Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 25 June 2014

Jom Tempah Sampul Duit Raya

Hari nih semangat nak tolong seorang teman mempromosi sampul duit raya nih. Walawehhhhh siap aku offer lagi dalam whatsapp nak buat entry khas untuk dia kehkehkeh...Choyyyy!...Bukan senang aku nak bagi ruang camni dalam blog aku tau melainkan sebab aku betul2 suka dan tertarik je..uhukkk....(^,^)

Guys...aku memang susah memuji tapi sampul duit raya nih memang nampak awesomeeee sesangat and of coz la cantek...kalau tak cantik takkan boleh buat aku anak-beranak jatuh cinta pandang pertama..Ye takk??? hehehe. Oh..panjang celoteh aku padahal tuan punye sampul nih promote sekerat je kat sebelah, over lak aku ekekeke...Tak apalah..abaikan keterujaanku ini dan seandainya ada dikalangan pembaca blog ini berkenan atau berhasrat nak order sampul duit raya keluaran 2014 yang penuh dengan warna warni nih bolehlah singgah di blog julsjulie (<-- sila click) . Silalah berurusan direct dengan empunya badan ye sebabnya aku cuma tolong promosikan aje selebihnya korang pepandai lah ye sebab tu aku suruh korang skodeng blog dia huhu. Kat situ ada banyak lagi design yang comel-comel dan menarik belaka. Harga pun berpatutan dengan design yang diberi cuma pesanku buat yang jauh beribu batu tu, faham-fahamlah dengan kos penghantaran ye huhu...

Bagi yang dah ada tanda-tanda berkenan tu, sebelum korang menyesal baik korang tempah awal. Dengar-dengar tempahan terakhir adalah pada 30 Jun tapi taktahulah kalau tarikhnya akan dilanjutkan nanti. Errr... Tak nak ke sampul duit raya versi terkini?...Saya sudah, anda bila lagi?kahkahkah..Yeay!

Gambar kat bawah cuma sebahgian daripada yang ada, selebihnya korang tengoklah sendiri di blog teman aku tu ye..
"Let it go...let it gooo...Can't hold it back anymore...Let it go..let it gooo...Turn my back and slam the door..."








Wednesday 18 June 2014

Cuba di The Royale Bintang Hotel

Dah berkurun gambar bilik hotel nih menapak dalam draft, baru hari nih aku gigih nak buat iklan tak berbayar nih hehehe...Hmm...duduk 2,3 hari kat KL cuti sekolah minggu lepas dapatlah juga merasa duduk kat The Royale Bintang...masalahnya royale ke???adoiiiyaiiiii... hehehe....
Dipendekkan cerita, rasanya banyak gambar yang aku capture hari tu tapi entah kenapa yang tinggal dalam hp aku cuma 4 gambar nih. Hairan bin ajaiblah pulokkk..sah hp aku tuh dah kerepot sampai gambar yang aku capture pun dia tak larat nak simpan huwaaa...sadisss!!!...

Berbalik pada Hotel The Royale Bintang yang terletak di area Bukit Bintang nih, aku rasa tak ada la jauh bezanya dengan hotel-hotel yang aku guna sebelum nih cuma nama je agak gah daripada yang lain kut. Sesekali mencuba apa salahnya ye takk??? hehehe.Ermmm.. keistimewaan hotel nih rasanya sebab terletak dikawasan shopping mall kut sebab tu jadi tumpuan, maksudnya memudahkan kita dan semestinya tak perlukan duit extra untuk membayar tambang teksi jika sekadar nak pusing keliling mall kawasan tu je..macam yang kami buat hari tu arr...kuikuikui..Untuk harga bilik pula aku tak suka la nak komen panjang lebar sebabnya semua pun tahu harga semua bilik hotel nih sentiasa berubah ikut keadaan jadi kalau nak murah pepandailah cari tarikh yang sesuai untuk melancong ye. Kalau kene time cuti, faham-faham sendiri je laaa...huhu...

Apa-apa pun kalau ada kengkawan yang nak merasa hotel The Royale Bintang nih pun apa salahnya. Sambil melancong kita berpeluang tidur macam kerabat diraja kut hahaha..Yeay!... 
.
Kaki gajah hokeyyy...R for Royale ye bukan rasaksa hehehe...adoiiii..royal lah sangat kaki aku nih huhuhu...

Macam biasa husband aku suka minta bilik camnih, katil asing-asing dengan motif dia tak berkongsi dengan aku dan Puteri tersayang huhu...Tau sempit takyah ler tunjuk sangat tiap kali travel.. (*O*).

Tv ok..kerusi pun ok..lampu tu jer yang nampak kuning sangat..takde ke lampu yang lebih cerah dari yang nih? hehe Siang gelap malam lagilah gelapppp...

Macam kecik je bilik nih kan tapi ok la..ayat skema para blogger sekalian.."tempat tido je.."..hehehe..sorry guys..aku pun suka guna ayat tu,penyedap hati hehehe..

Ehh...eh...mana gambar bilik mandi yang aku capture aritu? nape boleh hilanggggg??? cehhh...Aku rasa macam tak lengkap jer entry yang nih. End dulu daaaaa huhu

Pautan untuk hotel yang lain sila klik -->SINI


Saturday 7 June 2014

Berakhirnya Percutian Kami

Fuhhh...setelah 2,3 hari berhibur ditempat orang tanpa rehat secukupnya memang agak terasa kepenatannya bila sampai dirumah sendiri. Tambahan pula terpaksa bersekang mata dan melalui perjalanan yang panjang sebelum sampai kerumah huhuhu. Yerp...aku memang penat sesangat tetapi dalam masa yang sama kepenatan itu hilang kerna terlalu seronok bercuti bersama dengan orang tersayang. Adakalanya terselit rasa kasihan melihat wajah letih puteri kami yang kadang kalanya merungut sendirian kerana tak tahan berjalan seharian. What to do sayang..kita cuma bercuti sekejap saja, jadi gunakan masa dengan sebaiknya. Jika cuma duduk dihotel lebih baik rehat dirumah saja..tul tak?hehehe. Takapalah sayang, mama dah belikan "Barbie" buat pengubat tu...mesti lepas nih sayang seronok sangatkannnn....hehehe..

Perangai yang tak pernah hilang jika berjalan...Pantang nampak brochure mesti nak kutip. Dalam beg penuh dengan brochure2, sampai rumah siap jadi koleksi huhu

Hari2 terakhir nih macam2 benda nak makan..Durian pancake@crepe memang sedap sangat sampai makan tak hingatttt!!!... hehehe Menu yang lain aku lupa nak capture sebab kelaparan tahap naga dek kerana tenaga aku kekadang terasa hampir2 empty lak dok pusing-pusing tempat yang sama hehehe


Hari keberangkatan pulang kami dan seawal jam 4.30am begini KLIA 2 sudah sesak. Kami bertiga memang megantuk sesangat sebab terpaksa bangun jam 2am dan bertolak dari hotel pukul 03.30am, ni lah akibatnya guna flight paling awal hehehe   Bagi aku KLIA 2 nih, keadaannya lebih teratur dan mudah berbanding lcct dahulu cuma pada pandangan aku securitynya agak longgar pada bahagian luggage. Tiada pemeriksaan yang dilakukan seperti di airport2 biasa, mungkin faktor airport ni masih baru atau mungkin juga masih dalam proses kut hehehe..


Guys...dipendekkan cerita bila jejak je kaki ditempat sendiri dan masuk ke dalam perut kereta maka aku dan Puteri kami mula berusaha melakar peta dunia sepanjang jalan dek kerana tak tidur semalaman. Kesian Mr.Hubby yang terpaksa drive 2,3 jam lagi sebelum dapat merasa nikmat tidur tanpa mimpi hehehe.. Makaceh ye abang..jasamu kami kenang lagi dan lagiiii...Alhamdulillah kami sampai dengan selamat.Yeay!


Thursday 5 June 2014

Familyday?

 Tahun nih angin Mr.Hubby pelik sikit, kejap nak cuti rehat dirumah kejap lagi nak bawa aku dan Puteri tersayang jalan-jalan. Owwww...betapa luar biasanya mood Mr.Hubbyku tahun nih, sungguh takku duga ekekeke...Err..Family day katanyaaa...Angin takde,ribut pun takde tetiba nak bawa makan angin lak cuti sekolah nih huhuhu.."Biar betikkk!!!!"

Risau gak hati nih bila Mr.Hubby buat plan megejut macam nih almaklumlah jadual percutian penting kami pada cuti akhir tahun nih dah semakin dekat jadi terasa agak blur la cikit kepala makcik nih dibuatnya wehhhh!!..Apa-apa pun dalam aku terkial-kial dengan perancangan megejut begini terasa lak perasaan betapa bertuahnya aku dan Puteri kerana mempunyai suami dan ayah yang sangat memahami kehendak kami berdua yang kaki travel begini...Aduiii Puji melambung jap dengan harapan Mr.Hubby terus membuat kejutan sebegini wink...winkkk :-p

Namun yang dasyatnya percutian kali ini Mr.Hubby menetapkan syarat bahawa percutian nih cuma bertujuan untuk merehatkan minda dan aktiviti menambah lemak je...hahaha..Rasa kelakar lak dalam hati nih...Nampak sangat tak nak aku nyopping kannnn hehehe..Iyelah Mr.Hubby, kali ini aku turutkan je niatmu ye memandangkan dah lama gak aku tahan selera nak makan yang sedap-sedap nih jadi jangan lak tension layan anak tekak wife and doter you 2,3 hari nih ye kuikuikui..Anyway...Thanks ye Mr.Hubby..jasamu kami kenang..We Love you so much!... "Uhukkk...Tahun depan kita nak gi mane ye? Korea boleh?" hehehe  Yeay!


Melayan selera yang tengah membuak-buak huhu..Minum lime twist rasa nak lagi dan nak lagi..makan bertiga dah cecah RM8+.++ hahaha..Hambikkk kau Mr.Hubby..cakap datang cuma nak bawa kami makan je kannnn hahaha...

Dah banyak kali ke sini dan inilah first time aku makan kat sini gara-gara Mr.Hubby nak makan street food huhu...Sesak,ramai pelancong and pepandai koranglah nak pilih tempat halal hehehe..Apa-apa pun  komen aku masakkannya sedap gak hmmm..



Setiap kali melihat pelukis jalanan begini pasti aku akan berhenti seketika. Aku tak pandai melukis tetapi bakat mereka memang sangat aku kagumi sejak dulu lagi. Cantek lukisan mereka kannnn...

Sebelum balik ke hotel, aku mengajak Mr.Hubby dan Puteri merehatkan minda dengan melihat dan mendengar persembahan dari One Nation Buskers yang sebelum ini hanya aku tonton di youtube hehehe...Segalanya kebetulan belaka...Aku layan jugaaaa...



Followers