Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 24 October 2014

Terjumpa Sahabat Lama

Setelah hampir seminggu aku berehat di Miri, hari ini tanpa diduga..Allah telah temukan aku  dengan sahabat lama. Bagiku dialah seorang teman yang tak pernah jauh dari ingatan walaupun kami telah lama tak berjumpa. Hmm Tak terasa hampir berbelas tahun tak berjumpa dan akhirnya hari ini menjadi sejarah buat kami. 

Sejujurnya walaupun pertemuan ini singkat dan cuma kebetulan tetapi jauh disudut hatiku tetap melaungkan rasa syukur yang tak terhingga kerna akhirnya kami berjumpa walaupun Tampa dirancang...mungkin ini dikatakan jodoh kami..hehehe. Yang lucunya..bibir ini tak henti mengukir senyuman setelah berjumpa dia. Dan saat menatap wajahnya ketika berbual petang tadi sudah cukup membuatkan aku rindukan zaman remaja kami. Hmmm...banyak kenangan yang sukar untuk aku gambarkan disini cukuplah entry ini menyatakan perasaan gembira aku untuk hari ini.Yeay!

Kami hanya berbual tak sampai 20minit tetapi takpe kerna kenangan seketika ini akan tersemat di ingatan dan hatiku sampai bila-bila. Buat Nortina...love and miss u always.

Friday 17 October 2014

Line lembab..Frustlah jugok!

Hmmm..semenjak ikut Mr.Hubby berpindah nih...blog aku pun mula menyepi. Bukan juga tidak punya masa untuk update cuma 2,3 minggu ini aku menghadapi kesukaran mendapatkan line internet sehingga aku tak mampu berbuat apa-apa..Pendek kata...Broadband celcom dan Digi  yang aku ada cuma mampu dijadikan perhiasan sekarang nih. Bila niat nak pasang streamyx..Telekom pula tolak mentah-mentah, takut komplen dengan masalah sama katanye. Betul juga..sedangkan line hp pun nyawa-nyawa ikan, inikan pulak line internet huhu..Adehhhh...tercabar minda dan jiwaku seketika...Zaman nih kalau takde internet rasanya kepala aku pula yang cepat jadi buntu  kwang3x..

Yup....Walaupun fizikal aku nih dah cukup letih dengan urusan perpindahan yang entah bila akan selesai sepenuhnya ditambah pula dengan keserabutan mindaku memikirkan perkara-perkara remeh camnih namun aku tetap bersyukur kerna dalam "keserabutan" ini...Allah kurangkan kepayahan, tekanan dan permudahkan segala urusan dan kehendak kami sekelurga. Untuk semua yang berlaku kebelakangan ini mungkin tak mampuku jelaskan dengan kata-kata namun aku masih percaya apa yang terjadi ada hikmahnya. Bak kata Mr.Hubby "Together we are strong!".Yeay!

Baiknyelah Mr.Hubby...Bila kursus terus heret aku dan puteri kami sekali je kuching...nak bawa berehat dahulu katanya memandangkan masih banyak tenaga yang diperlu selepas ini hehehe..Kasihan puteri kami terpaksa menangguhkan persekolahan disebabkan perpindahan ini...takpelah..tunggu mama dan daddy bersihkan dahulu quarters baru kita ye sayang...Insya Allah..... 2,3 minggu lagi selesai semuanya...Bagi kami masa ye sayang..sementara tu kita enjoy duluuuu!!! Ekekeke

Sampai Kuching badan mula jadi malas...last-last call room service..order apa yang patut..bila dah kenyang terus tidurrrr zzzzzzzz...kehkehkeh..

Banana cheese with chocolate rice..Teringat seorang kawan yang pernah mempromosikan cucur pisang nih..kebetulan terjumpa satu gerai yang jual banana cheese nih terus singgah semata-mata nk rasa..huhu..

Followers