Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 28 February 2013

Bicara Tentang Sahabat


"Ya Allah..seandainya ada diantara sahabatku bersedih diketika ini, berikanlah dia kekuatan dan sembuhkanlah kesedihannya dengan beribu kebahagiaan. Hilangkanlah kedukaannya kerana aku tahu hanya Engkau yang Maha mengetahui apa yang terbuku dihatinya. Sesungguhnya hambamu ini hanya mampu berdoa untuk sahabatnya agar diberi jawapan dan kelapangan disetiap perjalanannya."

Sahabat...bukan topik baru bagiku tetapi merupakan satu topik yang sering aku sebut di entryku yang lepas-lepas. Kenapa ya?..Hmm..Antara salah satu sebabnya mungkin juga kerna aku tak pernah merasa muak berbicara tentang perkara yang sama lebih-lebih lagi tentang SAHABAT. Aku percaya ia merupakan satu perkataan yang tak pernah basi di minda sejak kita masih diawal usia lagi. Ada yang mengatakan sahabat itu selamanya dan tak kurang pula yang menganggap "hilang satu pasti ada gantinya". Hmm...pendapat kita tentang sahabat sebenar tidak pernah salah kerna setiap daripada kita mempunyai persepsi yang berbeza tentang persahabatan. Ada yang setia sejak dari bangku sekolah dan ada pula yang masih menunggu sehingga bertemu seseorang yang boleh dipercayai dan akhirnya boleh dianggap sebagai seorang sahabat baik. Kenapa harus sempitkan fikiran kita tentang satu perkara yang sangat luas maknanya? Tiada siapa yang benar-benar boleh memberi jawapan yang tepat tentang ini. Cukup aku katakan 
"Lain orang lain pengalamannya."

Berbicara tentangnya juga mungkin menimbulkan pelbagai perasaan atau emosi. Aku percaya setiap daripada kita pasti ada kenangan bersama teman karibnya.  Percaya atau tidak, penjelasan terkadang tidak diperlukan dalam persahabatan kerana dia pasti mampu membaca apa yang tersembunyi dihati seorang sahabatnya. Dia akan terus menyokong dalam susah dan senang walau sejauh manapun berada.  Perkataan mudah dariku..." Terkadang kita lebih sanggup menyembunyikan kesedihan didalam hati demi untuk memberikan senyuman kepada sahabat yang kita sayangi. Dengan melihat mereka kembali tersenyum sudah cukup membuatkan hati kita merasa bahagia (^,^)". Jika anda pernah merasa begitu kepada salah seorang sahabat anda atau merasa ada yang bersikap begitu kepada diri anda, mungkin dialah sahabat anda sebenar. Terkadang Allah tidak hadirkan seseorang itu didepan mata tetapi wujudkan ia didalam hati. Hargailah sementara sahabat anda masih ada. Jangan jadikan semuanya terlambat.Yeay!







Tuesday 26 February 2013

Resepi Durian Crepe

Minggu nih aku agak free, maka dengan masa yang terluang aku lebih banyak ngendap blog-blog kengkawan yang ada dialam maya nih. Entah aku sendiri pun tak pasti sampai takat mana aku menjelajah, main redah jerrr hehe. Namun kali ini lebih banyak menjengah blog owner-owner yang baik hati menayang pelbagai jenis resepi. Aduiiiyaiii..tekak aku minggu nih lain macam sikit, pantang tengok gambar kuih yang menarik hati terus terliur..huwaaa..sadisss!!! Dan antara salah satu resepi yang memikat kalbu ialah "Durian Crepe"..Err..sebenarnya aku pun baru dengar nama kuih nih dan setakat ini tak pernah lagi mencuba tetapi memandangkan teringat baki durian yang aku simpan dalam Freezer masih elok lagi jadi aku terfikir pula untuk membuatnya. Lagipun kalau tak silap aku Durian Crepe nih antara menu yang meletop-letop diblog2 dan telah menjadi fenomena pada tahun lepas. Semua orang pakat puji sedap-sedap belaka ...sapa yang tak terliur mendengarnya ek??..Agaknya aku je yang baru tahu tentang Durian Crepe nih kut hahaha..lambat citerrr (-,-')

Oklah malas nak taip panjang lebar, kat bawah ada aku sertakan resepi yang aku salin tempoh hari. Sebenarnya resepi Durian Crepe nih mempunyi banyak versi tetapi aku ambil versi yang mudah dan simple je dulu. Jika nak guna versi yang sampai guna 7 jenis tepung tu..aku rasa lain kali jer lah yeeeerr... Lagipun stok tepung aku cukup2 jer untuk yang mudah hehehe...Oh ya..lepas dapat resepi aku lupa nak salin nama blog owner nih, kalau tak..... dapat gak aku tempek link dia kat sini. Tapi apa-apa pun terima kasih kat owner resepi nih walau siapa pun anda kerana sudi berkongsi resepi. Dan bagi anda-anda yang ingin merasa Durian Crepe bolehlah sama-sama mencuba. Rasanya memang sedapppp...sedap sesangattt!!! Yeay!


Resepi Durian Crepe

Bahan-bahan:

3 senduk teh gula halus
3 senduk teh tepung ubi
Sedikit tepung jagung
1/2 senduk teh tepung gandum
1/2 senduk teh butter - dicairkan
4 biji telur - dipukul sikit
95 ml air
1 sudu kecil vanila esen


Bahan-bahan Filling

Whipping cream
Isi Durian

Cara-cara membuat:

1.Asingkan isi durian dengan biji kemudian abaikan
2.Masukkan kesemua bahan-bahan pertama tadi dan adunkan.Guna mixer lagi cepat huhu
3.Lepas sebati..tapis yer..kang berketul2 lak kalau tak tapis. Biar nampak licin, tengok pun berselera.
4. Sediakan non-stik pan atau kuali leper kecil dan tuang sedikit dan masak dengan api yang perlahan ..buat bentuk bulat lagi senang..biar crepe tu nampak comel, gebu dan licin. Pastikan adunan tadi tidak terlalu nipis atau terlalu tebal. Sedang-sedang elok. Yang biasa buat kuih lenggang nih tau ar macam mana proses dia.
5.Langkah terakhir..letakkan jer bahan2 filling atas crepe tu..dan lipat segiempat..hehe..semua orang pun wat 4 segi kalau bab buat crepe durian nih. Ikut jer laaa...hehe.Hidang lah untuk santapan family atau tetamu yang dikasihi.The end :-D

** Durian boleh juga di gantikan dengan buah-buahan yang lain.


Nih aku tempek sekeping jer gambar buat tatapan korang,walaupun yang aku buat nih leper sokmooo haha..tetapi rasa tu tetap sedap. Bukan sebab kedekut inti tetapi kepakaranku melipat belum mencapai tahap  pembuat Durian Crepe yang Pro hehehe..


Sunday 24 February 2013

Resepi Sambal Ikan Sardin

Minggu nih aku dan "geng2 bas sekolah" dalam WhatsApp banyak berkongsi tentang resepi mudah. Dan salah satu resepi yang aku dapat daripada kawan aku nih ialah Sambal Ikan Sardin. Dipendekkan cerita dek kerana cara penyampaian kawan aku yang guna nama glamer "julsjulie80" nih agak berkesan maka aku yang jarang tergugat dengan resepi2 camnih tetiba terliur lak mendengarnya.Yelah kann...Dari zaman tok kadok aku, jika bab sardin dalam tin nih kebiasaannya digoreng macam tu jer ngan bawang besar huhu Sekali sekala tekak nih nak gak merasa sesuatu yang baru (^,^)

Oklah stop pasal tu..meh kita cuba sama-sama..Bagi sesiapa yang tak pernah merasa Sambal Ikan sardin nih, leh la sama-sama mencuba. Dan kepada yang dah terbiasa sangat dengan Sambal Ikan Sardin nih, baca senyap sudaaaa hehehe..Terlebih dahulu ampun dan maaf kat kawan aku nih sebab share resepi tanpa pengetahuan dan kebenaran dia..mohon share ye julsjulie80 (<--Promot jap, kepada silent readers and follower aku..leh lah skodeng blog dia sekali..minah nih peminat kucing2 sedunia :-D..click jer kat nama dia tu.) Jom kita masuk dapur. Yeay!

Resepi Sambal Ikan Sardin

1 tin ikan sardin
1 biji Bawang merah
1 biji Bawang Putih
2 biji Bawang besar
Sos Cili
Sos tomato
Air Asam jawa
Secubit Aji
Secubit Garam


Cara-cara
1. Asingkan ikan sardin dan kuah dia..jangan buang lak kuah dia tu..sabooo)
2. Goreng ikan sardin tu sampai garing terlebih dahulu dalam minyak..yeee..goreng le macam goreng ikan fresh tu arrr..Meletop2 lah jugakkkkk...
3. Dah siap goreng kemudian abaikan ikan-ikan tu dan mulalah menumis semua bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar yee..sampai kekuningan atau naik bau..
4. Kemudian masukkan sos cili dan sedikit sos tomato. Tahap kepedasan tu ikut selera korang arr..sape yang nak makan lebih pedas tu..bubuh lah sebotol tetapi ikut teori kalau sos cili kene goreng, letak berapa banyak pun tak terasa sangat pedasnye hehehe..
5. Masukkan bahan terakhir iaitu air asam jawa..masak sehingga naik minyak.
6.Dah tu tuangkan kuah sardin tadi dalam kuali yang sama dan masak dengan perlahan sambil tu bubuh aji dan garam sikit buat perisa ..jangan lebih-lebih yee.....dah nampak pekat dan kegelapan sikit baru masukkan ikan sardin yang digoreng tadi.
7. Gaul perlahan sampai nampak pekat sedikit .Maka...siaplah sudah...dan bolehlah dihidangggg...yummy!!




Tadaaa..inilah rupa Sambal Ikan sardin yang aku buat..pastu semangat tempek dalam Whatsapp konon2 nak show off kat geng2 bas sekolah yang lain. Sekali owner resepi cakap ikan kurang garing..berminyak dan kedekut bawang besar..aku dok gelakkan jer..almaklumlah..first time buat..mana tak camtu. Takpe..lain kali aku cuba lagi..mudahan jadi perfect lak haha Komen aku lak tentang rasa dia..ermm..kurang hanyir..ada rasa masam dan manis gak dan rasa macam sambal nasi lemak pun ada gak..Mr.Hubby aku cakap kalau letak buah petai agaknya lebih sedap hehehe..Thumb up untuk Julsjulie80..terima kasih untuk resepinye yeee..(^,^)

Friday 22 February 2013

Perbandingan Kita


Manusia selalu merasa diri sempurna, tiada cacat cela mahupun lebih baik atau istimewa daripada insan yang berada diseklilingnya. Namun, keangkuhan itu sebenarnya menjadi persoalan dan membuka mata yang memandang, adakah semua itu ikhlas atau cuma untuk mendabik dada? Ya..memang benar, tidak ramai yang berani menegur dan pastinya tidak ramai juga yang mampu menerima teguran itu bila ia sudah menjadi satu sindiran ataupun cemuhan. Jangan sampai kata-kata itu membentuk diri seseorang menjadi diri terasa sia-sia dalam membuat apa saja kebaikan. Bukan kita yang berhak untuk mengadili mahupun menghukum kesilapan atau kekurangan orang lain. Berilah tugas itu kepada yang sepatutnya...hanya Allah yang Maha melihat lagi Maha mengetahui sesuatu yang tak terlihat dimata kita.

Terkadang kita fikir kita tahu segalanya tetapi mungkin saja ada banyak lagi yang masih belum kita ketahui.Yang angkuh lantang bersuara, yang rendah hatinya hanya diam membisu, yang dicela tak rugi apa-apa tetapi yang mencela pula habuannya apa? :-).Teringat satu kata-kata yang selalu bermain diminda membuatkan aku tersenyum sendiri...
 "Jika tak mampu tarik aku ke syurga, jangan tolak aku ke neraka" Yeay! (^,^)

Friday 15 February 2013

Roti Canai Ku (^,^)

Aduiyaiiii!!..Minggu nih anak tekak aku bukan main lagi desperate nak makan roti canai ngalahkan orang yang mengidam 2,3 bulan lak huhu (<--words tu buat aku prasan jap, padahal bab makan nih acara favourite aku hehe) Dek kerana area aku nih betapa susahnya mencari roti canai ala-ala mamak tu, maka dengan rela hati aku pun turun padang..err maksud aku masuk dapur yee... Dengan sejemput masa rehat yang aku ada ditengahari, tibalah waktunya untuk aku merajinkan diri untuk selak-selak majalah resepi lama..skodeng blog2 orang dengan harapan menjumpai resepi roti canai yang paling lembut diabad ini hehe..  Yer arr..secara jujurnya, sebelum nih bila dah buat semua jadi keras macam batu, sebijik macam instant roti canai lak..Nyampah aku huhu..tak suke aaahh!! :-s

Tetapi dipendekkan cerita, setelah membuat experiment dua tiga hari nih dengan pelbagai resepi roti canai yang aku jumpa dialam maya dengan beribu "secret recipe" yang entah apa-apa akhirnya aku berjaya juga menemui yang terbaik..Yesss!!!..Aku happy sesangat ngalahkan macam dapat result SPM lak hahaha..Helloo..practice makes perfect hokeyyy!!..Walaupun bahan-bahan nampak sama tetapi daripada segi pemerhatian aku sukatan dan teknik tu kena betul baru ler roti canai tu jadi lembut...aww..awww gituuu.Yeay! (^,^)

Ni ler rupa adunan yang aku buat..sikit jer..tak buat banyak pun sebab aku buat untuk experiment jer. Doh nih kene peram lama-lama..lagi lama lagi sedap dan lembut kut..Banyak-banyakkan bersabar yer..sebab tu banyak peniaga roti canai yang berduit, kesabaran mereka membuat roti canai nih disamping menunggu berjam-jam untuk memastikan betul2 elok untuk ditebar hehehe....rezeki diaorang ar tu..Yang kuning2 tu lak sebab badan dia aku sapu dengan mentega...lemak-lemak gitu kuikuikui...Bila korang rasa dah cukup lama, apalagi..buat la tebaran yang paling dasyat hehehe..

 Tadaaaa....Nahh..ni ler rupa roti canai aku yang dah siap..tak ubah macam "Murtabak" lak..Zaman sekarang nih roti canai dah kureng yang bulat2..yang banyak bentuk empat segi camnih..Aku pun terikut-ikut gak hahaha..Lagipun aku bukan Pro dan bakat aku lak out...out out..dalam kerja menebar nih hehehe..

Ohhh..memandangkan masih ada kuah kari ayam yang aku buat untuk makan tengahari, jadi aku pun simbah jer kat roti canai nih..Nak wat roti canai banjir tapi taknak ler melampau2 hahaha..Sedap woooo..lembutttt.....(<--tepuk bahu sendiri jap hehehe)..Kalau camnih, takyah ler aku dok menapau roti canai kat kedai lagi wakakaka...

Wednesday 13 February 2013

Bila Februari Tiba (-,-')

Arghhh!!..sesungguhnya bulan Februari yang padat dan memenatkan mindaku...huwaaa.. Bulan yang mengajar aku untuk "Kurang bercakap tetapi buat kerja"..."Jangan Pernah Berhenti tetapi terus berusaha' dan bla..bla..bla...Sedikit demi sedikit ayat motivasi mencucuk semangatku, andai tiada perkataan-perkataan sebegini dah tentu awal-awal lagi aku mengalah atau putus asa hehehe..

 Namun begitu, alhamdulillah setelah berminggu-minggu stress dan keletihan memikir, menghitung, memahami, mengkaji, menyemak, mencatit, menghubungi, mentafsir dan membuat kertas kerja... akhirnya hari ini aku dapat menarik nafas lega kerana kebuntuanku berakhir juga tengahari ini. Terasa beban dibahu sedikit hilang walaupun masih banyak yang perlu aku lakukan selepas ini dan cabaran baru yang mungkin harus aku jalani. Nampaknya dengan kesibukan yang aku hadapi membuatkan waktu itu berlalu dengan pantas sekali. Yup..terasa pantas berlaluuuu..woweeeee (^,^) Legaaaaaa!!!

Apa-apa pun aku telah berusaha semampu aku untuk membuat yang terbaik, selebihnya aku serah kepada Tuhan dan juga sudah semestinya nasib atau tuah aku. Andai setiap keringat dan kesabaranku berjaya mencuri tumpuan, rasa syukur tersemat dihati tetapi andai terjadi sebaliknya pula akan aku anggap ia sebagai pengalaman dan menjadi jambatan untuk aku mempelajari sesuatu yang baru. Jadi aku tak mengharap apa-apa, terpulanglah kepada rezeki aku dan keluarga.Yeay!

Bila kerja dah siap sepenuhnya, Mr. Tom yang menapak dalam hp pun tersenyum kahkahkah

Friday 8 February 2013

Selamat Tahun Baru Cina 2013

Tinggal beberapa hari jer lagi kaum berbangsa cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun ular ni agaknya apa ye kelainannya daripada tahun-tahun sebelumnya? hehe..Tapi macam biasa jika tiba jer tahun baru cina nih, aku tak dapat imagine lain selain bunyi mercun yang berdentam berdentum memecah kesunyian kawasan aku nih. Hmm..apa-apa pun aku seronok dengan suasana begitu, sekali sekala terasa juga aura perayaan tu tapi janganlah sampai ada yang rentung lak.Hati-hati ye..main mercun nih resikonya tinggi juga, kalau bukan diri sendiri yang terkena..tak mustahil jiran atau orang lain yang jadi mangsa.(Teringat kisah tahun lepas dimana cermin kereta myvi cousinku yang retak seribu disebabkan getaran mercun jer huhu)

Anyway guys..idea pun macam semput jer bulan nih, agaknya terlebih rehat sebab deman aritu kut..hehe..Dikesempatan nih aku ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada keluarga(err ada ke nih? hehe.), kawan-kawan, rakan blogger,silent readers serta semua kaum yang berbangsa cina. Semoga semua happy diTahun Baru 2013 nih.Yeay!!


Thursday 7 February 2013

Dari Sahabat Untuk Sahabat


"Jika sahabat tersilap..tegurlah dengan baik.
Dan jika kita membuat sahabat kecewa pula...minta maaflah dengan rasa rendah hati
kerna dalam persahabatan itu tiada istilah "Putus kawan" atau "Kawan menjadi Lawan" tetapi cuma ada perkataan 'Sahabat selamanya'."

Bila kita bercakap tentang ikatan persahabatan, terlalu banyak perkataan yang boleh kita gunakan sebagai pengganti diri.Cuma terpulang dengan cara apa atau bagaimana untuk kita meluahkan. Sudah menjadi perkara normal seandainya bertemu dengan sahabat lama akan membuatkan kita merasa kembali ke alam kanak-kanak atau remaja. Kenangan itu kekadang mampu membangkitkan senyuman di bibir dan tak mustahil airmata jatuh ke pipi. Betapa indah terasa seandainya masa lalu dapat diulang semula, mungkin saja lebih banyak memori yang akan tercipta. Nampaknya masa terlalu mencemburui kita, dikala kita terlalu ingin kembali ke saat itu..semuanya akan terasa seperti berada dipenghujung jalan. 

Namun aku juga tidak menolak, terkadang ikatan persahabatan itu boleh berubah disebabkan jarak, perubahan sikap dalam meniti usia dewasa, komitmen terhadap keluarga atau kerja mahupun adanya teman berbicara yang dirasakan lebih sehaluan. Keadaan itu bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi yang pasti bagi aku..ikatan persahabatan itu takkan pernah mati walaupun setiap faktor itu menjadi punca perubahan sahabat kita ataupun diri kita sendiri. Yeay!


Nota: Seminggu dua nih terasa sedikit 'happy' bilamana hari-hariku ditemani teman-teman sekelas. Gurauan mereka didalam "WhatsApp"membuatkan aku rindu akan saat-saat remaja dan semestinya rindu untuk berkumpul semula. Terkadang teknologi ini memudahkan ikatan silaturahim dan sekaligus merapatkan jurang sesama kami. (^,^)..Untuk Julia..Nortina...Corinna..Czarina..Dolly...Haminah ..Syuriana dan mungkin juga beberapa lagi teman sekelas yang bakal join group whatsApp kami..terima kasih sahabatku untuk masa  dan keceriaan anda..I love you allsssss....Friends Forever!!

Friday 1 February 2013

Kata Harapan


Dalam setiap diri pasti tersimpan secebis harapan. Dan setiap insan mempunyai harapan yang berbeza. Ada yang terlihat jelas dan ada pula yang tersimpan rapi disudut hati. Sesiapa pun bebas untuk menyuarakan atau cukup sekadar dengan terus memendamkan sahaja. Terkadang harapan yang kita bina tak masuk dek akal atau mungkin saja bisa membuat yang lain tersengih sendiri. Tetapi siapa mereka untuk menghancurkan harapan yang telah lama terbina? 

  Tersenyumlah walau pernah ditertawa, berdirilah walau pernah terjatuh, bangkitlah walau pernah tersungkur, gapailah impian anda walau ianya mustahil kerna hidup cuma sekali untuk membuktikan kepada diri.Yeay! (^,^)


Followers