Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 25 September 2013

September yang Demam

Assalamualaikum dan hai semua...Lama tak menjengah terasa rindu pula dihati. Nampaknya bulan September nih blog aku agak menyepi dan bersawang. Entri-entri baru pun semakin perlahan menyusul. Hmmm...beginilah jadinya bilamana kesihatan kita terjejas walau pun puncanya cuma dari demam, selsema dan batuk-batuk. Yang 'bestnya' bila demam yang dibawa oleh Mr.Hubby terus berjangkit satu rumah. Wow!!!!...berpesta virus2 dalam atmosfera rumahku..THUMB UP buat kuman2 yang tanpa segan silu menyerang kami habis-habisan huhu Choiiiii!...kedengaran entri aku yang nih penuh drama..drama and drama..By the way...aku bukan 'DRAMA QUEEN' hokeyyyy!!!..
Guyssss....yang pasti apa yang boleh aku katakan disini cumalah..
'SAKIT ITU MUSUH BADAN, EMOSI DAN SEMANGAT KITA!!!..' huwaaaa

Namun alhamdulillah setelah beberapa minggu asyik berbaring dengan melayan mata yang terasa dihempap berketul-ketul batu batan. Tekak yang tetiba ngegada apabila mula enggan menerima sebarang menu-menu mantap. Kepala yang  terasa dibaling dengan lembing terus dari otak menembusi biji mata. Badan pula seakan berbaring diatas limpahan salji tebal sehingga menggigil satu badan dan kini akhirnya berakhir dengan sempurnaaa...syukur sesangat ngeeeee...

Walaupun begitu kengkawan...sakit itu adalah antara ujian dari Allah SWT buat kita sebagai hambanya.  DIA ampunkan dosa, tambahkan iman, tambahkan kesabaran dan tambahkan rasa syukur didalam diri kita.Itulah manifestasi kasih sayangNya buat kita. Benar sakit itu menyakitkan hati tetapi ucaplah Alhamdulillah dan panjatkanlah rasa syukur selalu diatas perhatianNya. Apa-apa pun jagalah kesihatan anda baik-baik hehehe...Yeay!



Monday 2 September 2013

Madah Kekuatan Hati


Pernah satu ketika dalam fasa kehidupan kita melalui peringkat-peringkat yang begitu menyukarkan. Dugaan hidup terlalu banyak dan besar sehingga perasaan sakit yang hadir serta hati yang menangis tidak sedikitpun dibenarkan untuk diketahui oleh sesiapa.  Saat itu pastinya kita cuba bertahan selagi mampu walau airmata seakan tak sabar jatuh sendiri.

Mungkin perjalanan hidup kita tidak selancar yang lain, ada-ada sahaja yang menghalang dan mematahkan semangat. Ada pula saatnya dugaan yang diberi terlalu berat sehingga membuatkan kita berfikir kenapa harus kita yang menerima nasib dan ujian sebegitu?. Kenapa harus kita menghadapi sesuatu ujian itu bertubi-tubi sedangkan yang ada pun susah untuk kita lalui . Dan kesedihan turut menghantui bilamana kita ditertawa kerana mungkin diingatan dan mata yang memandang, kita layak  menerima keadaan dan nasib sebegitu. Benarkan manusia ini suka mengadili walhal segalanya terletak ditangan Allah. 

Sebaiknya,usah dikesali diatas apa yang kita lalui dalam hidup ini, seandainya Allah memberi kita ujian yang begitu berat untuk kita hadapi....terimalah dengan tenang. Aku yakin Allah menguji dan memilih kita kerana DIA tahu kita mampu menghadapinya berbanding mereka. Itulah tanda kasih sayangNya kepada kita...Terus kuatkanlah hati dalam menghadapi dugaan dari-Nya kerana kita seharusnya bersyukur dan tahu betapa DIA menyayangi kita. In Sya Allah diatas kesabaran, ketabahan dan kesengsaraan yang pernah anda lalui, pasti ada hikmah disebalik semua itu. Yeay!







Followers