Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 30 December 2014

Sekitar Mong Kok, Hong Kong

Ini kisah kami di Mong Kok pula..Sebenarnya sebelum berangkat ke Hong Kong...ada jer teman-teman pesan jangan pergi ke area Mong Kok nih jika berada di Hong Kong sebabnya kawasan nih berlaku kekacauan yang menelan masa berbulan lamanya. Kebetulan masa berada di hotel, aku terlihat berita diTV bahawa sehari sebelum kami ke sana berlaku rusuhan berdarah..dan pergaduhan berlaku diantara orang awam dan pihak polis. Mengikut berita banyak jugalah yang cedera parah disebabkan pergaduhan itu.

Adoiii...yang menjadi keresahan aku nih, entah kenapa aku nih pula yang beriya-iya hendak kesana walaupun sudah dikhabarkan kawasan bahaya untuk pelancong. Jadi seawal pagi aku cadangkan pada Mr.Hubby untuk meninjau kawasan Mong kok memandangkan aku teringin sangat hendak ke Ladies Market. Jika dapat berada sejam pun takpelah asalkan aku jejak kaki kat situ...hehehe... Ni la payah bila dah over excited..semua tempat pun nak pergi sampai lupa bahaya. Jangan diikut ye perangai macam nih hehehe...

Apa-apa pun kami berserah kepada Allah, kat mana-mana pun ada bahaya jadi kami tak mahu berita semalam mempengaruhi jadual kami. Alhamdullillah dalam debar kami berada disana..terasa perjalanan kami begitu lancar tanpa ada sebarang kesulitan..Yeay!

Kawasan nih banyak jual minyak wangi tapi aku tak masuk pun...

Nampak van polis tu???..Kami melintas didepan van nih.bila pandang jer polis dok berkeliaran..teringat hari sebelum tu ada rusuhan berdarah..rasa gementar pula hati...Nampaklah juga media massa duduk berkumpul sambil menunggu tepi-tepi jalan huhu 

Jalan dipenuhi manusia...kenderaan takde sangat...kalau petang sikit memang penuh kut kawasan nih..Waktu kitarorang kat situ masih jam 11pagi...

Berdiri depan kedai kasut...nampak jalan raya diaorang dipenuhi dengan balutan biru...hehehe...

Ni mokcik yang aku mula-mula cuba tawar harga...gila kalau tak tawar...mencekik betolll....Hamboiii pantang aku tawar terus dia cakap takmau...siap maki aku depan2..Macam biasa la perangai aku kalau dia berkeras sangat, aku ok jer..blah la dari situ..tapi boleh plak dia tarik aku siap letak kalkulator and tanya berapa aku mahu. Apalagi..dah dia tanya soklan yang aku tunggu maka aku pun sedaya upaya menurunkan harga tanpa banyak fikir..Besar suara dia besar lagi suara aku almaklum aku dah ready dengan tekanan jenis camtu bila sampai Hong Kong nih hahaha.....Buat pengetahuan dalam aku bertekak tu akhirnya dapatlah harga yang aku inginkan walau kat mulut dia tak habis-habis menyumpah aku and ulang banyak kali cakap "You no good...no good haaa.." ekekek...Alaa...tak kesah pun dia nak maki apa..aku bukan faham pun dia cakap apa...Tapi kita rakyat Malaysia, penuh dengan adap..buat apa aku terikut-ikut budaya orang sedangkan budaya kita nih penuh dengan kesopanan. Tiap kali dia maki aku depan-depan..aku puji dia balik dengan senyuman sampai satu tahap muka marah dia hilang dan kami berbalas senyumanlah pulakkk...Bila marah dia reda,dia tanya aku dari mana...aku pun jawab dengan bangga..."I'm from Malaysia."hehehe...and dia cakap..."Ohhh..Malaysiaaa...good...good people.."...adeh..senyum je la dengar...Sebelum blah aku sempat ajak musuh yang dah jadi kawan nih bergambar...chewahhh....BFF ke tu wakakaka... 

Gerai akan beroperasi sekitar jam 12 tengahari...kebetulan pula waktu tu semua gerai baru buka..walau dalam hati rasa takut-takut tapi buat bodo jer laaa hehehe...

Kalau korang jumpa minah nih..korang singgah kat situ...Ramah mesra dan senang berurusan..Aku tak pening dengan karenah dia.....Yang aku nak gelak dengar bila last-last dia pesan kat aku 
" Remember this face...remember me.." aku cakap dont worry..nanti aku promosi ko kat satu Malaysia hahaha....

Singgah makan kat kedai India jap...itupun atas pertolongan Mokcik yang maki2 aku tu..dia la yang tunjukkan kat kami kedai halal area situ...Makan ler sebab perut dah lapar...

Aku pesan kari ayam...errr..no komen...rasanya untuk harga HKD88 utk menu sebegitu tak berbaloi tapi apakan daya kami dah rasa lapar sesangat so telan jer la..

Nih roti Prata yang anak aku pesan dengan harga HKD78...

Dan Nasi Beriani yang Mr.Hubby pesan...HKD98...kalau kita kat Malaysia paling tinggi pun RM12 kut hehehe...

Tetap habis Mr.Hubby makan...lapar sungguh dia hehehe...

Nampak wajah lapar tu?ekekeke...

Depan kedai makan tempat kami menjamu selera..Miss India tapi aku tak galakkan korang makan situ melainkan korang lapar sesangat hahaha...

Depan stesen Mong Kok..kalau masuk jer dalam stesen MTR nih..adoiiiyaiiii..betapa sesaknya dengan manusia terutama student...Kejap lagi nak buat rusuhan lagi la tu kut sebab dah berkumpul ramai-ramai kat satu sudut hahaha...

Wednesday 24 December 2014

Berhujan di Avenue of Stars 2014

Hari ke-3 di Hong Kong cuaca kurang elok, sedikit hujan dan berangin.  Mujurlah aku siap-siap dah bekal payung dari rumah...Nampak??? begitu bersedianya aku ekekeke...Rancangan kami untuk hari terakhir nih untuk ke Avenue of Stars, dimana boleh aku katakan ini adalah kawasan yang wajib singgah bagi pelancong seperti kita. Sayangnya waktu kami disini iaitu anggaran jam 11.30pagi, hari mula hujan renyai-renyai diluar..suhunya jatuh ke 19 celsius berbanding hari sebelumnya iaitu 21 celsius....Cuaca tidak begitu mengizinkan jadi kami hanya sempat berada disini selama lebih kurang 1 jam itupun dalam keadaan tergesa-gesa kerana anak kami mula mengeluh kesejukkan. Owhh......inilah akibatnya bila aku dah pesan awal2 guna sweater tapi Mr.Hubby and anakku just buat derk...kan dah sejukkk....Aku yang guna sweater pun rasa sejuk sampai ke tulang inikan pula yang cuma guna baju T-shirt hehehe...nasib lerrr....Nak sangat sejukkannn hehehe..

Sebenarnya tak banyak yang dapat aku ceritakan disini kerana kelihatannya kawasan ini sedang dibaik pulih jadi ada beberapa jalan pintas ditutup dan keadaan ini memerlukan kami untuk berjalan lebih jauh ke Avenue of Stars. Dengan cuaca hujan, keseronokkan itu berkurangan untuk menikmati keindahan kiri kanan bandar...cuma yang dapat dilakukan berjalan sepantas mungkin agar cepat sampai dan bila dah selesai perlu berlari-lari anak semula ke stesen MTR. Sesekali aku melihat anak kami begitu teruja walaupun bajunya hampir separuh telah basah, rasa hilang kepenatan melihat dia ketawa sambil mengikut kami berlari-lari melintas jalan. Pendek kata...walau dalam sejuk...dalam hujan tetapi kami masih ketawa sambil menikmati hujan di negara orang.Bukan selalu pun dapat macam nih hehehe...Yeay!...

Aku dah siap-siap bawa 2 payung hehehe...ready to Avenue of Stars katanyaaa....Payung untuk ke Pasar Ikan sampai ke Hong Kong juga akhirnya ekekeke

I loiiike this pictureeee...macam dah hampir senja je kan walhal baru jer nak masuk tengahari.

Cantik tak kapal nih? Malangnya hari tak sesuai untuk kami mencuba benda nih..."Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai..." <--faham maksudnya? huhu

Kalau hari cerah mesti bangunan-bangunan kat belakang tu nampak jelas...adusssss...satu kerugiannnn

Cik director....Actionnnnlah sangatttt....

Nampak kapal lalu, terus aku berlari-lari semata-mata nak ambil view kat belakang....kapal tu penting youuu....hehehe...

Entah tak tahu siapa kat belakang dak tu...tak sempat baca hehehe..
Bruce Leeee.....Yeayyy...akhirnya aku jumpa juga dia walaupun dalam suasana begini..Happynyelah hati ini dibuatnya oiiiii....Idola zaman bebudak..betapa hebatnya kung fu yang dibawa dalam filem-filem aksi suatu ketika dulu. Ramai pulak yang letak bunga kat situ tapi yang jujur bukan dari aku huhu...Sorry jangan jeles sebab aku bubuh beso gedebak gambar nih kat sini kehkehkeh...


Dengan Bruce Lee kitaorang tak main pose bertiga...sorang-sorang baru best hehehe...Walau hujan kami gigihkan diri berdiri dalam hujan. Demimu Bruce Lee..kami sanggup jer ekekeke...

Nampak muka anakku menahan kesejukkan..apa yang kami sentuh semuanya rasa macam pegang ais huhu...

Sebelum balik sempat lagi duduk kat kerusi director hehehe...


Sempat la ambil gambar Hand Print Jackie Chan...Sebenarnya beratus lagi hand Print celebriti yang lain cuma aku nih tak berapa nak kenal sangat and tak berminat sangat nak capture gambar camni hehehe...

Kalau yang tak bawa payung tu jangan risau..diaorang memang dah ada siap-siap jual dalam mesin ...nampak cantek je kan tapi harga pun cantek jugakk...Bayangkan air mineral botol kecik diaorang jual 18HKD...payung nih agak-agak berapa ek??.huhu

Segera masuk ke lorong pejalan kaki untuk ke MTR...kat bawah nih panas sikit berbanding di luar...Nampak je kosong kan????...Tapi hakikatnya sesak dalam nih sampai aku pun rasa pening dibuatnya..kalau nasib anda baik dapatlah tempat duduk dlm MTR..kalau tak hmmm..kene berdiri sampai ke stesen yang ditujulah nampaknya. Yang aku perhatikan semua orang nampak nak cepat je tak kira tua atau muda...betullah orang Hong Kong semua sihat-sihat belaka...mungkin disebabkan berjalan cepat-cepat tiap hari camtu kut secara tak langsung menyihatkan tubuh badan diaorang.. 


Tuesday 23 December 2014

Seharian Di Disneyland Hong Kong 2014

Alang-alang dah ke Hong Kong, rasanya tak lengkap percutian kami sekiranya tak sampai ke Disneyland Hong Kong nih. Oh ye...antara sabab Hong Kong menjadi destinasi pilihan kami pun disebabkan hendak "bersuka-ria" di Disneyland nih ngeeee...Memandangkan kami bermalam di Disney Hollywood Hotel maka aku mencadangkan agar Mr.Hubby terus tempah tiket masuk ke Disneyland bagi memudahkan urusan kami ketika disana.  Senang kerjakan takyah pening beratur atau fikir tiket dah habis hehehe..

Hmmm...setiap kali mengenang kembali keseronokkan berada di Disneyland, pasti aku tersenyum sendiri. Yelah...Dari zaman hingusan aku mengadap kartun-kartun Disney di kaca tv hinggalah punya anak dah berumur 9 tahun, baru kini aku berkesempatan untuk ke Disneyland nih. Syukur Alhamdulillah, diatas rezeki dan kebahgiaan yang kami kecapi selama ini. Tanpa izin dari-NYA, kami takkan sehappy begini.

 Menjejak kaki di Disneyland nih sudah cukup membuatkan aku merasa seperti kembali ke zaman budak-budakku. No wonder ramai kengkawan kita yang mengatakan bahawa berada di Taman tema sebegini membuatkan kita sentiasa merasa berada dalam dunia Peterpan..dunia dongeng dimana waktunya terhenti dan tubuhnya tidak pernah membesar selamanya. Dunia kanak-kanak memang indah, tak perlu memikirkan masalah seperti orang dewasa. Rasanya ketika disini, aku yang terlebih excited berbanding anakku...seronokkan bila kita kembali menjadi kanak-kanak kehkehkeh... Apapun hayatilah gambar yang ingin aku kongsikan bersama anda semua. Moga gambar ini dapat memberi gambaran kepada anda semua sekiranya ada yang teringin hendak ke sini suatu hari nanti, Untuk kami bertiga, seharian disini sudah lebih dari cukup sekiranya pandai membahagi masa atau mencuri peluang. tetapi andai ada waktu anda berbaki, cubalah berada disini untuk 2 hari berturut-turut pasti tak menyesal hehehe... Yeay!!

Fly..flyy..flyyy...

Selpottt...selfieee...selfthreee....


Sebelum melangkah lebih jauh...baca Times guide dulu hehehe..takut terlepasss


Winter Band kut ...taktau la pulak pancaragam apa hehe..agak-agak je

Ni part yang tak tahan nih..nampak jer rasa nak beli tapi apakan daya...barangnya mahal sampai tak hingatttt!!

Duduk berehat sebentar sambil menikmati bekalan didalam beg...

With Cinderella...uhukkk..ni pun siap paksa anak berbaris...kalau tak jangan harap dapat bergambar dgn Cinderella nih ekekeke


Segala haiwan kami naik...kuda..gajah..pooh...entah apa-apa tah hahaha

Bila mama and anaknya beraksi....ngeh..ngeh...

4D katanyaaa....

Pixie Hollowwww....

Wajib bergambar kat setiap sudut...macam cantek jer daun lalang kat belakang tu...buat tikar elok tu ke bagi lembu makan mesti sihat-sihat belaka hahaha...

Toy Story Land

Yang lain kita orang semua sempat main kecuali yang nih. huhu...

Duduk dalam nih belum mencabar sangat...setakat pusing2 kat situ jer 

RC racer....

Kenapa jadi kecik?

Macam tak cukup real jer hmmm...

Jemput masuk ke istana kitaorang...uhukkk (^,^)

Bila Mr.Hubby memandang wajah nih pasti teringat kami kut.... :-s

Segala benda penting kene simpan hokey tapi Mr.Hubby sempat jer capture...Omaiii...ingatkan naik benda nih macam naik keretapi yang biasa2 jer..sekali duduk dalam nih rasa nak tercabut segala kasut, nasib baik pakai tudung... kalau tak...adehh..serabailah rambut aku dibuatnya......Kecian anak aku tauu..sampai segala suara keluar...berenti jer...ketar lutut nak berdiri siap aku peluk-peluk bagi semangat tu datang balik hahaha....




Singgah rumah Tarzan jap..nampak yang macam semak tu? Kene gi seberang tu baru dapat masuk rumah tarzan...Kaya tul tarzan nih walau dok atas pokok tapi mewah kuikuikui...




Naik bot cuma nak tengok kawasan nih...adalah nampak Badak, gajah,buaya and manusia dok sumpit kita. Yang syoknya nampak batu berapi dan berasap...macam batu belah batu bertangkuplah pulak hehehe...

Tengoklah betapa seronoknya bila berdiri sebelah jongkong emas...andai saja ada segunung emas begitu,pasti Disneyland seluruh dunia aku jelajahi huhu

Kul 12 tengahari dah mula berangin, waktu nih jalan dah tahap peluk2 tubuh...sejuklah jugookk..tak biasa tauuu...

Jom masuk fantasyland

Persembahan tarian dari pelbagai budaya..

Castle...cantik walau dari jauh

Hebat tak transport nih?

Petang-petang, perangai makin menjadi..sorry kalau ada yang meluat hahaha

Kita orang nak gi angkasa, cari bintang...daaaa...


Selthreeee....selpotttt..silly 

Bila ajak anakku drive...hmmm...rasa macam ada driver sendiri dah tapi sayangnya awal-awal dah tunjuk nak jadi pelumba jalanan..speed sampai aku dok jerit2 kat sebelah...lesenmu aku gantung nak sampai cecah umur 20 tahun hahaha.....

Nampak kami tak? ekekeke...

Lampu sudah mula bernyala seawal jam 5pm...dah nampak gelap...cepat malam la tempat nih

Semua benda dah cuba...yang tinggal cuma nak tunggu Parade..Paint the Night and Fireworks....

Malam menjelma, Mr.Hubby pun mula melebarkan kepaknya..sekejap lagi nak terbang katanyaaa huwaaaa....

Duduk bersantai menunggu Parade...sabarlah ..

Semua pun dah duduk kiri kanan jalan...

Dah start dahhh..Yeay....err..sorry..gambar 1 nih jer sebab ambil video hehehe...

Tetiba snow turun..snow kununnnn hehehe....mulalah buat aksi kanak-kanak riang hehehe...

selpottttt lagiii

Waktu malam yang dipenuhi dengan cahaya...cantekkk

Thank You for visiting katanyaa..yelah...sama2 

Bye-bye..nak tumbuh sayap dah ekekeke...

Followers