Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 4 December 2015

Resepi Daging Ayam Gulung

Aduhaiii....semaknye lah kepala aku 2,3 hari nih. Fikir punya fikir, buat punya buat semuanya tak menjadi akhirnya aku duduk dengan perasaan yang sedikit stress mengadap blog kesayangan aku nih dengan harapan ada benda yang boleh meringankan semak dikepala nih hehehe... Sebenarnya pada mula tadi, takde pun perasaan nak update bagai nih tetapi akibat duduk terlalu lama mengadap blog aku nih tetiba tangan gatal pula nak klik apa yang aku peram dalalm bahagian "draf" selama nih.

Selak punya selak terjumpa la satu draf kenangan aku ngan ayahku time buat "Daging Ayam Gulung" dua bulan lepas. Alahai rupanya aku belum publish lagi entry yang nih. Rasanya satu kerugian untuk aku jika tak kongsikan kisah ayah dengan anaknye nih haha...Dipendekkan cerita,  rasanya orang yang first sekali ajak aku buat daging ayam gulung nih adalah ayah aku juga, nak harapkan anak dia nih...lambat sikit..resepi pun tak tahu oiii. Alhamdulillah angin ayah aku time tu sangat elok, tetiba jer datang rumah terus ajak aku buat resepi nih kat rumah dia. Aku nih apa lagi, memang nak sangat belajar buat benda-benda camnih jadi terus la ikut dia beli bahan-bahan dan pecut balik rumah mak dan ayah aku ngeh..ngeh..ngehhh...

Terima kasih yer ayah kerana sudi mengajar anakmu dan  berkongsi resepi segalakkkk. Selebihnya untuk kengkawan yang dok skodeng blog aku nih...Meh aku belanja gambar buat korang hahaha..Yeay!

Nampak tak tangan tu...yakinlah weh itu air tangan ayahanda tercinta..sampai terkeluar urat saraf memotong cendawan je kuikuikui...Aku mcm biasa..jadi tukang tengok je kahkahkah..Mak aku time nih masih bertapa kat rumah kakak aku, jadi ini cuma cerita aku dan ayahku saja ye...

Nak buat ayam gulung nih kene la kisar segala benda...Nampak mesin mak dalam almari terus aku tarik keluar. Rasanya empunya mesin nih pun tak pernah guna lagi mesin nih hahaha...Nasib lerrr...aku nih bukan rajin sangat nak hancurkan benda-benda camni dengan pisau..huhu...Sempat sms kakak time tu, siap canang guna mesin kisar mak..Mahu tak megamuk orang tua tu tapi ada aku kesah makkkk hahaha..

Nih la hasilnya bila semua dah siap dikisar dan dipotong halus...Gaulkan semua benda tu kata ayahku dengan penuh kompidennn...iyerlah pakkkk..

Part nih aku kejap-kejap jer tolong..Selebihnya banyak borak and capture gambar jugakkk hahaha..Nampak kulit tauhu kering tu...beli sebungkus, banyak jugalah hasilnya.

Yess...ayah aku penuh kompiden..kejap-kejap bubuh banyak..kejap-kejap keluarkan balik then letak balik dalam kertas tauhu tu..Adeiiii....

Ni haa...secukup rasa katanya...Ye la tuu hahaha

Sobb..sobb..sobbb...Kalau dah kerja dengan lelaki nih mmg pergerakkan tu kasar sikit tapi tak kesahlah, inika hasil kerja tangan ayahku takde sape yang dapat tandingi biarpun bukan bergelar chef kuikuikui

Nahhhh....betapa eloknya bila dah siap..Nih kalau jual kat supermarket..jual tiga dah dapat RM6.90 tau hahaha(^,^)

Jeng..jeng jeng....Belum sempat habis aku dah goreng..Nampak betapa cantiknya hasil kerja ayahku. Rasanya mestilah mantop juga sebab 80% adalah daging ayam haha..

Nak cuba boleh jer cuma tentang sukatan tu ikut sukahati korang lah sebabnya aku pun tak pasti haha..Dah nama aku tukang tengok jer...

Resepi Daging Ayam Gulung

Dada Ayam (Dikisar)
Sesar/udang kering(Dikisar)
Cendawan kering(Direndam then Dicincang halus)
Bawang besar (Dicincang halus)
Bawang merah (Dicincang halus)
Rempah Itik 5 rasa tu (Tak ingat nama arr)
Sedikit Garam
Sedikit Serbuk Perasa
Sedikit Tepung untuk digaul bersama, (tak nak letak pun takpe)
Kulit Tauhu kering

Cara-Cara
Kesemua bahan-bahan diatas digaul sekali. Bila dah digaul letakkan dalam Kulit tauhu kering tu step by step seperti gambar yang aku tunjuk diatas. Pelekat tu terpulang kepada anda, nak guna tepung ataupun telur...Air kosong pun takpe huhu...

Selamat Mencuba yeee....daaaaa




Wednesday 18 November 2015

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-15

Assalamualaikum and good morning guys...
Sejak bangun dari subuh tadi, hujan turun tanpa henti sampailah ke saat ini masih tak ada tanda-tanda akan reda. Dan mungkin hari ini juga rekod baru bagi puteriku, seawal 6.05am, mamanya sudahpun sibuk menghantar ke sekolah almaklumlah bila hari hujan, aku paling tak suka lalu jalan sempit dan sesak dengan kenderaan di kiri kanan bahu jalan hehehe.. Nampak tak betapa aku "terperasan" seperti duduk di kota metropolitan yang jammed sepanjang hari padahal jarak rumah ke sekolah cuma makan masa 7,8 minit jer hehe.

Hmm..selesai segala tugasan sebagai surirumah, aku duduk menatap screen komputer.Suasana pagi nih agak sunyi dari kebiasaan. Dalam suasana gelap pagi, aku bertemankan secawan air teh panas dan cukup sekadar bersarapankan dua bungkus biskut cheese julie's sebagai alas perut. Sedaplah jugaaa..kalau tak sedap aku tak beli ngeee...Apa mimpi aku update entry pagi nih? Selain aku free...sebabnya juga tak lain tak bukan kerna hari nih 18 November 2015, tarikh dimana aku disatukan dengan pasanganku untuk sama-sama menempuhi susah senang hidup berkeluarga. Blogku ini menjadi tak lengkap, andainya aku terlepaas untuk meng"update" sebaris dua kata diblog kesayangan aku nih. Ingat guys..masa yang berlalu takkan kembali..andai aku terlepas hari ini.........18 November 2015 takkan kembali semula dalam hidupku hehehe.. Aku dah berumur tapi belum lagi masuk ketegori pelupa hahaha..

Alhamdulillah selama 15 tahun kami bersama, berkat izin dari-NYA aku amat bersyukur kerana kami masih bersama dan terus diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menempuhi dugaan alam berumahtangga. Sesungguhnya dalam waktu 15 tahun ini, banyak perkara yang aku sendiri belajar dan tak masuk dek akal bagaimana kami mampu menghadapi saat suka duka perjalanan hidup keluarga kami. Sesekali aku merenung semula sesuatu yang telah lama berlalu. aku terkenang kembali bagaimana kami berusaha untuk saling lengkap melengkapi. Disaat kita sebagai hambanya merasa segala ujian terlalu berat dan amat sukar untuk kita hadapi tetapi Allah mudahkan dengan pelbagai cara. Owhh...Begitu indahnya rancangan Allah untuk kami...Jika kenangan manis itu dirasakan sangat indah...aku turut merasa kenangan pahit yang pernah kami lalui juga menjadi antara kenangan terhebat buat kami..Dan lagi best...kehadiran puteri tercantek dalam hidup kami menjadi penyeri hidup kami selamanya...Now Mr.Hubby..tak perlu risau dah sebab...We are perfect family! ..sob..sob..sobbb....Happy anniversary 2015 buat kita ye. Tak nak drama sangat hokeyyy!!...Yeay!


Suke sangat ayat nihhh!!!...

Thursday 12 November 2015

Tidurlah sayangku

Salam semuaaa..Haluuuu...

Wah..wah..wahhhh...bukan main aku nih kann...Mentang-mentang sekarang nih busy sakan, entry punyalah susah nak update. Sesekali kesian pula dengan blog aku tahun nih, nampak sangat hampir2 "mereput" dialam maya. Segan pulak rasanya bila sekodeng blog kengkawan, semuanya nampak "fresh" dengan cerita2 terbaru. Salute kat diaorang sebab masih berupaya meng"update" walaupun perlu memerah otak dan bersekang mata....Ouch! Rindu pula nak kecoh sorang2 dalam blog seperti dahulu hahaha.. 

Sorry guys..aku rasa malam nih, aku cuma mampu taip takat nih je ngeeee..Nampak tak tahap "kemalasan" aku sekarang?.Selebihnya korang kenelah bersabar ye hehe..Tak larat mata aku wehhh,,lagi baik aku tidur. Tujuan update pun cuma nak tinggalkan jejak je, itu pun kalau ada yang rindukan aku hahaha..Oklah..nite2 allzz...Tidurlah sayangku...chewahh..muntah hijau lepas cakap camtu hahaha,,,.Yeay


 

Tuesday 15 September 2015

Hargailah Sebelum Terlewat

Lama tak muncul, dan hari ini aku agak sentimental. Jika bicara soal ujian dari Allah, mungkin ada sahabat di luar sana yang mungkin menghadapi ujian yang maha dasyat dari apa yang aku lalui. Jadi tak adil dan kurang elok rasanya aku menyalahkan takdir yang menimpa keluarga aku baru-baru ini. Sesungguhnya aku berserah dengan ketentuan dari-Nya. Mungkin disebalik dugaan itu tersimpan sejuta hikmah yang harus aku fahami dikala fikiran masih bercelaru. 

Andainya saat diduga itu hatiku menangis dan dalam masa yang sama merasa takut akan kehilangan, cemas, sepi duniaku seolah seperti patah sebelah sayapku bererti ikatan antara kami selama ini begitu utuh sekali sehingga ke saat ini. Syukur ke hadrat Ilahi, kerna 2 insan( Mr.Hubby & puteri kami) yang menemani hidupku selama ini masih mampu aku tatap wajah mereka dan ku pegang tangan mereka sepertimana aku selalu lakukan dulu.

Ku sedut udara  yang berlegar di sekelilingku sehingga menyapa dada dan perlahan kuhembus tanda betapa leganya perasaanku ketika ini. Alhamdulillah dan syukur tak terhingga biarpun terlalu berat untuk aku hadapi, aku yakin Allah masih mahu melihat kami bersama. Tiada yang lebih bererti dan menggembirakan aku selain  hari-hari yang berlalu terus ditemani wajah ceria puteriku dan wajah suami tercinta. Alhamdulillah syukur sesangat diatas peluang itu sekali lagi.
 
Pesanku...

Buat Mr.Hubby..mungkin kesihatanmu bukan apa-apa bagimu tetapi ia sesuatu yang amat penting buat aku dan puteri kita..jagalah kesihatan selalu biarpun sakitmu bukan sesuatu yang serius tetapi ia sudah cukup membuat hati ini gelisah dan sayu. Ingatlah Mr.Hubby...masih banyak cerita yang ingin kita kongsikan bersama...jadi jagalah kesihatanmu selalu kerna aku tak sukakan kejutan datang dengan cara begitu...sangat..sangat menakutkan tauuu!!!

Buat Puteri tersayang pula...Biarpun usiamu masih terlalu muda untuk memahami apa yang terjadi dalam hidupmu. Namun sebagai orang tuamu, besarlah harapan kami agar Allah menghilangkan segala memori yang membuatkan hatimu selalu merasa takut. Bersabarlah dengan ujian Allah sayang, in shaa Allah..semuanya akan berakhir. Sentiasalah berhati-hati sayang kerna Mama dan Daddy tak selalu ada untukmu.

Dan buat pembaca...Hargailah orang yang sering menemani hari-harimu kerna kita takkan pernah tahu bilakah saat terakhir kita berkesempatan untuk bersama mereka semula. Berpisah nyawa tidak semesti penyebabnya adalah sakit, mungkin juga ada sebab lain yang tak pernah terduga oleh minda kita. HARGAILAH IA SEBELUM TERLEWAT!..Yeay!
 

Aku masih ingat, saat pertama aku menghadapi pintu ini iaitu ketika sedang menunggu ibu untuk dibedah  beberapa tahun yang lalu dan kali keduanya pula ketika menunggu Mr.Hubby baru-baru ini. Bayangkan betapa berdebarnya hatiku setiap kali melalui pintu ini dan Alhamdulillah dengan izin dari Nya, kedua-duanya melepasi saat-saat yang aku anggap terlalu sukar untuk aku lihat dan lalui berulang kali. Alhamdulillah sekali lagi...syukur Ya Allah semuanya telah pun berakhir.
 
Bila semuanya berakhir, aku mula mengajak Mr.Hubby untuk berselfie. Gambar ini cumalah sebagai sedikit kenangan untuk kami dan juga sebagai bukti berita gembira yang ingin aku sampaikan kepada keluarga dan sahabat handai yang juga bimbang akan kesihatan suamiku ketika itu. Terima kasih diatas doa-doa mereka serta kepada yang datang menjenguk ketika itu

Friday 24 April 2015

Jom Makan Asam Payak a.k.a Buah Kelubi

Alahaiii...beberapa hari nih tekak aku pedih sesangat sampaikan nak telan sesudu nasi pun rasa payah. Dipendekkan cerita, gara-gara anak tekak rasa berparut seribu nih maka aku pun memperbanyakkan minum air suam sampaikan satu saat aku rasa kenyang air pulak huwaaa...(>,<).

Dan dek kerana masalah tekak nih, dengan perut yang "agak" lapar dan mood yang sangat down sebab demam melanda diketika Mr.Hubby masih outstation, aku dengan gigih mencari sesuatu yang dapat sekurang-kurangnya mengisi perut nih ataupun sesuatu yang tak perlu aku kunyah banyak hahaha...

Tadaaa...teringat kat buah Kelubi atau lebih dikenali sebagai Asam Payak bagi orang Sarawak. Buah nih aku beli beberapa hari lepas. Agaknya sekarang musim kut sebab aku nampak dah banyak dijual di market hehe..Yang aku beli dalam RM3 sekilo tanpa "GST" hahaha...selamat sikitttt hahaha...

Walaupun membuka kulit Kelubi nih membuatkan jari-jemari aku sedikit luka tapi demi untuk memenuhi selera unta tengahari nih maka aku mengabaikan saja rasa kesakitan itu chewahhhh...Hiris punya hiris sampai lupa tentang benda lain ngeh..ngehh..ngehh...

Tudiaaa....lepas hiris masukkan dalam mangkuk yang telah aku sediakan awal-awal tadi..

 Bahan-bahannya ialah
Kicap Manis
Gula
Belacan
Cili 
Dan Asam Payak 
Oh ye....Jangan lupa Gaul!..Ye gaul sampai tak hingat yeee..ekekeke...

Ouchhh...letak dalam peti sejuk dan makan time sejuk-sejuk lagi sedap...Yumm..yumm..yummm..
Jemput makan semua...korang tak 
perlu kunyah sebab buah nih memang masam sesangat sebab tu
kene letak kicap manis dan gula..haha...Tak teringin ke???
Apa-apa pun misi aku berjaya untuk
menghilangkan rasa lapar.Yeay!!

Saturday 18 April 2015

Kad Harijadi

Tarikh 17/04/2015, maka genaplah usia aku 3+ (<-- Opsss...Nak jugak cover kannn ngeee..). Diusia begini, mood nak celebrate sangat tu takdelah seteruja 2,3 tahun lepas. Bila dikenang saat-saat macam nih terkadang terkenang juga kata-kata sahabat handai...Ada yang yakin itu cumalah nombor dan ada pula yang berpendapat kita semakin melangkah ke alam tua maksudnya rambut semakin beruban,wajah semakin berkedut,badan semakin lemah terutama melawan penyakit haha..Almaklumlah semakin meningkat usia kita semakin cepat pula kita meninggalkan muda..Nampak sangat takot tua kannnn hahaha...

Apa-apa pun guys...aku percaya setiap dari kita mendoakan sesuatu yang baik-baik dalam hidup, begitu juga aku. Untuk tahun ini, dalam situasi yang berbeza, ditempat yang juga tak sama, dan dengan berbekalkan azam, keyakinan dan keberanian yang sedikit ini, Insyaallah aku akan cuba untuk memenuhi segala impian yang ada ini sebagai cabaran kepada diri dan juga hadiah buat yang sentiasa menyokong dari segi mental dan emosi selama ini terutama suami dan puteri tersayang, juga ayah yang sering memberi tunjuk ajar disaat aku memerlukan serta ibu yang sering sematkan rasa percaya dalam diri bahawa aku mampu bangkit walau setelah melihat jatuh bangunnya aku selama ini. I LOVE YOU ALL!!

Dan terima kasih diatas ucapan yang aku terima daripada keluarga dan teman-teman. Aku juga mendoakan perkara yang sama buat kalian..

Dan akhir sekali buat puteri tersayang.. "Terima kasih tak terhingga kerana hadiah yang tak ternilai ini mama terima dengan penuh rasa syukur di hati. Mama tak perlukan sesuatu yang mahal untuk menggembirakan mama, cukuplah apa yang sayang buat kerana ia lebih bermakna dan Mama simpan didalam hati. Nampaknya anak mama semakin cepat dewasa, setiap kata-kata yang tertulis di setiap kad harijadi yang anakanda buat selama ini untuk mama semakin tersusun indah dan lebih indah dari sebelumnya. Sesungguhnya mama sangat terharu dan mama juga sayang sangat buah hati mama nih. Muah" 

Lihat gambar di bawah.."Guyssss...I benar-benar terharu hokeyyy." Yeay!!

Seperti biasa...muka depan kene ada gambar anak dan ibu hehehe....

Kata-kata yang sangat ikhlas dari anakku...Tahun depan agaknya apa yang dia nak tulis ye hahaha....



Nota: Sekarang puteri tersayang dah mula jadi pembaca utama blog seripelangidivra nih. Jika ada kelapangan pasti aku melihat dia curi-curi membaca blog nih...jangan ingat mama tak tahu ye hehehe... Kerna itu sejak dari mula membuat blog ini aku tidak mahu menggunakan bahasa yang biadap dan kasar kerna aku yakin pasti suatu hari nanti puteriku adalah salah seorang pengikutnya. Fuhhh...rasa semakin gementar jari jemari menekan keyboard kahkahkah...k.bye

Wednesday 8 April 2015

Resepi Aiskrim Mudah

Yes.....sekali sekala buat aiskrim sendiri pun best juga...Kalau tak buat, macam mana nak tau kannnn....kuikuikui...Rasanya mungkin tak setanding yang kita beli tapi bagi aku yang penting aku puas hati. Nikmat makan hasil sendiri nih lain macam sikit, muka pun asyik nak senyum-senyum je :-D


Tadaaaa...siap dah aiskrim aku nih..perisa keladi dan coklat susu gitewww.....Masa untuk menjamah dah pun tibaa.....Nilah peneman aku waktu duduk depan tv, cuaca tengah panas camnih memang sesuai sesangat makan aiskrim..Jangan terlebih makan sudaaaaa....

Nak resepi tak? Boleh jeee..memang mudah je buat benda nih..kira tutup mata pun boleh haha...

Resepi Aiskrim

1 kotak air susu or jenis botol
(Aku guna dutch lady je)

2 sudu overlet

1/2 susu pekat
(Lebih baik kurangkan manis ye, nih anggaran aku je..kalau boleh..kurangkan lagi sebab kurang manis lebih sedap huhu)

Perisa:Ikut suka...nak letak strawberry ke..Yam ke..coklat..atau letak biskut oreo pun boleh hehehe Tp lebih elok guna perisa jenis serbuk

Sedikit pewarna..ikut colour yang sesuai dengan perisa anda.
Contoh: Kalau buat aiskrim Keladi..gunalah serbuk Yam (keladi)dan pewarna kek colour unggu..

Cara-Cara
Ambil blender,tuang setengah kotak susu cair, susu pekat, perisa, pewarna dan overlet then baru blender.Kalau pekat sangat tambah susu cair sedikit demi sedikit. Dan pastikan jangan terlampau cair atau manis...Bila dah selesai blender..masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer...agak-agak dah separuh hari atau semalaman barulah boleh dimakannn...

Mudahkannn? Tak payah pening-pening nak keluar rumah dah.Ade je bahan-bahan terus campak dlm blender je kahkahkah..Selamat Mencuba..Yeay!





Tuesday 7 April 2015

Alkisah 6 April

Alkisahnya semalam kepala serabut dalam sehari sebab

a. Kene buat pembentangan utk MARA - Ye...aku kecut perut tahap gaban bukan sebab nampak wajah panel tp sebab nampak kekuatan lawan hahaha....

b.Kene uruskan hal yang tertangguh minggu lepas kat Felcra pulakk..aduhaiii..yang tensionnye...Office FELCRA dah dipindahkan tempat lain....kena cari pula office baru tu huwaaa...Keliling punya keliling baru jumpa...dekat sejam habis masa mencari sebabnya office baru belum ada papan tanda jadi pepandai sendirilah mencari huhu

c. Dalam sibuk-sibuk, kepala bersemak.....dapat panggilan pula dari sekolah...Cikgu beritahu anak tak sihat,dibenarkan balik rumah. Adusss...nak balik rumah ambil masa dalam 40 minit..Pengsan...Takde pilihan punye pasal..terpaksa bagitahu cikgu yang datuk dan nenek dia ambil nanti..Nasib baiklah mak dan ayah aku pandai drive...so aku suruh diaorg pecut kesekolah anak aku..tak jauh mana pun..dlm 15 minit sampailah tu kut...

d. Sebelum balik rumah, sempat singgah kedai kek. Yes.., 6 April Birthday Mr. Hubby jadi Birthday kek wajib walau tak suka makan sebabnya risau anak tak puas hati bila kita tak celebrate birthday tanpa kek kahkahkah...Ini kek mencukupkan syarat anak je...

e. Sampai rumah kene bawa anak ke hospital pulakkk...Adehh..doktor takat letak alat suhu badan bawah ketiak je...then tulis.,tulis..then suruh ambil ubat..dasyat! Dalam rekod tertulis demam dan selsema je...

f. Dalam masa yang sama....Kawan call minta buat surat untuk urusan rasmi..Adoii..kene selak pulak file-file dalam bilik...Husband pulak berhasrat nak outstation kejap...mintak fotostat surat-surat penting pulak dohhhh....Adehhh..perut lapar kene tahan dulu sebabnya semua kene cepat.

Sok sek sok sek..Masa makan tengahari aku semalam jam 4pm hahaha...serabot sampai lupa daaaa...

Makan Birthdaynye bile?
Jam 6.30pm...sebab anak demam takut kalau makan akhir..nanti anak tido pulakkkk hahaha...itulah kisah semalam kwang..kwangg..kwang....

Kek kecik sudaa..syarat je punnn

Nampak suasana senja tak?hahaha...Apa-apa pun..Happy Birthday Abang...Tak larat nak ucap panjang2..faham-faham sudahhhh hahaha..Love you always!





Sunday 22 February 2015

Hari Perkahwinan Sepupuku.

Haluuuuuu guyssssss!!!!.... <--Lama tak update tetiba keluar ayat teruja sakan huhuhu..Cuti tahun baru cina tahun nih agak panjang tetapi yang tak seronoknya cuti kali nih aku lebih banyak berbaring disebabkan demam huwaaaa....Alhamdulillah setelah beberapa hari berlalu, demam akupun mulai beransur pulih.

Dan ceritaku bermula dihari semalam iaitu Hari Perkahwinan sepupu terapatku sejak zaman hingusan..jeng..jeng..jengg....Woww...Seawal 5am aku dah bangun, entah megapa kali ini hatiku sedikit gembira dan tenang. Sedikit rasa sedih dan kerisauan yang bertandang 2,3 minggu sebelum ini hilang sekelip mata kerana mengenangkan mak,ayah dan adik beradik yang lain tidak dpt menghadiri majlis ini. Alhamdulillah, walau tanpa kehadiran mereka ALLAH cukupkan hatiku dengan segala perasaan yang sukar aku jelaskan dengan kata-kata. Melihat saja wajah Mr.Hubby dan puteri tersayang yang sering menyokongku selama ini membuatkan hatiku bertambah teruja untuk ke majlis perkahwinan cousinku ini. Yesss...sejujurnya aku excited!..Maka bermulalah seisi bergambar sakan kami hahaha

Buat Cousinku Ipa...Aku doakan semoga bahagia sampai ke anak cucu. Mudahan hidup berkeluarga ini mencukupkan apa yang kurang diantara satu sama lain.Tahniah dari kami.Yeay!

 Aku dan aunty2 Ku...sempet jerrrr

Dengan cousin lelaki n perempuanku..yg lain masih mandi hahaha 

 Biar gambar berbicara 

 Bersama Ibu dan ayah pengantin...err pakcik dan makcik akulah tu huhu

Nih breakfast ke or makan tengahari?adoyaiiii.. 

Wajib pose dengan pengantin
seawal pagi hehhe...

 Senyum..Tak perlu kata apa-apa hehe

Cantek dan ayu gitewww..uhukkk...

Pengantin barulah jugokkk!!!  Haha





Nota: Thanks Mr.Hubby....2,3 minggu nih Mr.Hubby sering berpesan..abaikn kata-kata yang boleh melemahkan semangat..Pasang niat demi Allah dan orang yang kita sayang..INSYAALLAH... ALLAH akan permudahkan segala niat yang baik tanpa ada sebarang rasa kekurangan. Amin.














Thursday 29 January 2015

Resepi Udang Lipan Goreng Bersama Sayur


Tadaaaa...Pernah makan udang ni? Lama tak update tetiba tempek gambar udang lipan pulak hehehe...Kenapa kali nih aku excited nak share benda nih dalam entry? Dipendekkan cerita kisah 2 hari lepas bila ternampak seorang sahabat asyik tayang gambar udang lipas dalam FB dan wechat, dalam masa yang sama aku terfikir bahwa seumur hidup aku la...belum pernah aku merasa udang jenis nih. Sebelum nih pernah je nampak udang nih cuma takde tertarik mane berbanding sekarang..takat jeling-jeling camtu je hehe...Jadi bila semangat berkobar-kobar ingin tahu aku nih membuak-buak didada maka aku pun bercadang untuk merasa. Kalau tak cuba mane kita tahu sedap atau tidak...ye takk...??

So bila dah beli aku pun mula kecoh dlm group wechat, tayang sana sini...mintak resepi itu ini. Mesti ade je yang rasa meluat tengok tahap kejakunan aku nih kut..ahhh..lantak koranglah kalau rasa aku nih ngengada jer lebih kahkahkah . Lepas sok sek sok sek dengan "mak-mak datin and wife-wife datuk"( <-- uhukk..ayat takboleh blahhh) semua barulah aku menjalankan misi mengadap udang lipan nih almaklumlah aku suka juga bab gimik-gimik nih ekekeke...Alaaa..takat cabut kepala apalah sangat, kepala ayam pun aku dah biasa belasah inikan pula cuma kepala udang lipan ngehh..ngehh..ngehh...Owh ye...sorry kengkawan, aku minta resepi segalak tapi 1 pun aku tak pakai sebab aku dah terimagine masak style goreng ketam pulak, jadi untuk kepuasan aku memilih untuk mengikut cara aku sendiri berbanding resepi-resepi yang korang dah bagi. Insyaallah aku akan cuba untuk lain kali ye hehehe...Apa-apa pun terima kasih kerana meluangkan masa untuk membantu aku dan terima kasih juga sebab mengajar aku makan udang lipannnnn...Guys tak rugi mencuba...memang udang nih sedap sesangat...rasa ketam....Yeayyy!!..


Nak resepi boleh je aku share cuma sukatan tu bergantung kepada korang, aku lebih suka guna bahan-bahan ikut kesesuaian dan untuk pengetahuan semua size udang lipan nih berbeza ye..Beso lagi udang tu maka banyak lagilah bahan-bahan yang korang kene sediakan...Untuk resepi nih, yang penting korang ada bahan-bahan yang aku taip kat bawah ye..lepas tu ikut pandai korang le hehehe

RESEPI UDANG LIPAN GORENG  BERSAMA SAYUR

Setengah Kg Udang Lipan 
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit halia
1 biji bawang besar dihiris kasar
1 atau 2 biji Cili  
Serai(diketuk)
Sos Tiram
Kicap cair
Kicap Manis
Sedikit serbuk perasa(Ajinomoto)
2 biji telur
4 batang sayur bawang daun
1 biji cili capsicum warna merah Dan kuning
Minyak

Cara:
1. Goreng hingga garing udang lipan terlebih dahulu dan asingkan
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan cili ditumbuk kasar
3. Sediakan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi,bila sudah kekuningan masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan serai yang telah diketuk.
4. Bila sudah naik bau masukkan udang lipan dan gaul lagi, kemudian masukkan sedikit sos tiram, kicap cair, kicap manis dan serbuk perasa( ikut kesesuaian)
5. Kemudian tuangkan telur dan gaul hingga rata.
6. Akhir sekali masukkan sayur bawang dan cili capsicum. Gaul lagi hingga sedikit layu. Bila sudah siap bolehlah dihidangggg...Selamat mencuba ye..

Friday 16 January 2015

Layan Jiwa

 Hmm..awal bulan aku dah rasa "blur", mungkin ketibaan musim hujan nih buat aku rasa malas nak rancang apa-apa..Login Fb 2,3 hari ni pulak...Oh greattt!!!..ramai rakan FB yang update dapat baby baru and tayang muka baby masing-masing. Aku tumpang gembira and Yesss..cute sesangattt!!!...Dan bila orang ada baby aku pula yang teruja semacam sampai perasaan tu tersembur di group whatapps pagi nih hahaha Ahhh...Normallah tu bila dh bergelar seorang isteri yang punya keinginan sebegitu kuikuikui Tetiba terdetik dalam hati agaknya bila ye giliran aku???..haha..

 Pot pet pot pet....Letih berdrama...saja nak layan jiwa and feeling waktu cuaca macam nih hehe Apa-apa pun buat sahabat-sahabatku yang turut mengimpikan zuriat..bersabarlah ye..Hasrat dan impian kita mungkin tinggi tetapi ALLAH punya rancangan lebih baik dan indah dari kita. Fuhhh...Motivasi untuk diri sendiri juga ayat tuh hehehe...Yeay! 

Taip entri sambil merenung bingkai gambar didinding, wajah puteri kami ketika berusia setahun lebih..hmm..Tiap kali pandang mesti rasa rindu nak main dengan baby balik hehe

Bila musim hujan tetiba jadi kreatif pulak...semuanya bermula dari sekeping kertas.1st time mencuba membuat  origami..padahal akulah orang yang paling malas buat kraf-kraf macam nih.Terima kasih pada cuaca kerna megurungkan aku dirumah sehingga menonjolkan bakat sementaraku haha Lepas nih apa lagi yang ada dalam fikiran aku pula yeeerr?




Sunday 4 January 2015

Happy New Year 2015 Dan Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan hai semua. Syukur...Alhamdulillah sekarang kita telahpun masuk ke tahun 2015 dan buat pengetahuan pembaca, ini merupakan entry pembukaku bagi tahun 2015. Terima kasih buat family, kengkawan yang menganali diri ini atau pun sekadar mengenali di alam maya... yang selama ini banyak menyokong dan masih sudi menjenguk blog seripelangidivra ini. Sesungguhnya kehadiran kalian saban hari membuatkan aku merasa lebih seronok bila mengupdate entry baru di blog ini. 

Megimbau kembali permulaan berblogging yang pada mulanya cuma sekadar suka-suka kini berubah menjadi sesuatu yang harus aku update selalu. Mungkin perasaan sayang yang lahir terhadap blog ini wujud bilamana perasaan suka-suka itu berubah menjadi minat yang teramat sangat dalam berblog. Sebagai blogger walau cuma suam-suam kuku...rasanya tak lengkap jika tidak menjenguk blog biarpun aku sendiri tak pasti ada atau tidak pembacanya hehehe.... Ye..kalau mula-mula dulu mungkin saja hatiku merasa begitu tetapi kini aku sudah selesa dengan apa saja kemungkinan yang bakal aku dengar dari pembaca. Apa lagi yang lebih nikmat bila sesuatu itu terluah melalui kata-kata seperti mana apa yang tersimpan didalam blog ini lebih-lebih lagi setiap kenanganku kongsikan bersama anda yang berada diseluruh dunia. Mungkin secara tak langsung segala suka dan duka tanpa tak sedar aku luahkan bersama anda selama ini, jika ada keluarga, teman-teman atau pembaca yang merasa terkecil hati, terkesan, menyampah atau meluat diatas setiap apa yang terkarang didalam blog ini, maafkanlah aku kerana itulah diriku sebenar.

Untuk tahun 2015 ini, aku pasti ramai rakan-rakan sudah pun memasang azam. Baguslah jika ada niat dan berazam kerana itu menunjukkan kita ingin sesuatu yang lebih baik dimasa hadapan. Dan aku juga seperti mana kalian semua...sudah pasti mempunyai azam ditahun 2015 ini cuma tercapai atau tidak semuanya atas izin ALLAH. Sebelum mengakhiri entry ini, masih belum terlambat kiranya aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 buat semua dan Salam Maulidur Rasul buat Muslimin dan muslimat semua. Aku doakan agar semua kalian diberi kesihatan yang baik dan dilindungi sinar rahmat selalu...Terima kasih dan teruskanlah menyokong blog ini. Muah!....Yeay!!!

Terjumpa hasil lakaran anakku di komputerku ketika dia bermain dengan program Paints dan tajuk yang diletakknya "My Family From The Star" huhu...Terharu baca tajuk je tapi gambar yang cuba disampaikan lebih mengharukan...Happy new year sayang...

Followers