Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 31 January 2014

Gong Xi Fa Cai 2014

Adusss...bulan nih sungguh menguji minda dan sangatttt....sangatttt meletihkan...huwaaa!!!...Makkk aiihhhh...dalam semak-semak kepala..sempat lagi login blog malam nih dan adoiiyaiii...nampak bersawang pulak blog aku bulan nih. Tup..tap tup tap...aku cuma sempat update 2,3 entry untuk bulan nih dan hari ini pula kebetulan berada di hari terakhir untuk bulan Januari 2014. Fuhh..sungguh cepat masa berlalu sampaikan aku "terperasan"  sorang-sorang bahawa betapa kalian tertunggu-tunggu akan entry terkini dari aku...owww..begitu ramainya pembaca blog aku "padahal" leh dikira dengan jari jerrr..(<-- Nampakkkkk...siap font colour merah tau huhu...Biasalah tu...perasan mode hokeyyy. Semua blogger kut rasa macam aku....  ker ada yang nak cover lineeee..ecehhh..kuikuikui...)

Apa-apa pun entry aku hari nih sekadar nak "tunjuk muka" jerrr.., kot-kot ada yang ingat aku dah mula bawa diri dari dunia berblogging nih. Ehhh..takde maknanya..aku cuma bertapa dan menunggu masa yang sesuai untuk meneruskan misi dan visi terselindung aku nih kahkahkah...Malas nak menerang dari A samapi Z memandangkan tujuan asal aku tadi cuma nak sampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina nih. Oklah..Gong Xi Fa Cai buat semua kengkawan, family, pembaca yang berketurunan cina di Malaysia mahupun di serata dunia. Happy Chinese New Year yer..semoga bertambah rezeki anda semua untuk tahun nih dan tahun-tahun yang akan datang. Tu je..sekian terima kasih..Yeay!! (^,^)

Tuesday 14 January 2014

The Federal Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan hai semua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat umat Islam di dunia nih. Hmm...minggu sebelum nih aku cerita tentang hotel kat Johor dan hari nih sibuk nak cerita tentang hotel kat KL lak..huhu..Biasalah tu..aku ni kan suka bab tolong promote-promote hotel nih, korang layan jer lah ye kuikuikui. 

Di KL kami mencuba sebuah hotel lama yang diberi nafas baru (<--ye ke? hehehe) dan yang masuk dalam ketegori 4 bintang iaitu The Federal Hotel. Dah agak lama dah rasanya hotel nih wujud, kalau tak silap sejak zaman aku dok ikut mak dan ayah ke KL dulu-dulu. Sebelum nih tak pernah pun singgah cuma setakat lalu depan pintu jer almaklumlah zaman tu nampak mewah sesangat so awal-awal lagi ayah aku dah kecut perut hehe..Okeylah, bercerita pula tentang Federal Hotel nih, memang tak dinafikan banyak perubahan yang aku nampak terutama bahagian lobby. Oh ye..Jika anda gemar membaca tentang sejarah atau ingin mengetahui tokoh-tokoh Malaysia sebelum nih, silalah singgah di hotel nih..owww..begitu klasik sekaliii, tak caya??? tengoklah sendiri..hehehe..

Ketika berada di sini aku masih menggunakan 3 bilik almaklumlah datang sekampung hikhikhik..Dan setiap bilik mempunyai 2 katil single yang empuk-empuk belaka hehehe Yup..Aku cukup berpuas hati dengan harga yang di tawarkan  memandangkan bilik yang kami guna selesa, bersih dan agak luas. Sebenarnya aku sangat memuji sikap para pekerja Hotel Federal nih kerana bekerja penuh bertanggungjawab, sopan, cekap, pantas serta murah dengan senyuman. Thumb up untuk staf2 semua kerana dengan adanya layanan sebegini, hati para customers pasti sentiasa rasa sejuk termasuk aku ekekeke. Apa-apa pun korang memang pekerja yang berdedikasi! Pengalaman stay disini memang menyeronokkan dan apa yang lagi penting bagi aku ialah lokasi hotel nih memudahkan kami untuk berjalan ke Times Square, Pavilion, BB Plaza, Lot 10,Low Yatt dan sebagainya...Motif ke KL pun cuma nak 'menyopping" kannn..jadi pepandailah pilih port hehe...Taxi yang ada pun cuma untuk ke airport je..Jimatkannn hehehe...Yeay!..

Nak cuba hotel lain sila click SINI

Nampak jer camni tapi bila dah baring ..hmmmm....biar mimpi sampai ke bintang babeee!! ekeke...

Almari besar gedebak tapi tak guna punnn..hehe..

Korang kalau nak berendam pun leh..huhu

Seketeriiiii aku nih sibuk memanjangggg...

Kene ada..Penting! hehe..

December Mode ye..so faham-faham jer la napa ada pokok christmas kat situ hehe

Cantik tak background tempat puteri aku bergambar nih?..Ukiran yang sangat cantik dan sememangnya kerusi kayu yang disediakan sesuai untuk seisi bergambar sebelum check-out hehe....Nih kat lobby hotel ye..



Sunday 5 January 2014

Bermalam di Citrus Hotel,Johor Bahru

Okeylah...Hari nih aku nak cerita tentang hotel pulak, sepatutnya aku update entry nih dalam bulan December 2013 sebab sebelum ini aku pernah beritahu pembaca bahawa aku akan cuba beberapa hotel lagi sebelum tahun 2013 berakhir huhuhu...Akan tetapi disebabkan kesibukkan yang melampau saat hujung-hujung tahun begitu maka aku terpaksa update lewat, takpelah asalkan aku mencapai sasaran aku tahun lepas hahaha.....Takpelah asalkan aku ada update je kannn hehe.. 

Takpayah nak sok sek sok sek sangat, kita direct to the point je lah yer. Hotel yang tersenarai dalam list aku untuk percutian lepas ialah Hotel Citrus di Johor Bahru. Sejujurnya sebelum menempah hotel nih aku rasa was-was disebabkan ini pertama kali aku menjejak kaki ke Negeri Johor jadi aku sedikit "blur" tentang hotel disana . Biasalah tu bila bawa family camtu, banyak pulak benda yang bermain difikiran lainlah datang cuma bertiga ye tak??? hehe. Tawakal jer la time menempah Hotel Citrus waktu tu. Cukuplah hotel nih terletak di tengah bandar supaya senang nak cari tempat makan huhu..penting tuuuu kang bapa dan adik aku tetiba terbangun tengah-tengah malam nak cari makanan mampus aku dan Mr.Hubby mencari jadi lokasi memang penting bagi aku.

Masa tu aku tempah 3 bilik..hambik kauuuu!!!..Nama pun bawa family enjoy-enjoy takkan nak sumbat satu bilik macam sardin lak ngeee...Dalam otak aku dah set satu bilik 2 orang tiap satu tanpa dikira puteri aku tu arr..dak tu aku leh pikul jer satu katil ngan aku dan Mr.Hubby tetapi dek kerana seorang lagi adik aku yang tetiba menolak tawaran saat aku dah menempah hotel segalakkkk!!!..Haduiii..pitam jappp...jadi dengan serta merta salah seorang dari kami tidur tak berteman. Dan kesempatan itu diambil oleh Mr.Hubby dengan memilih untuk tidur seorang..bajet bujanglah tuuu.. kwang..kwang..kwanggg..Sebenarnya tak banyak nak aku ceritakan cuma untuk aku hotel ini ruangnya agak terhad, nampak kecil dari segala segi seperti bilik mandi, katil, rak-rak beg, tempat gantung pakaian dan sebagainya. Ahh..tak kesahlahh...erm mungkin itu sebabnya hotel ini mengenakan harga yang agak murah berbanding hotel yang lain. Adoiii..tetiba jadi "aiman tak kesah lakkk" :-s

Tak banyak komen tentang hotel nih sebabnya "You get what you pay." Jadi dengan harga seratus lebih sebilik untuk sehari(with breakfast) aku berpendapat hotel ini okey terutama yang suka bergerak secara solo. Dan yang menjadikan aku sedikit tenang ketika berada dalam bilik hotel nih ialah ketika melihat keceriaan yang terdapat dalam bilik tu sendiri. Hmm..ye..nampak lawalah pulak dinding biliknya walaupun penggunaan warnanya agak terang tetapi tetap memikat jiwa terutama colour hijau..cun sesangat guys!!..Hiasan dinding pun nampak "cool" dan tak terlalu bersemak. Oh ye..hotel nih terletak di sentral ye jadi itulah juga kelebihannya kerana memudahkan anda yang tiada pengangkutan sendiri. Yang lain-lain korang leh cuba sendiri disamping sedikit gambar sebagai rujukan anda dimasa akan datang. Try ler bermalam di Citrus Hotel, Johor. Belum cuba belum tahu beb. Aku dah cuba dan aku rasa okey jewwww...hahaha..Yeay!.. 


Tema Hijau...cantik sangat warna nih tapi bilik nih Mr.Hubby yang guna..2 single bed...beraya sakanlah jawabnyeee...Adik aku menjiwang memanjang..peningggg oii.. Baju pun dah macam colour dinding aku tengok huhu..

Tema Biru...Queen Size..jadi bilik nih untuk aku,mak dan anak aku guna...hmm..Nak buat macam mana budak nih taknak jauh dari nenek dia huhu...

Tema Oren...nih bilik adik dan ayah aku...2 single bed gak...Oklah tu..saje letak ayah satu bilik ngan adik hahaha..padan muke adik aku hahaha...


Nih antara ruang dalam bilik hotel nih...kecik je ruangnya..cukup-cukup untuk bilik air,cermin,tv dan tempat letak barang. Takpelah..kat Johor nih bukan stay kat hotel sangat pun, sekadar tempat tidur jer pastu lesap balik hehehe...

Hotel nih kat sentral jer..mean korang senang nak jalan sebab keliling dia memang ada kedai runcit, kedai makan dan shopping mall baru dan lama...First time datang Johor..aku rasa hotel nih sesuai untuk backpacker travel kut hehe...

Klik sini untuk mendapat hotel yang lain --> SINI

Saturday 4 January 2014

KL Lagi dan lagiii...

Masih lagi cerita tentang percutian tahun lepas(<--ayat macam dah basi padahal baru jer masuk tahun 2014 hehehe) Tak cukup bersantai di Johor dan Singapore, aku tambah lagi sehari dua melepak di KL huhu..Mujurlah harga tiket kapal terbang sekarang nih ada waktu turun naiknya jadi pepandailah korang kalau nak dapat tiket murah. Kalau takkkk.... memang terfikir 2,3 kali gak nak bawa satu family singgah merata camnih huhu..Tapi takpe..yang penting "kita enjoyyy!!!" bak kata Nora Danish ekekeke...
Motif aku bawa family singgah ke KL sekadar untuk berhibur disamping membeli belah sebabnya aku tahu di Johor dan Singapore tempohari, jadual yang aku susun agak padat jadi masa untuk bershopping menjadi terhad. Lagipun time tu mak, ayah dan adik aku bakal menyambut Hari Christmas jadi tak salah rasanya aku ceriakan mood-mood mereka dengan suasana Christmas di KL dahulu. Sampai KL tak banyak pun tempat dijelajah cuma kawasan wajib yang kene singgah adalah area Bukit Bintang. Takyah pening, pilih jer hotel kat area BB tu, garenti korang tak terfikir nak jalan tempat lain dah sebab shopping mall area tu je dah buat lenguh kaki korang berjalan hehehe...Oklah malas nak berceloteh panjang, layan je la beberapa gambar yang ada dalam simpanan aku nih. Dah nama pun cuti-cutikan sebab tu asyik tayang gambar jer hahaha...Yeay!!

Berjaya Times Square...pose sebelum shopping

Kat situ ada tertulis jangan duduk tapi nak buat macam kita orang still wat bodo, Pak Guard pening pala..asyik-asyik sengeh..nak tegolah tu tapi tak berani hahaha...

Sempat jerrrr hehehe..

Gara-gara puteri aku tak sabar nak makan cupcake, sampai berpeluh kitaorang turun naik Times Square cari benda nih. Selagi lum makan selagi tu jalan asyik merungut. Nak tak nak kene cari gak sebelum satu family hilang mood tengok yang sorang nih tarik muka...ampesss....:-s

Kesian..muka dah letih tapi aku paksa gak jalan sampai ke Pavilion nih..almaklumlah hari nak hujan tambah2 aku kejar masa jadi perkataan letih tu aku tak layan haha Mr.Hubby blah balik hotel sambil angkut berdozen beg plastik..lagi ler kecian kannnn hahaha...

Lagi pose kenangan...padahal berapa kali dah pose kat sini tahun2 sudah :-s 

Sape yang tetiba kenyit mata kat belakang tu? (*,*)






Decoration dalam Pavilion bulan December lepas memang cantik tapi tak banyak beza dengan tahun sebelumnya heheh...


Friday 3 January 2014

Haii...Selamat Tahun Baru 2014

Gara-gara lupa bayar broadband, aktiviti update-mengupdate nih jadi terbengkalai pula.. Hmm...No wonder la tenet aku nih takpat connect 2,3 hari nih..ingatkan celcom buat hal lagi..Yaa ampunnnn!!!....huhu..Apa-apa pun...Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca lama dan baru. Ini merupakan entry pertama untuk tahun 2014 dan juga merupakan entry tirai pembukaan bagi tahun nih. Alhamdulillah tahun 
ke-4 meneruskan coretan didalam blog seripelangidivra ini mungkin tidak ada banyak bezanya dengan entry-entry terdahulu namun aku cukup berpuas hati kerana blog ini masih bertahan sehingga ke hari ini..chewaahhhh.. :-p

Mengenang kembali permulaan blog ini membuatkan aku tersenyum sendiri, dari blog sekadar untuk suka-suka kini menjadi blog yang harus aku berikan perhatian selalu walaupun aku sadari bahawa terkadang blog ini mengalami kesilapan teknikal yang ada waktunya menjengkelkan aku..ngeee....Bagi aku setiap apa yang aku kongsikan bersama kalian diblog ini hanyalah sebahagian dari perjalanan hidup aku dibumi Allah tercinta ini..sesungguhnya aku begitu teruja berkongsi saat gembira dan terkadang ada waktunya berkongsi saat dukaku bersama anda semua..Terima kasih diatas sokongan anda semua. Dan aku yakini setiap terjemahan minda melalui madah dan nasihat yang tercoret di entri-entri beserta ilustrasi mudah bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi niatku sekadar menyampaikan kata-kata itu secara telus, mudah dan mengikut gayaku sendiri.  Setiap apa yang anda baca diblog ini juga terhasil daripada pembacaanku, kefahamanku tentang sesuatu, perkongsian dari bicara teman-teman dan juga datangnya dari pemikiran seorang yang tak punya apa-apa kelebihan selain terus mencuba untuk "berfikir luar dari kotak" disamping memberikan kata-kata semangat buat teman-teman diluar sana. Sejujurnya...Aku tidak berharap untuk menyentuh semua hati pembaca, cukuplah cuma seorang dan In Sha Allah yang seorang itu mungkin akan menyentuh hati yang lain melalui kata-kataku.

Akhir sekali terima kasih buat anda yang selalu aku gelar sebagai "silent readers". Anda semua begitu banyak mengubah ranking entri-entriku dan secara tak langsung memberi sokongan serta menyedarkan aku bahawa blog ini juga ada pengikutnya sendiri. Dikesempatan ini masih belum terlambat kiranya aku ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2014" buat anda semua dan aku doakan semoga anda semua mencapai matlamat baru dalam hidup anda. Bagi aku pula tahun 2014 ini merupakan tahun untuk aku lebih focus tentang sesuatu dan menanam semula azam baru disamping berharap semuanya tercapai dengan izin dari-NYA..In Sha Allah... Disamping mengenang saat-saat gembira pada tahun 2013, sama-samalah kita berusaha untuk melupakan kepahitan tahun-tahun sebelumnya. Mudahan perjalanan kita di lembaran baru untuk tahun 2014 bagi episod-episod yang akan datang berjalan dengan lancar dan tidak tersekat-sekat. Yeay!!!... 
"SELAMAT TAHUN BARU 2014 SEMUA!"

Followers