Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 4 October 2017

Sekadar bebelanku.

Sesulit apapun perjalanan hidup kita, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kita sering terlupa, nikmat yang pernah kita rasai dulu hingga hari ini. Jika kita merasa rancangan kita sudah cukup sempurna, percayalah..rancangan Allah pasti lebih sempurna.

Aku tak tahu apa yang akan terjadi hari esok tapi aku tahu Allah akan sentiasa bersamaku saat menjelmanya matahari dan bulan diatas muka bumi ini. Sekadar bebelanku sendiri.Yeay!

image google yeeerrr...

Monday 18 September 2017

Barbeku cara kami

Alhamdulillah, peperiksaan UPSR 2017 bagi puteri kesayangan kami sudah pun berakhir dan syukur kerna semuanya berjalan dengan lancar sepanjang minggu lepas. Sebagai seorang ibu, apa lagi yang membuat anda berasa gembira setelah selesai kertas terakhir UPSR. Hari itu aku menanti di depan pintu, dengan senyuman yang dilemparkan dari dalam kereta dapat aku teka betapa gembirnya dia setelah semuanya selesai..kecerian di wajahnya tidak dapat disembunyikan lagi sepertinya beban itu telah hilang dari bahunya. Jauh di sudut hati, kita dapat meneka betapa tertekannya minda serta letihnya badan mereka sebelum ini kerana jadual-jadual yang disusun oleh pihak sekolah kebelakangan ini untuk mempertingkatkan serta membantu mereka mencapai keputusan yang diharapkan adalah sangat padat. Aku..sebagai seorang ibu, cuma dapat berdoa dan berharap ketika itu agar anakku selalu tabah kerana semuanya adalah untuk masa depannya sendiri. Mama tak kesah berapa pun keputusannya nanti, asalkan kami nampak usahanya...itupun dah cukup.

Di atas usaha yang ditunjukkan serta untuk memulihkan semula semangatnya selepas sebelum ini kebanyakkan aktiviti luarnya terpaksa di halang demi untuk tidak menganggu pelajarannya, aku dan Mr Hubby mula mencadangkan agar kami melakukan sesuatu yang lebih santai pada hujung minggu dengan membawa anak kami berBBQ di dalam hutan walhal di tanah kebun sendiri je pun hahaha..Mungkin pengalaman pertama puteri kami barbeku di dalam hutan seperti ini sedikit sebanyak memberi mood dan merasa usahanya lebih dihargai..Insya Allah..Niat kami sebagai ibubapa juga cumalah untuk membuatkan hati anak kami gembira jadi kami isi dengan aktiviti begini untuk mengubah suasana persekitarannya sebelum ini yang kebanyakkan masa dihabiskan untuk menghadap buku-buku sekolah. Kalau aku penat cuma melihat dia menelaah, apatah lagi otaknya yang siang malam menghafal segala benda yang ada dalam bukunya.

And you know whattt??...Syukur...tanpa diduga...she is very excited dengan aktiviti sebegini dan sepanjang masa menyuarakan betapa seronokknya dia walaupun cara kami barbeku adalah simple sahaja. Nampakk??..ada ketikanya tak perlu kita menjelajah keserata dunia atau membeli sesuatu yang mahal untuk dihadiakan kepada anak kita, cukup dengan memberi sedikit masa kita untuk melakukan aktiviti sebegini. Yes...inilah dimaksudkan " quality time with family". Alhamdulillah misi dalam hutan kami suami isteri berjaya ekekeke...Yeay!

Habis kain pelikat daddynya dijadikan pengesat peluh haha...Padahal aku sediakan untuk lap meja tapi sampai kat tangan dia jadi lain pulakkk!!

Mee kari pengganti nasi hahaha

Ayam ada..daging adaa..mee pun adaaa hahaha.Ayam hampir rentung sebabnya chef tak pandai control api....layannn...


Selalu tengok masterchef..taktau la kenapa berminat nak cuba halfcook..tp mmg sedap




Monday 4 September 2017

Aku, Kau dan Ikan

Cuti sekolah, cuti Hari Raya Haji ditambah pula Cuti umum sempena pencapaian terbaik kontijen kita dalam Sukan SEA 2017 nih maka makin panjang la cuti kita bulan nih huhu...Dan bagi aku tempias cuti kali ini biasa-biasa saja walau ada yang teruja sakan kerna aku pula sibuk "monitor" puteri aku yang nak UPSR minggu depan..Glurp...Entah kenapa mama nya pulak yang gelabah..risau sebab cuti terlalu panjang..alahaiii...haha..

Oleh kerana cuti nih banyak duduk di rumah..time puteri belajar pula rumah senyap gila...No TV..No Hp( Jadi malas pulak pegang Hp..entah taktau sebab apa). Sementara waktu nih, aku control sikit kemahuan anakku memandangkan UPSR tinggal beberapa hari je lagi. Mudahan pengorbanan yang sikit ini menaikkan semangat anak aku..Korban mata kuttt..hahaha... Maka aku pun mula bangun dan mengadap ikan-ikan kami. Tenang juga hati nih dibuatnya...Meh aku tunjuk sikit kat korang ikan yang menjadi peneman aku saat ini haha...Sambil-sambil bagi makan, kita share kat korang yee...Terlebih dahulu sorry ye mungkin aquarium nampak sempit..tolong jangan kecam huhu...Tunggu la rezeki lain kali, Insyaallah akan berganti yang lebih selesa....Aquarium lama semua adik laki kite angkut..tinggal yang nih je lagi yang mampu aku selamatkan kahkahkah..πŸ˜₯😒😒. Apa-apa pun hidup harus ceriaaa😝🐬🐬...Yeayyy!!...

Kaloi Red Tail..cantik tak???πŸ˜‹

Kaloi Sabah

Angel Fish...

Taiwan Koiiii!!

Monday 10 April 2017

Ulser Mr. Hubby Mengamuk Lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman blogger dan silent readers semua, semoga anda semua dilindungi dan diberi kesihatan yang baik walau dimana pun berada. Alhamdulillah setelah agak lama tenggelam didalam dunia sendiri akhirnya pagi ini terdetik di hati untuk membuat entri baru. Fuhhh...

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah seminggu lebih hati aku merasa suram di atas apa yang terjadi kepada Mr. Hubby pada malam Khamis (30/3/2017 - lebih kurang jam 9.45malam) , baru hari ini aku merasa sedikit kelegaan. Yep...Ada waktunya aku merasa, otak aku terlalu bekerja keras dengan memikirkan sesuatu yang entah apa-apa...agak melampau bukan?... hehehe....Ditambah dengan emosi yang aku kira ada turun naiknya sepanjang minggu ini...Minda dan fizikalku sedikit kepenatan barangkali atau mungkin aku terlalu melayan perasaan. Lumrah kita manusia...terkadang perasaan itu datang dengan sendiri. Berbicara soal tabah?..Oh...aku bukan sekuat itu, sebenarnya hati aku cepat rapuh untuk sesuatu perkara yang sulit untuk aku jelaskan disini.

 Sesungguhnya ada detik waktu aku merasa takut dengan ujian yang Allah berikan namun kita hanya manusia biasa dan siapalah kita untuk melawan ketentuannya. Seandainya Allah mahukan sesuatu itu berlaku...ia tetap akan berlaku...dan aku percaya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi atau diluar kemampuannya. Syukur kerna Allah mendengar doa dan jeritan hati kecil kami.

Mr. Hubby...mungkin ini kali kedua aku menjagamu ketika terlantar dihospital dalam keadaan yang sama tetapi ini pengalaman pertama bagi aku dan puteri kita untuk melalui detik-detik cemas yang kami tak akan pernah lupa sampai bila-bila. Ketakutan kami melebihi segalanya namun Allah masih kuatkankan hati kami untuk terus menyedarkan mu ketika itu. Sejujurnya aku tidak suka suasana bilamana disiang harinya kita bergurau senda malamnya pula bertukar epilog duka. Aku tidak suka kejutan sebegitu...tapi apakan daya..kita takkan pernah tahu bila sakit akan datang. Namun, tak panjang untuk aku nyatakan...Alhamdulillah...Allah masih beri kesempatan untuk kita bersama lagi. Syukur..

Di kesempatan ini, terima kasih juga buat keluarga dan teman-teman yang membantu serta turut mendoakan kesihatan Mr. Hubby tempohari. Alhamdulillah berkat doa anda, Mr. Hubby kembali sihat dan pulih seperti sedia kala. Semoga kita semua dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik. Amin...

And YES..Ulser Mr. Hubby mengamuk lagiiii....!! Kalau wanita yang melahirkan anak kene berpantang, Mr. Hubby juga tak kurang pantangnya hehe...Kali ini aku kene boikot apa yang patut secara besar-besaran.....No..pedas2...No..Jus-jus...No buah2 masam...No Tom Yam..No..Laksa..kari....hehehe Nasib lerrr...Yeay!

Malam yang penuh dengan kejutan dan membuatkan segala fikiran aku melompat-lompat. Hati aku cemas....sebab doktor kat daerah aku suruh bawa ke hospital besar Sibu pulakk...Naik ambulans esoknya...dalam 2,3 jam baru sampai...Tapi saat aku duduk dalam ambulans tu, aku rasa macam lama sangat padahal laluan biasa kami kalau nak menyopping hehe...

Baru selesai endoskopi (kamera masuk melalui mulut..adoiii...takotttt)..lepas endoskopi disuruh xray perut pulak...berjam juga tunggu giliran..tapi aku redha..janji Mr. Hubby ok. Syukur cuma ulser...yes kalau dulu doktor jumpa 3 tempat..sekarang 2 tempat baru pulakkk...Kenapa ulser boleh berulang camni??? Heran jap sebab itu soalan doktor untuk Mr. Hubby hehehe...

Pakar-pakar yang telah selesai mengerumuni Mr. Hubby..berbelas la jugakkkk...Gara-gara perbincangan pakar-pakar yang agak agresif...Mr. Hubby dikhendaki membuat endoskopi bulan Julai pulak...Raya ko tak leh layan tekak hokeyyy....Ok..yang ni aku setuju sebabnya kalau dibiarkan macam yang 1st tu...Mr. Hubby tak berpantang sangat..kurang-kurang yang nih dia takot cikit sebab kene scope balik huhu...

Puteri kami mungkin agak fobia saat kejadian berlaku dan terpaksa aku tinggalkan dia dengan datuk dan nenek dia sementara waktu tapi alhamdulillah hatinya sehebat mama ekekeke...

Friday 13 January 2017

Al-Fatihah Buat Tok Nan

Dikala rakan-rakan blogger telah pun beberapa kali membuat entri baru, berkongsi cerita di setiap blog masing-masing. Aku pula...baru sahaja tergerak hati untuk membuat entri baru bagi tahun 2017 ini. Hmm....nampaknya semakin perlahan aku mengemas blog kesayangan aku nih tapi tak mengapalah, walaupun sibuk aku cuba luangkan masa untuk berkongsi cerita bersama anda semua.

Sebenarnya banyak cerita dan gambar yang telah aku peram di draft sejak December 2016 dan awal 2017 ini untuk dikongsikan pada anda semua namun kisah-kisah itu aku tangguhkan sementara waktu kerana aku fikir di saat seluruh warga Sarawak masih berduka dengan pemergian Ketua Menteri kami, adalah lebih elok entri pertama tahun ini aku isi dengan menginggati Tok Nan kami iaitu Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Bin Haji Satem.

Terus terang aku katakan disini, tarikh 11/1/2017 merupakan tarikh  yang mampu menggugurkan airmata setiap lapisan masyarakat di Sarawak sama ada berada bandar, kampung, ulu-ulu mahupun yang mencari rezeki diluar kawasan Sarawak, semuanya pasti tercalar emosinya apabila mendengar perkhabaran yang tak pernah kami jangka selama ini. Ahh...kami kecewa kerana kami sudah kehilangan orang yang kami anggap sebagai pelindung kami suatu masa dulu. Sedih! 😭

Aku..bukan siapa-siapa, bahkan Allahyarham Tok Nan langsung tidak mengenali siapa aku dan aku umpamakan diri aku seperti kuman diantara jutaan manusia yang berada di bumi kenyalang ini tetapi sudah cukup terpukul dengan pemergian beliau apatah lagi rakyat diluar sana yang pernah dijenguk, dibantu, dijadikan sahabat bahkan ada yang merasa seperti bersama keluarga sendiri ketika bersama beliau. Begini rupanya perasaan sebenar kami apabila pemimpin yang dikasihi...disayangi..disanjungi serta dihormati telah pergi buat selama-lamanya. Sedih kami bertambah kerana yang pergi adalah seorang pemimpin yang benar-benar kami percaya boleh merubah masa depan Sarawak suatu hari nanti namun terhenti ketika semuanya baru saja bermula😭😭(sekali lagi emo!).

Disaat pemergian beliau, kami bersatu dalam sekelip mata tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik. Yes...aku percaya itulah hasil didikan Tok Nan kepada rakyatnya. Setiap daripada rakyatnya meluahkan perasaan sedih di media soasial seperti facebook, twitter, wechat, whatapps dan sebagainya tanpa mengira kaum dan agama...magisnya auramu Tok Nan!πŸ’–. Hati makin sayu bila membaca bait-bait kata sahabat handai dan kaum keluarga yang juga tidak terlepas mencurahkan rasa sedih secara terbuka begitu. Satu fenomena yang aku sendiri tak pernah lihat selama ini biarpun mereka juga seperti aku, hanya mengenali beliau dari jauh.
Hmm😞...Betapa rakyat Sarawak memerlukan beliau ketika ini namun apakan daya Allah lebih menyayanginya.

Habis sudah kata-kata, jika diteruskan bimbang nanti akan terlampau emo😒😟 jadi adalah lebih elok kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sarawak masih berkabung selama 7 hari dan selama tempoh ini aku kira rakyatnya masih dalam kesedihan. Insyaallah...semangat kami akan pulih sedikit demi sedikit dan aku yakin kehebatan dan segala usaha beliau pasti akan kami sanjung dan sampaikan kepada anak cucu kami suatu hari nanti. Thanks for everything Tok Nan!πŸ’–

Pergimu tiada pengganti...Kami bangga kerna pernah di pimpin oleh seorang pemimpin yang begitu sayangkan tanahairnya. Tok Nan tetap wira di hati kami...Ohaaa....Al-Fatihah


Followers