maaflah jika tak sehebat mana kerna hanya ini mampuku, insyaallah aku akan buat yang lebih baik dientry yang akan datang.Yeay!.



Tajuk: Jangan Fikir Aku Sudah Lupa

Teman,
Jangan fikir aku sudah lupa,
Pada kenangan saat kita bersama,
Suka duka kita lalui penuh makna,
Langit gelap kembali bercahaya,
Taufan melanda dianggap tak merbahaya

Teman,
Jangan fikir aku sudah lupa,
Saat aku rebah tersungkur,
Kau ajar aku untuk bersyukur,
Dan tikanya langkahmu pula tak teratur,
Ku tegur dan kau terima penuh ikhlas serta jujur

Teman,
Jangan fikir aku sudah lupa,
Walau sudah lama kita tak berjumpa,
Walau ada tikanya sengaja tak mahu menyapa,
Ataupun tak pernah bertanya khabar berita,
Percayalah doaku mengiringi hidupmu disetiap ketika,

Teman 
Jangan fikir aku sudah lupa,
Untuk mencari kata atau puisi indah,
Buatku hadiahkan padamu agar kau tak merasa gundah
Ku Yakin kau faham tanpa berkeluh kesah,
Ingatlah aku menyayangimu disetiap noktah.

Teman,
Jangan fikir aku sudah lupa,
Kiranya kau merasa adanya pudar,
Diputar waktu hingga cepat beredar,
Dimamah usia hingga hadirnya saat tak sedar,
Jangan risau dan berbahagialah hingga ke akar.



Sunday 26 February 2012

Morning!

Good Morningggggggggggggg World!!!..Argggg...Pagi yang ditemani dengan bunyi hujan lebat yang entah bila akan berakhir.Uhhh...andai dapat aku berselimut lebih lama di hujung minggu macam nih kan best tapi dari sudut lain aku harus memikir family husbandku yang datang menemani kami sejak jumaat lepas..Hmm..tetiba rumah jadi meriah dengan bunyi rengekkan cucu2ku,hilai tawa anak2 buahku, suara2 ibu mertua,makcik serta adik iparku...

Walawehhhhh...sesaat aku merasa duniaku dipenuhi manusia,keadaan yang jarang sekali aku lalui dalam rumah sendiri hahaha. Kekadang aku merasa kepenatan tak terhingga tetapi aku tetap merasa enjoy dengan setiap aktiviti riadah yang tak dirancang seperti berkebun dan melihat anak2 buah memancing huhu..Dapatlah juga tengok anak2 ikan dipancing dengan batang buluh ekekeke..

Wake up peopleeeee!!...hari nih hari ahad..tak semestinya hari ahad kita dapat bangun lambat hahaha...Jom kita penuhi hari minggu kita dengan aktivi lagiiiii..Yeayyyy!!!

Friday 24 February 2012

Hasilku Diluluskan!

Kat luar hujan lebat...plan yang aku aturkan malam tadi maka terbatal dengan sendiri...Tak apalah, bukan penting pun huhu. Jadi macam biasa,aku mula beronline sambil menyambung separuh kertas kerja yang aku tinggalkan petang semalam. Tapi sebelum tu, 3 benda yang aku WAJIB check setiap kali aku connect internet nih ialah Pal, Blog, dan Email ngeeeeee...Yang lain2 aku leh lupakan seketika yeee...

Dipendekkan cerita pagi nih aku terima beberapa email dan salah satu email yang aku dapat cukup membuat aku tersenyum sendiri dan seterusnya membawa aku untuk berkongsi bersama pembaca2 blog aku nih. Walawehhh...pagi nih timbul rasa lucu bila baca email yang mengatakan dua gambar yang aku cuba hantarkan pada satu laman web yang mempamerkan gambar2 dari jurufoto profesional dan amatur telah berjaya memikat pihak laman web tersebut huhu..Wahhhh..aku siap terima ucapan tahniah lak daripada diaorang..hehe. Seingat aku laa kann..gambar2 tu aku hantar pun tahun lepas tapi baru tahun nih diterimanya kwang3x...Agaknya gambar aku ditapis berapa kali ye atau berapa ramai yang menilai gambar2 tu sampai baru hari nih diaorang luluskan dan terima? Lame tuuu..aku pun dah hampir2 lupa bila tarikh sebenar aku hantarkan pada mereka hehehe...Tapi yang lagi best bila nama aku termasuk dalam senarai 922 orang Photographers yang ada...bukan member yeee..tapi photographersssss....kuikuikui

Gambar aku tu pun simple jer sebenarnya..bangunan klcc jer ngan pemandangan dalam dier je arrr.Alaa time aku gi KL tahun lepas la sempat capture sekeping dua. Aku saje je try sentkan pada laman web tu, sekadar untuk mencuba.Tapi sekarang gambar tu takleh dicopy2 or dipaste ye..terang2 dah tertulis "Copyright Protected". Kalau korang nak copy gak..terpaksa la bayar US$1 wakaka..Harga paling murah aku letak US$1 padahal photographer lain letak beratus2 harga sekeping gambar hahaha..Alahh..tak kisah la berapa pun...kalau ikutkan hati,mulanya aku nak letak kosong jer pada nilai gambar tu tapi bila dah kene letak harga aku main hentam jer la labuuuu...US$1 hokey aper??? Logik ler..aku capture pun cuma guna kamera Nikon lame jer,tahap kecantikkan dia kureng sikit,pengalaman pun takde..main hentam jer..Kalau aku rasa cantik aku ambik la gambar tu hehehe...Mane tau hasil US$1 tu nanti leh aku beli kamera canggih tahap teropong tu arrr hehehe...Tapi yang menjadi persoalannya..ade ke yang nak beli? hahaha..Elehhh...Takde orang beli pun takpe asalkan hasil aku kena tayang dalam ribuan gambar yang ada pun dah cukup bagus bagi aku, itupun dah membanggakan diri aku lah weii...Yeay!!!!..


Dua gambar yang aku ambil terselit kat situ hehehe

Thursday 23 February 2012

Telemovie Patah Seribu


Salah satu babak dalam Patah Seribu

Mujur la aku tak terlepas tengok Telemovie Patah Seribu nih,hampir2 terlupa aku dibuatnya.Kalau aku tak ngadap tv sebentar tadi..alamatnya aku terlepas la tengok citer nih huhu..Apa taknye...Dari minggu lepas dah aku tunggu telemovie nih maklumlah terpikat dengan Trailer yang ditayangkan di Astro Ria baru-baru nih.Macam best jer kannnn tapi taktau ler camne kesudahannya nanti.Tu baru penangan pertama, lum tengok sepenuhnye lagiii huhu. Takleh komen lebih2..kita saksikan dulu baru tau camne hehehe...Seperti yang kita ketahui Telemovie Patah seribu nih dibintangi oleh Pelakon Utamanya iaitu Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah serta dibantu oleh beberapa baris pelakon yang tak kurang hebatnya seperti Jihan, Amar Baharin, Sharifah Shahora, Kathy Azean, Reza Mohammad dan Amar Ashyraf . Nak tau camne kisah Patah Seribu nih,jangan lupa saksikan Telemovie nih pada 23 Febuari 2012 iaitu MALAM nih yeeee.diulangiii..Malam nihhh!!!.Jam 9mlm hanya di Astro Ria (104). Owh ye..saje tempek lirik lagu Patah Seribu kat sini..mane tau ade yang tercari-cari lirik dia gak.Ni ler lagu temanye kuttt..takpun lagu latar jer hehehe...Yeay!


Tajuk: Patah Seribu (Lirik)
Penyanyi: Shila Amzah

Walau kau tiada di sini 
Ku tetap ingat semua pesanmu 
Ku hidup seolah-olah kau masih ada 
Bisikkan kata kepadaku 

Bilakah kau akan utuskan surat buatku 
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu 

Patah seribu hatiku 
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama 
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi 

Biar pergimu tanpa relamu 
Namun hatiku tetap berasa kejamnya 
kau meninggalkanku dengan nota-nota cinta 
Buat kita berdua 

Bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu 
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan 

Sayang ku mohon padamu segera tinggalkanku 
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju 
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah






Tuesday 21 February 2012

Teh Pekat

Image Source:  Yahoo search

Cehhh...kalau semalam aku dok kesian ngan puteri aku yang tetiba diserang sakit perut, hari ini pulak aku sendiri yang terkena...huwaaaaa...Tension tol ahhh!!!..Time aku nak rehatlah dia nak wat hal pulakkk!!!..Gara-gara perut aku memulas sepanjang hari dan malam la tidurku jadi tak lena setiap saat. Saja nak canang yang Mr. Tan lak jadi teman sejati aku start dari semalam..kau adaaaa???? ekekeke..Wohhhh...  Rasa macam ada alien lak dok berpesta dalam perut aku nih huhu..Hadoiii laaa...siot jerrrr...Buat aku tak bermaya sepanjang hari...badan pun rasa tak segar dan lemah sentiasa. Nak jalan pun aku rasa tak larat hahaha..ker aku berat tulangg??? :-/  Rasa macam nak demam pun adaaaaa!!! huwaaaa..Agaknya lelemak aku pun leh kurang pasnih wakakaka...

Image Source: Yahoo Search

Dalam keadaan yang terdesak dan farmasi yang jauh dihujung dunia, maka aku terfikir untuk menggunakan petua-petua tok kadok yang adaaaa. Sempat gak sms kengkawan awal pagi tadi semata-mata nak tanya cara untuk mengatasi maklumlah malu bertanya sesat jalan ye takkkk ekekeke...Rata-rata kengkawan cadangkan minum air teh pekat huhu..Petua yang aku rasa mungkin leh membantu sedikit walaupun dari sudut saintifik kita tak tahu keberhasilannya.Alaaa..time desperate camni takkan sempat nak fikir logik ngan tak pulakkkk. Ingat dah lembik sangat baru nak try ke..hadeiiii...baru sehari pun aku dah rasa lemah segala urat sarafku, inikan pulak seminggu..Aku sanggup jer sebab cuma minum teh pekat hahaha...Harap-harap berkesanlah ye petua nih...tapi rasanya tanda-tanda nak ok pun ade gak nih..Kalau tak ok, takkan aku leh menapak depan laptop nih pulak ye takkkk?? hahaha..Yeay!

Monday 20 February 2012

Lirik Lagu Stronger(What Doesn't Kill You) Dari Kelly Clarkson


   
Haduiii...Gelisah puteri kesayangan aku cuti disebabkan serangan cirit birit dan selsema tetiba lewat malam tadi dan berlarutan hingga ke saat ini. Mujurlah tak seteruk mana,cuma aku perlu rehatkan dia untuk hari ini daripada menyusahkan guru2 kelas dia nanti kwang3x...Owhh..saatnya untuk aku bersantai sejam dua untuk memberi sedikit kesegaran dan ketenangan yang aku perlukan akibat memikirkan perut puteri aku tu sepanjang malam.Apa lagiii..Layan lagu daaaa huhu......Pagi-pagi lagi aku dah layan lagu Kelly Clarkson, salah seorang artis yang aku sukeeeeee and minat sesangattt ngeeeee...Dari awal kemunculan dia dalam dunia hiburan, aku dah start tergila-gilakan suara serak2 basah dia tu..Wowww..ayat 'tergila-gilakan" tu memang agak kelakar sikit bila aku taip kat sini tapi what to do..hakikatnya memang ye lah kutt...Kalau tak, takkan aku beli semua album dia yang terdahulu hahaha... Tambahan pula Genre muzik yang dibawa sememangnya serasi dan sesuai dengan personaliti, suara dan apa-apa jer yang berkaitan dengan Kelly Clarkson nih. Hiyaaaa...malas aku nak berceramah panjang lebar...Dah nama pun minat, kalau orang dah minat nih semua ayat yang keluar pun benda yang baik2 je..puji melambung woooo ngalahkan Kelly kenal lame ngan aku lak wakakaka...sedor diri jap hehehe Apa-apa pun, meh lah join aku layan lagu Stronger(What Doesn't Kill You) dari Kelly Clarkson yang mampu memikat telinga dan jiwa aku untuk bulan ini ekekeke...Enjoy yeee..Yeay!



"Stronger (What Doesn't Kill You)" Lyric

You know the bed feels warmer
Sleeping here alone
You know I dream in colour
And do the things I want
You think you got the best of me
Think you had the last laugh
Bet you think that everything good is gone
Think you left me broken down
Think that I'd come running back
Baby you don't know me, cause you're dead wrong
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes a fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over cause you're gone
What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
You heard that I was starting over with someone new
They told you I was moving on over you
You didn't think that I'd come back
I'd come back swinging
You tried to break me, but you see
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes a fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over cause you're gone
What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
Thanks to you I got a new thing started
Thanks to you I'm not the broken hearted
Thanks to you I'm finally thinking bout me
You know in the end the day you left was just my beginning
In the end...
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes a fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over cause you're gone
What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone

Sunday 19 February 2012

Legaaaaa!!

Fewwww...legaaaaaaa...Semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Setelah 5 hari megumpul segala tenaga yang tersisa dalam badan menguruskan itu dan ini.Penatnye tak terkira tambah-tambah bila jadual yang mulanya kosong tetiba jadi penuh lak dengan aktiviti keluarga. Choyyy...choyy..choyyy...Takkan aku nak biarkan family aku yang datang dari jauh cuma menapak camtu jer kat rumah kang ada yang boring lak. Walaupun tempat aku nih takde tempat sangat untuk aku bawa jalan-jalan tapi kata orang, kita kene bijak mengatur strategi ekekek Seeloknya aku ada perancangan untuk memenuhi masa-masa yang terluang. Sesungguhnya petang ini aku mampu tersenyum sendiri kerana puas dengan layanan yang aku berikan pada mereka semua ngeeee...Saat dimana aku perlu beri "Thumb up" untuk diri sendiri kuikuikui (^,^)

Walaupun keberangkatan family aku lewat petang tadi sedikit membuat aku rindu kembali dengan kampung halaman tapi aku tetap happy kerna beberapa hari ini aku telah memberi seluruh tenaga dan masa aku untuk melayan karenah2 mereka semua. Penat takyah nak cerita tapi yang penting suasana rumah aku 2,3 hari lepas sentiasa riuh dengan gelak tawa dan gurauan mak,ayah dan adik2. Keceriaan yang aku perlukan setelah berminggu-minggu stress dengan kisah perpindahan nih hehehe..

Choyy..choyyy..choyyy...Kedatangan mak,ayah dan adik2 tak ku persiakan camtu jer, pelbagai plan aku aturkan setiap hari sepanjang mereka menapak depan mata aku.Ye laa..bukan selalu pun family aku datang tempat aku nih, jarang sesangatttt..tu pun setelah beberapa kali cucunya call ajak datang hahaha...Nasib baik ler puteri aku nih pakar dalam bab pujuk memujuk so kerja aku pun bertambah mudah. Kurang-kurang aku tahu penangan puteri aku tu camne kuikuikui....Dasyatlah jugakkkk kannn..kalau tak dasyat, takkan datuk dan nenek dia sanggup datang dari jauh semata-mata nak menunaikan hasrat puteri sorang aku nih hehehe..Yeay!

 
 Tadaaaa...ni ler laksa sarawak yang aku cuba nak buat untuk sarapan family2 sekalian alammmm...,bantai jer la labuuuu..walaupun bahan2 aku tak cukup tapi takpe asalkan kuah dia leh memikat jiwaaa...what a surprise..laksaku lakulah jugokkkkk oiii... kuikuikui
 
 Tunjuk sana tunjuk sini..lari sana lari sini..tengok sana..tengok siniiii ekeke..yang penting ku tetap lihat hijauuuuu youu huhu..Aktiviti petang ialah berkebun dan meninjau2 kawasan ekeke..

On the way balik dari sibu, aku dapat mms daripada cousin Olivia,siap bagi gambar birthday cake anak dia hehehe..anyway..happy birthday untuk anak buah aku yang ganaz tuuu...padan pun letak gambar angry bird kt situuu huhu

Huhu..adik bongsu aku nih tak habis-habis dengan rambut dia, dalam kereta sempat jer suruh aku ambil pic rambut dia,cam ekor kura-kura jer aku tengokkkk..Nahhhh..aku tempek kat blog aku nih jugaakkkkk ekekekeke...

 Opsss..Mr.Hubby dengan selambanya tolong aku capture gambar nih...Nih ler orang tempatan panggil Lokan..pernah makan tak? Rasa macam kerang gak arrr..tak jauh bezanyaaaa...Harga lak RM10 untuk 4 kg..huhu..Mr.Hubby sempat rembat 4kg arr..murah tuuuuu...

 Semalam sempat gi bandar sibu guna jalan baru...Memandangkan jarak perjalanan dari tempat aku dikira dekat jer ke bandar sibu so kitaorang ambil keputusan untuk tidak bermalam,ulang alik pun sanggup hehehe..Ni ler rupa dan pemandangan gerai tepi jalan tempat kita orang singgah kejap tu..Nak makan ketam? Udang? Lokan? Umbut Nipah? Udang laut pun ada gak dijual kat sini huhu....

Thursday 16 February 2012

Busylah jugakkk!!

 Penatnye badan aku arinih, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki hehe...Kedatangan mak,ayah dan adik2 dari kampung secara mengejut petang semalam membuatkan aku sedikit panik .Tersentaplah juga jiwa nih sesaat dua tapi tak apalah aku selalu bersedia menerima kedatangan family bila2 masa je hehehe..Al-maklumlah, kebiasaannya aku diberitahu lebih awal supaya memudahkan aku untuk membuat persediaan terutama untuk bahagian dapur hahaha...Part yang aku selalu titik beratkan bila tetamu datang kerumah...Semestinya bahan2 aku sentiasa cukup didapur supaya memudahkan aku untuk menyediakan hidangan tertentu tapi kali ini aku hanya sempat fikir apa yang perlu jer..sape suoh datang mengejut?? Nasib badan lerrr ekekeke..Mujur ler ibu tercinta bawakan sayur2 dari kampung,merasalah juga makan sayur2 hutan yang dah beberapa minggu aku tak jamahh....bestnyeeee...ngeeee..

Bercerita tentang aktiviti family hari nih tak la banyak mana.What??? tak banyak mana? sebenarnya banyak juga oiii..aku siap kerah adik2 aku pagi tadi ekekeke..Maklum, rumah lama masih ada barang tertinggal so aku perlukan tenaga yang masih fresh supaya kerja aku cepat beresssss!!! Nasib baik le takde yang megeluh..bagus tol adik2 aku nih,semua wat kerja dengan penuh semangat huhu..Puji adik sendiri jappp ekekeke...Alhamdulillah kehadiran ibu dan ayah ketempat aku sekarang nampaknya ada tanda2 positif. Sedikit melegakan aku kerna aku tak nampak wajah kerisauan yang pernah aku lihat dulu.Hmm..semenjak family sampai semalam, jadual aku semakin padat....terrrrsangatlah padat sampai aku tak sempat nak jalankan aktiviti sendiri. Rasanya kemungkinan untuk terbengkalai lagi kerja2 ku untuk sehari dua semakin jelas..Alaaa...bukan selalu pun family aku datang tempat aku nih..takkan aku wat bodo jer kannnnn..Tapi apa2 pun aku happy sebab minggu nih masa aku terisi dengan sepenuhnya. Pehhhh...Layan karenah family nih sememangnya memenatkan tapi aku tetap rasa happy sebab aku sukakan suasana begini. Meriah dan bisingggg!! Yeay!!


Nota: Buat my Sis tersayang yang berada di bandar MIRI dan cikgu2 sekalian alammmm..Sorry yerr..tugasan tu aku dah tak sempat nak wat dah untuk sehari dua nih, busy sampai tak hingatttttttttttt!!!...Malam nih aku larat berblog jerr hahaha...Jangan mareeeeee!!! :-p 

Wednesday 15 February 2012

Kakak dan design :-/

Haduiii laaa kakakku yang sorang nih, selamberrr jer bagi tugasan kat aku huwaaaaa...Penat aku berpindah rumah minggu lepas belum terbayar, dia lak suoh aku design banner untuk sekolah dia lak sempena bulan Bahasa..Adeiii..tak sempat bernafas aku dibuatnya, pandai jer dia cari masa free aku ekkk ..skodeng ke perrr??? :-/ Nasib baik la zaman nih canggih, siap jer leh email on the spot....datang tanduk mula la call or sms jer kalau tak berkenan hahaha..Kelasss ko kakYahhh!!! ekekeke

Dipendekkan cerita, dah 3 hari berturut-turut aku dok ngadap laptop memerah otak menggunakan photoshop.Berpinarlah jugak bijik mata aku dibuatnya oiii, tersangatlah detail sampai aku kene zoom ke titik  paling akhir huwaaaa....Cehhh,explain kat sini pun tak gune kang ada yang tak faham maksud aku huhu. Dalam 3 hari nih, aku rasa dah berpuluh2 layer aku gunakan just untuk siapkan 4 design sebagai alternatif untuk pilihan..huhu..Baiknye aku sampai bagi 4 design sekaligus,tu belum datang mood aku nak bagi extra design lagi  hahaha..Ingat senang ke kalau nak wat nampak perfect ikut tema? Apa yang aku design pun belum tentu diguna so kalau direject aku redha jer hahaha.. 

Walaupun tugasan yang macam nih bukan pekara baru bagi aku tapi kekadang mencabar gak minda nih jika diberi tempoh tertentu untuk menyiapkan tugasan sebegini..adeiii..tempoh seminggu cukup ke? hahaha..Ye arr..cukup la untuk copy and paste jer kut haha... Masalah aku pada mulanya bila My sis cuma bagi pembayang, so totally aku rasa blur..terumbang ambing..tak faham dan still cuba untuk reka walaupun rasa macam pelik je. Design pertama sememangnya satu-satunya design yang paling lama untuk aku siapkan dan juga leh aku ketegorikan paling tak sesuai untuk digunakan..sadis tolllll!!.Tapi semuanya menjadi mudah bila my sis berikan contoh2 banner sekolahnya yang terdahulu dan extra gambar untuk aku tempekkan pada design aku tu...Huyooo...dari situ idea aku takleh nak cakap apa dah..mencurah-curah dikkkkk ..berlagak jap ekekeke...Tapi kata orang..kalau minat tu ada, semua pun tak mustahil kannn. Nasib baik ler dia bagi aku tugasan yang memang aku minat nak buat, kalau tak... dia meraung pun aku tak layan ekekeke. Sebab tu juga aku saje bubuh tajuk post 'Kakak dan design" :-s .Yeay!!!

Gambar nih sengaja dikaburkan hehehe..saje tempek kat sini kwang3x

Sunday 12 February 2012

Lirik Lagu untuk OST Vanila Coklat


Musim nih demam drama Vanila Coklat ke? huhu..Kalau kat FB tu semua dok pakat update status tentang drama Vanila Coklat nih.Hmm..hebat juga penangan drama nih ye sampai aku pun terikut-ikut buat entry yang berkaitan gak hahaha.Lakonan mantap daripada Izara Aishah (Zara), Aiman Hakim Ridza (Amir), Iqram Dinzly (Kamal), Bella Dally (Liyana), Arash Mohd (Dato-bapa Amir) , Liza Abdullah( Ibu Zara) dan beberapa rakan artis yang lain sememangnya aku akui sangat menyengat dalam Vanilla Coklat nih..kalau tak menyengat takkan satu Malaysia atau mungkin yang dok oversea juga cakap benda yang sama kannn hehehe. Tapi entry aku nih bukanlah nak bercerita tentang drama Vanila Coklat nih sebab aku sendiri pun lum habis tonton gak so kesudahan yang masih menjadi tanda tanya pada aku sendiri ngeeee..Cuma hari nih aku agak free dan terfikir nak kongsikan beberapa lirik lagu yang menjadi OST dalam drama Vanila Coklat nih. Dan sebelum tu, jangan lupa saksikan drama Vanila Coklat setiap hari selasa pukul 9 malam, hanya di TV3 yeee..Jom sama-sama kita layan lirik lagu OST Vanila Coklat...Yeay!.

Kenangan hidupku - Geisha (OST Vanila Coklat)

Jika ku hadir untuk disakiti
Biarlah ku pergi jauh dan sendiri
Tanpa ada kamu siapapun disini
Ku menangis...
Kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik untukku butakan hatiku
kau pergi begitu saja tak ku tahu
Ku tlah layu
mungkin kernaku terlalu
mencintaimu
ku terluka
Kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku
Kebodohanku telah anggap dirimu
Kan baik untukku butakan hatiku
Kau pergi begitu saja tak ku tahu
Ku terlukaaa
kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku
Biarlah ku simpan
Menjadi kenangan hidupku
kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku
Kemana ku berlari
Kemana aku kan pergi
Kucintai namun benci 
Caramu mencintaiku
Kucintai namun benci
Caramu mencintaiku



Tentang Rasa - Astrid (OST Vanila Coklat)

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
'tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya



 Kerana Kasihmu – Gx4 (OST Vanila Coklat)

VERSE :
Terkadang bicara hati mula berbisik
Kehadiranmu anugerah yang terindah
Mengapa rindu ini semakin hebat ku rasakan
Sekalung cinta mu takkan ku persia

PRE CHORUS :
Andai daku dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya

CHORUS
Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku …

RAP:
Role … Role … Role … Roda berputar laju
Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Terlebih rindu … Terlebih manja
Terlebih sayang kepadamu
Bagaikan dunia jadi milik kita
Selama-lamanya …
ho hu ho ….

Verse 2 ;
Semusim tlah berlalu menggamit jiwaku
Di saat diperlukan wajahmu menjelma
Andai sedetik saat ku hidup tanpa diri mu kasih
Tak terdaya ku meluahkan nya

PRE CHORUS :
Andai daku dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya

CHORUS
Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku …



Cukup Tak Lagi - Geisha (OST Vanila Coklat)

Ingatkah dulu kamu yang pertama
Mencium keningku tanpa bertanya
Mukaku terlihat merah memudar
Senyap tak berkata
Seperti bunga yang kamu tanamkan
Memekar di hati yang ku rasakan
Memang hal pertama yang ku rasakan
Ku malu rasanya
Cukup tak lagi
Cukup tak lagi cinta
Ku rasa cukup untuk sekarang
Ku takut terlalu cepat
Ingatkah dulu kamu yang pertama
Mencium bibirku dan trus bertanya
Mengapa mataku mulai terpejam
Terbuai karenanya
Ku tak percaya kau yang pertama
Semua seperti mimpi
Cukup tak lagi
Cukup tak lagi cinta
Ku rasa cukup untuk sekarang
Ku takut terlalu cepat
Cukup tak lagi
Cukup tak lagi cinta
Ku rasa cukup untuk sekarang
Ku takut terbuai semua
Cukup tak lagi
cukup tak lagi cinta
Ku rasa cukup untuk sekarang
Ku takut terlalu cepat
Cukup tak lagi
Cukup tak lagi cinta
Ku rasa cukup untuk sekarang
Ku takut terbuai semua
Cukup tak lagi
Cukup tak lagi cinta
Ku rasa cukup untuk sekarang
Ku takut terlalu cepat
Telah cukup ku rasa
Telah cukup ku rasa
Telah cukup ku rasa



Penerang Hati – Sixth Sense & Saujana (OST Vanila Coklat)

Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi



Tapi bagaimana - Spider (Ost Vanila Coklat)

Kau buat ku teruja
kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembunyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta
Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada
Tapi bagaimana nak ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Dia bukan tak cantik 
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Disudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu
Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang 
Hingga rasa menjadi kering kontang 
Tapi bagaimana nak ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Tapi bagaimana nak ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
bagaimana nak ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini




Saturday 11 February 2012

Lama dan Baru tetap Best!

Fwewww ...alhamdulillah setelah 2 minggu berpatah pinggang, berkerah tenaga, bermandikan peluh dan segala macam ber..ber ber lagi ahhh...akhirnya hari ini aku dapat menarik nafas lega...Yeay!!..lega sesangat sampai aku rasa segala benda yang menyerabutkan otak dan fikiran aku hilang dalam sekelip mata, dada aku yang mulanya rasa senak dan sesak mula terasa lapang manakala badan aku kembali segar walaupun aku masih rasa belum cukup rehat..Oww..2 minggu menguruskan segala urusan perpindahan dari A sampai ke Z sememangnya sangat memenatkan seluruh badan dan minda aku hehe.Tak apalah, lepas minggu nih aku boleh rehat sepuas hati...hutang mesti dibayar maa..badan aku pun dah susut nih wooiii...Whatt??? susuttt??..Ye ar tuuu..susutlah sangatttt walaupun sebenarnya takde berganjak seinci pun..Saje perasaan aku jer rasa begitu...Pasan jap ekekekek... (-,-')

Hmm..untuk memulakan entry pertama aku di rumah baru nih sememangnya aku rasa agak janggal sedikit.Mungkin aku dah terbiasa dengan suasana dirumah lama dimana ruangnya cukup2 je untuk aku bersantai dan bezanya memang ketara disini. Jika aku nak bandingkan rumah lama dan baru sememangnya tak adil kerna masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan jadi cukuplah aku katakan dua2 rumah pun aku suka..opss..maksud aku quarters kerajaan ye,pinjam setahun dua je kut hahaha. Cuma kali ini aku lebih merasa bersemangat bila masuk rumah baru jika dibandingkan bila mula-mula masuk rumah lama dulu.Walawehhh...malas aku nak cerita tapi waktu itu aku sememangnya pertama kali melihat tetiba diserang penyakit down..downn..downnn ngalahkan nak gi berperang lak..serabotlah jugaakkk huhu..Maklumlah persepsi pertamaku sememangnya agak dasyat dan itulah first time aku tinggal dalam quarters kerajaan yang serba kekurangan, kecil, usang dan menyeramkan tapi alhamdulillah berkat kesabaran kami 3 beranak maka kami dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang jauh berbeza daripada keadaan yang pernah kami alami sebelum ini..huhu

Hari nih pula genap seminggu kami tinggal disini dan apa yang istimewanya hari ini, bila dari pagi hingga ke petang tak henti-henti rumah ni menerima tetamu.Fuhhh..tak sangka lak ada tetamu sebab biasanya susah aku nak lihat orang datang ke rumah aku dulu ekekeke.. Mungkin juga disebabkan hari sabtu begini ramai yang ambil peluang untuk meninjau dan seterusnya melencong ke arah rumah kitaorang.Perasaan ingin tahu tu kan perkara normal hehehe. Penatlah juga melayan tapi itu semua tak menjadi masalah kepada aku kerana kerana itu menunjukkan petanda yang elok bila kita melangkah masuk ke rumah baru,tambah-tambah quarters ini juga baru siap sepenuhnya setelah terbengkalai seketika ekekek.. Yang lagi bestnya bila kita orang merupakan penghuni pertama dalam rumah nih dan juga kawasan perumahan kerajaan nih.Wahhh..agaknya beginilah perasaannya bila masuk rumah baru ye..excited tak terkira ngalahkan rumah sendiri lak hahaha  Pendek kata, aku dah rilex manakala jiran2 yang lain masih sibuk mengangkat barang masing2..Perpindahan beramai2 oleh kakitangan kerajaan yang tak dirancang tapi bila lihat family aku memberikan respon positif maka semua mula rasa teruja nak pindah quarters baru lak hahaha.Penangan tu kira kuatlah jugakkannnn ekekeke..Tapi yang buat aku lagi tak sabar bila mak,ayah dan adik aku yang dok jauh juga terbuka hati nak jenguk anak dia yang dok terpencil disini sekali lagi.Kehadiran mereka amatku nantikan kali ini hehehe....Bestnyeee..Aku happy sesangat sebab kali ini mungkin mak dan ayah aku mampu tersenyum dan bukannya seperti saat pertama kali jenguk aku dirumah lama yang aku sendiri leh lihat ada takungan air mata di kelopak mata mereka kerana sedikit sayu dengan keadaan yang anak mereka alami kut.Mungkin juga mereka tahu aku tak biasa dengan life sebegitu tapi kata orang ikut periuk nasi nih,tiada apa yang mustahil hehehe..Tapi kini semuanya perfectttt!!!...Syukur sesangattt! Yeay!!!

 Mr.Hubby sibuk membersihkan tingkap yang berdebu di salah satu bilik.Aku kat mana??? Biasalahh..aku kan belakang tabir so kene tonjolkan orang lain lebih dalam entry2 aku ekeke..

 Puteri kesayangan yang paling teruja dengan keadaan dan persekitaran baru,walaupun baru 7 tahun tapi tetap bersemangat nak tolong hehehe...

Sekali lagi puteriku bagi pose yang paling anggun...cute takk?? wink..winkkk ekekek

Nota : Gambar selebihnya aku simpan ye, dapat tengok 3 jer pun dah kira cukup bersyukur ekeke..Rumah lama,kalau mimpi elok aku tetap akan tayangkan kat entry yang akan datang haha. Opsss..Walaupun dah pindah ke rumah baru, aku tetap rindukan rumah lama..Petang tadi aku sempat ajak Mr.Hubby jenguk rumah lama untuk seminit dua memandangkan kunci quarters masih dalam tangan..dah seminggu aku tak kesana,lepas nih tak merasa dah jejak kaki kesitu lagi so kene tengok puas2 hehe..Sayu jer rasa walaupun kekadang timbul rasa tak sampai hati..Perasaan tu datang dengan sendiri hokeyyy!!


Saturday 4 February 2012

Selamat Menyambut Maulud Nabi 2012

Ahhhh!!..dah masuk 3 hari aku tak update blog dan selama 3 hari itu jugalah aku terpaksa kejar masa dan berusaha untuk packing segala benda dalam rumah. Yup..pindah lagi!..tapi kali ini tak jauh mana..dekat jeeerr.Dah hampir 3 tahun stay rumah nih terasa agak berat hati pulak,mungkin kerna banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui dan dapat dari dalam rumah nih kut.Jika aku kenang kembali saat pertama kali melihat rumah nih dulu,aku terasa agak terkejut,tersentap,kecewa dan sememangnya menakutkan.Saat dimana dalam kotak fikiran aku asyik mengatakan "OMG!" Dasyatnya takleh aku nak cakap apa tapi syukurlah sepanjang tinggal disini,tak banyak masalah yang aku hadapi kecuali atap bocor dan colour rumah pun kureng berseri-seri dimana masih mengekalkan warna era zaman 80an ekekeke..Tapi yang menjadi masalah utama ialah sering berlaku banjir..kawasannya agak rendah.

Kepenatan yang melampau telah membuatkan masa tidurku semakin awal dan menjejaskan segala acara favourite aku iaitu berblogging.Oppss..kecuali malam nih aku meluangkan masa sedikit untuk membuat post baru sebab aku dah rasa rindu dgn blog aku huhu Tambah-tambah bukan kegemaran aku untuk mengemas segala benda yang dah aku hias elok2 dan telah aku simpan baik2. Walaupun kekadang aku terasa terlalu stress dan tak larat untuk membuat segala kerja serentak atau secepat itu tapi aku tetap akan cuba usahakan sedaya mungkin. Mampukah aku dan Mr.Hubby kumpulkan segala benda dalam rumah nih sebelum Isnin nih jam 9 pagi??? huwaaaaaa...Doa-doakan je lah aku mampu memaximakan tenaga aku untuk esok hari kerana beberapa hari nih pun aku dah berikan lebih 101 peratus komitmen aku untuk uruskan segala yang perlu. Yup..keletihan ini juga dapat aku rasai pabila bangun saja waktu pag.Hadui laaaa...memang ketara rasa otot2 dan tulang temulangku sakit sana sini tapi semua tu tak mematahkan semangat aku.Yang penting semangat kene kuat baru kerja cepat siap.Kejar masa hokeyyyy!!

Oklah Sebelum aku mengakhiri entry aku malam nih, dimana niat sebenar aku berblog malam nih kerana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulud Nabi 2012 kepada semua keluarga,kengkawan,blogger,follower dan seluruh umat Islam didunia.Marilah kita sama-sama menyambut dengan penuh rasa bahagia dan syukur.Salam dan Selamat Menyambut Maulidul Rasul buat semua.Yeay!

Followers