Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 31 March 2012

Sokonglah Earth Hour 2012


Jangan panik..Gambar nih memang takde apa-apa..dah nama pun earth hour..gelap ler jawabnye ekekeke


Yuhuuu semuaaa...Sedar tak sedar...rupanya Earth hourrrrr akan tiba sebentar lagi...!!! Hari nih 31 Mac 2012 dan dijangka earth hour akan bermula jam 8.30pm hingga 9.30pm....Wowww!!!...Tinggal beberapa minit jer lagi untuk menutup segala lampu dalam rumah.... ditepi2 jalan or kat mana2 je dalam dunia nih. Pada pendapat aku kempen seperti nih jarang sekali berlaku tambah2 kita semua diseru untuk bergelap selama sejam huhu Menarikk..tersangatlah menarik....Hebatnya idea.WorldWildLife(WWF) nih.Nih kempen global terbesar tauuu..Kau adaaa??? (^,^) Bila lagi nak join kalau tak hari nih??? huhu..

Dalam masa terdekat nih aku terfikir gak..adakah dikalangan kita sedar akan ketibaan earth hour nih atau cuma sekadar endah tak endah  je dengan berita-berita yang disebarkan 2,3 hari nih tanpa membuat apa-apa tindakan.(<--- Ni kes wat bodo kut hehehe) Hmm...Apakah respon kita semua terhadap kempen nih ye???....Alaaa..sejam tu tak lama mana..apalah salahnya kita memberi sokongan kepada kempen Earth hour 2012 nih.Bukan rugi apa-apa pun...kita cuma diseru untuk menutup lampu jee.....kan dah jimat letrik sejam  dan dunia kita pun rasa sejukkk jeee. Kita sokong beramai-ramai hokeyyy!!! Buatlah secara sukarela demi dunia kita hari nih. Yeay!!!...

Thursday 29 March 2012

Demam Secret Garden - Ha Ji Won dan Hyun Bin


Salah satu babak dalam Secret Garden


Demam korea aku berterusan hingga ke tahun nih...Sob..sob..sobbb..:'(
sedihnye aku tengok drama Secret Garden nih.Drama yang menjadi sebutan dari tahun lepas lagi rasanya....cuma tahun lepas jer aku tak berkesempatan nak menonton..Hmm..First time aku tengok drama yang hampir tiap episod buat aku rasa nak nangis jer huwaaa...Adoiii laa..emosional tol aku nih. No wonder drama Secret Garden nih meletop2 kat seluruh Asia and tak mustahil kat luar negara juga. Inilah satu-satunya drama yang aku rasa sedikit berfantasi dan penuh dengan magic tapi yang hairannya aku still leh terima semua jalan cerita drama nih.Setiap kali terlepas episod aku pasti rasa tak lengkap lak dunia nih ekeke.Thanks untuk Astro Prima (105)yang menyiarkan drama nih setiap jam 1pm hingga 2.30pm tiap hari Isnin hingga Jumaat. Kalau ulang banyak kali pun aku tak boring sebab drama nih memang cukup perfect!!!. Gandingan hebat antara Ha Ji Won dan Hyun Bin nampak serasi, sweet dan terrrrsangatlah  cuteee...cutee..cutteee..oww..aku suke sangatttt!! Kalau tak caye,leh lah saksikan sendiri drama nih ye..


Disebabkan drama Secret Garden gak aku tercari2 lagu yang menjadi OST dalam drama nih yang bertajuk THAT MAN..memang touching habis youuu...cair lak jiwa aku dibuatnya walaupun sepatah haram pun aku tak faham makna lirik lagu tu :-s. Oh ye..terserempak gak dengan versi Englishnya tapi aku lebih suka dengar versi Originalnya. Bagi aku versi original lagi menusuk kalbuuuuuu daripada versi english hehehe..Biarlah aku tak faham apa pun makna lagu nih asalkan telinga aku suka dengar dan leh buat aku hafal 2,3 baris pun dah ok ekekeke..Kannnnn "Music is the shorthand of emotion" hehehe..Jom la kita saksikan bersama-sama drama nih perhabiskan tisu2 yang ada kat rumah ekekeke..Yeay!




Tuesday 27 March 2012

Lirik Lagu Bukan Cinta Monyet Dari Tilu

First time baca tajuk lagu nih aku rasa pelik jer,tertanya-tanya gak pada diri... betul ke tajuk lagu nih camni ..rasa kelakar lakkk tapi tetap logik hehehe. Maklumlah sebelum nih tak pernah dengar lagu Bukan Cinta Monyet dari Tilu nih tapi kebetulan free sedikit jadi menapak la kat youtube seminit dua. Hmm... Perkataan "CINTA MONYET" nih bukan perkataan yang baru bagi kita semua. Alaaa...sejak aku dibangku sekolah lagi perkataan tu dah glamerrrr tapi taktau lak disebabkan lagu nih..perkataan Cinta Monyet nih LEBIH glamer ekekeke..Untuk lagu nih aku memang rasa sesuai dengan citarasa pemuda pemudi zaman sekarang yang lebih sukakan sesuatu yang simple,selambe dan direct kickkk ekekeke Susunan muzik,penyampaian lirik dan melodinya pun tak terlalu berat..orang kata "cukup2" tapi memang berkesan.Kesimpulannya..lagu nih memang best bagi aku dan punya keistimewaan tersendiri dan sesuai dengan lengok suara Mira.Tak mustahil lagu ini akan menjadi hit dan siulan dimasa akan datang. Oh ye Mira Tilu memang cute dalam videoclip tu...kalau nak tengok videoclip Bukan Cinta Monyet ni, rajin-rajinlah gi youtube ye tapi kalau nak lirik..aku memang dah tempek kat entry nih hehehe...Jom kita layan lagu dari Tilu lak..Bukan Cinta Monyet hokeyyyyyyyyyy!!! (^,^) Yeay!



LIRIK BUKAN CINTA MONYET - TILU

CINTA MONYET..
CINTA MONYET...
CINTA MONYET...

KAU RAYU AKU 
KAU KATA KAMU CINTA
AYAT-AYAT CINTA DARI MULUTMU MENGGODA
SEDIKITPUN ENGKAU TAK KENAL AKU
TAPI MAHU-MAHUNYA KAU RAYU DIRIKU

KU TAK MAHU..
TAK MAHU..TAK MAHU..
KU SAKIT HATI
KU TAK BISA...
TAK BISA...TAK BISA...
ENGKAU BOHONGI
CINTAKU BUKAN...CINTA MONYET LAGI...
CINTA-CINTAKU BUKAN CINTA-CINTAAN

KAU KATA CINTAMU SETINGGI LANGIT ITU
KAU KATA CINTAMU LEBIH DARI CINTAKU
SEDIKITPUN ENGKAU TAK KENAL AKU
TAPI MAHU-MAHUNYA KAU RAYU DIRIKU

KU TAK MAHU..
TAK MAHU..TAK MAHU...
KU SAKIT HATI 
KU TAK BISA..
TAK BISA..TAK BISA..
ENGKAU BOHONGI 
CINTAKU BUKAN...CINTA MONYET LAGI
CINTA-CINTAKU BUKAN CINTA-CINTAAN

SUKA MESTILAH SUKA
CINTA MESTILAH CINTA
CINTAKU BUKAN CINTA-CINTAAN

CINTA MONYET...
CINTA MONYET..
CINTA MONYET...

KU TAK MAHU...
TAK MAHU..TAK MAHU..
KU SAKIT HATI
KU TAK BISA...
TAK BISA..TAK BISA..
ENGKAU BOHONGI
CINTAKU BUKAN..CINTA MONYET LAGI
CINTA-CINTAKU BUKAN CINTA-CINTAAN


Saturday 24 March 2012

Madah Dan Mutiara Kata 1

Hari nih aku bermain dengan photoshop dan membuat beberapa gambar latar yang simple dan ringan melalui brush2 yang ada. Dengan berpandukan gambar2 itu dan kelapangan masa yang ada, timbul idea untuk cuba mencipta dan membina semula beberapa kata-kata semangat yang selalu bermain diingatan dan aku baca suatu ketika dahulu. Mungkin ada diantara kata-kata ini pernah anda baca dan aku tak nafikan adanya persamaan itu. Apa yang pasti...Sesiapa pun boleh bermadah kerana melalui kata-kata sebegini, ia mungkin dapat membantu anda dan mungkin juga akan membuatkan kita berfikir sejenak. Jadi tak salah rasanya untuk aku berkongsi dengan peminat2 mutiara kata pada entry kali nih.Oh ye..buat permulaan, aku cuma publishkan 6 gambar..insyaallah aku akan buat lagi lain kali....Yeay!.








Thursday 22 March 2012

Handmade Pizza Aku

Yummyyyy!! Handmade Pizza!!! Homemade Pizzaaaa...Yeay!..siap dah 3 pizza akuuuuu....Hmmm...Aku pun tak pasti pizza apa aku buat ni tapi nak namakan pizza nih Pizza Tuna jer laa sebab bahan2 pun banyak guna tuna je..mudah keje aku kannn.Alaaa zaman sekarang nih semua disediakan,tunggu kite je rajin nak buat or tak je hehehe..


Nakkk ke??? ekekeke...(<--ayat ajak-ajak ayam kut ngeeee..)Pagi nih aku tersangatlah bersemangat bila masuk dapur.Dari malam tadi asyik datang perasaan nak cuba buat pizza tuna pula,kebiasaannya aku buat pizza sayur jer. Rasanya mestilah ada beza..takkan kita buat pizza sayur rasanya macam pizza seafood lak...agak-agaklah woiii..wakakaka Ohh..ini bukan kali pertama aku buat pizza cuma mungkin kali pertama aku buat dirumah nih kut. Kebetulan bahan2 didapur pun lengkap untuk aku buatkan pizza so dengan kelapangan masa aku hari nih,maka aku pun mula mengerah sepenuh tenaga membuat pizza. Maklumlah,dohnya kena diuli so kenelah bersemangat sikit untuk buat2 benda camni..semua kene guna manual.Kalau malas,korang gi la kedai Pizza Hut..tapau 1 pizza pun ok gak..Kalau yang suka merungut pasal harga pizza tu..korang try la buat sendiri yee.. huhu 

Nak kata pizza aku nih sedap..tak la sedap mana cuma part yang selalu buat aku tak puas hati ialah bila doh aku tak berapa nak menjadi..Iskk...dah brapa kali mencuba tapi lum perfect lakk..erkk..maaf...yang nih hampir2 perfect ye..cuma aku nak lagi PERFECTTTT...jangan lak cakap No Body Perfecttt kat aku...ayat skema tuuu...haha..ampesss...Tak apalah kalau kali nih lum mencapai standard aku,lain kali aku cuba lagi ye..mana tau jadi selembut "Bread" lak nanti ekeke..Yang penting kita belajar dari kesilapannnnn..What kesilapan???..ayat nih macam mengingatkan aku pada bahan2 doh aku pagi tadi..Errr..brapa banyak tepung lak aku guna kali nih ekk?? kwang3x..Ahhh..tak kisahlah..yang penting pizza aku ada ciri2 pizza yang selalu dipromot kat tv tu (^,^)...Yeay!

 Pizza paling last aku buat, still menapak dalam oven..Proses Pencairan cheeseeee hehehe

 Ni lah satu2nya pizza aku yang berbentuk segiempat..Almaklumlah..acuan aku nih kebanyakkan segiempat so aku guna apa yang ada je...rasanya tetap sama babeee..takde beza walau acuan tak ada kreteria acuan pizza ngeeee...Owhh..rentung sikit cheese aku..terkezut aku..terlebih set time hahaha..tapi cheese jer yang camtu..yang dohnya ok jerrrr..yumm..yumm..yummm...

Sorry guys..yang nih aku dah siap potong..acuan bulat yang comel jerr..kerat pun kecik2..kiranya dapat makan 2 minggu wakaka..ampesss..camtu lak dahhh..nak buat berkulat ke???...hehehe..opss..pizza yang hilang tu ada aku simpan dalam perut aku..jangan risauuu..mak aku selalu cakap..."chef kene rasmi dulu maaa" ekekeke...


Wednesday 21 March 2012

Ranking Berubah

Dua hari nih aku asyik tertanya-tanya pada diri, apakah puncanya entry yang aku post tak sampai setengah hari begitu mendapat sambutan dalam masa 24 jam?..Yang aku lagi pelik, entry tersebut mampu mencantas kedudukan entry2 lama yang  sememangnya aku tahu tahap "hit"nya dan sekaligus mendapat kedudukan teratas dalam ranking entry2 aku??? What???..Ranking entry berubah mendadak??? Apakah puncanya? Apa yang aku tahu..ayat aku tak power mane cuma tempek2 gambar jer then publish..Errr..camne tu?? Blurrr..blurrr..blurrr..cam ada alien lak dalam perut dibuatnya (*0*) 

Owww..Sungguh Unbelieveble!! Errr..Seram sejuk aku dibuatnya tambah-tambah bila meneliti pembaca yang keluar masuk blog aku dalam sejam dua cecah hingga berpuluh penggunjung. Mungkin aku patut berbangga dengan entry tersebut kerna mampu menarik pembaca dalam sekelip mata tapi dari sudut lain aku tetap berasa gerun hokeyyy!!...tersangatttlah gerunnnn.. Satu-satunya perkara yang jarang berlaku pada blog aku walaupun keadaan yang sama pernah aku lalui suatu ketika dulu tapi dari segi logiknya entry dulu aku leh terima kenapa angka yang keluar masuk tu jadi begitu.Tapi yang ini sedikit mengelirukan aku..musykil pun ada gakkk. Malah kata kekunci yang digunakan langsung tak berkaitan..weird ahhh!! 

Inilah maksudkuuuu ye..angka tu baru semalam..lum campur yang hari nih ekekeke..

Hmm..mungkin hari ini apa yang boleh aku katakan bahawa aku patut bersyukur dengan kehadiran pelawat blog aku yang semakin bertambah.Kebiasaannya aku hanya meletakkan target minimum sekurang-kurangnya 100 orang untuk seminggu maklumlah blog tak glamer mane tapi jika angka itu aku dapat dalam sehari mugkin aku boleh katakan bahawa itu bonus untuk aku terus berblog dan kehadiran pembaca2 turut memberi aku semangat untuk terus mengupdate entry2 baru.Terima kasih untuk sokongan anda semua yang pernah singgah ke blog ini.Yeay!




Tuesday 20 March 2012

Nostalgianya Sarikei

Hari ini berlalu dengan pantas dan perjalanan ulang-alik dengan menggunakan Bot Express ke bandar Sarikei agak memenatkan namun syukurlah kerna selamat pergi dan kembali.Alhamdulillah segala proses temujanji juga berjalan dengan lancar dan di entry kali ini aku lebih suka bercerita tentang perasaan aku bila kembali ke Bandar Sarikei hehehe..


Perjalanan pendek terasa sangat bersejarah.Inilah saat pertama kali aku menjejak kaki ke bandar Sarikei semula, setelah agak lama aku tidak kembali sememangnya memberi sedikit impak terhadap perasaan aku.Aku ingat lagi,aku dan keluarga meninggalkan bandar itu sewaktu aku berumur 15 tahun dan separuh daripada zaman kanak-kanak dan remaja aku bermula di situ.Hmm...Apa yang boleh aku katakan bahawa,Bandar itu sememangnya memberi aku seribu satu kenangan yang aku sentiasa ingat hingga kini. Disitulah bermula kenangan manis dan disitulah juga bermula kenangan pahit untuk family aku.Setiap kali kakiku melangkah pasti aku merasakan bahawa di  setiap jalan-jalan atau lorong-lorong itulah tempat aku dan adik beradikku berlari-lari..Satu perasaan yang membawa aku kembali ke zaman kanak-kanak. Terpandang wajah2 yang pernah aku lihat ketika zaman kecilku juga mengingatkan aku bahawa sememangnya masa begitu cepat berlalu hingga menelan wajah yang dulunya licin,sekarang nampak agak berkedut.Ayat aku nih macam hidup nih sentiasa muda lak kannn..hehehe...Tapi apa2 pun...aku boleh melihat perubahahan yang besar pada bandar dan penduduk itu sendiri sememangnya agak ketara...tersangatlah jauh berbeza. Kalau dulu aku lihat pembangunannya agak slow dan sekarang..hmmm..perubahannya mampu membuat aku mengukir senyuman dibibir hehehe...Owhhhh..tapi yang pasti menjejaki tempat lama lebih membuatkan aku rindu akan kenangan2 lama..rindunyeeeee... huhu...Wahhh..malam ini aku jadi sedikit sentimental ekekeke..layan jer laaaa

Tapi hari ini apa yang membuat aku lagi happy bilamana aku berjumpa salah seorang bekas "Classmate" dan "Bestfriend" aku dulu yang selalu aku panggil dengan nama "As". Pertemuan yang tak dirancang, tak diduga dan tak terlintas difikiranku waktu itu.Pertama kali terpandang aku terus mengenalinya.Hmm walaupun aku dapat melihat perubahan yang aku rasa agak cute hehe..Alaa..dah masuk angka 3 series takkan takde berubah lak ekekeke...Tapi itu tak mengapa kerna masing2 ada hak dan gaya tersendiri..who cares???.Apa yang penting,hari ini merupakan hari yang bertuah buat diri aku setelah 17 tahun tak berjumpa dengannya dan akhirnya hari ini Allah pertemukan kami semula di Kedai makan Ibunya.Wow...sesungguhnya aku menjadi sedikit teruja selepas pertemuan itu  hingga aku terkenang-kenang bila duduk didalam bot express.Memang benarkan kata orang "Dunia kita nih kecil je,putar2 kat situ juga", jadi tak payah pening..kalau bukan hari ini..insyallah esok lusa kita akan jumpa juga..Jadi untuk kenangan, perjalanan aku tak lengkap sekiranya tiada gambar..meh kita tengok sama2 gambar yang sempat aku ambil.Yeay!

Lorong nih merupakan lorong favourite mak aku suatu ketika dulu..kawasan nih dipenuhi dengan baju2 dan kain2..still aku leh nampak fenomena itu hehe.

 Bangunan nih dah wujud ketika kami masih dibandar nih,kawasan bermulanya penempatan deretan kedai2 baru ketika zaman tu..Kalau tak silap disitulah tapak Fun Fair terbesar time tu..Royal London Circus gituuu hehe..tapi sekarang dipenuhi dengan deretan kedai2 dah...

 Dewan Suarah yang menjadi tempat konsert2 dan acara2 rasmi berlangsung..tempat aku berkejaran pun ye jugakkkk..huhu

 Aku baru tengok perubahan yang nih..agaknya dah lama dah wujud kut cuma aku jer baru tengok hehehe..Nih Terminal Bot2 dan Express2 berlabuh.

 Menara jam dan deretan kedai2 lama..Tempek2 bunga lak kat menara..dulu colour kuning jer ekekeke..sekarang muralnya lebih..dasyat youuu hehehe..

 Market Ikan2 kering..lokasi favourite mak dan ayah aku gak.Sempatlah juga beli ikan kering ekekeke...

 Nih gambar bahagian belakang Dewan Suarah...Pehhh..teringat zaman bebudak..tingkat bawah tu la tempat aku selalu tengok anak2 ikan koiiiiii..kolam ikan bawah tangga huhu

Taman permainan tempat aku dan kakak2 aku selalu bersantai petang2..zaman tu macam ada kejutan budaya je..pantang petang terus gi taman,maklum benda baru kene try maaaa ..nak tengok orang mancing pun ye gakk..orang dating tu takyah cakap laa.. huhu

  Ni haaa..lagi satu gambar yang sama..Trademark bandar nih ialah Buah Nenas ye..sebab tu dapat tengok Nenas Sarikei besar gedebakkkk pacak kat situ..

 Kalau dulu aku tengok berlambak bot2 express kat wharf nih..bunyi hon bot express pun tak henti2 berbunyi... Tapi sekarang cuma ni jer yang ada..tu pun last express yang aku nak guna untuk patah balik ke kawasan aku kwang3x..mana gi nya express ke Bintangor?Sibu? dan sebagainya..Agaknya sekarang guna jalan darat lagi dekat kut sebab tu semua pemandu bot2 express kene cari kerja lain dan akhirnya wharf pun jadi sunyi..

 Sepatutnya disebelah parking kereta tu ada 2 lagi flat tapi nampaknya dah dirobohkan..Aku leh tengok cuma ada 3 flat je lagi tinggal dan yang tinggal itu adalah semua kenangan2 lama hehehe..Q123 <--angka keramat hehehe

 Tu Wisma Jubli,kiranya bangunan tertinggi di bandar Sarikei.Percaya tak aku pernah berada ditingkat teratas bangunan tu iaitu berdiri di tiang penyambar kilat kat bangunan tu sebelum siap dicat sepenuhnya. Alaaa..zaman bebudak siapa pun tak leh halang kemahuan naluri" ingin tahu" tu...Yup seram sejuk tu tetap ada sebab bila pandang ke bawah rasa berderau darah dibuatnya hahaha..Tapi aku naik pun ditemani ayah aku sendiri,orang awam yang "kepo" ekekeke..Dialah yang selalu bawa aku jogging sambil bersenam di tangga wisma tu..turun naik tahap rasa pancit sampai buruh binaan dalam bangunan tu pun tension tengok kitaorang meyibuk jer hehe....

Flat pertama yang masuk ke simpang Jalan Berek...

Aikkk..seingat aku kat sebelah kedai tu ada satu stadium bola keranjang/bola tampar...Mana ginya stadium tu ekk???..ker aku tak perasan time jalan2 petang tadi? Ke dah dirobohkan? errr..camne leh tak pasan lak hehehe..

Jalan shortcut ke tengah bandar..opss..lihat kedai lama kat seberang tu....Tu la kedai basikal tempat aku dan kakak2 aku selalu pam tayar dan repair basikal kalau ada problem..Taukey dia baik toll..kekadang kalau repair tak nak dibayar hehehe..Sampai sakarang masih gak berjalan bisnes dia..bagus2 hehehe

 Jalan Masuk ke Dewan Suarah Sarikei..depan nih takde perubahan..masih cam dulu jeee...kuikuikui


Nota: Thanks kepada Amir Hamzah yang memperbetulkan Nama Wisma Pelita ke Wisma Jubli. Maaf ye kengkawan semua..silap aku kerna time bebudak dulu aku suka sebut wisma tu wisma pelita sebab diaorang buat bangunan tu siang malam sampai lampu yang menyuluh tiap tingkat tak tutup2 dari start matahari terbenam sampai ke subuh..ekekeke.....Tua dah rupanya aku nih sampai leh salah ingat... huawaaaaa....Hadeiii..camne leh aku tak hingattt nih?? siot jerr ahh.. :-s




Sunday 18 March 2012

Kucing Dalam Bonet Kereta

Malam nih tidur agak lewat,lum ada tanda2 megantuk walau aku merasa sedikit letih.Mungkin perasaan aku agak terganggu malam nih ataupun fikiran pun masih runsing memikirkan sesuatu yang aku takleh ungkapkan dengan perkataan.Tambah2 terkenangkan aku dan Mr.hubby terhidu bau asap yang mungkin akibat litar pintas yang kami sendiri tak pasti dari mana puncanya.Dah agak lewat untuk meyelongkar
atap rumah tapi Mr.Hubby tetap memanjat demi keselamatan kami.Thanks Mr.Hubby!

Lagi aku runsing bila kereta aku lak wat hal..eee geramnya,masa aku nak guna, dia lak nak wat hal.Goshhhh!! What a bad day!! Tak boleh start! Tak lain tak bukan masalah bateri lagilah nih!!!
Alasan yang kukuh hokeyyyy...sebabnya aku tinggalkan dia terkontang kanting depan rumah kerna balik bercuti 2,3 hari lepas.Buat aku lagi terkejut bila buka Bonet kereta,aku melihat seekor kucing dok meniarap atas enjin kereta..Ye hidup lagi kucing tu,dok bersembunyi kut...Aikk..camne leh masuk situ? Kucing sapa lak berani bersantai kat enjin kereta nih? Ewww...Bagi aku ini bukan perkara lucu tapi agak menyeramkan.Bayangkan kereta aku leh start tadi, kalau aku bawa keta tu meronda keliling kawasan aku..halamakkkk..what will happen to that cat?Agaknya hancur kat situ gak kut sebab kepanasan uwaaaaa..menakutkan..sorry guys..aku suka imagine tahap alien sebab tu takleh imagine yang comel2 huhu...

Ahhh..malas aku nak memikirkan..baik kita cuba tidur...Jom apa tunggu lagi,malam pun masih panjang lagi.Jom..kita sama2 merehatkan minda kita semua Yeay!

Friday 16 March 2012

Program ke Bandar Sarikei

Fed-up tol ahhh!!!..Baru aku nak bernafas beberapa hari nih,tetiba dapat panggil tengahari tadi suruh aku travel ke Bandar Sarikei pulakkkk!!!!..What? Gi Bandar Sarikei?? Emm..dah lama aku tak jejak kaki ke bandar tu, zaman kanak-kanak dan remaja aku bermula disitu.Walaupun kenangan aku banyak disitu dan mungkin kedatangan aku kebandar itu juga akan menggembalikan segala ingatan lampau tapi ia tetap merosakkan mood cuti dan moodku hari ini kerna bukan masanya untuk aku memikir soal2 "travelling" lagi.

Lagipun ini bukan masa yang sesuai untuk aku travel tambah2 cuti sekolah akan berakhir hujung minggu nih dan sekolah akan dibuka semula minggu depan.Wohhhh yang aku lak  kene travelling semula hari Isnin nanti.Adusss..semak lak kepala aku memikirkan program macam "Bidan Terjun" nih..Kalau aku tak menggenangkan yang aku perlu uruskan segera,takdanya aku nak pergi dalam masa terdekat nih ..Takpun kalau wakil leh diterima,memang dan2 aku hantar wakil aku jer jumpa diaorang tapi apa nak buat,aku kene tunjuk muka gak..Layan jer laaaaaa huhu

Yang geramnya,nape tak suruh aku gi cawangan kecil diorang jerrr, senang cikit aku dibuatnya..merantau pun tak jauh mana..kira dekat ar jugakkkk.. Hmm..ada2 je program mengejut bulan nih,tapi tak apalahhh ...agaknya bulan nih memang memerlukan banyak tenaga dan masa aku untuk bergerak ke serata pelusuk tempat..Penat tu takyah nak cakap tapi tak apalah,asalkan perjalanan aku selamat dan segalanya berjalan dengan lancar pun aku dah cukup legaaaaa....Buat masa ini aku kene set dalam kepala yang aku travel sambil melancong,baru kepala tak semak ekekeke...Yeay!

Thursday 15 March 2012

Aktiviti cuti

Alhamdulillah,beban yang aku rasa terrrrsangat berat 2,3 hari lepas kini beransur hilang.Segala benda yang menyemakkan kepala aku seminggu dua nih tidak lagi mengganggu fikiran apabila tugasan aku selesai. Jadi buat masa ini aku leh berehat dan membayar semula masa2 rehatku hehehehe..What a lucky day..Mr.Hubby turut menggambil cuti setelah lama tak beristirehat bersama family dan mungkin juga faktor keletihan menjadi driver aku  hari isnin lepas juga turut menjadi alasan ekekeke..Apa nak buat,hanya
dia saja yang boleh aku harapkan untuk melancarkan segala perjalanan tugasanku hehehe..

Hmm..cuti yang diambil tidaklah lama tapi rasanya cukup untuk kami singgah di kampung halaman aku dan bermalam sehari dua.Walaupun ibu tercinta masih syok melancong dan bershopping sakan di KL selama beberapa minggu,itu tak mematahkan semangat aku untuk menjenguk ayah dan adik2 dikampung.Tak mengapalah,biarkan ibuku bercuti sepuas hati dia,2 minggu lagi balik la tuuu.....lagipun ayah aku kan ada kat kampung hehehe..

Bila tiada ibu menemani,terasa sedikit perasaan kosong dan suasana rumah pun terasa berlainan, tapi untuk menghilangkan rasa itu maka aku bercadang hendak mengikut ayah dikebun pula untuk mengisi masa terluang yang ada.Sudah semestinya aku heret Mr.Hubby dan puteri tersayang bersama-sama.Lagi baik aku melepak dengan ayah dikebun sambil berbual-bual dari aku terperap kat rumah ngadap dinding lagi ekekeke..Aktiviti 2,3 hari nih tak la banyak mana tapi aku tetap rasa gembira kerana sedikit sebanyak aktiviti ini mengisi hari2 cuti kami 3 beranak..Alaaa..bukan selalu pun dapat enjoy di kebun,lagipun aku suka
dengan suasana tenang dan damai chewahhhhh...Puteri aku pun apa kurangnya bila dah jumpa 2 orang "Unclenya",happynya dia sampai tingkahnya pun payah untuk aku tegur hehehe..Namun aku lega sebab hilai tawanya sedikit mengubat rasa stress dan keletihan minda minggu nih.Yeay! (^,^)

Amboi puteri aku nih,ngalahkan mama dia pulakkk
 
 Mr.Hubby mencedok pasir yang melimpah akibat hujan lebat..kerja keras nampakkkk??

 Siapakah gerangan orang yang memanjat ini? ekeke...Tak ada galah panjang untuk panjat Pokok Petai,guna bantuan pokok rambutan pun jadi lah

 wohoooo...mari2 beli petaiiii..apssss..ini terbaekkkk dari kebunnnnn yeeee..

Ready nak buat sambal petai..yummmmmm...yummmmm

Monday 12 March 2012

RH Hotel Sibu Selesa

Satu hari yang sangat meletihkan, selepas berkejar ke sana kemari dari pagi hingga ke petang akhirnya malam ini aku dapat merehatkan diri dan bersantai2 depan laptop.Hmm..malam nih aku malas bercakap tentang perkara yang sama tapi lebih tertarik untuk menempek beberapa gambar just untuk suka-suka disamping sebagai rujukan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke negeri Sarawak terutama ke bandar Sibu.Bagi pencari2 hotel tu leh la megadap seminit dua gambar yang cuba aku tayangkan dalam entry aku kali ini.

Pandangan pertama aku pada hotel nih nampak agak cool dengan ruang bilik yang dihias agak simple..sesuai dengan tema dan harga yang dikenakan.Dan aku leh syorkan bahawa hotel ini sesuai bagi pencari hotel yang ingin mencari sewa bilik berbajet sederhana dan selesa.Untuk bilik yang aku gunakan nih mungkin leh masuk 4,5 orang kut tapi kita orang bertiga jer kuikuikui.Cuma apa yang membuat aku agak pelik ialah bilamana Hotel yang bertaraf 3 atau 4 bintang begini tidak disediakan peti sejuk kecil yang kebiasaannya aku leh nampak disetiap hotel2 yang pernah aku stay sebelum nih hehehe.Tapi takpa laaa..cara pengurusan,pentadbiran,hiasan dan kelengkapan bagi sesebuah hotel nih  mungkin tak sama.Lain hotel lainlah kemudahannya ye takkkk?? hehe Kalau nak try hotel nih leh la gi RH Hotel Sibu ye..takde kaitan pun ngan aku untuk promot2 nih tapi just untuk sharekan pandangan aku jer dan untuk Hotel nih aku bagi markah 7/10 hehehe..Yeay!


 Nampak sempit je dalam gambar nih tapi sebenarnya agak luas ye sampai puteri aku leh jer berlari2 anak hehehe

Keadaan bilik mandi dan tandas,,,..opsss..bathtub belah kanannya aku tak capture.ye..malas aku nak meyelongkar lebih2 huhu

 2 katil Queen saiz yang aku kira agak selesa 

Benda nih saje aku tempek sini ekekeke

Keadaan tempat letak kasut, Tempat gelas air dan almari gantung bersebelahan dengan pintu masuk..Ruang yang agak sempit tapi aku rasa sebesar nih pun dah cukup,bukan lama pun nak stay sini ye takkkk...

Kedudukan Tv dan meja yang strategik ngeeee

  
 Pemandangan sebelah siang dari tingkat 6 dari bilik tempat aku stay

 Ni pulak keadaan waktu malamnya yang dipenuhi lampu2 bergemerlapan ..

Pautan Hotel lain

Hampir Selesai

Now at Sibu pulak!!!...Pehhhh..Hari nih bangun seawal jam 5pagi...cian puteri aku tauuu,time2 cuti pun kene bangun awal huhuMata aku apa kurangnya juga subuh nih,biasanya akulah paling awal bangun tapi hari nih aku betul2 rasa tak larat.Mungkin cuaca hujan sepanjang malam membuatkan tidurku tak lena hingga mengganggu mimpi-mimpiku huwaaaa Dalam aku rasa macam nak patah pinggang dok berjam2 dalam kereta dan kepala rasa ada tanda2 nak migraine tapi aku harus melupakan hasrat aku untuk berehat seketika.Masa untuk check-in ke RH hotel juga terpaksa dilewatkan,nasib lerrr huhu Mr.Hubby pun leh tahan drive kereta pagi nih,ngalahkan nak gi racing sampai tahapaku sound direct dari tepi ekekeke..

Nahhhh...sampai je sibu aku tak nak buang masa terus ajak Mr.Hubby ke destinasi pertama yang aku nak tuju ekekeke..Sesaat aku jadi kejam tanpa memikirkan perut yang tengah memulas meminta diisi..hadeiii..lupa nak breakfastlah pulakkk!! Apa nak buat,dalam fikiran aku time tu cuma nak semuanya selesai dengan cepat. Aku biarkan Mr.hubby dan Puteri aku terkebil2 dan terkontang-kanting ditempat
duduk menunggu sementara aku sibuk menguruskan urusan aku pulak.Penat minda aku menjawab soklan2 yang dikemukakan tapi yang lagi buat aku tersentap bila semua guna BI.Halamakkk..inilah masalahnya bila berhadapan dengan bukan bumiputra semua dok "speaking londonnnnn"..
kecut perut aku dibuatnya hahaha..What to do ehyyyy..english aku nih "KELAUTLAH" pun ada gak dan kekadang lari dari "TEMA" pun ada gak wakaaka Tapi untuk masa-masa tertentu aku masih leh faham dan reti menjawab hokeyyy!..Takde la bengap sangat sampai tak faham apa2..Rugi jer sekolah berbelas tahun kalau satu perkataan english pun tak reti nak guna huhuhu (<--ayat angkat bakul sat walau ku sedar tak setarer Kakak dan abang ipar yang dok mengajar english di sekolah2 dan maktab2..kau ku seru gakdisini kuikuikui)So anak2 kat luar sana,aku nak ingatkan kat korang semua.Dalam kita belajar bahasa ibunda dan rasmi negara kita,perlu gak cuba belajar bahasa asing supaya kita leh pergi lebih jauh..Ingat ye "Kita berjalan melangkah ke hadapan, bukan jalan megundur untuk lebih kebelakang" So sementara ada masa untuk belajar,teruskan belajar..jangan berhenti..tak pandai semua takpe,asalkan kita faham sikit pun jadi laaa.Kita takkan tahu apa yang berlaku dimasa hadapan so kene selalu sediakan payung sebelum hujan hehehe..berceramahlah pulakkk!!

Apa-apa pun aku tetap happy sebab proses yang memakan masa hampir 2 jam bertentang mata dengan pegawai2 tadi telah selesai dengan penuh rasa puas hati walaupun pada awalnya ada sedikit masalah dibahagian pentadbiran..owhh..legaaa sesangat bila semuanya hampir selesai.Manakala episod untuk petang ini dan esok tak tahu macam mana la kesudahannya tapi harapnya taklah selama hari ini,kang muntah darah aku dibuatnya hahaha Yeay!!!

Nota: Aku geram dengan Pegawai lelaki pertama sebab buat kerja sambil lewa,hendak je aku hempok dengan file2 yang aku bawa. Tapi aku bagi thumb up kat pegawai wanita kedua yang menguruskan segala kerja aku dari A sampai Z dengan cepat dan lancar walaupun terpaksa call sana sini dan beri penerangan berjam2 yang aku kira leh diterima dan difahami huhu..Nasib baik pegawai wanita tu menyelamatkan mood aku pagi nih,kalau tak ada aku bagi direct kick kat manager dier wakakak..<--ayat sedapkan hati lagiii hahaha

Sunday 11 March 2012

Minggu Merapu

Goshhhh..orang lain berhujung minggu dengan bersantai-santai depan tv, gi meyopping sakan tak pun rilex sepanjang hari dengan tidur tapi aku lak tak habis2 berketak ketok jadi burung belatok depan laptop mengarang itu dan ini sampai 2,3 keping huhu..Bukan juga maksudnya aku buat kerja last minute tapi sebenanya masa tu memang suka mengejar aku kut hahaha..ampes jerrr..wekkkk!!

Penatnya minda aku hari nih,sesungguhnya aku memerlukan beberapa minit untuk merilexkan keserabutan kepala aku saat ini dan caranya ialah membuka entry baru dengan merapu sebaris dua kata sebagai penenang hati hehehe..Dalam aku gelisah tapi tetap tersemat rasa happy sebab ini adalah proses terakhir sebelum semuanya berakhir. Kalau tak sebab emergency dan memikirkan aku harus readykan semua maklumat dan statement yang berkaitan untuk aku mengadap muka-muka "Tok Guru" dalam 2 hari berturut2 akan datang bermula tengahari esok, takdenya hujung minggu camni aku nak ngadap kertas2 yang penuh dengan huruf dan angka2 gini.Baik aku ajar puteri aku baca buku cerita ye takkkk..ekeke.

Ahh..lantaklah labuuuu..janji esok pagi aku travelling dan sampai destinasi dengan selamat dan semuanya dah ready dan perfect untuk aku bersoal jawab huwaaa....Harapnya begitulah..takpe laa...hidup nih kan penuh cabaran,kalau takde cabaran macam tak hiduplah pulak kannnn ekekeke...Apa yang aku harapkan buat masa nih biarlah segalanya berjalan dengan lancar sebelum benda2 lain pulak menyemak kepala aku selepas ni.Chaaayooo..chayooo..Yeay!

Saturday 10 March 2012

Berbudi Pada Tanah

"Somewhere over the rainbow way   up high
And the dreams that you dream of once in a lul-la-by
Somewhere over the rainbow blue birds fly
And the dreams that you dream of, dreams really do come true.."

Nih bukan puisi atau ayat jiwang2 tapi ini adalah Perenggan pertama dari lagu favourite aku sejak bertahun-tahun yang lalu iaitu "Somewhere over The Rainbow"..Yup...I really love this song dan pertama kali dengar lagu nih aku terus jatuh cinta dengan setiap lirik dan susunan melodi yang menyentuh hati terutama bila menggunakan alat muzik "Ukelele".Hmm Kenangan aku pada lagu nih bilamana adik angkat aku dari Morocco pernah cuba menyanyikan lagu nih live untuk aku suatu ketika dulu. Nak tau lirik selanjutnya untuk lagu nih? Takpe kita cerita lain kali sebab belum masanya untuk aku masukkan lirik lagu dalam entry kali nih hehehe..

Wow..cuaca hari ini sungguh cerah,tak seperti semalam yang mendung hingga ke petang.Pagi nih pula aku bangun pagi penuh rasa bersemangat dan sekaligus membuatkan aku rasa sedikit teruja.Owhh..nampaknya puteri aku pun turut terbias dengan semangat aku pagi nih..gooddd..gooddd..Perfect time untuk bersantai2 dipagi hari hehehe..What on my mind?  Hari nih jadual aku sedikit berubah,masanya untuk aku meninjau beberapa projek persendirian di tepi2 rumah haha..Sesungguhnya inilah percubaan pertama aku dalam industri pertanian nih wakakaka

Aku berkebunnnn?? hehe..Ye arrr..aku berkebun..aku sendiri rasa pelik dan rasa kelakar bila aku sebut aku sekarang tengah demam berkebun sebabnya aku memang tak suka berkebun nih terutama part berjemur tengah panas terik..kulit sensetif tauuuu..konon lerrrrr ekekeke..But what to do ehhhh..dah aku rasa macam nak berkebun walaupun aku tahu memang bukan minat aku bab2 pegang tanah nih..atau lebih senang aku cakap "Its not me!!!".Kalau Mr.Hubby yang berkebun tu aku percaya laaa sebab hobi dia memang berkebun punnn.Owhhh by the way..kulit badan aku memang rasa macam dah gelap cikit (<--- walaupun aku rasa gelap banyak,saja ar nak sedapkan hati arr) dek diserap oleh panas terikb 2,3 minggu nih tapi nape aku rasa macam datang perasaan camnih --> "Tak Kisah punnnn" (-,-')

Terkadang aku pun rasa pelik tapi mungkin minat tu datang disebabkan aku mengikuti beberapa kursus Landskap sebelum nih juga merupakan salah satu puncanya.Pengaruh dari pelajaran dan bahan bacaan kut takpun mungkin juga kesan dari di "Brain Wash" oleh Prof2 dan tenaga pengajar sebelum nih..tendangan padu maut tuuu haha..Orang kata basic dan pengalaman tu kena ada baru leh progresssss tol takkk???..Tapi bagi aku dua2 pun takde so aku bergantung ngan ayat orang lama-lama iaitu "Berbudi pada tanah" ..mana tahu dapat hasilnya nanti,dapat gak aku buatkan menu2 dapur .Owh ye..aku bukan sekadar bercakap,kat bawah nih aku tempek beberapa gambar anak benih yang mula bercambah hasil usaha dan benih2 yang dibeli serta diimport dari family2 terdekat. Nak tahu kesudahan hasil2nya nih nanti..kita jumpa di entry yang akan datang dalam topik yang sama..sabar je la tunggu 2,3 bulan lagi hehe.. (^,^) ..Yeay!

Kacang Panjang yang segar bugar..biji benih yang disponser oleh Mak mertua aku haha..Dah nampak segar camnih aku rasa makin bersemangat lak nak belai2 tanah nih hahaha..ampes jerrr

 Cili yang wajib ada kat kawasan rumah aku..yang ni cuma tunjuk sepohon je dari 10 yang aku tanam...biasalah..sample tu kene adeee...hehe

Benih Terung Ungu yang mula bercambah..berkurun gak tunggu tumbuh daun tapi alhamdulillah dah ada tanda2 positif..Sample je yeee...yang selebihnya kita tengok je bulan2 akan datang..menjadi ke tak terung ungu nih...

Sayur Kuanganjiecai..err..nama berbelit sakan tapi orang tempatan cakap sayur sawi or sayur pahit je hahaha.. Sayur nih aku tak yakin akan hiudp sebab tanah berpasir memang tak sesuai untuk penanaman sayur jenis nih..tapi dah banyak hari aku cuba selamatkan ada tanda2 akan tumbuh daun baru dari celah2 "ketiak" ekekeke

 Yang nih kalau tak silap aku Sayur Patola hahaa..lupa daaa...

Sayur Peria...Pahitnya tak terkira tapi aku tetap suka..goreng ngan telur masin sedap woooo...kuikuikui

 Nih batang2 Sayur Cangkuk Manis yang bonda aku bawa dari kampung aritu..dah tumbuh pun daun2 nya..aku pacak tepi2 batas jerrrr

 Yang nih lak ubi keledek merah & ungu..mesti manis tapi taktau la kalau aku tanam jadi tawar lak wakakaka

Lagi deretan Sayur Kacang Panjang..nampak bersemak tapi sengaja aku jadikan begitu sebab takut tanah terhakis lak sebab berpasir.. 

Haaa..ni pulak Labu Oren(Pumpkin) yang disemai oleh Mr.Hubby..sample jer..yang selebihnya aku tak capture..yang nih memang subur sebab tanah pun sesuai untuk penanaman labu

 Tarooo..tarooo..tarooo..orang Indonesia sebut camtu ar kut..tapi kita sebut Keladi je..

Nenas yang tak sesuai ditanam di kawasan rumah terutama ada bebudak tapi Mr.Hubby lupa lak bab tu huhu..

Terung Emas or orang dulu cakap terung iban kalau tak silap hehe...

Owhh..kacang Tanah yang disemai oleh Mr.Hubby tak menjadi pada mulanya tapi setelah beberapa kali aku  turun padang sebab nak selamatkan anak2 benih kacang tanah nih maka ada tanda2 akan hidup lak hehehe..




Nota: Aku ada beberapa lagi sayur yang belum aku capture untuk dimasukkan dalam entry nih seperti Japanesse Cucucamber,.Ubi Kayu, Pisang,Timun biasa, buah betik, sayur ulam cantik manis dan mungkin akan datang lak buah tembikai yang harga benihnya leh tahan wat aku terbeliak..cehhhh..



Followers