Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 29 January 2016

Beg Tangan Tali Mak Aku

Minggu lepas bila Mr. Hubby travelling 2,3 hari, aku dan puteri tersayang pun ambil keputusan hendak bermalam dirumah orang tuaku sahaja memandangkan jarak rumah pun tak jauh mana. Macam biasa, bila balik rumah orang tua kita sendiri...banyak la aktiviti yang dibuat terutamanya mak aku. Kali ini bila balik je, mak aku dah tunjuk macam-macam beg tangan tali yang dia dah buat. Aduiii....kalau cakap pasal kraf-kraf anyaman nih, mak akulah juaranya. Hmm...nak harapkan aku??...Adehh sorry..bakat aku bukan ke arah anyaman camni.

Dulu, first time aku tengok mak aku buat beg nih..perasaan aku biasa-biasa aje..almaklumlah..citarasa aku nih leh tahan gak tinggi hahaha...Memilih bukan main, padahal buat pun tak reti kuikuikui TETAPIII...Bila datang kali nih....terus pulak hati nih tersangkut tapi yang lawaknya still aku tak nak belajar buat benda-benda nih .Nampak tak betapa malasnya aku berguru padahal cikgu depan mata je punnnn...

Meh aku kongsikan sikit hasil kerja tangan mak aku...



Beg nih milik mak aku...siap je terus dia guna menyopping hujung minggu lepas ekeke..corak tali silver kauuuuu.....biar shining nampak dari jauh huhu

Yang nih pulak beg yang aku rembat dari mak aku. Cantik takkk??...cantik takkk??? Thanks mak walaupun hatimu berat sekali nak beri yang nih hahaha... Suka tengok pemegang beg tu...sesuai sangat dengan corak beg hehe..pengkritik dah maiiii....


Ni hasil yang paling stylo yang pernah mak aku buat takat nih...Letak sebelah menyebelah, konon2 nak bagitau semua...beg aku lagi cantik and berseri-seri hehehe....

Yang nih pulak hasil kerja tangan mak aku di awal pembabitan dia dalam aktivi membuat beg tangan tali nih...Err..sepatutnya colour beg-beg nih menyerlah tapi taktahulah kenapa setiap kali capture nampak kabur jer colour beg-beg nih..hmmm...menyampah tul!

Saje kumpul semua beg-beg tadi sebab nak bandingkan size yang dia buat, sebenarnya banyak lagi beg yang telah dia buat sebelum nih cuma kebanyakkan dah dijual dan disedekahkan oleh mak aku kepada cucu-cucu, family mak aku and kengkawan dia hehehe...So yang ada depan mata cuma tinggal yang nih jer.... Hmm..macam mana aku boleh lupa nak capture beg tangan tali yang mak aku buat untuk puteri aku nihh....

Thursday 14 January 2016

Saja je...

Assalamualaikum and hai semua...

Fuhhh...orang dah update separuh aku pula baru buat entry pertama untuk tahun 2016. Nampak tak tahap "kerajinan" aku sekarang nih semakin pudar, seiring dengan usiaku kottt hehe...Melihat kengkawan semakin galak bercerita, aku pula terkial-kial seorang diri...entah la apa yang aku nak coretkan disini, aku sendiri pun tak pasti tetapi keinginan untuk mengupdate tu tetap ada...hehehe..

Hari ini bila aku "flash back" apa yang aku lalui tahun 2015, ternyata tahun itu begitu banyak mengajar aku tentang erti suka dan duka. Yerp... Jika berat rasaku, pasti ada lagi kengkawan atau keluarga yang menghadapi dugaan 2,3 kali ganda beratnya dariku. Alhamdulillah, jauh disudut hati rasa syukur yang teramat sangat kerana setiap dugaan itu mengajar aku tentang erti sesuatu. Aku tak ingin berkongsi tentang sesuatu yang agak personal tetapi cukuplah aku juga berdoa agar keluarga dan rakan-rakan yang masih sudi singgah di blog ini akan dilimpahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang lebih baik untuk tahun 2016 serta tahun-tahun yang mendatang ini. 

Oklah....untuk blog ini...In Sya Allah...tahun ini aku akan kembali menceriakan kembali blog ini dengan entry-entry terkini. Semoga rakan blogger sekalian jangan berputus asa melakukan sesuatu yang anda suka dan aku juga berharap agar semangat kalian sentiasa bersamaku untuk terus berkongsi cerita dimasa akan datang. Thanks guy!!!...muah!!..Yeay!!





Followers