Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 31 July 2013

Selamat Hari Raya 2013


Hmmm....Ramadan yang kita lalui sepanjang bulan nih tak terasa datang dan perginya. Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga telah mengajar kita untuk terus berjuang menuju ke jalan-NYA. Insya Allah, apa yang kita lakukan selama ini akan sentiasa diberkati oleh-NYA.

Dan kini hanya tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti dah ramai diantara kengkawan dan umat Islam diseluruh dunia sudah mula sibuk menyediakan pelbagai persiapan raya yang bakal tiba. Dan aku percaya sudah tentu jadual juga menjadi lebih padat terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Sebelum blog aku menjadi sepi untuk beberapa ketika kerana turut busy dengan persiapan, dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua keluarga, sanak saudara dan pembaca sekalian. Mohon ampun dan maaf seandainya ada dikalangan pembaca yang tersinggung dengan bahasa dan kata-kata yang digunakan didalam blog seripelangidivra ini. Diharap jangan disimpan di dalam hati. Pendek kata "Buang yang keruh dan ambillah yang jernih." Akhir sekali pesanku pada semua, berhati-hatilah ketika memandu dan gunakanlah saat ini untuk balik ke kampung berjumpa ibu bapa atau berkumpul bersama keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan semua kerna siapa tahu mungkin kita takkan berkesempatan untuk berkumpul begini pada raya yang akan datang. Suasana Raya takkan dapat kita rasai seandainya kita hanya mahu ingin bersendiri.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013, MAAF ZAHIR DAN BATIN." Yeay!

Sunday 28 July 2013

Teruja Raya!

Cuti hujung minggu begini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Maka aku dan Mr.Hubby bercadang untuk bermalam di bandar Sibu sehari untuk melancarkan proses membeli-belah kami hehehe..Owww..bestnya shopping tambahan dibulan ramadan begini, suasananya sangat berbeza. Kelihatan wajah para penggunjung yang keluar masuk shopping mall pun bersemangat belaka ngeeee..

Dalam kepala aku pula banyak benda yang bermain fikiran tambahan pula raya bakal tiba..hanya berada disimpang jalan je lagi. Fuhhh..rasa semak juga dibuatnya bila mengenangkan persiapan untuk raya masih tak teratur...mana nak fikir baju raya, barang-barang dapur, kek raya dan hiasan untuk raya segalaaaa..., pendek kat bulan nih semuannya berkisar tentang raya hehehe Namun begitu, tahun nih aku dan Mr.Hubby tetap seperti tahun-tahun sebelumnya, bersederhana tetapi meriah.

Apalah gunanya jika semua nampak gah tetapi tak meriah ye takkkk? Bukankah raya ini peluang untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Tambahan pula  kami tak mahu anak tunggal kami ni tak sempat merasa  kemeriahan hari raya pada zaman kanak-kanaknya, sekurang-kurangnya dia dapat mengabadikan didalam kenangan bila dewasa kelak. Alaa..macam kita jugakan..bila ada sesuatu yang menyeronokkan pasti akan dikenang sampai bila-bila. Orang kata dunia kanak-kanak dan dewasa ni berbeza bila tibanya menyambut perayaan begini dan alhamdulillah aku dapat melihat wajah teruja puteri kami untuk menyambut raya kali ini lebih terserlah jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, mungkin inilah penangan raya tahun lepas hehehe 
In sya allah kami akan mengulangginya untuk puteri kami.Yeay

Semalam sempat berbuka dengan pizza..yum yum yummm...sedap sesangat almaklumlah lama dah tak makan huhu

Monday 22 July 2013

RahmatMu

Sekadar gambar hiasan hehehe

Alhamdulillah, bulan ramadan yang penuh rahmat. Ternyata sejak kebelakangan ini, pintu rezeki terbuka amat luas buat kami sekeluarga. Terkadang aku tersenyum sendiri bilamana satu demi satu kejutan menghampiri namun sentiasa aku sematkan dalam hati agar tidak riak untuk segala yang kami terima hari ini. Sesungguhnya, perkataan "syukur" tidak pernah jauh dari hati diatas nikmat dan apa yang kami perolehi selama ini. Bulan ini penuh ketenangan dan sesiapa pun yang melakukan sesuatu itu demi Allah dengan penuh keikhlasan, nescaya kita akan melihat keajaiban yang tercipta disekeliling kita.Yeay! 

Wednesday 17 July 2013

Kena Sengat

Fuhhhh!!..Malamku yang pendek sambil dibuai dengan mimpi indah tetiba bertukar menjadi mimpi ngeri apabila belakang lututku diserang oleh serangga berbisa. Apakah serangga itu??..Lipan?..lebah?..Entah aku sendiri pun tak pasti sebab bila buka lampu je dia dah menghilangkan diri. Mungkin waktu tu aku terlampau panic sampai tak tahu apa yang aku baling hehe ..Jangan kala jengking sudaaaa..

Hohoho..tahniah untuk serangga 'ITU' kerana telah berjaya membuatkan kakiku pedih, lebam dan kembang serendanggg!..huwaaaa..Yang lagi bestnya pagi ni aku cuma mampu bersahur dengan panadol dan hingga ke saat ini masih terasa bisanya. Hadoiiiyaiiii!!.. mungkin ini dugaan dibulan ramadan buatku tetapi dari sudut lain aku tetap bersyukur kerna aku yang terkena gigitan tersebut dan bukannya puteri tersayang yang lena tidur disebelahku. Jika aku yang dewasa ini sudah cukup merana dibuatnya inikan pula budak yang berusia 8 tahun. Sesungguhnya setiap kali kakiku terasa pedih sering aku menyuarakan rasa syukur kepada Mr.Hubby kerana situasi itu tidak dialami oleh anak kami.

Apa-apa pun puasa ini aku tetap akan hadapi walau tak mampu bergerak banyak...jalan pun ala-ala makcik yang dah umo 60 tahun gituuu..Guyss..Hari ini aku cuma ingin memanjakan kakiku memandangkan seluruh urat sarafku terasa bersatu dengan racun serangga tersebut hingga menyebabkan otakku mengerah untuk berehat sahaja kahkahkah..gelak dalam geram jap..Kalau aku jumpa balik serangga nih pasti aku cincang 18..Sabar je lah wahai hati..bulan posa kena cool cikit ngeee..Yeaylah sangatttt! :-(

Friday 12 July 2013

Regal Court Hotel Kuching

Sudah hampir sebulan aku peram entri yang ni, rasa macam selak buku sejarah pulak bila TERbuka draft pagi nih. Owh..ada lagi rupannya entri yang belum aku habiskan dan publish rupanya hehe. Okeylah dipendekkan cerita, hari ini satu lagi hotel yang menjadi penyeri blog aku iaitu 
REGAL COURT HOTEL,Kuching. Terlebih dahulu harap tak ada yang nyampah dengar aku dok asyik tayang hotel nih. Al-maklumlah antara favourite aku adalah mempromosi hotel-hotel secara percuma kuikuikui..Jika nak skodeng hotel lain yang pernah aku letak dalam blog nih silalah click sini ye..Layannnn!!..

Hmm..tak banyak yang dapat aku ceritakan tentang hotel nih. Merupakan salah sebuah hotel yang terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Satok. Bangunan ini agak jauh dari pusat membeli belah dan aku boleh katakan bahawa perbezaannya agak ketara jika dibandingkan dengan dahulu.Yup jika dulu aku merasakan jalan-jalan dihadapan hotel ini agak sesak tetapi sekarang kelihatannya lebih sunyi. Mungkin aktiviti perniagaan Satok yang dahulunya terletak betul-betul di belakang bangunan Hotel Regal Court ini telah dipindahkan ketempat lain baru-baru ini sehingga menjadikan keadaan sekitar hotel tersebut agak lenggang. Itu cuma pandangan aku tetapi siapa tahu mungkin faktor cuaca juga adalah antara sebab kenapa aku tak nampak sangat kelibat manusia pada hari tersebut ...Yeee...hujan lebat sampai semua pakat tak nak keluar rumah ngeee... Nasihat aku, sekiranya anda memilih untuk tinggal di hotel ini...adalah lebih seronok seandainya anda menggunakan kenderaan sendiri kerana pada pandangan aku, agak sukar mendapatkan pegangkutan awam seperti taxi dan bas kecualilah anda sudah pun ada chauffeur sendiri.

Bercerita tentang bilik hotel yang kami guna, aku lihat tak jauh bezanya dengan hotel-hotel yang lain. Jika ada beza pun cuma 2,3 perkara je, tu pun bergantung pada jenis pemilihan bilik. Yelaaa...kita pun tahu, jika guna bilik murah maka terhad jugalah kepuasan yang kita dapat, jika guna bilik mahal maka tido pun rasa macam diawangan ...yang adooo!!!! Bilik yang kami guna kali ni pula tak murah dan tak mahal, sedang2 elok gitu haha Uittt..sedang-sedang elok untuk penyedap rasa tetapi kopak jugok lah dibuatnye ye sebab tempah pun 2 bilik maklumlah gi Kuching pun nak hantar adik jadi ibu dan ayah tumpanglah sekaki. Takpe..I love my family..apa pun aku sanggupppp..Bila lagi dapat enjoy dengan mak dan ayah ye takkk??..Sambil menyelam minum air lah kengkawannn.....sambil hantar adik..bawa lah mak ayah jalan-jalan hehe..

Pot pet pot pet..malas aku nak berceramah panjang, bulan posa nih rasa cool je so jari jemari aku pun rasa nak rilek memanjang, apa-apa pun korang layan gambar lagi bestttt..Yeay!


Yer..betol la kat Regal Court Hotel..

Sedikit ruang untuk bersantai dengan kerusi ala-ala antik hehehe...Pagi tu cahaya memancar-mancar sampaikan aku rasa satu badan macam kene spotlight mujurlah kain langsir tebal cikit.

Oww..yang bestnya tv LCD adeeee..Lega cikit mata
memandang uhukkk

Bilik mandi ni simple je ye, siap gantung gambo teruna sarawak yang gagah perkasa menjala di tepi sungai kahkahkah. Ow takde bathtab ye..tingkat mewah ade kut yang nih takde :-p

Dibahagian pintu masuk bilik yang agak luas manakala terdapat almari dibahagian tepinya. Strika dan peti besi kecik turut disediakannn..bagus, tak semak kepala aku megenangkan baju-baju yang jadi macam sardin dah dalam beg.

Keadaan susun atur katil dan bilik yang agak simple..Takpe, janji selesa

Tempat letak kereta yang agak kosong...hotelnya agak sepi diwaktu begini..mungkin tetamu masih lagi sibuk berbelanja ditempat lain atupun cuaca hujan yang menjadikan kawasannya agak sepi ngeee

Antara gambar yang tergantung pada dinding bilik..antik dan nampak nostaLgia.


Nota: Cuma aku tak berkenan dengan tuala yang disediakan oleh hotel tersebut, keadaanya agak lama dan kurang bersih. Jika boleh pihak pengurusan gantikan dengan yang baru. (Sesekali bersuara apa salahnye hehehe)


Pautan Hotel lain (Sila Click)
THE ORCHID HOTEL SIBU 








Tuesday 9 July 2013

Hadiah dari Puteri!

 Ouchh!..2,3 minggu nih begitu mencabar minda dan fizikal. Banyak benda yang harus diurus, diteliti, dibincang, diperhati dan dipertimbangkan. Alahaiii sibuknya tak terkata hinggakan biji mata ni terasa megantuk setiap kali duduk dan mengadap tulisan-tulisan yang harus aku baca dan fahami satu persatu. Cehhh!..Poyo tol ayat aku hahaha Tetapi alhamdulillah, kepenatan dan semak-semak dikepala terasa berkurangan setelah selesai membuat lawatan tapak pagi tadi sambil memerhati beberapa insan membuat tugasan yang aku arahkan dengan penuh berdedikasi. Walaupun matahari terik memancar seakan membakar kulit wajahku tadi pagi, namun terukir senyuman ikhlas dibibirku buat mereka yang bertungkus lumus dan tekun membuat kerja-kerja mereka. Tanpa mereka mungkin semuanya jadi mustahil. TERIMA KASIH tak terhingga buat mereka dan perasaan syukur kepada Tuhan juga diatas rezeki yang tak pernah putus untuk kami sekeluarga..sekali lagi alhamdulillah..syukur!

Dan kegembiraan aku tidak cuma berakhir disitu, ternyata kehadiran ramadan kali ini terlalu banyak kejutan buatku..Dihari yang aku rasakan terlalu stress dengan kesibukkanku meguruskan sesuatu, puteri tersayang telah menghadiahkan sesuatu yang lebih bermakna buat aku dan Mr.Hubby hari ini. Setelah 2 tahun aku melihat puteriku hanya pulang dengan tangan kosong bila tibanya Hari Sukan Tahunan Sekolah tetapi berlainan pula dengan hari ini, ternyata suntikan semangat dan motivasi yang aku berikan sejak semalam telah membuahkan hasil dan sekaligus menempatkan puteriku tempat ke-2 dalam acara 100meter hehehe..Senyumanku tak pernah hilang sejak puteriku bercerita penuh semangat tentang kesungguhannya untuk mendapat tempat dalam acara larian walaupun aku tahu sejak hari ahad lepas dia berjalan terhenjot-henjot dan pagi semalam merengek-rengek setiap kali memasukkan kaki dalam kasut sekolahnya gara-gara sedikit luka yang belum pulih sepenuhnya di jari kakinya.  Nampaknya kata-kata semangat mampu  membuatkan puteriku melupai seketika kesakitan dijari kakinya..hehe.Walaupun aku tidak berkesempatan untuk menyokong ditepi padang seperti tahun-tahun sebelumnya akibat bertindih jadual dengan tugasanku dan kebetulan Mr.Hubby juga masih outstation untuk beberapa hari namun kami tetap berasa bangga dan tumpang gembira dengan kejayaan puteri kami. Woweee..Ibu bapa mana pula yang tak gembira dengan kejayaan anak mereka..ye tak?hehe.Yeay!!..



TAHNIAH SAYANG! We love you!

Thursday 4 July 2013

Salam Ramadan Dan Selamat Berpuasa 2013



Assalamualaikum... Syukur ke hadrat Ilahi,  kerana sekali lagi kita diberi peluang untuk menunaikan rukun Islam ke-3 iaitu berpuasa. Sesungguhnya ketibaan ramadan 2013 ini tak terasa hadirnya, pejam celik pejam celik kita juga telah berada dipertengahan tahun..Alhamdulillah nafas kita masih bertahan hingga ke hari ini dan sekali lagi telah membenarkan kita untuk menunaikan ibadah puasa untuk kesekian kalinya. 

Ramadan kali ini terasa sedikit berbeza..sepertinya aku tertunggu-tunggu dan tidak sabar untuk menunaikannya. Jika tahun lepas.....ramadan yang ku sambut dihujani dengan tangisan diatas pemergian arwah datuk pada hari pertama puasa tetapi untuk tahun ini In shaa Allah tiada lagi dugaan seperti itu untuk kami. Namun seandainya ia tetap berlaku...aku percaya semua itu adalah di atas kehendak-NYA..
"Dari DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali"

Apa-apa pun aku tidak mahu menyambut ramadan ini dengan perasaan sedih kerana kita sebagai umatNya harus menerima kehadiran ramadan dengan penuh rasa gembira serta syukur. Dan kerna itu dikesempatan ini, aku terlebih dahulu aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas keterlanjuran kata atau bahasa yang mungkin mengguris hati pembaca blog seripelangidivra ataupun yang mengenali diri ini secara realiti.Sama-samalah kita bermusahabah diri.
  "Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu semuanya datang dari kelemahan diriku sendiri."

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa 2013 ! Yeay!!





Tuesday 2 July 2013

8 Tips Mendapat CPUV Nuffnang Malaysia

Rasanya hampir semua blogger pun bila dah dapat CPUV dari Nuffnang je masing- masing keluarkan pelbagai tips untuk mendapatkan Buffering Earning dan semestinya aku tidak terkecuali melakukan perkara yang sama ekekeke..Agaknya memang dah menjadi lumrah kut bila blogger dapat campaign CPUV mulalah pakat tunjuk skill sampailah berjangkit kat aku. Lagipun pada entri semalam aku ada cakap nak berkongsi tips kan????..Janji dicepatiiii punya pasalllll!!!! kuikuikui...Elehhh..Budak hingusan macam aku pun ada hati nak bagi tip segalakkkk! ngeeee.Tapi ada aku kesahhhh????....Kalau rasa nak baca, kehadiran anda dialu-alukan disini dan kalau sebaliknya pula...lehlah jenguk entri aku yang lain. Pilihan tu kan ditangan anda hehehe


8 TIPS MENDAPAT CPUV NUFFNANG MALAYSIA

1. Wajib sign-up Nuffnang...kalau yang takde account nuffnang ni jangan berangan nak dapat cpuv ye huhuhu....penting sesangat, harap ambik port!

2. Status Glitterati- Untuk pengetahuan semua, status glitterati dalam account nuff sangatkah diperlukan. Pendek kata, status ini akan membantu anda dan sekaligus memberi peluang untuk anda merasa cpuv. Alaa..tak lama mana pun nak dapat status ni...2,3 hari lepas sign-up maka dapatlah status ni janji korang setiaaaa..

3. Letakkan Leaderboar, skyscraper dan large rectangle ditempat yang sepatutnya.Baca arahan tu betul-betul, jangan main hentam je.Code-code ada diberi cuma perlu copy and paste je lagi huhu..Selagi code tu tak diletakkan di tempat yang sepatutnya, selama itulah account nuff korang tergantung tak bertali...chewahhhh...ayattt!!!!

4. Kene rajin hantar tiket..Err..apa itu tiket? TIKET dalam bahasa nuffnang tu lebih kurang maksudnya macam hantar borang pertanyaan. Ada yang berpendapat jika kerap berhubung dengan pihak nuff maka peluang tu lebih cerah kiranya korang sering menari-nari depan nuff mana tak nuff pilih korang ye takkk? hehe...Dan sejujurnya, orang seperti aku lak tak mengamalkan sangat tips ni lagipun seingat aku la, aku hanya pernah menghantar 2 tiket je ke Nuff..Tiket pertama tu pun aku hantar 2 tahun yang lepas dan yang terakhir dalam 2,3 bulan yang lalu.Nampak sangat aku ni slow hehehe..Tetapi walaupun aku cakap macam tu, korang leh cuba tips yang digemari para blogger ni sebabnya pihak nuff ni memang mesra alam..korang tanya sejemput, diaorang lak jawab berjela...layannnn..

5. Follower korang turut memberi pengaruh..tak kiralah pembaca blog kita tergolong jenis suka menonjol ke atau pun cuma sekadar silent readers sebabnya jika traffic blog korang turun naik, agaknya pihak nuff pun kene fikir 2,3 kali nak letak iklan dalam blog korang ye hehehe Jadi pastikan sentiasa stabil di atas landasan ye, jangan kuar masuk lorong lak hahaha Oh ye..Jangan jadikan blog aku sebagai contoh untuk tips ini sebabnya baru-baru ni je aku letak widget follower menapak dalam blog.....aku ni kan suka 'berdrama'..Kejap rasa nak letak kejap lak rasa nak buang ngeeee..Apa-apa pun jangan lupa follow ye.Haishhhh!!... sempat jer promot hahaha

6. Update profile nuffnang korang sekerap mungkin, biar nampak sentiasa segar haha..Kalau korang tak update, diaorang pun malas nak jenguk biarlah bersawang sorang-sorang hahaha.Bukan cuma 1 je blog kat Malaysia ni, berjuta babe jadi kalau korang selalu update pihak nuff dan tentu akan selalu juga baca hahaha

7.Entri pula, jika ada masa terluang tu silalah updatekan juga ye...nampak aktif kan comel ekekeke Jangan lak updatenye 2 tahun sekali bagus tutup terus je account tu.Blogger suam-suam kuku macam aku ni pun kekadang ada masa busy juga tetapi jika ada masa terluang ditambah dengan idea  yang melompat-lompat dalam otak ni pastinya takkan dibiarkan menyepi sampai setahun...sebulan dua cukup ar hehehe.. 

8. Kesetiaan dan kesabaran anda terhadap nuffnang menjadi kunci dan jawapan yang paling tepat. Kat luar sana banyak syarikat pengiklan yang bersaing sesama sendiri jadi secara logiknya, pihak nuff sentiasa memastikan iklan mereka lebih menonjol daripada yang lain dan semestinya perlu memilih blog-blog yang benar-benar layak.Jadi andai anda belum terpilih untuk jangka masa yang agak panjang, bersabarlah hingga beruban hahaha

Oklah itu je yang penting, yang lain korang leh baca di blog jiran-jiran alam semesta korang..Silalah buat blogwalking huhu..Yeay!



Followers