Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul 2013


Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh

Salam Maulidur Rasul 2013 buat semua umat Islam dimuka bumi ini. Alhamdulillah segala puji dan puja..sekali lagi pada tahun ini kita berkesempatan untuk menyambut Hari Maulidur Rasul bersama-sama. Tunaikanlah kewajiban dan tanggungjawab kita sebagai umatnya. Berikanlah teladan yang baik untuk kita sama-sama contohi dan teladani. Semoga kita akan terus menegakkan syiar Islam di dunia ini.Yeay!

Friday 18 January 2013

Salam Jumaat


Yuhuuuu..smileee...it's Friday!!..Semua orang pun tertunggu-tunggu hari jumaat nih termaksuklah aku...hehe..Alhamdulillah..awal tahun begini, kebanyakkan urusan peribadi dan kerja-kerja aku berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan ataupun kesulitan, mudah-mudahan akan berterusan begitu. Apa yang boleh aku katakan, minggu ini aku banyak disajikan dengan sesuatu yang aku tak jangkakan dan sesungguhnya rasa syukur tetap terpahat dihati diatas jalan yang sentiasa terbuka luas untuk kami sekeluarga. Opss..yang peribadi tetap peribadi jadi tak perlu dibahaskan, tetapi hari ini aku lebih teruja untuk packing baju2 dan semestinya rancangan kami anak beranak untuk balik ke kampung petang ini akan menjadi kenyataan. Sudah tiba masanya untuk menjenguk mak,ayah dan juga kebunnnn!!!..Salam Jumaat buat semua! Yeay!!






Thursday 17 January 2013

Clip Kisah Kita

Sudah setahun lebih aku peram clip video nih,setiap kali menonton kembali kisah ini pasti aku terasa sebak. Perasaan normal untuk semua orang jadi tak ada yang nak dihairankan.  Nampaknya anda bertuah kerana berpeluang membacanya dan akhirnya baru hari ini terbuka hati untuk publish diblog dan youtube. Sebenarnya ini merupakan antara cerita yang telah lama aku tulis iaitu dizaman persekolahanku sewaktu berusia 15tahun dulu dan alhamdulillah aku masih simpan sehingga sekarang. Dan lagi drastiknya,aku mula terfikir untuk memasukkan kedalam bentuk clip pada awal tahun 2012 namun tidak dipublishkan sementara waktu kerana ingin menjaga hati sendiri hahaha... Cerita ini merupakan salah satu kenangan yang terbest aku dapat ingat dan semestinya kisah yang selalu bermain dimindaku setiap kali menginggati arwah kakak tersayang. Walaubagaimanapun..aku tak mahu berceloteh panjang,saksikan je la cerita yang tertulis disebalik clip ini. Bagi aku, apa yang penting adalah doa daripada keluarga dan sahabat handai...yang pergi tetap pergi..kita yang masih hidup harus teruskan hidup. We always love you!!!..Yeay!


Nota: sengaja aku publishkan hari ini kerana Hari jadinya juga jatuh pada 17 Januari 

Monday 14 January 2013

Madah Senyumlah


Kita sering mendengar...
Jika dirundung derita..
Jika ditimpa musibah...
Jika diduga yang Maha Esa...
Cubalah untuk tersenyum..
Jika hati dalam kecewa...
Jika airmata kesedihan jatuh dalam tawa.
Jika nasib sentiasa tak menyebelahi kita..
Cubalah untuk terus tersenyum..
Kerana senyum itu adalah penawar sakit di hati dan ubat segala keperitan yang kita alami.

Tiada siapa diantara kita dimuka bumi ini yang tak pernah merasa bahagia dan derita. Sering juga kita diberikan nikmat berkali-kali namun selalu terlupa untuk rasa bersyukur keatas apa yang diberikan. Dan apabila tiba saatnya diduga, seolah-olah hidup sudah tidak bermakna lagi. Putus asa dan berharap agar semuanya berakhir segera. Dan apa yang lebih menghampakan ada diantara kita lebih memilih untuk mengakhiri segala daripada terus menghadapinya.Terlalu lemahkah kita sehingga membuat keputusan yang tak masuk akal?

Teman-teman semua, kita ini terlalu kerdil untuk mempertikai, merungut dan mengeluh tentang sesuatu yang kita benci. Perasaan itu tak salah tetapi lebih afdal seandainya kita selalu menjadi positif, setiap ujian yang diberikan kepada kita merupakan rahsia Allah.  Andai merasa diri dipenuhi kekurangan dan terlukis rasa rendah diri, teruslah tabah dan bersabarlah..in shaa Allah akan ada waktunya terjawab nanti. Ramai lagi yang hidupnya lebih sukar daripada kita diluar sana, betapa beruntungnya kita. Bersyukurlah bahawa kita masih diberi peluang untuk terus tersenyum dihari seterusnya dan sentiasa ada sehari lagi kesempatan untuk membina hidup baru. Jangan pernah hilangkan rasa bertuah dihati kerana saat yang paling merugikan ialah saat anda tidak pernah menghargai apa yang anda ada.Yeay! 

Nota: Kita mungkin pernah melihat dengan mata kita sendiri akan situasi dimana kesulitan seseorang ketika hidupnya diduga berulang kali, namun masih mampu melemparkan senyum dibibir. Dan senyuman itu sudah cukup menceritakan bahawa betapa tabahnya dia menghadapi perjalanan hidupnya. Dan aku akui, pasti ada antara kita akan mengatakan bahawa betapa egonya dia, namun aku lebih suka melihat bahawa dia seorang yang cukup bahagia dan terlalu menikmati hidupnya, kerana masih mampu tersenyum dikala hati yang lain sebak dan mengalir air mata melihat kearahnya. Tidakkah itu sudah cukup untuk mengajar kita sesuatu?

Wednesday 9 January 2013

Madah Sikap


Bila difikirkan balik, the longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Ekspresi sikap yang tak terduga sering menjejaskan hubungan sesama manusia. Ya mampu saja kita terima seikhlas mungkin namun kita manusia biasa, bisa mengaburi mata orang lain tapi tak bisa menipu diri sendiri.  Apa yang tersurat mungkin bukan seperti apa yang tersirat.  Allah anugerahkan hambaNYA dengan sekeping hati yang sama tetapi setiap darinya ada rasa dan perasaan yang berbeza. 

Realiti hidup adalah mudah dan senang difahami. Andai ada antara hati itu tidak mampu menjaga hati yang lain,usah berharap untuk di layan lebih baik dari itu kerna kita semua belajar melihat dan semestinya juga kita lebih cenderung untuk mengikut apa yang kita lihat. Bahkan dilewat usia pun kita masih belajar memahami, memerhati dan mempelajari sesuatu walaupun yang diperolehi itu bukan datangnya dari sebuah buku. Contoh aku merupakan sesuatu yang biasa berlaku, Anda mahukan seseorang itu hormatkan diri anda sedangkan sikap anda jelas tidak selari bahkan sehingga melukakan hati yang lain, nahhh...bagaimana mungkin dia boleh menghormati anda sedangkan contoh itu tiada pada diri anda sendiri? (^,^)Kenapa harus persalahkan orang lain, sedangkan anda tak sedar sebenarnya ia berpunca dari diri anda?

Ingat..sesiapa saja disekeliling kita boleh menjadi guru dan anak muridnya ..ada yang mengajar dan ada pula yang mengikutnya .Perbuatan anda merupakan pengaruh kepada orang lain. Jika baik pengaruhnya, maka baik juga hasilnya..begitu juga sebaliknya..jika buruk pengaruhnya..tak mustahil anda akan menerima lebih buruk dari apa yang anda berikan. Luka dibadan masih boleh dirawat tetapi andai terlukis secalit rasa terhiris dihati pasti penawarnya sukar dicari. Hati-hati dengan "attitude" anda kerana bukan semua yang menerima bisa meluahkan dengan kata-kata seandainya telah terguris tetapi lebih gemar dengan mencurahkannya dalam geraklaku dan disaat itu baru anda sedar bahawa semuanya sudah berubah..Yeay!







Monday 7 January 2013

Tukar Gambar

Huhu..masuk tahun 2013 nih, terasa gatal tangan lak nak tukar gambar yang tergantung dan bertahun-tahun dalam blog seripelangidivra nih. Alaaaa..sekali sekala tukar selera apa salahnya kannnnn..Hmm..dah 2 tahun lebih lihat gambar yang sama, lama2 pandai juga aku boring jadi aku pun mula menukar gambar kat wall nih. hehehe..Kali nih aku pilih warna yang lebih ceria dan sememangnya tidak bersemak samun macam yang biasa korang lihat.siap tayang muka sendiri lak tu hehehe..Peduli apa akuuu!!! (*,*).

Oh..maafkan juga kepada anda yang biasa menjenguk blog nih andaikata merasakan gambar lama dalam blog nih adalah lebih sesuai jika dibandingkan dengan gambar yang ini.Terima kasih dan aku hargai sangat dengan pendapat anda semua kerana menghargai hasil kerjaku kuikuikui. Walaubagaimana pun pendapat anda..apa yang penting ialah benda yang kita suka jadi aku ikut naluri aku je lah ye kengkawan.Tahun nih aku lebih suka sesuatu yang segar dan semestinya simple je, biar aura dia terasa sikit hehehe...Yang lain aku belum usik sangat, tunggulah mood yang akan datang ye..Yeay!

Tinggal kenangan..dan 2 tahun lebih guna gambar nih..takut rindu lak pasnih hehehe..bye..byee...


Sunday 6 January 2013

Jalan Darat Sarawak ke Sabah

Bulan lepas,kebanyakkan yang masuk ke blog aku menggunakan kata kunci yang boleh aku katakan tak jauh bezanya mengenai Trip dari Sarawak - Sabah. Hmm..dari kata kunci tersebut, aku tahu banyak dikalangan teman-teman juga baru mencuba-cuba untuk menggunakan jalan darat dari Sarawak (Miri) ke Sabah kerna itu kebanyakkan sebelum memulakan perjalanan, pasti ada yang meninjau dengan membuat "Blog Walking" terlebih dahulu hingga terjejak di blogku hehe..Tapi apa-apa pun,jangan risau..dengan mood aku yang sedang elok nih, maka aku sudi melapangkan sedikit masa untuk berkongsi dan memberi sedikit peringatan kepada anda yang pertama kali menggunakan jalan darat dari Miri-Brunei hinggalah ke Sabah. Yup walaupun itu merupakan pengalaman dan perjalanan pertamaku menggunakan jalan darat ke Sabah tetapi rasanya tak salah untuk dikongsikan bersama anda semua sebagai panduan. Yeay!!!..

Nasihat, Persediaan dan Ingatan aku untuk bakal pengguna jalan darat dari Sarawak ke Sabah.

1. Perkara pertama yang wajib diambil perhatian dahulu ialah Keselamatan anda dan Keluarga!..Ye..jangan ada yang sampai terlupa. Pastikan kenderaan yang anda guna berada dalam keadaan selamat dan baik sepenuhnya terutama bahagian tayar.Anda digalakkan service kereta anda terlebih dahulu. Pastikan tayar tak botak ye....jalan jauh kene check sampai lubang cacing, maklum cuaca lain-lain tempat berbeza jadi jalan pun ada yang rata, berlekuk, basah dan kering. Pendek kata resiko itu boleh berpunca dari apa-apa saja sebabnya, dari benda yang besar ataupun kecil . Jangan pandang remeh sebab nak cari tempat baiki kereta tepi-tepi jalan memang susah.


(Antara pondok pemeriksaan Imigresen)

2. Kedua..Passport antarabangsa atau sementara kena ada, jangan lak tak ambik port tentang part nih. Ada ke manusia yang redah jer semata-mata nak tunjuk tarer? hehehe...Lokaplah jawabnya yeeee...Luangkan masa untuk ke pejabat imigresen terdekat dan ambil pakej2 ikut mampu anda. Lebih elok buat 2 minggu lebih awal ye sebab setiap pejabat imigresen tu berbeza..ada yang boleh keluarkan passport dalam sehari dan ada lak seminggu lebih. Perkhidmatan dan kemudahan disesuatu tempat seperti daerah, bahagian dan negeri itu berbeza jadi kena bersedia dengan segala kemungkinan dan kelewatan yang tak terduga. Bagi daerah tempat aku..seminggu baru siap..Pemeriksaan passport oleh imigresen adalah sebanyak 7 hingga 8 kali sepanjang menuju ke Sabah. Pastikan tiap kali berhenti, passport anda dicop..jangan ada yang terlepas pandang soal ini. Cop itulah yang berharga hehehe..

(Borang masuk sementara)

3. Yang ketiga..Nih peringatan buat pemilik kenderaan atau pemandu utama kereta. Pemandu kenderaan harus diingat, sila bawa salinan fotostat greencard kereta yang anda pakai untuk pemeriksaan di pondok2 kastam tertentu..Dan untuk pengetahuan anda, akan ada borang yang akan diserahkan kepada anda untuk diisi disalah satu pos kawalan nanti. Ini untuk pengguna yang baru pertama kali merentasi sempadan Sarawak-Brunei, tetapi bagi yang dah biasa keluar masuk, cukuplah guna kad yang dah diberi itupun kalau belum expired kerna tempoh kebenaran tertentu sudah ditetapkan dalam kad tersebut.Untuk langkah keselamatan, bawa je fotostat greencard tu tak kira yang pertama kali atau yang dah berkali-kali hahaha..Kita takkan tahu apa yang bakal berlaku sepanjang perjalanan, jadi kenalah bijak selalu. Jangan dah separuh perjalanan baru kalut tentang greencard nih..Oh ye, adalah digalakkan juga untuk membuat pengesahan pada salinan fotostat greencard kereta anda terlebih dahulu.

Duit Brunei (Dollar)
(Feri Malaysia-Brunei)
(Salah satu Pos Kawalan Brunei)
(Nih la rupa kupon tol tu huhu)

4. Peringatan keempat...Jangan lupa sebelum berangkat kena tukarkan wang anda di money changer yang berdekatan di dalam MALAYSIA (<--jangan degil hokey! Orang brunei guna mata wang Dollar $$$$..). Kat mana kita perlu gunakan matawang Brunei? Ye..sudah semestinya kat tol Jambatan Rasau, Kuala Belait Negara Brunei Darussalam yang mengenakan bayaran wajib dengan matawang Brunei sebanyak B$3 (lebih kurang RM7.50 duit kita..adei tinggi tuuu..)dan juga di feri Brunei-Malaysia. Namun begitu, kita diberi kelonggaran untuk membayar menggunakan matawang Brunei atau Malaysia ketika berada di dalam Feri tersebut. Jika tak silap aku bagi penggunaan duit Brunei..bayaran yang dikenakan adalah sebanyak B$4 manakala penggunaan duit Malaysia pula dikenakan bayaran sebanyak RM8 rasanya hehehe..Sungai yang memisahkan Sarawak Brunei pun tak jauh mana..tengok le dalam gambar diatas tu..Dok seberang sini leh nampak seberang sana huhu

 (Letih tahap gaban)

5. Nasihat ke lima aku... Trip ini mungkin boleh dilakukan selalu tetapi bagi mereka yang kuat fizikal dan mental sahaja. Bukan sebab masalah jalan tetapi disebabkan perjalanan yang panjang dan memakan masa yang agak lama sehingga membangkitkan rasa keletihan yang teramat sangat sesudah sampai ke sesuatu destinasi. Maaf...Ini bukan perjalanan sejam dua tetapi bermula dari pagi dan berakhir pada petang hari hehe.. Bagi pengguna yang baru pertama kali memandu jalan darat nih pula, jangan panik kerna pada pandangan peribadi aku, jalanraya dari Sarawak ke Sabah adalah ditahap yang agak baik dan tidak merisaukan.

(Isi minyak di Petronas Lawas)

6. Yang keenam pula, pastikan kiraan minyak kereta anda dapat diisi di setiap stesen Minyak yang berada di Malaysia sahaja, jika tersilap tempat isi...ringgit Malaysia akan mengalir macam air je kat Negara jiran tu ekekeke..Tapi bagi mereka yang mampu atau mahu mencuba isi minyak di Brunei apa salahnya tetapi duit tu kene lah lebih banyak tukarnya ye,jangan cukup-cukup jeeeee huhu..

(Masuk je Brunei, macam-macam sms yang masuk..huhu..B.Mobile hokeyy!!!)

 7. Yang ketujuh tersangatlah ampes tetapi harus diingatkan juga iaitu untuk pengguna telefon bimbit. Adalah digalakkan anda mematikan(off) dahulu Hp anda setiap kali masuk negara jiran(Brunei), kerna bimbang nanti anda akan membuat panggilan keluar ketika dalam perjalanan sepanjang berada di negara jiran tu. Dan dah tentu jika anda leka dan terlupa satu perkara yang harus anda tahu bahawa rate yang dikenakan takkan sama dengan Malaysia. Jangan ada yang terkejut pula nanti bila lihat bil hujung bulan atau prepaid anda tetiba kong hehehe... Untuk bab ini, sesiapa saja boleh terkena..anda yang call pun boleh kene gara-gara lupa apatah lagi jika ada teman-teman anda yang tetiba call anda ketika itu. Nak jawab atau tidak itu terpulang kepada anda tetapi salam simpati buat mereka jika anda menjawab hehehe..Ingat ye...B$1 Brunei bersamaan RM2.50 duit kita ye...

Rilex2 je drive..huhu

8. Dan yang terakhir ...jangan ada pemandu yang megantuk. Pastikan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan dicadangkan ada 2 pandu lagi elok..dapat berganti-ganti tetapi andaikata takda..lebih elok berhenti berehat dahulu apabila terasa penat atau megantuk. Tapi bila berada di negara Brunei pasti rasa ngantuk korang akan hilang tiba-tiba sebab dikiri dan kanan kita dipenuhi dengan kereta-kereta mewah. Standard Brunei nih leh tahan gak oiiii..kecik je dunia bila seiring dengan diaorang hehehe.Walau bagaimanapun..yang pentinggg...Biar lambat asalkan selamat..

Ini adalah contoh embarkation/disembarkation form for visitor ke Brunei yer...Kad ini harus diisi bagi anda yang ingin stay di Brunei. Ketika anda masuk dan keluar dari negara tersebut akan tercatit di dalam borang ini. Bagi yang cuma melintas jer rasanya kad nih tak perlu diisi kut tetapi bergantunglah juga undang-undang negara tersebut macam mana.



Nota: Lebih elok ada antara pemandu dan penumpang reti baca tulisan jawi ketika di Brunei, ni adalah disebabkan kebanyakkan papan tanda yang dapat kita lihat disepanjang jalan adalah dalam tulisan jawi termasuk nama bangunan-bangunan dan kedai-kedai..contohnya seperti gambar dibawah..hehehe..






Wednesday 2 January 2013

Azam 2013

Welcome 2013...Will it be a good year for me? Hmm...Hope soooo...(^,^) ..Feewww..entri pertama dihari kedua bulan Januari..terasa sedikit kelainan walaupun tak banyak beza almaklumlah "holiday season" dah pun berakhir dan hari ini kita dah mula lihat wajah budak-budak sekolah  mula mengalas beg masing-masing..How i wish i could turn back time!!.heeee.....

Awal tahun begini semua orang bercakap tentang perkara yang sama iaitu Azam. Opss..tak ada salahnya kita meletakkan azam walaupun ada yang tersengih mendengarnya. Bagi aku, semua itu merupakan satu permulaan yang baik untuk melangkah ke tahun 2013. Setiap dari kita pun ada harapan, ada cita-cita, ada keupayaan..cuma untuk mencapai semua itu memerlukan semangat yang tinggi. Tak jatuh kerana sindiran, tak terjejas kerana kekurangan, tak terkesan kerana mata-mata yang sinis memandang...

Bagi aku..dikiri dan kanan kita terlalu banyak manusia yang hadir ketika senang dan hilang ketika susah..Jadi kenapa harus semakkan kepala dengan karenah mereka yang belum tentu membantu kita. Tiba masanya untuk kita melangkah tanpa gentar. In syaa allah. dengan kesabaran dan sedikit usaha di selitkan dengan sikap positif diatas kata-kata negatif yang dilemparkan..mudah-mudahan ia lebih menguatkan semangat dan hati kita. Siapa tahu, suatu hari nanti kita akan tersenyum kembali melihat mereka yang pernah memandang rendah kearah kita dulu. Tak perlu risaulah, teruskan apa saja azam kita walaupun tak masuk akal bagi mereka..yang penting semua itu datangnya dari dalam diri dan kehendak kita.Selebihnya kita serahkan kepada Allah..Moga-moga pintu rezeki dibuka untuk kita dan juga keluarga !!!..Yeay!

Followers