Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 13 January 2017

Al-Fatihah Buat Tok Nan

Dikala rakan-rakan blogger telah pun beberapa kali membuat entri baru, berkongsi cerita di setiap blog masing-masing. Aku pula...baru sahaja tergerak hati untuk membuat entri baru bagi tahun 2017 ini. Hmm....nampaknya semakin perlahan aku mengemas blog kesayangan aku nih tapi tak mengapalah, walaupun sibuk aku cuba luangkan masa untuk berkongsi cerita bersama anda semua.

Sebenarnya banyak cerita dan gambar yang telah aku peram di draft sejak December 2016 dan awal 2017 ini untuk dikongsikan pada anda semua namun kisah-kisah itu aku tangguhkan sementara waktu kerana aku fikir di saat seluruh warga Sarawak masih berduka dengan pemergian Ketua Menteri kami, adalah lebih elok entri pertama tahun ini aku isi dengan menginggati Tok Nan kami iaitu Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Bin Haji Satem.

Terus terang aku katakan disini, tarikh 11/1/2017 merupakan tarikh  yang mampu menggugurkan airmata setiap lapisan masyarakat di Sarawak sama ada berada bandar, kampung, ulu-ulu mahupun yang mencari rezeki diluar kawasan Sarawak, semuanya pasti tercalar emosinya apabila mendengar perkhabaran yang tak pernah kami jangka selama ini. Ahh...kami kecewa kerana kami sudah kehilangan orang yang kami anggap sebagai pelindung kami suatu masa dulu. Sedih! ๐Ÿ˜ญ

Aku..bukan siapa-siapa, bahkan Allahyarham Tok Nan langsung tidak mengenali siapa aku dan aku umpamakan diri aku seperti kuman diantara jutaan manusia yang berada di bumi kenyalang ini tetapi sudah cukup terpukul dengan pemergian beliau apatah lagi rakyat diluar sana yang pernah dijenguk, dibantu, dijadikan sahabat bahkan ada yang merasa seperti bersama keluarga sendiri ketika bersama beliau. Begini rupanya perasaan sebenar kami apabila pemimpin yang dikasihi...disayangi..disanjungi serta dihormati telah pergi buat selama-lamanya. Sedih kami bertambah kerana yang pergi adalah seorang pemimpin yang benar-benar kami percaya boleh merubah masa depan Sarawak suatu hari nanti namun terhenti ketika semuanya baru saja bermula๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ(sekali lagi emo!).

Disaat pemergian beliau, kami bersatu dalam sekelip mata tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik. Yes...aku percaya itulah hasil didikan Tok Nan kepada rakyatnya. Setiap daripada rakyatnya meluahkan perasaan sedih di media soasial seperti facebook, twitter, wechat, whatapps dan sebagainya tanpa mengira kaum dan agama...magisnya auramu Tok Nan!๐Ÿ’–. Hati makin sayu bila membaca bait-bait kata sahabat handai dan kaum keluarga yang juga tidak terlepas mencurahkan rasa sedih secara terbuka begitu. Satu fenomena yang aku sendiri tak pernah lihat selama ini biarpun mereka juga seperti aku, hanya mengenali beliau dari jauh.
Hmm๐Ÿ˜ž...Betapa rakyat Sarawak memerlukan beliau ketika ini namun apakan daya Allah lebih menyayanginya.

Habis sudah kata-kata, jika diteruskan bimbang nanti akan terlampau emo๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜Ÿ jadi adalah lebih elok kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sarawak masih berkabung selama 7 hari dan selama tempoh ini aku kira rakyatnya masih dalam kesedihan. Insyaallah...semangat kami akan pulih sedikit demi sedikit dan aku yakin kehebatan dan segala usaha beliau pasti akan kami sanjung dan sampaikan kepada anak cucu kami suatu hari nanti. Thanks for everything Tok Nan!๐Ÿ’–

Pergimu tiada pengganti...Kami bangga kerna pernah di pimpin oleh seorang pemimpin yang begitu sayangkan tanahairnya. Tok Nan tetap wira di hati kami...Ohaaa....Al-Fatihah


Followers