Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 30 October 2012

Madah Beringat Selalu

 Membaca semula kata-kata didalam gambar tersebut mengingatkan aku tentang sesuatu, tercuit dihati namun ia mampu membuatku menggeleng-gelengkan kepala seketika. Itu cumalah satu contoh yang sering berlaku tetapi bila difikirkan balik, jika kita berada didalam situasi sedemikian...agaknya apa reaksi kita sebenar? Hmm..Tidak terniat untuk menyindir sesiapa, sekadar mengajak teman-teman untuk berfikir dan berpijak dibumi nyata. Perkataan menerima dan menolak terlalu subjektif untuk diperkatakan. Pendek kata, dalam apa-apa hubungan pun ,kita boleh saja menjadi sesiapa...sama ada menjadi orang yang mudah menerima atau mungkin juga sebaliknya.Tetapi itu semua bergantung dengan cara, perasaan dan kata-kata yang keluar dan ingin disampaikan. Jika cara itu betul disusuli dengan niat yang baik dan ditambah dengan kata-kata yang tidak menyinggung hati sesiapa, nescaya ia akan diterima dengan mudah.Tetapi seandainya cara menyampaikan sesuatu itu sudah awal-awal lagi salah dengan menghebahkan seolah-olah tiada lagi hari esok bagi orang lain, disusuli dengan riak wajah yang sinis dan terselit perasaan yang tidak seharusnya ada ditambah pula dengan penggunaan kata-kata yang agak pedas dan kesat, pasti tiada siapa yang bisa menerimanya. Betulkan.?..

Aku tidak mengajak untuk menilai sesiapa tetapi sekadar ingin menasihati sesama kita dan diri sendiri.  Aku kira, perkara ini lebih mudah diperjelaskan dengan pepatah dan ungkapan melayu yang sering bermain dibibir kita. Dan antara ungkapan yang boleh aku kaitkan adalah seperti "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"..Nahh..jelaskan??...Walaubagaimana pun mungkin ada yang berpendapat keadaan itu mudah diatasi tetapi sebenarnya apa yang membimbangkan nanti akan menjadi  seperti ungkapan "Bagai meludah ke langit terkena ke muka sendiri". Jadi sebagai orang yang diberi akal dan fikiran, selalulah beringat bahawa berhadapan dengan sesiapapun, kita harus sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku kita supaya tidak ditertawakan kembali kemudian hari. Bukan sekadar bebelan tetapi itulah realitinya. Bercakap jangan sesekali ikut suka kerna terkadang kita terlupa bahawa Allah itu maha berkuasa, seandainya kita tersalah menilai, Dia akan tunjukkan sendiri dimana kesilapan kita. Pesan aku...berhati-hatilah bermain dengan kata-kata kerana siapa tahu ia akan menjerat diri sendiri esok hari..Yeay!


Tuesday 23 October 2012

Salam Hari Raya Aidiladha 2012


Alhamdulillah ditahun 2012 ini, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk merayakan Hari Raya Aidiladha. Syukur ke hadrat ilahi diatas peluang yang diberikan kepada seluruh umat Islam dimuka bumi ini untuk  terus merayakan hari yang penuh makna ini. Dan dikesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya pernah terkasar gurauan/bahasa atau terlanjur perbuatan kepada kaum keluarga, sahabat handai dan kepada semua rakan2 blogger serta silent readers yang menjadi penggunjung tetap blog ini. Marilah kita sama-sama bermaafan sempena ketibaan hari yang baik ini. Buang yang keruh ambillah yang jernih. Akhir sekali...Salam Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga. Muah!..Yeay!

Monday 22 October 2012

Kata Hati


Terkesan dengan sesuatu membuatkan kita sering hilang pertimbangan, mati bicara bahkan emosi sering terganggu. Pepatah Melayu yang sering kita dengar " Ditelan mati mak, diluah mati bapa". Situasi yang tak mudah tetapi harus jua dilalui tanpa bantah. Alangkah indahnya andai semua yang terbuku dihati dapat diluahkan dengan bersahaja tanpa melukakan hati sesiapa. Hmm..tersenyum sendiri bila mengenangkannya kembali kerna semua itu mustahil!..

Ada tikanya kita buntu mencari jalan keluar, terkadang malu untuk menyuarakan apa yang terpendam dan ada pula masanya kita terlalu menjaga hati sesiapa sahaja di sekeliling kita. Its normal friends...kita terima seadannya kerna itu mungkin kehendak dariNya. Bagi aku....Mungkin kita kehilangan separuh dari diri kita tetapi sekurang-kurangnya kita tidak kehilangan seluruh hidup kita. Guys..Tak semua mampu memberi jawapan yang tepat jika ia berkaitan dengan hati tetapi ingat selalu bahawa Allah itu Maha Adil..Maha Mengetahui...Maha mendengar...andai kita masih terbelenggu, kembalilah segera kepadaNya. Yeay!

Saturday 20 October 2012

Hari Keluarga Sekolah Anakku

Feww..Tahun ni merupakan tahun kedua aku mengikut Hari Keluarga anjuran sekolah tempat anak aku belajar.Wahhh..tahun ini walaupun cuaca kurang mengizinkan dan ditambah pula dengan bekalan elektrik yang terputus sejam dua,tetapi aktiviti tetap diteruskan macam biasa. Tabik buat Gurubesar,guru-guru serta kakitangan sekolah yang bertugas dimana usaha mereka yang tak pernah henti untuk menjayakan Hari Keluarga tahun ini. Dan aku juga tumpang gembira dengan kehadiran ibu bapa dan bekas-bekas pelajar yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis walaupun kebanyakkannya lebih suka menjadi penonton sahaja. Tak apalah walau cuma tunjuk muka, yang penting kehadiran kita untuk memberi sokongan kepada pihak sekolah adalah sesuatu yang sangat diharapkan disamping mengeratkan hubungan sesama ibu bapa. Dan pagi ini aku dan Mr.Hubby turut tak ketinggalan menggambil beberapa gambar sepanjang aktivti Hari Keluarga ini berlangsung....seronoknyaaa!! Yeay!


Aktiviti pertama ialah membuat senaman aerobik bersama cikgu dan ibu bapa.Hmm...walaupun hujan masih turun tetapi aktiviti bersenam ini tetap diteruskan.Semangat aku bersenam pagi nih hehehe..lama dah tak keluar peluh,seronok juga melihat telatah bebudak dan tak kurang juga yang asyik bergurau senda sesama sendiri.


 
 Opsss..baru jer lepas bersenam, aku dan puteri terus dipilih untuk mengikuti salah satu acara iaitu acara berjalan atas kotak.(Err..sorry..aku taktahu nama game tu sebenar hehehe) Rasanya kumpulan kita orang dapat nombor dua kut kalau tak silap. Time nih aku rasa semput semacam..dok kutip kotak satu hal..dok membongkok memanjang satu hal. Berderau gak darah aku dibuatnya hahaha..


Baik-baik belaka muka bebudak nih bila cikgu mengarahkan untuk duduk. Semuanya mendengar kata guru..Bagussss..inilah yang kita mahu lihat hehehe



 Mr.Hubby turut menggambil bahagian dalam sukaneka yang dianjurkan iaitu membaling botol air dengan menggunakan kelapa..ala-ala bowling gitu hahaha..Rasanya dialah satu-satunya bapa yang dok mengaktifkan diri dalam beberapa acara sementara bapa yang lain lebih sanggup jadi penonton dan tukang sorak hehehe.Masih malu dan segan kut hehehe...Tapi tak apa..yang penting tetap datang untuk memeriahkan suasana...itu yang lagi penting..


 Cikgu-cikgu pun tak kurang hebatnya..turut menggambil bahagian sampai tak menang tangan melayan karenah bebudak...ngeee..


Acara terakhir iaitu membaling baloon air hehehe..acara nih memang awal-awal aku dah elak..Mujurlah group aku semuanya aktif-aktif belaka so tak jadi masalah untuk memilih peserta..


Friday 19 October 2012

Madah Ketenangan Hidup


Pernah kita melalui dimana seorang teman sering mengeluh dan mengadu didalam Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau panggilan telefon, betapa dia bosan dan keseorangan melalui hari-hari tanpa teman-teman dan keluarga disisi?. Hmm..Terlintas di benak fikiran..apakah sebenarnya yang dimahu dan apakah pula sebenarnya yang ingin dicari? Dan perlukah sentiasa ada orang lain untuk menghilangkan kebosanan yang sentiasa berulang itu? Owh..goshhh..Sampai bila harus jadi begitu?  

Guys..Walaupun dibaling dalam lautan manusia, andai ketenangan itu tidak hadir sendiri dalam diri..ia tidak akan mengubah apa-apa perasaan kita. Contoh aku mudah..Lihatlah kepada mereka yang tidak pernah mengeluh tentang rasa bosan dan sepi. Apakah yang telah atau mungkin mereka lakukan untuk menghilangkan rasa kebosanan itu sebagai perisai menghadapi diri dan masa depan.Yeay!

Wednesday 17 October 2012

Madah Selamat Pagi


Fewww..alhamdulillah sehari lagi kita diberi peluang untuk bernafas di bumi yang indah ciptaan Tuhan. Ahh..inilah nikmat yang sering kita lupai ketika masih sihat dan hanya kita ingat disaat jasad tak mampu lagi berdiri. Guys..apa pun masalah kita, tempuhilah dengan tenang dan bijak. Apalah hidup andai tiada dugaan..masalah...cabaran..dan perubahan..Itu bukan untuk melemahkan kita tetapi lebih elok jika kita lihat ia akan lebih mematangkan dan menjadikan diri kita seorang yang penuh berkeyakinan. Hmm..apa-apa pun..belum terlambat untuk kita memulakan sesuatu yang baik di hari yang baik begini. Mudahan mimpi kita semalam menjadi kenyataan..Oh..biarlah yang logik hokeyyy (^,^) Dan kata penutup dari aku.."Selamat Pagi semua!!!!"...Yeay!!!

Monday 15 October 2012

Mood dan Hijau

Eeee...geramnyaaaa...!!!..Pagi nih bangun tidur elok jer mood aku tapi tetiba leh stress sampai ke tengahari pulak jika aku kenangkan balik. Pehhh...malas nak cakap!.huhu...Haduiii..poyo jerr...Dengan keadaan emosi yang entah apa-apa..dengan kepala masih berserabot..penat pun ye gak...maka sampai jer rumah terus buka peti sejuk. Tadaaaaa..ngadap sayur-sayuran dalam peti lagi best. Lagipun aku pernah dengar bila tengok benda-benda hijau boleh menghilangkan stress( <-- Ye ke? Leh pakai ke words tu?kahkahkah) Mak aihhhh...macam tak caya tapi aku tetap praktikkan gak idea tu...kuikuikui


Nahhhhh...ambik...berapa banyak benda  hijau yang aku keluarkan dari dalam peti sejuk hari nih.Segala macam sayur aku keluarkan tengahari nih gara-gara nak sejukkan hati tengah berapi haha. Sayur peria..bendi..timun..kacang belimbing..cili bermacam size pun ada (Menayang ke aku nih?? wakakaka)..Ohhh..bahagianya hati bila tengok sayur-sayur yang aku petik petang semalam begitu segar belaka tambah-tambah hasil dari titik peluh sendiri. Hmm..rasanya betullah kata orang, nak sejukkan hati kene tengok benda hijau. Kesimpulannya ..geram yang meluap2 dalam hati  aku tetiba hilang gara-gara nak cari idea untuk masak menu apa tengahari nih untuk Mr.Hubby dan Puteri tersayang...hehehe..Yeay!. 

Nota:  Kekadang kita kena cuba sesuatu tu walaupun tak masuk akal hehehe..

Friday 12 October 2012

10 Perkara Seorang Ibu Teringin Nak Dengar.

Hmmm...10 Perkara yang seorang ibu teringin nak dengar dari mulut anaknya? Emm...macam mana semua? Betul ke apa yang aku fikirkan nih atau ada yang bercanggah pendapat? hehehe.. Pernah tak alami situasi seperti nih? Mungkin tak semua benar tetapi secara logiknya sebahagian daripada kata-kata aku kat bawah tu ada benarnya. Tak kiralah kedudukan kita sebagai seorang ibu atau anak lelaki/perempuan, inilah perkara-perkara yang selalu bermain difikiran kita dari kita bergelar seorang anak hinggalah kita  masuk kealam berumahtangga. Kata-kata dibawah sekadar untuk hiburan dan berkongsi kepada pembaca.Moga-moga ada antara kita selepas ini akan lebih memahami hati seorang ibu. Yeay!

Click image untuk view lebih besar..harap maklummm...Korang pulak tergolong dalam nombor yang ke berapa? hahaha


Nota: Sharing is caring hokeyyy!! :-D

Thursday 11 October 2012

Happy

 Minggu nih hujan leh tahan gak hebatnya terutama waktu subuh hingga kekadang berlarutan ke tengahari. Dan secara jujurnya, separuh nafasku fed-up mengenangkan berlonggok2 kain baju yang masih belum kering sepenuhnya. Usahkan aku yang cuma hidup bertiga dah pening kepala, inikan pula yang duk satu rumah sampai 6,7 orang..haduiii..lagi pening bonda2 dibuatnyaaa..Tapi takpe..orang kataaaaa... itu "hujan rahmatttt" jadi aku pun anggap camtu gak hehehe..


Walaupun hujan sekejap on dan sekejap off minggu nih tetapi itu tidak menghalang aku untuk mengirim khabar kepada satu dunia yang mood aku arinih macam gambar diatas kahkahkah...99% kut rasanya..Entah taktau kenapa tapi macam biasa..ayat skema yang selalu aku guna  "perasaan tu datang dengan sendiri" Guys..Kenapa mahu bersedih sedangkan yang gembira itu lebih indah!!.. Yeay!!...

Nota: Pagi nih dapat 1 surat and 1 email...and guess what???...Yahoo..aku lulusss!!! Horayyy!!!..err lagi aku tak caya bila dua keputusan yang aku tunggu telah aku dapat dalam hari yang sama dan lagi best bila semuanya menghadiahkan berita baik buatku ..Alhamdulillah..sekarang aku dah boleh menarik nafas lega setelah berhari dan berbulan2 aku rasa kecut perut menanti keputusan.Tepuk bahu sendiri jap, hilang dah rasa beban dibahu..errr...keputusan apa? Takpe,tak penting bagi korang, biar aku je yang tahu hehehe..

Tuesday 9 October 2012

Madah Sahabat 1


"Kau ada dikala ku suka
Dikala duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setiap menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh"

Opss...Itu bukan puisi tetapi beberapa baris lirik lagu dendangan Najwa Latif bertajuk Sahabat. Lirik yang simple dan mudah difahami. Hmm...Begitu "Magiknya" nilai persahabatan.Tanpa kita bertanya..tanpa kita menyentuh dan tanpa kita mendekati, ia sudah cukup untuk kita mendalami isi hati seorang sahabat. Siapa pula yang tak perlukan seorang kawan untuk menemani perjalanan hidup kita? Everyone of us need friends walaupun cuma teman sementara tetapi lagi hebat bila ia menjadi teman selamanya. Ayat yang mudah dari aku.."Seorang sahabat takkan berganjak walau seinci sikapnya dari mula kita mengenalinya hinggalah terpisah nyawa". Mungkin sukar mendapat sahabat begini,tetapi aku percaya dari 100 insan yang berada di sekeliling kita,pasti ada seorang diantaranya. 

Sepertimana ikatan diantara keluarga atau sepasangan kekasih, perhubungan persahabatan juga bersatu didalam hati.  Kejujuran dan dasar saling percaya adalah satu keutamaan. Jika hilang salah satu antaranya pasti anda akan merasa diri anda keseorangan di muka bumi ini. Ingat..seorang sahabat mampu membaca segala yang tersurat dan tersirat di hati kita, dan andaikata kejujuran dan kepercayaan dia telah hilang maka sahabat yang dicari juga mungkin menjadi mustahil. Logiknya.. kekadang kita tak tahu siapa yang menjadikan diri kita sebagai teman rapat mereka tetapi diri kita selalu jelas akan siapa mereka yang telah menjadi sebahagian dalam hidup kita hehehe..Dan siapa sahabat aku? Tak perluku sebut tetapi cukup aku katakan bahawa mereka yang selalu aku ingat dan ambil berat didalam hatiku.Yeay!!!..

Sunday 7 October 2012

Berkelah Di Tepi Pantai

Woweeee...akhirnya jejak juga kaki ku ke pantai pada cuti hujung minggu begini.Owhh..bukan maksudnya aku tak pernah pergi pantai tetapi setelah 3 tahun lebih tinggal di daerah ini, baru hari ini berpeluang dan kebetulan Mr.Hubby terbuka hati untuk membawa aku dan puteri kami berkelah sejam dua di tepi pantai. Alhamdulillah, dapat juga kami mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti dihujung minggu begini.Seronok juga bila melihat telatah puteri tersayang kami yang begitu teruja melihat laut dan bermain pasir walaupun dalam masa yang sama aku merasakan kulit muka dan badanku terasa kepanasan akibat berjemur dibawah terik matahari..Inilah habuan dan hadiah untuk aku bila balik dari berkelah pagi tadi...kulit rentung tahap gabannnnn..Yeay!!!... 


Kami sampai di Pantai kuala seawal jam 9.30am..tak lama mana pun untuk sampai kesini,cuma beberapa minit jer dari rumah kami tetapi Mr. Hubby tak terfikir pun nak ajak ke sini sebelum nih hehehe..Pehhhh...ketibaan kami disambut dengan keadaan air mula surut dan ombak tidak kelihatan,tenangnye laut hari nih..berjerebu lak tuuu...Tak mengapalah...best juga melihat air surut begini...senang juga aku nak control puteriku daripada berlari-lari anak kat tepi pantai begini,kalau pergi waktu air naik kan jadi masalah pula..dan-dan kene balik hehehe..

Owhh...pantai nih agak berkelodak..lumrah bagi sesetengah tempat tetapi itu tidak menghalang Mr.Hubby dan Puteriku untuk bermain air di pesisiran pantai.Layan jer la sementara dah sampai, nanti tak la rasa menyesal bila balik rumah. Aku???..err..macam biasa..aku takat capture gambar dan ikut dari belakang jer..tak kuasa aku wehhh..dah umur masuk 3 series nih, lemau lak nak melompat2 tepi pantai huhu.

 Saat aku paksa puteriku untuk menggunakan payung gedebak untuk melindungi daripada bahang matahari yang terasa betul-betul atas kepala ketika itu.Risau gak pada mulanya sebab anak aku nak ke sekolah esok hari, jadi dalam bersuka ria nih, kesihatan diutamakan yerrr kang demam,aku juga yang susahhhhh...

 Puteriku mula excited...dah start dah buat marathon di tepi pantai..mujur la pantai nih takde orang sangat..nak jerit pun senang cikit..kira tempat test suara pun leh gak..hahaha...

 Apa lagi yang dak nih buat??? Lepas bermain air sekarang dok melukis-lukis lak sorang-sorang kat permukaan pasir. Adeiiii...melukis nih memang tak leh jauh dari hidup dia kut??

 Gaya seorang model yang cuba merenung masa depan hahaha...Macam kalah judi pun ada gak kuikuikui

Ni la aktiviti Mr.Hubby dan puteriku selepas sejam dua merendam kaki di air laut...apa lagi kalau bukan bermain dengan pasir. Angan-angan nak membuat castle segalakkkkk tapi yang jadinya camtu jerr ..yerr..camtu jerr..dengan 2 timbunan pasir dari bekas air, takde dah istana menanti seperti yang dirancangkan huhu...

Saturday 6 October 2012

Lirik We Are Never Ever Getting Back Together by Taylor Swift

Owww..great!!!..buat pertama kalinya untuk hari sabtu begini aku menapak dirumah tanpa pergi kemana-mana sepertimana kebiasaannya. Cuaca berjerebu beberapa hari ini ditambah dengan mood aku yang tak berapa lancar semenjak semalam membuatkan aku malas untuk mengatur apa-apa program.Hmm..ok juga, sekali sekala bersantai dirumah sambil melayan lagu-lagu hehehe..Petang ini aku memilih untuk menaip lirik lagu pula untuk entry hari ini dan penyanyi tersebut merupakan penyanyi barat wanita yang terkenal iaitu Taylor Swift.Salah satu lagu yang didendangkan oleh beliau begitu menarik minat aku bila pertama kali mendengar. Dan dengan mood aku yang tengah muntah darah melayan lagu-lagu barat nih maka petang ini aku tak keberatan untuk berkongsi bersama anda lirik lagu yang bertajuk "We Are Never Ever Getting Back Together"  dari Taylor Swift. Lagu nih best sebab lirik dia bagi direct kick kat pasangan dia hahaha..Yeay!


Tajuk: We Are Never Ever Getting Back Together lirik.

I remember when we broke up the first time
Saying, "This is it, I've had enough," 'cause like
We hadn't seen each other in a month
When you said you needed space. (What?)
Then you come around again and say
"Baby, I miss you and I swear I'm gonna change, trust me."
Remember how that lasted for a day?
I say, "I hate you," we break up, you call me, "I love you."

Oooh we called it off again last night
But oooh, this time I'm telling you, I'm telling you

We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever ever ever getting back together

Like, ever...

I'm really gonna miss you picking fights
And me, falling for it screaming that I'm right
And you, would hide away and find your peace of mind
With some indie record that's much cooler than mine

Oooh, you called me up again tonight
But oooh, this time I'm telling you, I'm telling you

We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever ever ever getting back together

Oooh yeah, oooh yeah, oooh yeah
Oh oh oh

I used to think that we were forever ever
And I used to say, "Never say never..."
Uggg, so he calls me up and he's like, "I still love you,"
And I'm like... "I just... I mean this is exhausting, you know, like,
We are never getting back together. Like, ever"

No!

We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever ever ever getting back together

We, ohhh, getting back together,ohhh,
We, ohhh, getting back together

You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever ever ever getting back together

Friday 5 October 2012

Puisi Bangkitlah Sahabatku

Semakin hari usia kita semakin meningkat dan dari hari ke hari juga tahap kesihatan kita akan berubah mengikut usia. Hmm..sudah menjadi lumrah hidup,  kita tidakkan menduga sesuatu yang baik dan buruk itu akan terjadi.Terkadang kita melihat orang yang nampak sihat itu sebenarnya sedang merana dalam kesakitan manakala yang kita nampak jelas menderita kesakitan itu pula semakin pulih.What can i say??Itu semua mungkin takdir setiap dari kita tetapi dalam masa yang sama,kita tidak harus menyesali akan takdir kita bahkan kita belajar menjadi lebih kuat untuk menghadapinya. Dan 2,3 hari ini bila berSMS dengan beberapa teman lama, hatiku merasa sedikit terusik. Setiap dari mereka ada cerita yang berbeza...tersentuh hati mendengar namun aku hanya mampu berdoa dari kejauhan untuk kesihatan mereka semua. Heyy..geng..bacalah puisi pendek yang aku buat khas buat teman-temanku yang sering kurang sihat sejak akhir-akhir ini.Love you all!!!...Yeay!!


Puisi Bangkitlah Sahabatku

Dari lembut bicaramu aku merasa,
Ada rintihan disebalik tawa,
Menadah nasib pada yang Esa,
Menyambung hati patah diminda,
Menahan air bertakung dihujung mata,

Dilubuk hatiku bersuara,
Bangunlah sahabatku..bangkitkan semula semangatmu,
Hilangkan lelahmu lupakan pedihmu
Usah lemah disaat harapan masih menjelma,
Ini bukan saatnya untuk menyerah nyawa,
Ini juga bukan waktunya untuk berputus asa,

Lemparkanlah pandanganmu jauh kehujung benua,
Bangunlah sahabatku..bangkitkan semula semangatmu,
Lihatlah siapa disisi..ada aku ,mereka dan Dia
Walau tak daya menukar masa tetapi tak lupa berdoa
Agar tangismu akhirnya berganti ceria.  

Followers