Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 31 January 2012

20 Gambar Kek Pelik

Huhu..kuat betul pengaruh rancangan Cake Boss dan Fabulous Cake kat astro hari nih. Antara dua program di astro TLC yang membuatkan aku selalu teruja dan terpikat setiap kali menontonnya. Kalau la aku sekreatif, berbakat dan sedasyat mereka, agaknya sekarang dah buka kedai kek gak kut ekekeke...berangan jer lebihhhhh.. :-p Ohh tapi takpe..tengok diaorang buat kat tv je pun dah cukup..bakat aku bukan ke arah cake-cake gitu..just aku suka dan kagum dengan segala hiasan dan idea-idea yang cuba dicurahkan pada setiap kek yang dipesan. Tak semua orang punya kelebihan begitu so yang tak berbakat cam aku nih..lebih suka menghargai je kerjatangan diaorang dari jauh hehehe...

Akibat daripada rancangan tu senja tadi, malam nih aku jadi tersangatlah rajin dan mula buat blog walking hingga merantau ke seluruh dunia dalam beberapa minit ngeeee (Cehh..kalau la dapat merantau betul agaknye tak sempat ler update entry aku ni ekekeke..) Dalam aku seronok memerhati, mendalami, mencari dan menerjah...aku terjumpa berbagai jenis dan bentuk kek yang agak "PELIK". Ye..aku cakap pelik tuk faham-faham jer lah yerrr...Hadoiii...kepelikan kek2 nih leh membuatkan aku muntah hijau sebelum aku menjamah tau takkk...sanggup aku tak makan kut...geli ahhh huhu Aku tahu kat luar sana lagi banyak gambar kek yang pelik2 tapi mehlah join aku layan sama-sama gambar 20 kek pelik yang sempat aku skodeng kat wall orang sebentar tadi. Owh ye..thanks to owner pic2 nih..Yeay!



Image Sourch: Google/Yahoo Search





















Terbengkalai Lagi!

Pagi nih aku bangun penuh semangat, berhias ala-ala Mak datinnnnn sekadar untuk menambahkan colour kulit muka yang kureng bermutu ekekeke. Dalam kepala dah set nak serbu office Telekom seawal yang mungkin. Harapnya tak la ramai orang nanti ye..Ye laaa mane tahu dapat selesaikan problem aku sementara aku dah "Free willy" camnih. Kangkangan masa yang terhad sebelum nih juga menyebabkan aku sentiasa tak sempat nak jenguk diaorang...busylah sangat kununnnnnnnn!!! ekekeke... (^,^)

Image Source: Google search

Perjalanan dari tempat aku ke Office tersebut menggambil masa selama 25minit tapi aku tak terasa sangat sebab lagu "Trouble is My Friend" by Lenka sentiasa menemani aku. Sesuai dengan situasi yang aku alami hari nih kuikuikui. Bila dah parking depan pintu pagar aku sedikit hampaaaa (-,-') Haissss...Apa nihhh??? Eeeee..geramnyeee...dah 2 hari berturut-turut aku gi Telekom tu tapi buat loteh jerrr. Tak gak buka-buka oii..jam tangan aku dah kul 0930am..Hadoi laaa...diaorang nih nak keje ke tak ek? Pintu pagar asyik berkunci jer. Aku siap tunggu depan gate mengharapkan ada serpihan staff dia yang melepak kat kedai minum berdekatan nampak tapi takde gak muncul. Call office lak tak berjawab,ye laaa.. manetau ade yang dok sembunyi kat dalam time tu ekekeke.Selak kalender,hari nih dan semalam bukan hari cuti..bukan juga hari cuti umum. Cari notis-notis tepi pagar takde lak yang mengatakan office ditutup time bekerja...nak kata travelling, takkan takde sorang pun staff yang jaga office? 

Halamakkkk...korang nih..dah dua hari punggung aku berasap sebab ulang alik free jer..ingat dekat??? wawawa...menyakit hati tol ahhh.Aku nak urgent pun jadi terbengkalai balik dah kerja aku dibuatnya..Cehhh..malas aku nak berdrama swasta lebih-lebih...cuma yang aku harapkan agar dimasa akan datang, perkhidamatan anda lebih dipertingkatkan. Yeay :-s


Monday 30 January 2012

Mana butang Add a gadget?

Image Source: Google Search

Petang nih berangan nak make-up sedikit blog nih tapi hampaaaa....sungguh menghampakannnn!!!.Dalam minda nak tambah sedikit benda yang aku rasa perlu tapi bila dah click bahagian design aku jadi semakin blurrr..click lagi masih tak nampak..refresh page memang tak ada kutttt...Ampes arrr ...Mane lak perginya butang "Add a Gadget" nih?? Tetiba hilang ke atau memang sengaja dihilangkan dari box design? 

Adeii..Cari-cari tak gak jumpa..pening tol ahh camni.Nape lak format blogspot diubah suai segalakkkk sampai butang "Add a Gadget" langsung takde...hiyaaaa...kalau ginilah, sampai ke tua le tak ada penambahan dalam blog aku..berangan je la nak make-up or nak hias-hias pasnih hahaha.Mentang-mentang la dah bertukar format terus takde hak keistimewaan lak kat blog lama ek huwaaa.

Bagi yang baru nak buat blog tu jangan risau,perkataan "Add a gadget" tu ada tapi agak malang buat blog yang lama kut. Pehhh..format baru lagi dasyatlah wehhh..,tu yang aku lemau..memeningkan ye jugak ngeeee..Tapi takpe laa..lama-lama jadi biasa gak nanti tapi yang buat aku tak puas hati kat sini sebab kenapa kotak "Add a gadget" dah hilang kat box design aku..tu jeee,yang lain aku malas ambik port..Adeii la pihak yang berkenaan..pulangkanlah box "Add a gadget" tu ye,leh gak aku tempek kat blog aku nih macam-macam benda..penting tuuuu wehhh.... Diaorang reti ke aku berpot pet dalam BM nih ekekeke..Ahhh..lantak kau la labuuuu, kamus online banyak zaman sekarang hehehe...Sekali sekala nak juga buat semak kat blog aku nih ekekeke..Yeay!

Rezeki Hafiz pada Lagu Awan Nano Untuk AJL26


Yeayyyy!!..Awan Nano!!!...Hafiz jadi juara AJL26!!!..Seronoknyeeeee!!!...Bestnyeee!!!..Bangganyeeeee!!!...nyeee..nyeee..nyeeee..wowwweeeeee!!!!(^,^). Aku rasa semua blogger seluruh Malaysia atau yang dok menonton kt oversea pun tak sabar nak updatekan entry mereka semalam termasuk la aku tapi sayangnya aku tak larat nak bersekang mata lepas tengok AJL semalam..tak larat aku wehhh ngeeee.... Agaknya semua pun tak sabar nak bercerita tentang topik yang sama iaitu Juara AJL26 dimana ini merupakan satu topik gempak dan agak menarik untuk dikongsikan bersama.

Aku? Dah tentu aku happy sakan bila Hafiz dinobatkan sebagai  Pemenang Tempat Pertama Anugerah  Juara Lagu yang ke-26 ..Tekaan aku lepas tengok kesemua persembahan tersebut "sedikit" betul...kelas ko jahhhhh!!! hehehe..Sempoi habis ler Hafiz nih, aku bagi thumb up kat usaha Hafiz sebab walaupun cuma hanya mengenakan seluar sukan yang berlipat di kaki ala-ala balik dari menangkap ikan ngeeee.. rambut serabai, baju t-shirt cam pudar colournye dan berani berkaki ayam sedangkan yang lain semua berkasut kilat dan bertumit tinggi hehehe..Tak sangka lak lagu nyanyian Hafiz mampu memikat hati Juri dan seluruh penonton. Aku sendiri yang menonton pun rasa terkesan apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Hafiz..choyyy..choyyy..choyyy..tersentuh hati youuuu..feeling siotttt!!! ekekeke...Mungkin juga kerna Hafiz  bersahaja dalam corak persembahan yang aku kira nampak bersih dan simple je hehe Rasanya ramai gak penonton yang bersetuju dengan pilihan para juri bahawa Hafiz layak menjadi Juara kali ini. Juri yang memilih pun bukan calang-calang dan bukan sedikit..setambun tuuuuu,nak pertikaikan apa lak lepas ni??? Part yang paling best bila sekali lagi Hafiz menjadi pemenang Vokal terbaikkk 2011!!..Power ahhh..kau adaaa??? :-p


Apa-apa pun Tahniah buat Juara AJL26 iaitu Hafiz, 3 diva (Jac,Ning dan Shila) yang menyandang gelaran naib juara dan Faizal Tahir yang merupakan pemenang ditempat ketiga.Tak lupa juga kepada Alyah yang berjaya mendapat tempat dalam Persembahan terbaik. Nampaknya tahun nih rezeki menyebelahi korang semua. Sesungguhnya suara korang memang power-power belaka dan memang layak diberi anugerah pada malam tadi. Dan bagi peserta yang kurang bernasib baik, diharap jangan berputus asa..Siapa tahu tahun 2012 merupakan rezeki korang pulak. Teruskanlah mewarnai industri Muzik tanahair. Yeay!!!

Sunday 29 January 2012

Lirik Semua Lagu Yang Masuk Final AJL26 (Anugerah Juara Lagu 26)

Yuhuuuu semuaaaa...AJL 26 malam nih ye..jangan lupaaa!!! Hadoiii laaa dah seminggu dok tengok calender walaupun dah tahu AJL ditetapkan 29/01/2012 iaitu hari nih.<--Tarikh keramat nihhh wehhh ekeke..ampes jerr (^,^). Tapi yang bestnye aku pun turut rasa excited gak nih, mane tau artis favourite aku jadi juara malam nih ,tapi takleh ar sebut kang jadi isu lakkkk..tak sesuwaiii hokeyyyy!!! ekeke..

Walaupun dapat tengok depan tv je tapi aku tetap happy sebab dapat tengok live...liveee..liveeeee...Makacehlah kepada pihak tv3 yang sentiasa menyiarkan AJL secara langsung setiap tahun. Apa-apa pun aku tetap rasa teruja nak tengok Anugerah Juara Lagu yang ke 26 malam nih walaupun cuma bertemankan nyamuk ngeeee.... Bagaimanakah dengan persediaan 12 Finalis AJL kita, adakah mereka sudah sedia sepenuhnya untuk berentap malam nih??? kwang..kwang..kwanggg..Atau Adakah persembahan tahun nih lebih gempak daripada tahun2 sebelumnya??? Harap-harapnya begitulah ye.Takmo la nak pot pet pot pet panjang lebar..kita pun lum tau kesudahannya macam mana hehe..Tapi disebabkan aku happy hari nih..maka urat saraf jari jemariku rajin gak nak menaip segala lirik lagu yang masuk final AJL26 malam nih.Yeayyy!!



Artis: Projek Pistol
Lagu: Wanita Seluruh Dunia
Komposer: Boy Clifford
Penulis Lirik: Boy Clifford

Wahai wanita
Wanita yang berada diseluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
Kau buatku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya
Oh kau buat aku tergoda

Chorus:
Oh wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua
Wahai Permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua

Wahai wanita
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Kutuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata

Ulang chorus

Wahai wanita 
Wanita yang berada diseluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita

ulang chorus

Lagu ini lagu cinta
Untuk kamu semua




Artis:  Jaclyn Victor
Lagu: Sedetik Lebih
Komposer: Edry Abdul Halim
Penulis Lirik: Edry Abdul Halim

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang 
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku...ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Kukan terus mencintai sedetik lebih selepas selamanya
Dikala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Kubersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki didunia
Asal masih adanya kamu





Artis:  Atilia & Monoloque
Lagu: Kekanda Adinda
Komposer: Loque
Penulis Lirik: Loque

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini
 Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya





Artis:  Yuna
Lagu: Penakut
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
 Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak penah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak penah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan
ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku





Artis:  Shohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet
Lagu: Kalau Berpacaran
Komposer: Shohaimi Mior Hassan
Penulis Lirik: Shohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus
Altimet

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x





Artis:  Najwa Latif
Lagu: Cinta Muka Buku
Komposer: Najwa Latif
Penulis Lirik: Ika Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Ohh..hatiku rasa sesuatu
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Ohh..benarkah rasa itu
Bagaimana harus bersua
Kurasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada diminda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Kurasa sesuatu rasa yang ku tahu oooo
Ini cinta remajaku
San pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju ooo
Itulah cinta yang satu..cinta dimuka buku
Bagaimana harus bersua
Kurasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada diminda
Banyak tanda tanya ydan juga kata cinta 
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikkannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju ooo
Itulah cinta yang satu
Cinta dimuka buku







Artis : Faizal Tahir
Lagu: Karma
Komposer: Audi Mok/faizal Tahir
Penulis Lirik: Audi Mok/Faizal Tahir

Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersamamu
seumur hidup hanya untukmu
Menyakitkan Memuaskan dirimu

Halalkan segala makan dan minumku
Cari aku kira kau masih berani
Berdepan Realiti
Hey..hey jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Kelak kau tahu
Lewat harimu

Lima tahun dalam kegelapan
Hari ini kau bebas berjalan
Lima tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku

Dan karma kan menggambil tempat
Menjemput kau buatku
Kuharapkan kau kembali
Hey..hey..biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku

Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Akulah aku
Kini kau tahu
Lewat harimu






Artis : Alyah
Lagu: Kisah Hati
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
 Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya





Artis: Aizat
Lagu: Sungai Lui
Komposer:Aizat/Anas
Penulis Lirik: Aizat/Anas

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
selama ini






Artis: Yuna
Lagu: Gadis Semasa
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna

Oh begini rasanya cinta
berani aku lagu kan kuasanya
dan aku begitu
naif utk dirimu kerna usia
oh sekarang bukannya masa
utk kau ungkit lagi salah siapa
dan engkau terlalu ego utk diriku
kau memang begitu
bukalah mata oh
yg selama ini kau pejamkan
dan lihatlah diriku
buanglah buanglah, buanglah curiga
yang telah lama kau simpan
yg mungkin memudaratkan mu
aku mmg begitu
tetap seperti dahulu
terlalu jujur utk duniamu
kau mahukan gadis biasa
yg bisa memberikan kau segalanya
dan aku begitu
muda utk dirimu
kau memang begitu
kau mahu perubahan dunia
tetapi pada aku
kau sama saja
dan engkau begitu
ego utk diriku
kau mmg begitu
bukalah mata oh
yg selama ini kau pejamkan
dan lihatlah diriku
buanglah buanglah, buanglah curiga
yang telah lama kau simpan
yg mungkin memudaratkan mu
aku memang begitu
tetap seperti dahulu
terlalu jujur utk dunia mu
bukalah mata oh
yg selama ini kau pejamkan
dan lihatlah diriku
buanglah buanglah, buanglah curiga
yang telah lama kau simpan
yg mungkin memudaratkan mu
aku memang begitu
tetap spt dahulu
terlalu menyayangi dirimu
oh…
aku memang begitu
tetap spt dahulu
terlalu jujur utk diri
terlalu jujur utk diri
terlalu jujur utk dirimu…
oh oh 





Artis: 3 suara (Jaclyn, Ning Baizura & Shila)
Lagu: Beribu sesalan
Komposer: Kevin Chin
Penulis Lirik: Tinta


[Shila]
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang
Sunyi sepi
Juga rembulan
Dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

[Ning]
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

[Jaclyn]
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

[Ning]

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

[Shila]
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku

[Ning]
Di saat ku perlukanmu

[Jac]
Tertutup jua segalanya terhadapmu

[Ning]
Di sini ku tersedu-sedu

[Shila]
Setelah cinta pergi

[Jac]
Ku mengusung duka ini diiringi

[Ning]
Diiringi

[Shila]
Kisah janji

[Jac]
Dimungkiri

[Ning]
Dimungkiri

[Jac]
Sia-sia ku

[Ning]
Mencintaimu

[Shila]
Setia padamu

[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

[Jac]
Sia-sia ku

[Ning]
Mencintaimu

[Shila]
Setia padamu

[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku...







Artis: Hafiz
Lagu: Awan nano
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Budi Hekayat

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas
segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimana pun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihkku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku 
kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimana pun jua
Aku pelindung dirimu sayang 
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano
Serin saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimana pun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu












Followers