Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 30 November 2016

Gelang Manik Untuk ANNA



Tadaaaaa.....akhirnya gelang manik aku siap jugaaaa..Fuhhhh..betapa aku memerlukan kesabaran disaat membuat benda-benda macam nih ditambah dengan kehalusan yang membuatkan biji mata aku, kejap-kejap kabur ...huwaaa..Nampak sangat aku memerlukan cermin mata sekarang nih....

Saat nak berlagak depan puteri tersayang pun menjadi sedikit kendurrr, tak kuasa aku nak meneruskan namun alhamdulillah gelang yang nih siap walau nampak kurang kemas dan bermacam-macam lagi benda yang membuatkan aku sendiri tak puas hati hahaha..Aku selaku juri untuk diri sendiri cuma mampu memberi 2 daripada 5 bintang dengan memberi kredit kepada usaha +ketabahan+ kesungguhan aku untuk menyiapkannnya manik nih, yang lain outtt...outtt..outttt!!...wakakaka. Apa-apa pun manik aku banyak lagi..korang rasa aku patut teruskan atau tidak??? haha. Konon nak buat nama panjang tapi aku tak kuattttt!!...Terimalah hasilku buat tatapan kengkawan semua, gelang manik untuk ANNA a.k.a puteri tersayang...Yeay!.


Thursday 24 November 2016

Belajar Buat Manik

Dekat-dekat nak cuti nih macam-macam aku rasa nak buat. Hmmm...Terfikir juga macam mana ye aku nak penuhi masa lapang anak aku nih dengan cuti yang agak panjang lepas nih. Dah tentulah pelajaran tu jangan dilupa tapi sambil-sambil tu biarlah dia berehat seketika. Kita pun pernah melalui fasa bebudak nih dan dah tentu tahap keterujaan tu akan menjadi "double" bila tiba je cuti hujung tahun hehe.

Fikir punya fikir, aku teringat nak ajak anak aku belajar buat manik. Aduiyaii...seriously dari zaman aku sekolah pun aku tak pernah buat benda nih, kalau ada pun sebab aku beli dari kawan hehe..Disebabkan pengalaman aku juga zero dalam benda nih jadi aku dengan gigihnya buka la youtube satu persatu...betapa bersungguhnya aku time nih hehe..Ye laa..kite kan dah mak budak, kenelah tunjukkan tahap ketekunan tu,  kang anak kite tak percaya pulak kita reti buat haha.

Apa-apa pun ini baru permulaan, korang doakan aku supaya jangan patah semangat ye sebab benda nih sangat rumit bagi aku yang tak tahu apa-apa. Nonton tutorial kat youtube je dah buat aku pening inikan pula semua benda dah ada depan mata. Kene buat nih!!..kene buatt!!..kang Mr. Hubby gelak lak kalau tak siap :-D. Yakin boleh! Yeay!. 

Warna warni kehidupan..tunggu nak pilih je warna ape yang sesuai hehe..Kotak manik tu anak aku yang buat..Makaceh ye sayang...

Setelah 6 hingga 7 kali aku buat then buka balik akhirnya ada menunjukkan perubahan. Tutorial yang ditunjukkan tak banyak membantu jadi aku terpaksa menggabungkan imaginasi aku yang tak berapa nak aktif setelah frust beberapa kali huwaaa...Banyak warna manik tapi aku cuma pilih dua colour je...kureng asem toll!!..

Selebihnya korang tunggulah aku update baru...sekarang pun dah rasa mereput...Bijik mata pun rasa nak terkuar dah...halus mulus maniknya....entah jadi atau tidak..sabooooo ye....Aku pun tengah bersabooo nihhh..huwaaaa...

Friday 18 November 2016

Ulangtahun Perkahwinan ke-16

Horeyyyy!!..hari nih genap 16 tahun usia perkahwinan kami. Hmm..Tak terasa masa cepat berlalu, selama itu jugalah aku masih memegang title isteri orang hahaha..Apa-apa pun Alhamdulillah berkat restu serta doa keluarga dan kawan-kawan, hubungan kami sebagai suami isteri masih bertahan hingga ke hari ini..syukur alhamdulillah sekali lagi...

Subuh tadi gigih geledah web2, semangat tempek gambar kat bawah nih kat moment wechat untuk diabadikan khas buat Mr.Hubby haha...semangat kauuuu!!! Tak tido malam mokcik geledah web tauuu. Yang cute pun cuma yang nih..yang lain skema sangattt hahaha...

Dan yang sweetnya.....di moment wechat Mr.Hubby juga tertempeklah wish2 yang sangat touching. Kiranya balas membalas secara tak langsung...maklum jarang msg yang sweet2 kann...dah lama duduk bersama still malu2 kucing tauuu apatah tah lagi nak wish depan-depan..hahaha...Jantung i pun bedetap detupp...kahkahkah Apa-apa pun thanks Mr.Hubby...Yeay!



Monday 14 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel

Assalamualaikum rakan-rakan blogger semua, meh la kita pakat ramai-ramai join Shanghai Fridge Magnet Giveaway yang di anjurkan oleh GA Jari Manis & Scdha Sein ( <-- Sila Click ye). Tak kisah la siapa yang dapat, itu rezeki masing-masing..Yang pentingggg....bak kata JM " We as a blogger we support each other". Yeay! (^,^)

Banner Shanghai Giveaway (Backlink merata hehehe)

Tag: julsjulie
Babe aku tag ko sebabnya hari nih ko operation, semoga dipermudahkan dan mohon rakan-rakan blogger turut mendoakan kesihatan ko juga. Kalau ko dah sihat, ko join GA nih buat tambah koleksi fridge magnet kite...kite join same2 ye haha..(<-- ouchh!!..Perasan dapat ngee).Love you..Muah!.

Wednesday 19 October 2016

Sederhana Je...

Alhamdulillah, setelah agak lama memendam rasa untuk membuat sedikit sedekah atau menunaikan niat kami selama ini...akhirnya hari ini tertunai juga. Syukur ke hadrat ilahi di atas kelancaran dalam membuat persediaan ini walaupun masih banyak kekurangan  yang mungkin tak kami sedari.

Hari ini agak penat buatku kerana sejak petang semalam aku sudahpun berpesta didapur kecilku dan berlarutan hingga ke malam. Dalam aku baring hendak tidur malam pun, otakku tak berhenti memikir untuk hari esok hahaha...Yup...memang terasa penatnya kerana aku hanya dibantu oleh Mr. Hubby dan itu pun sudah cukup memadai bagiku kerana kami ingin membuat secara sederhana dan sesimple yang mungkin.

Opss..untuk pengetahuan, kali ini aku tidak memilih rumahku sebagai pusat utama dan kebiasaannya aku menjemput keluargaku tetapi untuk hari ini aku dan Mr.Hubby membuat khas untuk staf-staf dipejabat Mr. Hubbyku. First time menyediakan untuk mereka membuatkan jantung aku semakin berdebar. Memang aku jenis orang yang cepat panik dan terlalu banyak berimaginasi kahkahkah...Banyak benda yang singgah didalam otak aku nih..masin ke lauk aku?..tawar ke?..cukup ke untuk semua...aduiyaiiii...At the end bila semuanya sudah hilang dari meja dapur aku dan dihantar sendiri oleh Mr. Hubby ke officenye... semua keresahan itu hilang tetiba. Aku redha dengan segala kemungkinan...yang penting kami ikhlas, kerana ikhlas itulah yang membuatkan semuanya sedap haha...saja nak sedapkan hati hahaha...(pasan mode!)..Yeay!


Kobis goreng telur ..menu last minute nak buat...tak terfikir pun nak buat cuma lihat ada lebihan kobis so aku goreng jer hahaha... dengan Coleslaw ala-ala kfc...siap ade rising hitam lagi haha


Nampak bawang besar bebanyak..kat bawah tu tersembunyi telur ayam hahaha...telur ayam goreng berkuah...dan kari ayam yang selalu Mr. Hubby reques utk apa-apa je majlis...hmm...lain kali terfikir nak tukar menu lain..

Nampak jer hodoh menu nih tapi sedap..betik muda tumis ke ape..aku pun tak taktau nama haha...Betik kene kisar-kisar camni...leh tahan 2,3 hari gak kalau simpan dalam peti sejuk...yummy!!



Beberapa minit sampai office..dapat msg wechat drp Mr. Hubby...Alhamdulillah...semua nampak berselera dan happy. Segala beban di bahu hilang hahaha....Selamat menjamu selera buat semua. Terima kasih diatas doa-doa anda semua untuk kami.


Tuesday 4 October 2016

BORNEO INTERNATIONAL KITE FESTIVAL BINTULU Best!

Alhamdulillah, Sabtu (01/10/2016) lepas tertunailah sudah hajat aku hendak melihat Borneo International Kite Festival, Bintulu yang berlangsung pada 28 September 2016 - 2 Oktober 2016. Seperti kebiasaannya, setiap tahun aku hanya mampu melihat gambar-gambar yang di kongsi di Facebook oleh para keluarga dan sahabat handai yang pernah datang menyaksikan Kite Festival ini dan keadaan ini membuatkan aku merasa ingin merasai sendiri suasana yang mereka lalui. 

Makaaaa.... dengan semangatnya aku mula berusaha memujuk Mr. Hubby untuk menyaksikan Festival ini kerana aku merasakan kali ini kami tidak harus terlepas menyaksikan Pesta sebegini tambah-tambah lagi diadakan di bumi kelahiran sendiri iaitu Sarawak. Dan alhamdulillah rancangan aku untuk ke sini akhirnya berjaya dan kami juga ditemani kedua orang tuaku. Syukur selalu kerana dipermudahkan segalanya hehehe...

Sejujurnya, inilah pertama kali aku menyaksikan Borneo International Kite Festival dan yerp...kepenatan 4 jam lebih untuk ke Bandar Bintulu akhirnya dirasakan berbaloi setelah melihat betapa meriahnya ruang angkasa mereka. Kami menjadi semakin teruja dengan suasana ini apabila melihat begitu banyak layang-layang dari dalam dan luar negara turut menyertai Festival ini. Aku menjadi semakin seronok melihat kehebatan persembahan daripada negara Asia yang lain. Tetiba jadi jakun pulak hahaha...Biasalah tu, perasaan tu datang dengan sendiri bak kata kawan aku haha..

Buat kengkawan yang belum pernah menyaksikan Kite Festival nih, bolehlah datang tahun hadapan atau ditahun-tahun yang akan datang. Insyaallah, aku yakin anda tidak akan menyesal setelah melihat sendiri layang-layang yang begitu cantik, bewarna-warni dan sangat unik dari segi rupa dan bentuknya ketika di Festival ini. Dibawah ini aku sertakan beberapa keping gambar buat perkongsian di alam maya, mohon maaf kerana gambar ini kurang berkualiti dan kelihatan agak jauh almaklum hanya menggunakan kamera Handphone...zoomnya kurengg...Apa-apa punnnn...aku tetap nak juga tempek kat sini. Yeay!

Pose jangan kurang...walaupun panas kami tetap nak jugak bergambar...Panas tauuu....rentung muka aku huwaaa....Dalam panas2 pun, layang-layang still dapat naik..Angin tak kuat mana punnn..hmmm

Excited muka Mr. Hubby dan Puteri tercinta hoho Lain tahun kite datang lagi yeee...ehemmm :-p

Apa tu? ('O')

Segala jenis ada, bentuk pen, pensil, ikan paus, spongebob, manusia, ikan, berbentuk hati,pari-pari, sotong dan sebagainya...Nampak kecik kann tp sebenarnya saiz layang2 tu semua agak besar....Ye

Layang-layang mula dinaikan semula setelah angin bertiup semula.

Nampak tk yang bulatan tu...rasanya daripada Johor kut...

layang-layang Lipan mula naik ke angkasa

Banyak gak layang2 kecik dijual disini..bebudak suka nih hehehe

Kalau dah tak larat nak mengadap ke langit memanjang, boleh la cuci mata sambil menyopping huhu...

Wednesday 24 August 2016

Birthday Trip

Assalamualaikum dan hai semuaaa!!!!.......aduhh..duh..duhhhh...lama sungguh aku tak update blog nih. Betapa penyakit "M" aku semakin hari semakin bermaharajalela dalam badan aku sekarang nih. Apa-apa pun aku dah kembali menjengah blog aku nih, dah kira cukup baik..ye takkk??? hehehe..

Cerita aku kali nih biasa-biasa saja... Opsss...sorry...sejak bila aku pernah buat cerita yang luar biasa kat blog nih huhuhu...Guys....baca tajuk pun korang dah tahu, jadi tak perlulah aku nak explain bagaiiii...Bila tiba Birthday anak je aku mesti nak update...Itulah penangan seorang anak. Sesibuk manapun kita sebagai ibu bapa, mesti akan cuba sedaya upaya memberikan sedikit masa untuk menghiburkan anak kita...tambah-tambah anak sorang camnih...Ehh..aku silap, bukan sebab aku cuma ada sorang anak, aku layan dia tahap dewa....Andaikata aku ada anak yang ramai pun, aku dan Mr. Hubby tetap berusaha meluangkan sedikit masa untuk anak-anak kami. Apakan daya, rezeki belum memihak kepada kami untuk mempunyai anak sedozen kahkahkah...Insyaallah, dengan izin dari-Nya, suatu hari nanti pasti puteriku berteman. Hmm...Agak-agak bila anak kita dah ada life sendiri satu hari nanti, mampu tak buat camnih utk kita? hehehe...

Dipendekkan cerita, kali ini sempena Harijadi Puteri kami.... aku dan Mr. Hubby merancang untuk membuat trip ke Bandar Bintulu dan akan bermalam selama 2 malam. Inilah satu-satunya bandar yang kerap kami lalui sebelum ke Bandar Miri tetapi jarang untuk kami singgah. Kiranya inilah first time kami menjelajah sepenuhnya Bandar Bintulu dan bermalam di bandar tersebut. Penat tak usah nak cakap, namapun drive sendiri jadi penat tu dah tak penting jika dibandingkan dengan perasaan excited kami hehehe..Walaupun kali ini tak banyak aktiviti yang kami lakukan disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan, insyallah dimasa akan datang kami akan cuba kembali dan terus mencari apakah istimewanya bandar tersebut.

Buat puteri tersayang..Selamat Hari Lahir yang ke-11 sayang. Mama dan Daddy sentiasa doakan yang terbaik untuk anakanda. Moga menjadi anak yang selalu hormatkan orang tua, solehah disamping diberi kesihatan yang baik dan sentiasa ceria selalu..Maaf ye..mama dan daddy cuma sempat bawa ke Taman Tumbina Bintulu saja sempena birthday kali ini. Doakan selalu lain kali kita lihat something yang lebih cantik hehe...Yeay!

Seperti biasa kami sambut harijadi secara sederhana sahaja dan of cozzz   bertiga seperti selalu. Tak perlu buat besar-besaran yang penting ada kek kecil and KFC haha...Alhamdulillah...itu sudah cukup membuat kami happy.



Bila puteri tersayang mendapat perhatian daripada burung-burung di Taman Tumbina Bintulu. Semua pun berebut nak bergambar dengan dia...hmmm....Birthday nih semua haiwan pakat nak bermanja dengan dia kut hehehe...


Watak kami suami isteri and anak-beranak wajib masuk blog okeyyy....

Alam Kelebar...errr...baru separuh jalan aku dah ajak patah balik...heheh..Sorry..aku kureng minat nak tengok rama-rama nih..bagi aku biasa aje hehe...


Burung kenyalang...Rhinoceros Hornbill

Welcome katanyeee....

Sunday 10 July 2016

Nostalgia RayaKu

Haaaa....Balik dari berhari Raya nih, mesti rakan blogger semua tak sabar nak "update"kan entri baru di blog masing-masing. Dan Aku?...yerp..aku juga antara salah seorang dalam kumpulan blogger-blogger tersebut hehehe..Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dan Mr. Hubby tidak mempunyai masalah soal balik beraya kerana sedia maklum keluarga belah aku cuma menyambut Christmas, jadi setiap kali Raya pastinya hanya rumah mertuaku yang menjadi pilihan utama. 
Sebenarnya aku pun tak tahu nak mulakan dari mana, sebabnya agak banyak yang ingin aku kongsikan bersama pembaca semua kerna perasaan teruja untuk mengaplikasikan perasaan dalam bentuk tulisan itu tetap ada..huh...Nampak??? keluar dah sastera aku nih hehe..aplikasi bagaiiii!!!...

Oklah, sejujurnya selama 16 tahun aku merayakan Hari Raya..tak banyak perubahan pun yang aku rasakan saban tahun cuma yang bezanya jika dulu bila aku balik rumah mertuaku, ada je arwah ayah mertua dan mak mertua menyambut kepulangan aku dan Mr.Hubby. Cakap je nak makan apa..pasti arwah ayah dan mak mertua aku akan usahakan terutama bab ikan keli dan udang hehehe... Yang paling aku tak lupa bila aku baru puji bunga yang ditanam oleh mak mertua aku tu cantik...Bila nak balik jer, mak mertua aku kasi dengan pasu-pasu sekali bunga yang aku puji hari sebelumnya...Bukan satu atau dua pasu je tapi sampai 4,5 pasu hehehe....Adeiiii...Macam VIP lak aku rasa time tu hehehe....Lepas tu aku kurangkan bab memuji takut kang semua bunga yang dia tanam dia kasi kat aku semua lak...Korang jangan ingat aku tak faham erti penat dia menanam..Cuma aku je tak mampu nak tolak sebabnya mak mertua aku nih memang tau aku tak reti tanam bunga kut (-,-)...Tapi kannn.... Best tak mertua aku?...wink..wink...(^,^). Anyway...Sayang Mak and arwah ayah sesangat. Thanks sebab terima seadanya menantu yang selalu berlagak cam minah salleh nih padahal aku pun anak kampung gak kahkahkah...sedar diri jap...Ya ampunnnn...!!!.. 

Petang dan malam Raya pula, abang, kakak dan adik ipar pula kecoh satu rumah bila sudah duduk berkumpul disatu ruang, seronok pula melihat telatah adik beradik suami bergurau senda  dengan volume yang dilengkapi dengan sound system yang aku kira satu kampung boleh dengar walaupun ketika itu aku tak faham sepatah apa pun cerita mereka..Diaorang gelak, aku pun ikut gelak...Diorang tanye apa pun, aku tetap rilex jer sambil lemparkan senyum kambing aku nih. Kalau aku dapat jawab pun macam bunyi ayam dan itik jer kot..Diaorang tak faham, lantak diaorang la time tu hahaha...Walawehhh....Aku bukan berlagak tak faham tapi serius, waktu tu aku memang perlukan "translater" cuma aku tak mampu nak bayar untuk perkhidmatan macam tu je kut( <-- ayat nge-ngada aku datang balik). Nak harapkan Mr.Hubby translatekan untuk aku, hmm...takyah laa..sebabnya dia dah seronok dalam dunia mereka jadi tinggallah aku tercungap-cungap dan terkapai-kapai sorang diri. Amboiii menjadi-jadi imaginasi aku memalam camnih ekekeke. Untuk pengetahuan pembaca, Walaupun kami duduk satu Sarawak, sama berbangsa Melanau namun dialek kami berbeza jadi tak hairanlah jika aku mengambil masa 2,3 tahun untuk memahami dialek belah suami aku. Satu-satunya yang boleh aku buat ketika berkumpul ramai-ramai begitu, aku kene gunakan formula "Frozen" kan diri aku kahkahkah... Nak hidup kene pandai ikut rentak babe, korang ingat aku sesuka guna formula camtu?? Kalau Doraemon tu benar-benar wujud, memang aku pinjam sekejap "Pintu Suka Hati dia tu untuk aku bawa diri jap kuikuikui...Tapi sekarang, alhamdulillah..setelah 16 tahun bertapa dan berguru maka aku yakin aku faham 89% daripada perbualan family husband aku walaupun dalam kepala aku nih masih berlegar-legar perkataan untuk disusun ketika menjawab. (Tepuk bahu sendiri jap sambil mejeling kat korang semua....) "Syabasss betehhh!!". Nasihat mudah daripada aku 
Kalau kau sayang suami/isteri kau, kau juga harus berusaha untuk sayang seluruh ahli keluarga dia barulah dunia and cerita hidup kau akan menjadi penuh warna warni."..Chehhhh...semua pun tahu cuma aku jer perasan aku yang create ayat tu...Ada aku kesahhhh.!!...hahaha...

Manakala anak-anak buah yang dulunya comel-comel belaka, riuhnya tak terkata terutamanya pada malam pertama Raya membuatkan aku rasa sedikit "gelihati" sebab semua pun dah pakat nak minta duit raya daripada aku walhal aku baru je nak merasa raya Nak oiii. Belum apa-apa bebudak nih dah nak mencekik aku. Berpinar gak kepala hotak aku nih memikir...Mujurlah aku selalu sediakan payung sebelum hujan..Hebat tak ilmu teka silang kata aku? hahaha... Nak sangat duit rayakannn...Apalagi...Aku kerah bebudak perempuan semua cuci pinggan mangkuk lepas makan manakala bebudak laki pula tolong kemas apa yang patut..angkatlah apa yang patut nakkk..Dah siap semua aku kasi laaa...kahkahkah..kelakar lak bila aku ingatkan balik. Manja-manja belaka diaorang kat aku ye, sampai tiap kali Raya je aku la jadi mangsa keadaan dan sasaran. Pejam celik..pejam celik....Bila umur anak buah aku nih meningkat dewasa nih, amalan meminta duit Raya daripada aku nih dah pupus...selamat akuuu!!!..hehehe. Sekarang pula anak-anak buah aku punya life sendiri. Dah tak boleh pun nak kerah macam dulu dah, nak usik pun aku kene ada limit jugak. Kang aku terover gurau ada pula yang retak seribu hatinya hahaha...Ada yang dah menjadi suami dan isteri orang, sibuk pula melayan anak masing-masing. (Haha tergelak sendiri sebab aku rasa aku nih makin tua sebabnya di usia begini aku dah ada cucu sedozen)...Sebahagiannya pula mempunyai komitmen sendiri dalam bidang pelajaran dan kerja masing-masing. Alhamdulillah, semuanya berusaha kearah yang lebih baik. Syukur kerana rezeki yang datang itu daripada titik usaha mereka sendiri. Mungkin aku tak banyak bicara, memuji atau menasihati tetapi setiap doaku pasti akan sampai pada mereka. Hmm....sungguh cepat masa berlalu, aku juga masih begini..makin bertambah lemak-lemak saban tahun haha..Ok...jgn ungkit lelemak aku!~

 Tahun nih, walaupun tak lama beraya bersama Ibu Mertua, abg,kakak,dan adik ipar serta anak-anak buahku tetapi setiap Raya tetap memberi kenangan termanis dalam hidup aku. Setiap daripada kita pun merasa ada kekosongan jika salah seorang dalam keluarga itu telah tiada, namun apa yang perlu kita lakukan cuma teruslah hadiahkan doa buat mereka yang telah pergi dan bertabahlah menghadapi Ujian Allah. Untuk Raya tahun ini aku benar-benar berusaha untuk menjauhkan sebarang teknologi terutamanya telefon bimbit dalam persekitaran aku kerana aku merasakan masa yang ada, adalah lebih afdal kiranya aku fokuskan dahulu kepada mereka yang ada didepan mata aku berbanding senarai nama yang terdapat dalam list handphone aku. Siapa tahu, aku mungkin akan menyesal suatu hari nanti kerana tidak pernah memberikan masa untuk menatap wajah-wajah kesayangan aku ataupun berusaha untuk mencipta beberapa detik kenangan lagi di hari bahagia begini. Kita takkan pernah pasti bilakah Raya terakhir kita bersama keluarga yang selalu ada dan sering memberi kenangan, senyuman, tangisan dan sama-sama pernah bersusah payah bersama kita. Aku juga percaya... yang tergambar diingatan kita lebih indah daripada apa yang tertulis di screen telefon kita. Kawan-kawan semua, gunakanlah masa yang singkat ini sebelum semuanya berakhir tanpa dapat kita ulangi lagi. Sekali lagi Selamat Hari Raya daripada Aku dan keluarga. Ini cumalah Nostalgia Rayaku...Yeay! 


Satu-satunya gambar yang aku ambil ketika hendak pulang ke kampung halaman Mr.Hubby. Ini bukanlah gambar terbaik daripada kami tetapi percaya atau tidak inilah satu-satunya gambar kami bertiga untuk Raya tahun ini..Aku dan Mr. Hubby tak punya gambar Raya keluarga seperti tahun-tahun yang lepas atau seperti yang lain kerna masing-masing enggan mengeluarkan handphone ketika berada dirumah Ibu mertua. Kami hanya menjawab panggilan masuk dan yang selebihnya kami simpan dalam memori dikepala kami hehe...Mudahan gambaran di ingatan ini lebih jelas dan mekar selalu hingga ke hari tua kami. In Sya Allah....



Friday 1 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Dah hampir masuk 3 bulan blog aku senyap...Pejam celik..pejam celik...dah nak masuk raya pun kita. Tak terasa masa tu cepat berlalu. Hmm..dalam masa aku banyak menyepi nih, banyak betul perkara yang berlaku di keliling aku mahupun pada diri sendiri. Ada suka ada pula tikanya duka melanda. Ah...lumrah hidup kita sebagai hamba-Nya..Ada masa kita diuji dan ada pula ketikanya kita melihat kaum keluarga dan sahabat handai juga tidak terlepas dari ujian-NYA. Usahlah bersedih, terkadang ujian yang hadir dalam hidup kita membuatkan kita lebih matang dan tabah agar sentiasa ada rasa redha dengan ketentuan daripada-Nya. Bukankah sebahagian daripada tanda sayang Allah kepada umatnya apabila kita didatangi pelbagai cubaan dan ujian dalam meniti perjalanan hidup ini. Bersyukurlah kerana ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

Oklah aku tak nak berceloteh panjang lebar, cukuplah aku ringkaskan saja entri aku untuk kali ini. Dengan cuma berbaki beberapa hari lagi sebelum Hari Raya menjelma, dengan rasa rendah hati...saya serta keluarga memohon maaf di atas segala salah dan silap yang tak tersengaja selama anda mengenali saya mahupun mengenali saya melalui alam maya ini. Setiap ketelanjuran kata atau kekasaran bahasa ketika bersama saya mahupun yang membaca setiap entri saya selama ini, mohon dimaafkan dan jangan disimpan di dalam hati. Yang baik itu datang dari ALLAH dan semua yang buruk itu datangnya dari kesilapan saya sebagai manusia biasa.  Akhir sekali, 
Semoga Ramadan kali ini memberi seribu keinsafan,
Semoga syawal kali ini memberi seribu kegembiraan
Dan semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu kenangan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016



Tuesday 29 March 2016

Udang Oh Udang..


Horayyyy!!!....Musim udang dah kembaliiii!!!..Lapar..lapar..laparrr!!!...
Dipendekkan cerita, 2,3 minggu nih orang kampung...saudara-mara... kengkawan semua kecoh dan berpesta sakan menangkap udang kat area aku nih. Bila dah dapat pula, semua pun pakat tempek dalam FB, Wechat, siap tayang dalam Whatapps group...cehhh....aperdaaaa...lapar tau tengok tau huwaaa....

Choiyyyy!!!.....Ingat aku nak dengar je sampai bergetar anak tekak nih?...Or tengok je sampai juling and perut aku bergema krok..krokk...krokkk (<-- sound effects tahap katak)..
.No...No..No...(<- Sambil jari telunjuk kekiri kekanan berkali-kali hehehe...).Demimu udang, aku sanggup menempah walaupun dah hampir 2 minggu baru order aku sampai. Nampak tak selera aku?..Nampak? ngeeee.....Oh ye harga kat sini RM30 untuk 1 kg Udang Besar...and RM35 untuk 1kg Udang kecik...Kira murah dari harga pasaranlah jugak sebabnya aku beli dari makcik aku je punnn...Diskaun kot, jangan jelesss...hehehe...

Alhamdulillah berkat kesabaran menunggu (syabas betehhh...sambil tepuk bahu sendiri hahaha..) akhirnya udangku sebanyak 2kg sampai dengan selamatnya di dalam sinki dapur petang semalam. Untuk 2 kg cuma 3 orang yang makan mungkin agak banyak, so aku cadang nak buat buat berperingkat-peringkat je...Cukup-cukup untuk makan bertiga..selebihnya aku simpan dalam freezer..Minggu depan makan balik hehehe......Ingat, makan benda camni, jangan over tau kang tak pasal-pasal masuk hospitallll....Kalau dah pitam tu, jangan nak salahkan udang pulak kahkahkah...
Tu je aku nak cerita kat sini...Perfect entry...Yeay!...ekekeke...


Tuesday 22 March 2016

Awadah

Dengan suhu panas yang agak tinggi dua minggu nih, aku tidak bercadang untuk kemana-mana, cukup hanya duduk melepak dirumah. Tak mampu rasanya berjemur di bawah terik matahari walaupun hanya untuk seketika..Adoiii...drama queen sungguh!... Yerp...Satu Malaysia pun merasa apa yang aku rasa sekarang...suhu panas yang melampau sehingga mampu membuatkan badan berpeluh-peluh walaupun tidak keluar dari kawasan rumah. Apa- apa pun, dengan cuaca sebegini elok rasanya kita amalkan dengan meminum air kosong banyak-banyak ye.... tak pun mandi berkali-kali sehari kahkahkah..Ouchhh!!!..sekali lagi aku berlagak seperti pakar kesihatannnn....(^,^)hehe... 

Tak banyak aktiviti yang dapat aku lakukan bila cuaca panas begini tetapi alhamdulillah cuti sekolah selama seminggu pada minggu lepas telah diisi dengan kehadiran keluarga kakakku. Hmm....suara riuh rendah disertakan dengan gelagat puteriku bersama sepupunya mula memecah kesunyian rumah milik ayah dan ibuku. Sudah agak lama kami tidak berkumpul begini ditambah dengan kesihatan anak buahku yang paling bongsu tidak begitu mengizinkan untuk mereka melalui perjalanan yang jauh dan panjang apatah lagi sebelum ini susah untuk berjauhan dari hospital. Namun begitu, berkat izin daripada-NYA, perjalanan mereka berjalan dengan lancar dan alhamdulillah anak buah bongsuku akhirnya menjejak kaki semula ke kampung halaman nenek dan datuknya untuk kali ke-2. Aku tumpang gembira melihat keadaanya yang semakin aktif walaupun masih banyak peringkat yang perlu di lalui selepas ini.


Buat Awadah(nama anak buahku ye..) Mama dan keluarga sentiasa doakan semoga Wadah sihat seperti mana kakak dan abang Wadah sekarang. Moga setiap usaha yang dilakukan oleh Umi dan Daddy Wadah dapat membantu mengembalikan kesihatan Wadah suatu hari nanti. Kita usaha...kita berdoa...selebihnya kita serahkan kepada Allah. Cepat sembuh ye Baby Wadah! Jangan selalu sakit-sakit tauu...Be strong!...We Love you so much! Yeay!.

Saturday 12 March 2016

By Your Side katanyaaa...

Dari tadi dok jeling-jeling anak yang melukis kat sebelah. Dalam hati asyik berteka teki sorang-sorang... "Haishhh!!..Bila dia nak tidur nih?.. Oooo...Mentang-mentang dah start cuti ye... dia pun pakat tido akhir gak malam nih ye huhu...Takpe..takpe..minggu nih mama beri kelonggaran."pot pet pot pettt....(Hati aku jadi murai pulak malam nih huwaaa...)

Krikk..krikk..krikk..krikk...

Sunyi pulak dunia aku bila anak senyap memanjang nih...Aku yang dari tadi mengadap kerja aku pun jadi tak selesa...tetiba boring...tetiba membatu kwang..kwang..kwang...Ohhh...Sungguh kuat penanganmu sayang!!.., Mata mama asyik nak menjeling jer...Adehhh...Dia lukis apa sampai senyap seribu bahasa...tetiba jadi kepo jap kuikuikui...Yeay!

Sempat curi-curi ambik gambar...tekun sungguh time-time camnih ..Pergi la tido wehhh..dah ngantuk nehhh...(*,*).

Jam dah pukul 11:48pm..dia baru masuk tidur..Aku pulak sibuk jer nak ambil gambar lukisan dia..Tadaaaa...cantik tak? hehe...Err...By your side katanya...(kompius jap...dia dengar ke hati aku berleter dari tadi?...Gambar pulak macam ibu dan anak..adehhh......Nak tutup laptop..Mama datang nak tido sambil hug sayang..huwaaa...sensetifff....terharu lagiii...)

Saturday 5 March 2016

Lukisan Lama Simpanan Anak

Pagi nih lepas penat hingga mata membutang mengadap screen komputer, aku pun berhajat nak rehat sebentar ( perkataan "sebentar" berlarutan hingga seharian huhu). Minggu nih memang otak aku agak bersemak ditambah pula kesihatan anak aku kurang baik sehingga pergi sekolah pun on and off jadinya. Namun alhamdulillah, nampaknya hari nih semakin aktif walaupun masih selsema dan batuk-batuk. Toleh Mr. Hubby disebelah pula, tengah khusuk menonton movie "Tomorroland" yang direkodnya minggu lepas. Hmm..entah sejak bila jiwa Mr. Hubby nih berminat dengan movie fiction ala-ala kanak-kanak camih ekeke... 

Apa-apa pun abaikan mereka berdua, hari ini aku cuma bercadang untuk mengemas rumah. Dari hujung dapur sampai ke ceruk bilik aku selak, penat tu memang penat tapi bukan selalu pun aku all out macam nih jadi kenelah bersungguh-sungguh memandangkan kudrat aku nih masih okey dan semestinya tengah rajinnnnn...Dipendekkan cerita, perkara terakhir aku nak buat ialah masuk ruang bacaan anak pula...tetiba tangan nih tak reti nak diam, nak juga selongkar almari buku budak nih. Selama nih aku tak ambil port pun tentang khazanah yang tersimpan didalam almari anak aku almaklum keadaannya kemas dan dijaga dengan elok, segala buku tersusun rapi jadi aku tak nak usik memandangkan anak aku nih orangnya pun boleh tahan bisingnya bila tahu barangnya disentuh 

Selongkar punya selongkar, terjumpa segelung kertas yang diikat dengan tali diletakkan disatu sudut didalam almari. Sebagai mama yang menjaga hati anaknya (choyyy!!..) maka aku pun meminta kebenaran dengan penuh "bergaya" untuk melihat apakah yang disimpan budak nih. Alhamdulillah "green light" diberi. Bila buka jer tali yang diikat pada kertas itu, aku terkedu...sedikit terharu..Rupa-rupanya itu lukisan lama yang aku buat ketika anakku masih berusia 3 atau 4 tahun dan sekarang dia telah pun berusia 11 tahun. Adeiii...aku tak ingat pun aku pernah buat lukisan-lukisan nih sehingga hari nih anak aku kembalikan ingatan aku semula hehe...Apa yang dia sayang sangat pada lukisan aku nih pun aku tak tahu sehingga aku pun bertanya kenapa nak simpan lukisan tu semua dan jawabnya selamba sebab inilah kali terakhir dia nampak aku bersungguh-sungguh mewarna dan melukis bersamanya. Adeiii..aku jadi sentimental...mungkin kata-kata dia ada benarnya. Mungkin waktu itu kali terakhir aku bermain dengan warna kut selebihnya aku layan dengan membaca buku bersama hehehe.. Betapa aku rasa dihargai saat itu walaupun aku tahu lukisan aku tu sememangnya hancur ( Malu mode..(*,*) ).  But guys....Nampak tak bagaimana seorang anak menghargai ibunya walaupun dia tahu kat mata orang lain lukisan tu nampak hodoh dan biasa-biasa saja tetapi pada hati seorang anak ia nampak berbeza. Pround of you Sayang. Yup...Cantik tak semestinya nampak sempurna!. Yang penting bagaimana cara kita melihatnya.

Buat puteri tersayang, meh mama tolong simpankan untuk sayang...Andaikata satu hari nanti lukisan tersebut rosak...singgahlah blog mama nih...Mama tolong simpankan untuk 1000 tahun lagi hahaha...Or..Nak ngadap tiap hari pun boleh.....wink..winkk.. (*_*)

Buat kengkawan kat luar sana..aku redha korang gelak tengok lukisan aku nih sebab hasilnya memang nampak bebudak sangat haha...Ahh....tak kesah laa sebab tujuan utama aku tempek sini pun sebab nak simpan untuk anak aku jer walaupun aku sendiri pun malu nak tenung 2,3 kali hahaha...Layan jer laaa....Yeay!..

Air terjung tak berapa nak menjadi

Hutan mana nih?..Denai ke tu?..ouch!

Gurun kot hahaha

haha...yang nih pun dia simpan...

Yang nih pun dia simpan....hehe...Lakaran yang tak pernah menjadi...Aku mmg tak reti buat lakaran manusia tapi sesaja berlagak depan anak time tu konon2 tarer hahaha...

Sunday 28 February 2016

Weh.." Dia Bukan P.L.U" dah keluar!


Nampak tak gambar di atas? Sepertinya aku nih tengah mempromosikan novel kannn?? Siapa yang suruh? Ada ke orang yang bayar aku untuk buat semua nih???. Hokolohhhh...!!!...Takde maknanya, takde siapa pun suruh aku tempek gambar tu tapi memang betul la aku separuh promot gak nih. Aku buat sebab aku rasa nak buat jer. Mentang-mentang ada kedai buku, tetiba pulak entri hari nih berkisar tentang buku. Nak buat macam mana, dah aku ngadap buku tiap hari, kenelah cerita sikit tentang buku dalam blog nih hehe..Korang layan jer dulu karenah aku nih sementara aku masih timbul tenggelam di alam maya nih. Ok la tu daripada aku tak update langsung..kwang kwang kwanggg...

Dipendekkan cerita, sebenarnya gambar diatas aku ambil daripada moment wechat anak buahku beberapa hari lepas. Dia tak tahu pun aku ambil gambar nih...alahai kalau la dia terserempak dengan blog aku nih satu hari nanti...harap buat bodo je yer dan harap pihak pengurusan jangan saman aku ye..aku sekadar ikhlas tolong mempromosikan jer disini huhu...Maafkan Aunty mu yang sorang nih yer nakk...Aunty sokong senyap2 sudaaa...tapi canang gak dalam nih hehe..

 Fuhhh....kenapa dalam banyak2 buku kat kedai aku, buku nih pulak yang aku tempek kat sini haha..Of Coz la sebab utama aku kecoh kat sini disebabkan ini karya anak buah aku. Yap...gadis yang lebih senang menggunakan nama pena Ani MJ...Karya sulung dia babeee....Seronok and banggalah pulak bila melihat hasil usaha anak buah aku sendiri nih. Ye la..bukan semua yang berbakat dalam bidang karang mengarang nih...yang betul-betul berbakat je leh lepas. Tu pun setelah melalui beberapa peringkat...Untung la kalau sekali buat terus di jadikan novel, tapi kalau dah sampai 2,3 kali manuskrip direject, disuruh buat semula, diperkemas..mau tak penat?...Itu untuk orang yang betul-betul kental and hati kering macam anak buah aku sob sob sob.

Teringat satu ketika dulu, dimana kami berdua pernah berbual di beranda rumah neneknya, berbicara tentang manuskrip yang dikarangnya. Yup aku boleh nampak jelas akan keterujaan dia bercerita tentang cerita-cerita yang dikarangnya dan ada antaranya telah pun terhasil sejak di bangku sekolah lagi. Cuma...ketika itu, dia sendiri tak pasti akan arah tuju dan kemana harus manuskripnya dihantar. Permulaan langkah yang agak kabur bukan? Dan sewaktu itu,  sudah tentu aku selaku makcik dia terus mendesak dia untuk jangan berhenti menulis dan cubalah hantar manuskrip tu ke mana-mana syarikat penerbitan yang ada. Siapa tahu diantara banyak-banyak manuskrip tu nanti, ada yang tersangkut. Adeiii...walaupun aku tak tahu tentang selok belok dunia penulisan nih tetapi ketika itu aku sudah yakin diatas kesungguhan anak buah aku nih pasti suatu hari nanti dia akan menjadi "Somebody". Nahh..hari ini dia membuktikan padaku bahawa dia telah pun berjaya memecahkan tembok yang menghalang niatnya sebelum ini. Tahniah dan alhamdulillah diatas usahanya selama ini, akhirnya Allah beri peluang untuknya merasa satu perasaan yang cuma dirasai oleh seorang pengarang buku sebenar.

Bagi teman-teman di luar sana yang gemarkan novel....bolehlah dapatkan karya sulung daripada Ani MJ bertajuk "DIA BUKAN P.L.U " secara online atau In Sya allah akan berada di pasaran dalam masa terdekat ini. Berilah peluang kepada muka-muka baru untuk menunjukkan bakat mereka, siapa tahu hasilnya ada yang lebih bagus daripada yang sedia ada. Ayat ini bukan aku reka sebab dia anak buahku tetapi aku juga mewakili perasaan penulis-penulis baru yang cuba untuk mendapat tempat di hati peminat novel semua. Sokonglah penulis lama dan baru secara adil kerana mereka sama-sama berusaha untuk sampai ditahap yang sepatutnya. Bagaimana aku tahu keadaan penulis baru? Tanyalah peniaga disetiap kedai buku yang ada di Malaysia, bagaimana sambutan terhadap buku-buku daripada penulis baru berbanding penulis yang sudah pun ada pengaruhnya. Fikir-fikirkan lahhh....Yeay!



Pesan buat Ani...tahniah daripada Aunty dan keluarga, kami tumpang gembira diatas pencapaian Ani selama ini. Akhirnya mimpimu menjadi kenyataan. Walaupun dunia penulisan ada pasang surutnya, jangan berhenti cuma disitu kerana sifat penulis sebenar takkan pernah berputus asa. Kami doakan semoga berjaya dunia dan akhirat. Amin.







Followers