Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 30 December 2013

Bersantai di Universal Studio Singapore (USS)

Tak sabar rasanya nak buat entry tentang Universal Studio Singapore(USS) nih huhu..Malu nak bagitau tapi nak juga cakap kat korang semua bahawa inilah antara saat-saat yang paling indah dan seronok dalam hidup aku chewahh...Betapa bestnya bercuti ditempat yang kita idamkan...terasa jiwa kembali ke zaman kanak-kanak pulak hehe... Ye..dalam sesak..dalam stress dan dalam kerisauan...hati terasa melompat girang ketika berada disini, wajah-wajah teruja semua membuatkan aku semakin merasa bahagia. Seronok melihat wajah puteri tersayang yang tersenyum gembira menikmati percutiannya dan begitu juga Mr.Hubby, Ayah, Ibu serta adik tersayang hehehe..

Dipendekkan cerita, USS yang terletak di Sentosa merupakan antara salah satu tempat yang menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara ketika diberada di Singapura. Jika sebut saja tentang USS pasti semua mengenalinya. Hmm...antara Attraction yang ada di USS adalah seperti
1. Far far Away
2. Madagascar
3.The Lost World
4.Hollywood
5.Ancient Egypt
6. Sci-Fi City
7.New York
Jadi...moga-moga teman-teman semua tidak terlepas menjenguk setiap satu attraction ini kerana bagiku setiap attraction ini masing-masing mempunyai kelebihan dan daya tarikkan tersendiri. Bagi yang benar-benar ingin menghilangkan stress, bergembira dan datang hanya untuk berseronok bersama keluarga... aku memang syorkan anda membawa keluarga anda ke USS. Sekali sekala kita bersuka ria apa salahnya hehehe..Untuk kali ini aku simpan dulu soal tiket atau tips ketika berada disini, biarlah aku buat di entry yang akan datang kerana hari ini aku lebih teruja untuk berkongsi gambar-gambar yang sempat kami ambil tempoh hari. Aku percaya ada dikalangan teman-teman juga berminat untuk ke sini bukan? hehehe... Sabar yerr...kita jumpa di episod yang akan datang hehehe...Yeay!.

Pose penting depan Globe USS...Nih tanda penting bila sampai sini...

Ye...bergambar dan bergambar lagiii..layannnn...

Jual Popcorn...tak beli pun cuma suka tengok kereta nih..kreatif sesangat...

Ala-ala dok kat hollywood...dak tu juga ngegada dengan maps dia...

China Bistro? ape tu hehe...taktau arrr...capture je aa

Tak faham nape puteri aku nih selamba je buat camni...orang ajak bergambar dia leh buat bodo jer huhu

Time mat-mat ensem nih tetiba berlari anak sambil menyanyi dijalanan menuju ke stage, semua tersentap sebab taktahu siapa tah nyamar..ala-ala mobbed giteww hehehe... last-last aku lak yang over excited sampai tahap nak joget2 kahkahkah...Kombinasi suara yang sangat mantap terutama part diaorang nyanyi lagu "Uptown Girl" sampai tahap aku ikut nyanyi sambil tepuk tangan(<--tahap tak sedar diri sungguh)..Mamat sorang dah jeling2, nak tarik kut..last2 aku ajak family blah sebelum diculik hahaha...


Jangan terpedaya..tu tempat makan kut hehehe..aku teka jer sebab yang keluar dok tunjuk menu2 hehe..

Singapura dilanggar kapallll hehehe...ye..besarlah jugokkk..

Pokok punyalah beso..siap kapal terbang tersangkut atas pokok...errr..dalam movie ape tah aku penah tengok part nih time bebudak dulu..

Masuk rumah shrek...beso woooo...terasa macam kerdil lak kami ketika kat sini...ye kerdil sesangattt..

Sekali sekala ajak puteri tersayang ceroboh rumah Shrek tapi apakan daya Shrek lebih bijak..dia siap kunci dari dalam hahaha..hajat tak kesampaian nak merasa lebih kerdil hahaha..

Transformers The Ride..tak masuk ponn..almaklumlah bawa budak mesti awal2 dah kene reject huhu

Ni pose ala-ala kakak aku hahaha...tetiba pinjam style dia jap kunon nak tunjuk depan dia bila sampai kampung nanti tapi cam tak best lak nak tunjuk kang dikata menunjuk lak haha..wat bodo je laa...

Cantek tak keta nih? Takut gak time bergambar terus bertuka jadi robot hahaha..

Kat Sci-Fi City...Kalau naik menatang nih leh tercabut jantung woo...tapi kalau berani apa salahnye ye takkkk???

Kat Ancient Egypt...Revenge of the Mummy katanyaaa hehehe..tengok 4 Mummy pacak sambil angkat batu dah buat rasa kagum..camne diaorang tarer sangat buat benda nih ek? Macam real jer hehehe..

Jangan risau makanan halal ada dalam USS...korang takyah pening..tak kebulur punnn...hehe..

Tengah syok-syok tetiba hujan turun dengan lebat..hujan emas di negeri orang ke nih? hahaha...Sajelah tu kannnn nak suruh beli baju hujan yang reganya $4 satu..adoiii..4 dollar tu ...darab RM2.50 jadi berapa? hahaha..asem tolll...


Kat Far far away...Princess Fiona ajak gi Istana dia..mujur ler hujan dah ok..langit pun kebiruan sampai...Tengoklah seluar aku tu...gara-gara hujan aku lipat naik sampai lupa nak turunkan hahaha..Tapi part masuk sini yang paling best..Shrek 4D adventure tahap macam real..terkena bersin, labah-labah naik kaki and so on laa..malas nak cerita panjang tapi memang besttt...


Kat Hollywood hokey...err..arah nak gi tandas tu mane?

Tu diaa...dok kaber line...

Kungfu Panda dah datang...

Tandas shrek...aku taktau la ada suara yang dok jerit depan tandas nih..katanya 
"This is my swamp,leave me aloneeee!!..."..hamboiii...tandas kat kampung aku lagi lawa tauuu ada aku herannnnn hahaha.....

Kat Lost World...orang siap pose siap bersusun2..aku ngan puteri nyibuk jer kat tepi..

Maleh nak cerita..takde benda lain ke nak pegang nih?

Rasa macam nak kene kejar je kannn hahaha..

Dinosour nih siap leh gerak-gerak..aku hampir-hampir kene gigit tauu haha..

Puteri ajak main tapi aku tak sanggup...hujan baru je ok takkan sengaja nak basahkan diri lakkk...

Si katak puru haha...kalau aku suruh puteri aku kiss katak kat belakang tu..risau lak nanti tetiba jadi putera ensem hahaha...

Nak buat pose camni pun dia segan..last2 aku paksa baru nampak cam comellll jer..cam cute jerrr hahaha..

$2 Dollar hokey..beli satu makan sekeluarga sampai rongakkkkk

Korang leh sewa apa-apa yang patut kat situ... memudahkan korang yang bawa bayi atau orang tua yang cepat letih bila jalan...

Pose di Pintu Masuk Universal Studio..errr..


Sunday 29 December 2013

Singgah Di The Merlion Park, Singapore

Kawan-kawan dan para blogger selalu berkata jika datang ke Singapura tak jejak kaki di The Merlion Park bermakna masih belum sempurnalah lawatan ke bandaraya tersebut tul tak?. Sebelum nih pernah juga terfikir untuk skipkan saja lawatan ke situ tetapi bila difikirkan balik kata-kata kengkawan semua memang ada benarnya. Yup...buat apa datang jauh-jauh jika "trademark" Singapore pun tak tengok, sungguh merugikan...itu cuma pendapat aku sebagai tetamu hehehe..Nahhh...ternyata ketika berada di Merlion Park itu, perasaan menjadi sedikit berbeza daripada apa yang aku bayangkan. Secara jujurnya ketika disitu, aku semakin teruja melihat pemandangan sekitara Merlion Park tersebut tambah-tambah lagi bila melihat berduyun-duyun pelancong yang juga ingin melihat secara dekat trademark Singapura nih. 

Seperti biasa tak banyak yang ingin aku bicarakan kerna bagi aku biarlah gambar-gambar dibawah ini menceritakan segalanya. In Sha Allah andai masih diberi peluang, kesihatan yang baik serta rezeki lebih dimasa yang akan datang, pasti Singapura menjadi salah satu destinasi persinggahan kami lagi. Dan kepada anda yang baru merancang hendak ke Singapura, jangan terlepas peluang untuk datang ke Merlion Park bersama keluarga anda kerana semuannya akan menjadi berbaloi ketika anda berada disini.

Guys...Terkadang percutian kita mungkin menelan belanja yang tinggi tetapi bagi aku sebenarnya kita membayar untuk membeli sebuah kenangan yang nilainya mungkin lebih tinggi daripada apa yang kita bayar hari ini. Dan kenangan itu menjadi lebih bermakna bila satu hari nanti dapat kita kongsikan bersama anak cucu kita..Terkenang pesan dan kata-kata seorang sahabat dahulu..
"Jika ingin meninggalkan sesuatu buat seseorang, tinggalkanlah kenangan yang paling bahagia dan indah buat dia/mereka..In Sha Allah dia/mereka takkan pernah melupakannya sampai bila-bila walau didalam ingatan " (^,^)..Yeay!

  

Control ayu & ensem huhu

Nih..banyak yg cakap dari Batam, India dan Korea...Dalam aku sibuk2 pose, sempat juga minah2 dan mamat2 kat sini suruh aku jadi photographer..layan jer laaa hehe


Cehh..pose anak beranak yang berjiwa muda hahaha..yang penting latar kapal atas bangunan tu janji adaaa...

Marina Bay Sands

Comel jer kapal nih hehe..feri kecik kut siap bawa penumpang lak tu..

Esplanade- Theaters on the Bay

Hamboiii...ayah dan adik aku nih...antara dua dunia hehehe..

Excited giler tengok view kat sini..


Err..jambatan apa tah nih hehehe..

Jiwang karat youuu...

Saje pose camnih..ngegade makcik nih hehe..

Mr.Hubby, puteri tersayang dan adik terensemm hahaha..ensem la sangattt!!!

Pemandangan bangunan dari The Merlion Park..cantik kauuuu!!..

I love this pic...macam comel jerrr hehe

Pemandangan di seberang Merlion Park

Singapore Flayer

Art Science Museum

Followers